Saturday, February 20, 2010

Gembira @ Kampung..



Setelah hampir 2 bulan di kampung, aku kembali ke rumahku. Namun rumah ini bukanlah rumah yang aku tinggalkan 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah..bersyukur kepada tuhan, akhirnya kami dapat tinggal di quaters. Ditambah pula dengan adanya suami tercinta disisi dan kehadiran anakku Umar yang sangat comel..hidupku rasa bahagia dan sempurna.

Bulan pertama di kampung aku tinggal di rumah mertuaku. Hari2 terawal aku di kampung suami, kakak suami (Kak Ha) la yang menyediakan makanan untuk aku. Bakar ikan, masak sup, Nasi Goreng halia dan sebagainya. Cik memanggil bidan untuk mengurut dan mandi serum. Ayah dan Cik banyak membantuku dan mengambil berat pada aku. Cik selalau membebel menyuruh ku bertungku kerana aku selalu lupa. Ayah pula setiap pagi membelikan aku sarapan di kedai Sudin setelah Kak Ha pulang ke rumahnya. Sungguh gembira aku berada di kampung suami. Tambahan pula setiap hari ada saja saudara yang berkunjung mahu melihat Umar. Maka setiap hari jugalah baju Umar bertambah. Setiap yang datang bukannya dengan tangan kosong, pasti ada saja hadiah untuk Umar. Nasib baik la aku tidak terlalu excited nak belikan Umar baju banyak2 dulu.

Belum pun habis pantang, kakak ku (Kak Na) datang menjemputku di rumah mertua untuk dibawa pulang ke kampung ku. Sesampai je aku di kampung, ramai yang sudah menanti untuk melihat Umar. Dan yang pastinya, Atukku kelihatan sangat gembira dengan kepulanganku dan Umar. Di belinya kelambu bimbang kalau2 Umar digigit nyamuk. Maklumla, kampung aku ni kat dalam hutan. Atuk juga selalu membelikan makanan2 kegemaranku. Sungguh gembira rasanya berada dikampung. Minggu terakhir aku di kampung, setiap hari Atuk bertanya bila suamiku pulang untuk menjemput aku. Agaknya dia sedih aku akan tinggalkan dia kesorangan lagi di rumah. Malam terakhir aku di rumah Umar menangis lebih kurang jam 1 pagi. Atuk meminta untuk menjaga Umar malam itu..namun aku tidak membenarkan kerana tidak mahu menyusahkannya. Keesokan harinya subuh2 hari lagi dia mengambil Umar. Sungguh sedih rasanya melihatkan atuk ku yang akan di tinggalkan.








Lebih kurang jam 10 pagi suamiku datang menjemputku. Setelah bersarapan pagi, kami bertolak dan meninggalkan kampung halamanku. Linangan air mata bertakung di kelopak mataku..sedih meninggalkan Atuk tersayang. Keesokan harinya aku telefon ke kampung, dan aku diberitahu oleh kakak ku bahawa atuk ku demam..Mungkinkah kerana aku???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...