Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011..Selamat Datang 2012..

Beberapa jam lagi, kita akan masuk ke tahun baru 2012. Sekejap je masa berlalu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun..harapanku agar aku dapat menjadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. InsyaAllah.

Meninggalkan tahun 2011 dengan banyak berita gembira dari Tuhan yang satu. Rezeki yang melimpah ruah darinya, kebahagiaan, kesihatan, suami yang baik dan anak-anak yang menghiburkan. Aku bersyukur padamu Ya Allah. Alhamdulillah..

Semoga datangnya tahun baru, akan lebih mengembirakan aku. Berharap sangat agar aku dapat kerja setelah 2 tahun menjadi suri rumah tangga. Supaya aku dapat membantu keluargaku dan suami sedikit sebanyak. Kalaulah di izinkan oleh-Nya. Kerana hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Ya Allah, semoga hari-hari yang akan datang akan membawa kebahagiaan buat aku, keluarga, sahabat dan seluruh umat islam di dunia ini. Amiiin..

Thursday, December 29, 2011

Tetamu Lagi

Alhamdulillah..bulan ni rumah kami asyik di datangi tetamu saja. Mula2 Cik (Mertua) dan Mok Long datang. Seminggu kemudian, keluarga Kak Zu dan Kak Leha datang. Beberapa hari lepas tu, Ji, Apis, Abg Zahar dan Jan datang. Dan semalam keluarga Abang Zahar datang. Pagi tadi adik aku sampai dari kampung. Urmmm..

Yang paling gembira si Umar la..ramai kawan. Heeee..kesian anak Ummi ni..nnti bila mereka balik..dia mula sedih la..mula meragam sebab kawan2 dah xde.

Aku dan En Abg pon suka sebab mereka sudi datang bertandang ke rumah aku. Walaupon sederhana saja, namu aku gembira bila melihat mereka selesa berada di rumahku. Alhamdulillah.

Dan yang paling penting.."TETAMU ITU REZEKI"..

Memang betul dan setuju sangat2. Allah memang sangat pemurah..10 kita bagi, 100 Dia ganti..Allahuakbar. Rezeki melimpah ruah bulan ni. Datang tanpa disangka2 dan x pula kita duga. MasyaAllah...besar sungguh kasih sayang Tuhan.

Semoga, lepas ni..mereka akan datang lagi. Terima kasih kepada yang sudi menghibur dan menghilangkan bosan aku :-)

Sunday, December 25, 2011

Telefon Ku..

Mula2 pakai telefon tahun 2003. Lepas SPM, aku gi kerja KL..balik ade duit ckit..ade orang tawarkan telefon Nokia 3310. Second hand, tapi RM300++ gak masa tu. Beli la..Tu la telefon pertama aku. Hasil kerja beberapa bulan kat KL sebelum sambung Diploma. Setahun lebih gak pakai telefon ni. Lepas tu aku jual plak kat kawan aku dengan harga RM200 kalau x silap. Tu pon lepas En Abg hadiahkan aku telefon baru.heee..
Telefon pertama Nokia 3310

Lepas tu telefon kedua aku di hadiahkan oleh En Abang pada tahun 2004. Masa tu dia dapat duit MARA. Dia belikan aku telefon Nokia 1100 dan Nokia 3100 untuk dia.  Suka sangat bila En Abg hadiahkan telefon tu. Masa tu harga telefon tu lebih kurang RM500. Telefon ni masih ade lagi aku simpan. Berharga sangat bagi aku.

Hadiah dari En Abang

Lepas Nokia 1100 rosak screen, En Abg bagi plak telefon Samsung A800-G. Dia beli telefon tu dari abang dia dengan harga RM50. Masa ni pakai 2 telefon. Walaupon telefon Nokia 1100 tu rosak screen, aku pakai jugak sebab sayang. Maklumla En Abg yang belikan. Aku pakai 2 telefon ni sampai tahun 2006. Yang ni pon masih dalam simpanan.
Telefon RM50..gambar ni cantik..sebenarnya x cantik sangat pon..

2006 adik aku tawarkan aku tuk beli telefon Nokia 3100 dengan harga RM60. Aku pon, ape lagi..beli lah. Sebab murah  dan jugak sebab telefon yang En Abg bagi tu da rosak screen. Guna telefon ni sampai butang on-off dia tu hancur. Sekarang masih ada lagi dalam simpanan. 

Adik jual telefon ni dengan harga RM60

2009 dapat duit PTPTN aku beli telefon tuk En Abg dan dia belikan aku telefon Sony Ericsson K660i dengan harga lebih kurang RM600. Lepas beberapa bulan pakai, tpon tu jatuh kat bilik air. Pergi baiki..pastu nak gi amik..tuan kedai tu bagi telefon lain ..kaler hijau + putih. Sedangkan telefon aku tu kaler merah + hitam. Masa tu memang sedih gila..sebab telefon tu baru je beli. Lepas tu dia gantikan dengan yang lain, tapi..aku tak amik sebab nak marah sangat dan sebab dia bagi yang da buruk...memang geram sangat dengan tuan kedai tu. Sayang sangat..
Suka sangat telefon ni..tapi..huhu...jodoh x panjang

Lepas tu 2009 jugak aku beli telefon lain..guna duit PTPTN lagi. Masa tu beli telefon Sony Ericsson C510 dengan harga lebih kurang RM700. Pakai beberapa bulan, telefon En Abg yang aku hadiahkan kat dia hilang plak. Aku pon bagi la telefon Sony C510 ni kat dia. (Masih ade dalam simpanan)
 Smart

Lepas tu, dia gantikan aku dengan telefon lain. Sony Ericsson jugak. Model W395 Special Edition dengan harga RM400. Aku guna telefon ni, dari akhir 2009 sampai telefon ni rosak beberapa hari lepas. Speaker dia rosak. Kalau orang call, kita tak dengar. Telefon ni pakai lebih kurang 2 tahun jugak.

Tak suka sangat telefon ni..tapi En Abang yang pilih..katanya sesuai ngan pompuan..

Beberapa hari lepas, En Abang hadiahkan aku telefon baru, Samsung Galaxy Y. Hujung tahun 2011.Memang suka sangat2. comel..heeeee...agaknya..sampai bila plak aku pakai tpon baru ni?

Tpon baru saye yang sangat cantikkkkk...TQ banggg..:-)

Aku sehari-hari...

Da beberapa hari x update blog. Maklum sajalah..masa semakin lama, semakin terhad untuk berada di hadapan pc. Banyak habiskan masa untuk hal2 rumahtangga dan layan kerenah anak2 saja.

Bagun awal pagi..lepas solat subuh..bukak komputer..bukak fb. Kemas rumah, basuh baju, sapu sampah, lipat baju, sidai kain, buang sampah kat bawah, etc sambil2 tgk fb kejap2. tengah2 buat kerja tu, tetiba anak sulung bagun, mintak susu. Tengok jam da kul 9 pagi. Yang kecik masih tidur.

Selesai buatkan susu umar, buat sarapan pagi. Mandikan Umar, suapkan dia makan. Dia tengok tv, main2. Amik Si adik plak, mandikan, bagi susu, main2 ngan adik kejap..da tengah hari. Adik tidur, masak tuk tengah hari plak.

Selesai masak, mandi. Lepas tu layan suami n anak makan. Kemudian..lepas anak2 tidur solat zohor. Tengok jam da kul 2-3 ptg. Urmm..baru terasa lapar. Carik nasik. Lepas makan nasik...jenguk2 fb..pastu..mata ngantuk la pulak..tdo jap. Tapi tidurnya x lena sangat. Sebab asyik kena ganggu ngan Umar je. Bangun solat Asar, jenguk fb jap..dah 6,7 petang. Mandikan anak2..sediakan makan malam plak.

Pastu mandi, solat maghrib..budak2 mengaji datang rumah. Jam 9 siap ajar budak2 mengaji, solat Isyak..makan malam ngan suami n anak2.

Tengok jam da 10 malam, lepas tu tidurkan si kecik. Kadang2 dengan Ummi2 tertidur. Kalu x tidur lagi, jenguk fb jap..lepas tu baru tidur..

Bangun esok pagi plak..dan macam tu la rutin harianku..suri rumah tangga yang x kerja...hmmmm..xkerja ke??Heeeeee...

Monday, December 19, 2011

Buat Permata Sulung Ummi Yang Di Sayangi (Ke-2thn)


Anakku..
Hari ini genap 2 tahun umur kamu mengikut tahun Masihi-19/12/2011. Alhamdulillah. Hari ini kamu sihat. Bagun awal pagi seperti biasa, keluar dari bilik tidur..terus mengadap TV. Kebiasaannya Ummi akan buatkan kamu susu sebelum mandikan kamu. Tapi hari ini, Ummi mandikan kamu, pakaikan kamu baju yang cantik, bedakkan kamu supaya wangi dan barulah Ummi buatkan susu. Habis susu sebotol, kamu terlelap lagi di sebelah Ummi.

Puteraku sayang..
Hari ini, Ummi x nak marah2 kamu. Ummi mahu sayang kamu saja..bermanja2 dengan kamu, melayan kerenah kamu dan bermain bersama kamu. Seperti tahun lepas, tiada apa2 majlis untuk meraikan hari lahirmu. Maafkan Ummi dan Ayah sayang. Bukan tidak mahu mengadakannya untuk kamu, teringin juga Ummi. Namun, ada perkara2 yang menyebabkan Ummi dan Ayah tidak menyambutnya. InsyaAllah, kalau Tuhan izinkan, Ummi akan membuatnya untuk kamu pada tahun2 akan datang. Ummi mahu kamu gembira di harimu sayang. Kesian kamu..sejak adik Muaz lahir, Masa Ummi sedikit kurang untuk kamu. Ummi terpaksa bahagikan masa dengan baik. Tidak seperti sebelumnya..Ummi hanya melayan kamu sahaja. Maafkan Ummi sayang. Walaupun masa untuk kamu sedikit kurang, namun kasih sayang Ummi pada kamu sentiasa bertambah dan bertambah dari hari ke hari.

Wahai sayangku Umar..
Ummi sentiasa mendoakanmu. Agar kamu menjadi anak yang soleh. Taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan taat kepada ibu bapa. Kamu jadilah orang yang tahu menghormati orang tua, sahabat dan saudara2mu. Jangan sesekali kamu lupakan suruhan Allah. Setelah cukup umur, maka sembahyanglah kamu..sembahyanglah kamu..sembahyanglah kamu. Walau sesibuk mana pon kamu, sembahyanglah kamu. Mengaji Quran selalu, dengar kuliah, pergi ke masjid. Jadilah orang yang baik sayang.

Permata Ummi..
Belajarlah kamu bersungguh2 supaya kamu menjadi orang yang berilmu. Supaya kamu bisa menjadi contoh kepada adik2mu. Sesungguhnya, ilmu itu sangat berguna di dunia mahupun akhirat. Jadilah insan yg berjaya sayang. Jangan sesekali kamu berputus asa. Jadikan cabaran dan dugaan sebagai motivasi untukmu berjaya. Berusahalah..sehingga kamu berjaya.

Sayang Ummi..
Kasih sayang Ummi sentiasa mengiringimu...Ummi sayang kamu.
Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun sayang.




.

Saturday, December 17, 2011

For You


To: My Hubby


If Jannah was a food, I would cook it for you.
If Jannah was a Levi's jeans, I’d present it for you. 
If Jannah was a blacktop engine, I would buy it for you. 
But since Jannah is a place no eye has ever seen, 
I make 'doa' to Allah to reserve it for you.

I Love You.

From:Your Wife

Friday, December 16, 2011

Statistik Permohonan Jawatan PPP


Tetiba terasa nak melihat statistik permohonan jawatan yang aku temuduga semalam. Mula la tangan ni laju menaip "Suruhanjaya Perkhidmatan Awam". Lepas di belek2 kat laman SPA, maka terjumpa la statistik permohonan dan bilangan yang di panggil temuduga.

Wahhhhh!!! Memang terkejut besar setelah melihat statistik itu. Bilangan pemohon untuk jawatan ini adalah 36159 orang. Ramai betul yang mohon. Namun, yang berjaya di panggil temuduga hanyalah 309 orang. Bilangan kekosongan pulak hanya 10 kekosongan.

Urm..memang sangat bertuahlah 10 orang yang berjaya di kalangan 36159 orang itu. Huhhhhhhhh!!! 

Apa yang penting, aku dah cuba untuk buat yang terbaik. Semoga aku berjaya. Dan, kalau aku gagal sekalipon, aku takkan berputus asa. Usaha, doa dan tawakkal pada Allah SWT. Semoga aku dapat menjadi salah seorang insan bertuah di kalangan 36159 orang itu. Amiiiinnn...




Thursday, December 15, 2011

Temuduga SPA

Bismillahirrahmaanirrahim..

15/12/2011-Bangun awal pagi, siapkan anak2..segalanya berjalan lancar. Turun dari rumah seawal 7am ++ untuk menghadiri temuduga yang dijadualkan bermula pada jam 8 pagi. Walaupun tempat temuduga tu dekat, aku dan suami mengambil keputusan untuk turun awal.

Dalam perjalanan nak ke Putrajaya tu..boleh pulak kami terlepas jalan. Urm..ujian yang pertama. Bila dah terlepas tu, jauh la pulak jadinya. Tepat jam 8am sampai bangunan SPA. perjalanan yang biasanya 10 minit, da bertukar menjadi 1/2 jam++.

Sesampai je kat sana, aku lihat sudah ramai orang menunggu untuk ditemuduga. Urmm...giliran aku no 12. Sampai tengahhari jugak la tunggu. Kesian En Suami terpaksa melayan kerenah anak2 kat tempat letak kereta dari pagi sampai tengah hari.

Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, aku dipanggil. Maka bermula la sesi temuduga aku, Antara soalan2 yang di ajukan untuk aku ialah:

  1. Sila bacakan no ic.
  2. Bacakan alamat.
  3. SPM, BM? BI?
  4. Kamu Diploma Pengurusan Sumber Manusia dari KUSZA...CGPA? bla..bla...
  5. Oh..kamu ade degree ye? U mana?
  6. CGPA? (degree)
  7. Sudah mendirikan rumah tangga?
  8. Suami kerja ape? gov ke?
  9. Sudah ada anak?
  10. Aktif dalam sukan tak?bla..bla...
  11. Main bola jaring sampai peringkat mana? (sambil belek2 file,tengok sijil2 sukan)
  12. Banyak pengalaman kerja kamu ye?Mcm2 kerja..bla..bla.. (sambil penemuduga tu tengok2 resume..)
  13. Nyatakan jawatan yang dipohon 
  14. Kenapa kamu mohon jawatan ni? Memang minat ataupon saja2?
  15. Tak menyesal ke mohon jawatan ni sebab kamu ada degree? Orang lain masuk gred 41 kamu baru 27..
  16. Ok..Senaraikan tugas2 jawatan yang di pohon.
  17. Salah satu tugas jawatan ini adalah berkaitan dengan pendaftaran kelahiran..nyatakan prosedur pendaftaran kelahiran dan dokumen yang perlu di bawa.
  18. Kenapa perlu bawa i/c, buku merah, surat kwen ibu bapa semua?
  19. Kat mana boleh daftar?
  20. Kat Balai Polis boleh daftar ke? Kalau Pejabat JPN tu jauuuuuuhhhhh...kat pendalaman..?
  21. Berapa hari tempoh pendaftaran kelahiran?
  22. Kalau lebih tempoh macam mana?
  23. Situasi : Kamu dilahirkan di Kelantan, daftar kelahiran di KL, kod negeri lahir tu ikut negeri mana?
  24. Macam mana kamu tau pasal semua maklumat ni? Tengok kat internet ke?
  25. Apa kelebihan anda?
  26. Apa kekurangan anda?
  27. Pernah tengok logo JPN x?Tengok kat mana?
  28. Ape yang dia tulis kat logo tu?
  29. Betul ke dia tulis macam tu?
  30. Bukan dia tulis (bagi perkataan lain-TEPAT) ke? ( nak konfiuskan kita)hee..
  31. U tau tak, candidate sebelum ni dengan confidentnya kata yang dekat logo tu JPN tu 'TEPAT' bukan 'CEKAP'..yakin dia tuh..hahah (kedua2 penemuduga tu gelak & aku senyum je)....ok..Terima kasih.(Penemuduga tu angguk & senyum)
Soalan kawan2 lain pulak antaranya ialah:
  1. Perkenalkan diri (dalam BI)
  2. Nyatakan minat diwaktu lapang (dalam BI)
  3. Akta pekerjaan awam
  4. 1 malaysia
  5. Nama menteri dan timbalan
  6. Ketua pengarah jabatan
  7. Misi, visi, objektif, moto jabatan
  8. Terangkan fungsi jabatan
  9. Tindakan tatatertib
Itu je la soalan yang aku ingat. Harap2 boleh membantu kawan2 lain yang nak temuduga lepas ni. Lebih kurang setengah jam ++ jugak dalm bilik tu. Alhamdulillah..tak gementar sangat sebab penemuduga tu senyum je. Harap2 aku lulus temuduga ni. Kawan2..tolong doakan aku ye...

Alhamdulillah..semoga ada rezeki untukku dan keluarga di situ.Amiiin..

Aku dah cuba yang terbaik dan jawab semua soalan yang di kemukakan. Kalau dapat..Alhamdulillah. Tapi kalau tak dapat, mungkin Tuhan nak bagi yang lebih baik untuk aku. Hanya Dia yang maha mengetahui segala yang tersirat dan tersurat.

Thursday, December 1, 2011

Sayang Kamu Selamanya

Semalam kami keluar makan kat luar. Malas nak masak. Rasa nak makan special sikit sempana ulangtahun perkahwinan kami.

Masa tengah makan tu, skrin besar kat depan kami memaparkan kisah 'BERSAMAMU TV3'. Mangsa terbakar serta mengalami kecederaan yang teruk. Akibat daripada peristiwa itu, berlaku perubahan pada raut wajah asal mangsa yang dulunya cantik.

Lalu En Abg bertanya kepadaku "Yang, kalau abang macam ni..tie sayang lagi x ke abang?"

Hanya Allah yang tahu perasaan aku terhadap suami ku ini. Betapa cintanya aku kepada dia..betapa sayangnya aku pada dia. Walau macam mana pon dia, aku tetap akan menyayanginya..dengan seluruh jiwa raga ku InsyaAllah. Semoga perasaan cinta dan sayang ini akan kekal hingga ke Syurga nan abadi.


Suamiku..satu2nya lelaki yang sangat ku cintai dari dulu hingga kini. Tiada yang lain selama aku mengenalinya. Menyintainya adalah sebahagian dari kehidupanku kini dan selamanya. Tiada perasaan terhadap lelaki lain melainkan dia. Tidak nampak kecantikan lelaki lain selain dia..Allahuakbar. Betapa besar cintaku padanya..

Semoga aku dapat menjadi isteri yang solehah kepadanya. Senang di matanya..senang dihatinya dan senang di sisinya. Ya Allah..kurniakanlah kami kebahagiaan yang berpanjangan. Aminn..

Wednesday, November 30, 2011

Ulangtahun Perkahwinan Ke-4

Masa tengah menyusu baby kejap tadi..tiba2 terfikir..hari ni berapa haribulan..

Pastu..bila Muaz da tidur, terus datang kat PC. Tengok haribulan...

Rupa-rupanya hari ni 30/11/2012..

Malam ini pada tahun 2007 jam 9.00pm aku telah diijabkabulkan dengan En Wan Ahmad Lutfi Bin W.Mohd.
Aku pon hampir terlupa tarikh penting ini. Hihihi..dah berjangkit virus lupa tarikh penting ngan En Abg kot..

Dan aku juga sangat pasti, En Abg juga lupa hari ni hari ape. Malam ni aku nak ajak dia keluar makan kat luar la.hmmm...harap harap dia setuju.

Kejap je masa berlalu. Dah 4 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah..

Tuesday, November 29, 2011

Doa Mohon Rezeki



I

Segala puji bagi Allah yang telah memperkenalkan diri-Nya dan tidak meninggalkanku dalam keadaan buta hati.

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan aku dari umat Nabi Muhammad saw.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan rezekiku ada di tangan-Nya langsung dan tidak ada pada tangan orang lain.

Segala puji bagi Allah yang dengan rezeki-Nya telah menutupi rasa maluku dan tidak mempermalukanku di hadapan manusia lainnya.”

II

“Ya Allah, berilah aku rezeki dari anugerah-Mu yang luas, rezeki yang halal dan baik, rezeki yang luas dan bisa mengantarkanku pada cita-citaku di dunia dan akhirat, sebanyak-banyaknya, seluas-luasnya, tanpa ada gerutuan dan cemohan dari seorang pun mahkluk-Mu.

Bukankah Engkau telah berkata dalam kitab suci-Mu, ‘Mintalah kepada Allah karunia-Nya’.

“Ya Allah, inilah aku memohon karunia-Mu yang penuh, aku memohon dan meminta.”

Doa yang diajar oleh Amirul Mukminin Ali ibni Abi Thalib kw.

Friday, November 18, 2011

Bulan Balik Kampung (Nov2011)

Best je bila ingat kampung ni...

Minggu lepas seminggu ++ aku kat kampung (4 Nov-13 Nov 2011). Balik Raya Haji, kenduri 2 pupu, majlis kwen2 'mak' baru, tahlil kat rumah aku dan kenduri kwen kawan baik aku masa sekolah Fiza.

En Abg kena kerja masa Raya Haji tu, so aku tumpang la sedare pupu-pupu yang nak kwen tu. Al maklum sajalah..anak dah 2 ni x boleh dah nak naik bas..susah. Masing2 masih kecik..nnti x terlayan plak..sana nangis..sini nangis. Nasib baik ade orang nak tumpangkan aku..kalau x, x balik kampung la aku.

Esok (19 Nov 2011-Sabtu), kami sekeluarga balik kampung lagi. Kali ni bersama2 En Abg tersayang. Habiskan cuti tuk tahun ni. Seminggu jugak kami kat kg..Alhamdulillah.

Tapi, musim ni x leh main pantai..sebab ombak da besar..hmmmm..da lama x main pantai kat kg En Abg..rindu plak rasanya. Airnya yang jernih...bersih..memang cantik. Balik bulan 3 tahun depan InsyaAllah..baru leh main air. Muaz pon da 8 bulan..Umar, 2 tahun ++. Mesti best...

Thursday, November 17, 2011

Bila Umar Berkata-kata


Masa Ummi duk ngadap fb semalam (16/11/2011-Selasa)..
Umar baru bangun tdo..keluar dari bilik...
Terus gi dapur...mintak susu. Habis menyusu dia ke dapur lagi. Di bukanya peti ais..dan dia ambik maruku...

Datang kat Ummi..

Umar : Nak...(sambil menghulurkan bekas maruku pada Ummi)
Ummi : (Bukak dan bagi 1 pada Umar)
Umar : Masheh...(gi tgk tv)

Umar datang lagi..

Umar : Beshhh (habis)...nak agi...
Ummi : (Bagi kat Umar lagi satu)

Lepas tu..maruku tu terlepas dari tangan dia (jatuh la..)

Umar : Allah...ish..ish..ish...aaaaapoo nih....
Ummi : (tergelak dengar Umar cakap macam tu)

Hihihi..da pandai anak Ummi ni cakap sikit2..Alhamdulillah.

Saturday, November 5, 2011

Aku Mau Pulang...Heeeeee...:-)

Jam 5am nanti aku nak bertolak balik kampung. Meninggalkan En Abg, rumah, blog, fb...untuk beberapa hari@minggu. Aku balik ni bukannya sebab nak beraya sangat. Tapi untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kami. Alhamdulillah..jodoh mereka..ble la tlg masak2..jaga makan pakai..etc.:-) 

Urmm...hati ni...masih lagi rasa berkecamuk. Tak tahu la kenapa perasaan ni x nak hilang..aku pon x tahu ape yang aku tunggu dan aku mahu. Dan, ini merupakan masa yang sesuai untuk aku tenangkan fikiran. Aku mahu perasaan rindu dan sayang hadir dalam diri aku..harap2 hati aku akan bertambah sihat lepas ni.

Sabar...sape yang faham??xde kot..huhu..

Ape lah aku melalut malam2 buta ni...k la..aku nak tido dah. Nanti 5am nak bertolak balik. Barang2 semua dah siap kemas..Urmmmm...bestnya rasa...balik kg...:-)

Jom beraya di rumah saye...heeeeeeeee....senangkan hati...ngeeeeeee..

Amik mood raya n mood balik kg...pejam mata jap..

Bayangkan..

anda sedang menghirup udara segar kampung..bau getah..bau pokok...urmmm...nyamannya...sejuk je rasa...eeeeeeeeemmmmmmm......zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Tuesday, November 1, 2011

Mimpi Arwah Ibu..

Ya Allah..rindunya pada ibu..

Semalam 2 kali aku mimpikan arwah ibu. Keadaan yang sama..situasi yang sama..dia hanya tersenyum padaku..ketika itu dia memakai telekong sembahyang dan menutupi keseluruhan tubuhnya kecuali mukanya. Dia duduk di hadapanku dengan wajahnya yang putih bersih, tersenyum dan kurus..seperti kali terakhir aku melihatnya dulu...manis..rindunya pada dia..

Aku menyapanya dengan mengatakan bahawa ku terlalu merinduinya..

Kali ke-2 bermimpi..mimpi yang sama juga. Namun kali ini, aku menyentuh pipinya dengan penuh rasa kerinduan. Mulanya aku merasa sangat takut..namun..aku mengusap juga pipinya kerana terlalu rindu. Pipinya terasa sangat dingin..dan dia hanya tersenyum dan tersenyum..tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

Bila tersedar dari tidur..air mataku berlinangan... Sudah lama aku tidak membacakannya Yaasin, sejak aku bersalin agaknya. Sudah 2 bulan lebih. Hanya sedikit doa dan Al-Fatihah sesudah solat dan sebelum tidur sahaja aku sampaikan padanya. Kesian 'Mek"...InsyaAllah..nanti orang bacakan Mek Yaasin ye...maafkan orang...terlalu alpa..sehingga terlupa.."

Orang harap Mek baik-baik saja di sana..Al-Fatihah..

Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu dan nenek saya ye kawan2...Namanya "Hasmah binti Zainab" dan "Zainab binti Bunga". Terima Kasih..Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian...

Sunday, October 30, 2011

Bola TRG vs N9

Jam 3pm++ semalam En Abg ajah gi Shah Alam sebab dia nak gi sokong pasukan negerinya Terengganu merebut Piala Malaysia jam 9 pm. So..aku pon ikot la..

Dalam perjalanan ke Shah Alam tu, memang terasa kehangatannya. Ada yang datang dengan bas, naik moto, berkonvoi dengan kereta sambil mengibar bendera negeri masing2. Dengan sepanduk lagi..dengan badut..sorak hilai...semua ade.

Teruja rasanya..aku xpernah melihat situasi seperti itu sebab aku x pernah pon ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepanjang hidup aku. Bila lalu depan Stadium Shah Alam je..ramai berkumpul..baju hitam + pulih nampak sangat ramai berbanding baju merah + kuning.

Dengan jemnya..ramai betul peminat bola ni rupanya..

Lebih kurang jam 4pm++ kami sampai kat depan Stadium..singgah beli goreng keledek kat surau. Lepas tu, En Abg hantar aku kat rumah isteri arwah Nafastari (Kembar En Abg). Rumah mereka kat depan Stadium Shah Alam. Lepas solat Asar, En Abg gi berkumpul kat Giant Shah Alam dengan kawan2 dia.

Malam tu aku dan anak2 tengok bola dalam TV dan En Abg tengok bola kat Stadium. Masa gol tu..memang sampai kat rumah bunyi sorakan..walaupon tengok dalam tv..tapi kemeriahan tu terasa sebab sorakan kat stadium tu kuat..best je..suasana perlawanan tu terasa walaupon kat rumah...Tapi nasib x menyebelahi. Pasukan merah + kuning memenangi perlawanan itu dengan 2-1.

Kepada pasukan penyu..jangan putus ase. Cuba lagi tahun hadapan..

Kami balik lewat sikit sebab x nak terperangkap dalam jem..lebih kurang jam 12am++ kami balik melaliu LDP. Jem masa kat Stadium tu kejap je..lepas tu dah x jem dah. Jam 1am sampai rumah terus tdo semuanya..

Friday, October 28, 2011

Doa Seorang Isteri



Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……



Aku Nak Jadi Cikgu..

Usaha, doa, tawakkal..

Masa sekolah rendah...
Cikgu : Zaharah, bila besar nanti awak nak jadi ape?
Aku : Saya nak jadi Cikgu..

Masa sekolah menengah...
Ustazah : Zaharah, cita-cita awak nak jadi ape?
Aku : Saya nak jadi Ustazah..
Ustazah : Bagus..kerja sebagai cikgu ni sangat sesuai untuk wanita.

Hihihi..bila teringatkan zaman sekolah..lucu pon ade..tapi memang dari kecik2 lagi aku minat nak jadi cikgu. Sebabnya cikgu ni nampak bijak...semua anak murid tanya dia boleh jawab. Lepas tu, semua orang hormat cikgu2 ni...orang kampung macam aku ni lagi la..ni masa kecik2 pk..

Bila da besar masuk sekolah menengah..minat nak jadi cikgu jugak. Ustazah kata, kerja ni sangat sesuai untuk wanita. Masa tu x faham sangat. Ustazah ade cakap lagi..kalau kita jadi cikgu, ilmu yang murid perolehi tu, selagi mereka guna selagi tu kita dapat pahala..mmm...(dalam hati, macam best je)..

Tapi lepas SPM, dapat sambung diploma, x amik cikgu..masa tu konon2nya nak kja ofis la..lepas tu sambung degree pon x amik cikgu jugak...nak kerja ofis lagi..

Bila da habis belajar dan dapat baby..aku dapat kerja. HR  & Admin Exec kat sebuah kilang..huhu..memang penat..balik lambat, x sempat nak kemas, masak, layan anak..urmm...anak plak selalu demam duk ngan pengasuh..x serasi kot..lepas tu..setelah 4 bulan bekerja..pk..punya pk..berenti..x berbaloi rasanya..balik lambat..anak sakit, rumah, masak..semua macam kelam kabut je..pas tu bila kja perbelanjaan pon bertambah, susu, pempes, upah jaga baby, minyak keta, tol, makan...yang lebihnya 2,3 ratus je..huhu..pk balik..baik duk rumah..

Lepas tu baru terfikir balik..jadi cikgu kan best, balik awal..cuti banyak, masa tuk family..lepas tu yang penting kerja dia dapat pahala yang berterusan...urm...so sekarang..aku pk nak jadi cikgu aje...mintak KPLI, DPLI, GSTT..x dapat2 lagi..sabar je la..

Ya Allah..terlalu ingin aku menjadi seorang guru..pekerjaan yang sangat sesuai bagi seorang ibu sepertiku. Dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga berbanding kerja lain. Guru juga satu pekerjaan yang mulia, mengajar mereka...dengan ilmu yang kita ada. Pahalanya sentiasa berterusan dan mengalir selagi mana mereka menggunapakai ilmu yang kita ajar itu. Ya Allah..teringin benar rasanya aku menjadi seorang guru..Kau permudahkanlah jalan bagiku Ya Allah..hanya padamu tempat ku mengadu..Bantu lah hamba-Mu yang lemah  ini Ya Allah...Amin...

Kawan2...tolong doakan aku ye..harap2 dengan doa dari kalian semua, dapat aku menjadi seorang guru bagi mendidik anak bangsaku..

Tuesday, October 25, 2011

Tetamu 2

Alhamdulillah..penat seketika, namun besar ganjarannya kelak.

"Tetamu itu bawa rezeki". Setuju sangat dengan kata2 ini. Layanlah tetamu kita sebaik mungkin. Tidak sia-sia perbuatan itu. InsyaAllah..akan datang untuk kita rezeki lagi banyak, dari mana2 sumber yang kita sendiri x ketahui.

Urmm..kali ni, kawan sekampung En Abg yang datang. Bawak anak2 n Isteri jalan2 KL sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka. Romantik je bunyi..heeee..

Sabtu malam mereka datang. Sampai malam tu, borak2 je...x bawak pergi mana2 pon sebab dah tengah malam. Esoknya, Ahad kami bawak mereka gi KLCC sebab isteri dia nak pergi sana. Mula tu nak naik train, tp bila pk2 dengan baby ni susah nak nyusu, panas, ramai plak org hari minggu ni, kami pon batalkan niat nak naik train. Kami pergi dengan kereta. Sebenarnya, kami pon x pernah ke sana naik kereta sendiri..heee..first time gak walaupon duk KL..ikot signboard je.

Kononnya nak naik train la ni.heee...

Jejaka idaman malaya.. 

 Tetamu..

Kami...:-)

Sampai je..kami pergi makan n lepas tu bawak budak2 main air kat taman KLCC. Suka sangat tengok Umar main air..memang best tempatnya.

 Tunggu anak2 main air..

Umar n kawan baru.. 


Aksi Aiman, baby n Umar main air..

Hari Ke-2 Isnin En Abg kerja. Aku bawak mereka jalan2 The Mines dan Putrajaya. Turun lepas zohor..pergi Mines dulu..jalan2..sampai asar..hujan..lebih kurang jam 5pm hujan berenti, kami pon pergi ke Putrajaya. Cantik pemandangan lepas hujan kat Putrajaya tu..Sangat sesuai tuk amik gambar.

Aktiviti kanak2.. 

The Mines 

 Muaz n Baby tdo...

Umar menyebok.. 

Masjid Putra..

Semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga. Selamat hari ulangtahun perkahwinan. Lain kali datang la lagi..InsyaAllah..kita pergi jalan2 tempat lain pula..:-)

Thursday, October 20, 2011

Reunion...

Aku dan Kak salma berborak2 kat fb...da lama x juma..xkumpul ramai2...geng2 sekolah SMUABJ. So, kami pon bincang ramai2 nak buat makan. Aku pon terasa gak nak buat makan2 kat rumah n ajak kawan2..tapi dengan dua anak kecik n x de sape yang nak bantu ni, susah jugak nak masak...nnti tetamu da sampai, tapi masakan blum siap agi..huhu..naya...

Akhirnya Kak Salma kata dia nak buat kat rumah dia...dia nak masak n panggil kawan2 sekolah yang duk dekat2 ni datang. Urmm..dapat kumpul ramai2 gak akhirnya kat rumah Kak Salma di Kem Sg Besi. Kawan2 yang duk area Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Serdang n PJ datang berkumpul kat rumah Kak Salma.

Best sangat borak2..ungkit2 kisah 10 tahun dulu..hahah..memang lucu..sambil tengok gambar..masing2 aku tgk sangat gembira bila kenangan persekolahan di ungkit. Yang ni mcm ni, yang tu mcm tu..heeeeee...best.. Tambah plak..berborak tu sambil tgk gambar masa sekolah yang Kak Salma simpan..heee..memang kecoh satu rumah. Pergi tgh hari sampai petang duk borak2..tu pon x habis2..

Memang gembira sangat..walaupon x ramai...tapi tetap best. Su, Mc Nor, Dayah, Jimah, Mat Duan, Zaroh, Noriah & Kak Salma...kecoh..dengan suami n anak masing2...yang x kwen lagi...yang xde anak lagi, yang baru kwen...mcm2 cerita...


Ape pon, tenkiu kawan2 semua..korang memang best macam dulu2 jugak..

InsyaAllah..nnti ade rezeki kawan2 sekalian, aku akan masak untuk kamu semua..sekadar yang termampu..tapi x tahu lagi bila ye..kalau boleh nak ajak noma n ida jugak..biar ramai ckit..lagi ramai..lagi best..lagi banyak cerita..tapi tak tahu la bila diorang free...huhu....

Monday, October 17, 2011

Bizi Ngan Projek..

Da 2,3 hari x ngapdate blog. huhu..bizi ckit..cari maklumat nak buat satu projek. Masih dalam perbincangan dan memang kena cari banyak maklumat. So, kesibukan tu x merelakan aku mengapdate blog 1 entri sehari macam minggu yang sudah2.

Harap-harap projek ni menjadi la. Tapi kami kena menuntut ilmu lebih ckit dari org2 yang berpengalaman dan cari sebanyak mungkin maklumat2 yang perlu supaya kerja kami menjadi lebih smoooothhh...heeee..

Urmm..tapi kali ni x leh nak kongsi lagi pasal projek tu. Nnti kalau projek ni menjadi kenyataan, baru kami akan war-warkan kepada semua. ok..So..harap2 semua kwan2 sudi doakan kejayaan kami dalam projek ni. Semoga rezeki kami bertambah dan akan dapat bantu keluarga, sahabat dan orang2 yang memerlukan. InsyaAllah...Doa ye..Heeee..Tenkiu veri mach...

Friday, October 14, 2011

Semoga Allah Merahmatimu Ayahku..

Hari ini merupakan hari lahir Ayah aku yang ke-62 tahun. Hari ni aku nak ceritakan kenangan aku dengan Ayah tersayang.
Apa yang aku ingat pasal Ayah..

Masa aku kecik-kecik dulu..aku selalu tengok tv rumah Ayah sebab kat rumah Che (atuk) x de tv (aku di besarkan oleh atuk & nenek). Masa tu letrik xde lagi kat kampung kami...ayah beli bateri buat tengok tv. Malam-malam pakai pelita la. Aku pon da lupa sejak bila kampung kami ade letrik. Iron baju pon pakai iron besi yang berat tu. Antik punya..kena letak arang. Kenangan btol.

Urmm..masa tengok tv tu..ayah selalu geletek aku..dan aku gelak la..geli..(sambil mengenang kisah itu)..hihihi..lepas tu dia suka gosok2 janggut dia kat muka aku..hahaha..memang geli. Rindunya saat itu.

Ape lagi yang aku ingat ye...

Satu hari..Ayah xbalik..kami sekeluarga bimbang sebab biasanya kalau dia ke mana-mana, dia bagi tau Mek (Ibu) kami. Tengok kunci motor ade, barang-barang dia ada. Masa tu last kami nampak dia, masa dia kat belakang rumah..tengah cangkul tanah nak menanam. Lepas tu dia hilang, dan semua orang x tahu dia pergi mana...tunggu..punya tunggu..sampai malam x balik. Kami bimbang. Masa tu aku menangis..semua menangis sebab Ayah hilang. Kerah orang kampung cari dalam hutan semua (sebab kat rumah kami banyak hutan). Tapi x jumpa..malam2 pon orang kampung masih cari jugak.

Tiba2 Ayah balik dengan kereta.Huh...memang lega rasanya..semua terkejut masa Ayah balik tu. Dia pon tanya, "Kenapa orang ramai kat rumah ni?" Kami semua cakap la, "Cari Ayah lah..Ayah gi mana? semua bimbangkan Ayah.."

Rupa-rupanya..dia pegi mancing ngan kawan2 dia..dan kami semua tak tahu..sampai menangis-nangis semua ingatkan Ayah hilang. Sayangnya kami kat Ayah..huhu..sdey tau bila Ayah hilang ni...

Apa yang aku ingat pasal Ayah lagi...

Suatu hari aku dapat tawaran masuk U. Dan aku dapat wang pendahuluan dari PTPTN . Pastu, nak amik duit tu kena pergi dekat Kota Bharu. Aku tak tahu tempat tu. Aku tanya Ayah, dan ayah tahu. Lalu aku minta Ayah hantarkan aku. 

Hari itu..aku naik motor ngan Ayah ke Kota Bharu untuk ambik wang pendahuluan tu. Sejam jugak baru sampai sana. Terharu sangat dengan pengorbanan Ayah. Rasa bahagia je ble naik motor ngan Ayah pegi Kota Bharu masa tu. Bangga rasanya..hahaha..

Lagi kenangan dengan Ayah yang aku ingat...

Masa aku dapat masuk U tu, ade kawan cadangkan aku supaya mintak pinjaman dengan Kerajaan Negeri sebab PTPTN interest dia tinggi. Aku nak pergi sendiri aku tak tahu, jadi sekali lagi aku suruh Ayah hantarkan.  Ayah pon bawak aku ke tempat itu untuk memohon pinjaman. Dan sekali lagi kami ke Kota Bharu naik motor. Masa tu, Ayah tunggu kat bawah dan aku naik sendiri amik borang kat atas. Lepas tu aku pon isi kat situ jugak sebab malas nak datang lagi sekali. Aku ajak ayah pergi fotostat sijil dan pegi amik cop pengesahan kat sekolah di bandar KB tu.Lama betul tunggu nak dapatkan cop pengesahan tu. Tp Ayah sabar je. Seharian Ayah ikot aku ke sana dan ke sini sampai la borang tu siap dengan salinan sijil yang telah di sahkan dan selamat di hantar.Terima kasih Ayah..

Itu la kenangan best yang aku ingat tentang Ayah aku. Aku doakan, semoga Allah murahkan rezeki Ayah, panjangkan umur Ayah, dan semoga Allah meredhai Ayah selalu. Terima kasih aku ucapkan pada Ayah sebab sedia bantu aku di kala aku memerlukan pertolongan. Saaaaaaayang Ayah sepenuh jiwa raga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada satu-satunya Ayahku dunia dan akhirat.

Thursday, October 13, 2011

Geramkan Si Umar Sangat2

Aiyo..yo...UMARRRRR!!!!!

hmmmmm...memang ummi geram sangat dengan kamu hari ni..kamu tau x?? Nanti bila besar..harap kamu baca entri ni..

Hari ni kamu buat darah ummi naik sampai kepala. Dari kamu bangun tdo pagi tadi..sampai sekarang..kamu asyik buat ummi marah saja.

Hari ini:

  1. Kamu pukul adik Muaz
  2. Kamu tumpahkan semangkuk sayur yang baru ummi masak untuk ayah kamu
  3. kamu tumpahkan sebotol air atas toto
  4. kamu keluarkan sampah dari bakul sampah
  5. kamu keluarkan baju yang ummi lipat dalam almari
  6. kamu sepahkan kain kotor dalam bakul ke seluruh rumah
  7. kamu menangis olok..siap menjerit2 lagi bila muaz nangis sebab xnak ummi amik muaz
  8. kamu kotorkan beberapa helai baju yang baru dibasuh dengan sayur goreng
  9. kamu rosakkan pintu kabinet dapur
  10. kamu keluarkan kuali dari dalam almari
  11. kamu cabut wayar tv sampai semua siaran xble tgk
  12. kamu tmpahkan bedak
  13. kamu tumpahkan biskut dan hancur2 kan
  14. kamu sepahkan rumah dengan mainan (memang hari-hari)
  15. kamu amik baju bersih ummi dan heret masuk bilik air
  16. kamu..kamu..dan kamuuuuu...........buat ummi gerammmmmmm!!!
Hilang stress jap bila meluah kat fb nih..hmmmmmm.....sabar je lahhh...

Wednesday, October 12, 2011

Love IKEA Product, hope I win it!




I just tagged myself to my favourite IKEA product , hope I win it!

(heeeeeeeeeeee.....xde kja....)

Monday, October 10, 2011

Jenjalan Hari Minggu

Semalam..pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan 1 panggilan dari nombor yang tak dikenali. Rupanya panggilan dari rakan sekolah menengah, Kak Salma nama dia. Dia baru beberapa bulan tinggal di Kuarters Sg Besi. Dia bercadang nak datang jenjalan kat rumah.

Kak Salma & anak-anak

Last kami jumpa masa dia kwen 9 tahun yang lepas..huhu..lamanya x jumpa dia. Aku plak masak je ape yang ade dalam peti ais untuk menyambut kedatangan mereka sekeluarga. Menu aku..biasa la...Mee Goreng..heeeeeeee..mudah, cepat dan senang.

Kul 11 dia sampai rumah..borak2 sampai tak hengat dunia..sedar2 da zohor pon. Lepas solat zohor..kami 2 keluarga ni berkonvoi ke rumah Hidayah & Riduan kat Seri Kembangan. Member sekolah jugak..dan sekelas. Heee..xsangka btol diorang kwen..da jodoh..:-) Dulu masa skolah..bukannya diorang kapel2 pon..lepas sekolah pon xde contact..last2 jumpa tahun lepas dalam fb..beberapa bulan kemudian kwen..hihihi..Semoga mereka berbahagia sampai ke syurga.

Riduan & Hidayah

Dari zohor sampai jam 4pm++ kami duk borak2 rumah Hidayah tu. Lepas tu..Riduan tanya samada kami nak gi rumah Su (kawan sekelas gak..duk Cheras) tak? Urmm..aku kata boleh jugak..sebab da lama x jumpa. So..setelah semuanya sepakat, maka berkonvoi la pulak kami ke rumah Su di Cheras Perdana. Sampai Maghrib duk sana.

Norasnia @ Suhasniya

Suka sangat jumpa kwn2 lama ni..macam2 cerita nak cerita..perkembangan masing2..anak2..dah jadi mak2 orang da semua..da berkeluarga. Rancangan yang tak plan pon..tapi ble jumpa kwn2 sekolah minggu ni. Tak sangka btol..hmm...:-) Kawan2 plak sporting..ajak ke sana ke sini..semua ok je..Alhamdulillah..Pertemuan yang di atur-Nya x pernah gagal. Tq Allah..

Saturday, October 8, 2011

Kesian Bayi Itu...

Berderau darah tatkala aku membaca kisah "Liwat bayi 23 hari" (Metro) yang dikongsi oleh seorang teman dalam Muka Buku hari ni.

Ya Allah...kejamnya manusia ni. Sanggup dia meliwat anak yang baru berusia 23 hari gara2 isteri tak mahu layan nafsu dia kerana masih dalam pantang. Ayah ke ape yang kejam sangat ni?

Dunia..dunia..macam2 perkara pelik yang berlaku sekarang ni. Bayi tu masih lembik lagi...kesiannya. Tak boleh nak pikir lah. Ape ntah yang dia rasa..MasyaAllah..kejammmm!!!!

Friday, October 7, 2011

Umar dan Cerita TV

Petang tadi Umar bukak TV. Tapi bukak je la..tengoknya tak. Tiba-tiba..dari ligat bermain..dia terpacak betul2 depan TV. Dia duk je kat situ, tak bergerak2..khusyuk tgk tv..Aku pon perasan la sebab tiba-tiba je dia berenti main.
Umar

Waku tu (kat dalam TV), seorang datuk tengah marah-marah dan pukul cucu dia. Tak tahu lah sebab ape, sebab aku tak tengok pon. Sampai menangis budak tu..lepas tu mak dan nenek budak tu datang pujuk. Bila habis aksi pukul memukul tu, Umar menangis dan datang pada aku. Dia tunjuk ke arah TV.

Aku pon pujuk la si Umar ni...yang tak tahannya..dia menangis sampai keluar air mata. Aku pujuk dia pon sambil tergelak2..hihihi...rasa lucu pulak.

Faham je dia tgk budak tu kena pukul...sampai sedih2, nangis2 macam tu. Aku tak tahu lak tajuk ape cerita tu..sebab aku x tengok sangat.

Embun

Rindu tetiba dengan Cik Embun comel (anak kepada arwah kembar suami aku). Puteri sulung kepada pasangan Nafastari dan Mawar Nafastari. Sama kisahnya ngan Umar..sedih tgk tv.

Keluar Makan :-)

6/10/2011- 9.30pm..

En Abg balik kerja..terus baring-baring sambil peluk anak kesayangan (Umar)..main-main la..seharian x jumpa anak kan..tiba-tiba dia bersuara..

En Abg: Yang, benarnya abang memang nak bawak T makan luar malam maring..tapi abang lupa..
Aku: Heeee..ye ke...

Aku & En Abg: Bla..bla..bla..(borak2 biasa)
Sambil2 tgk tv..dan dia bukak fb...tunggu punya tunggu sampai jam 10pm++

Aku: Abang lapar dop?
En Abg: Lapar jugok.
Aku: Doh, nak makan nasi ke ni?..T bubuh..(Tanya olok2 je..)
En Abg: (Senyap..)
Aku: Abang..sebenarnya T tunggu abang ajak T makan luar ni..
En Abg: Abang pon tunggu T ajak abang..Abang ingat T nak gi makan luar jugok malam ni...
Aku: Doh?
En Abg: Napok macam xsir gi je..x siap2 pon..
Aku: T siap doh ni (berbaju T dan berkain batik)..
En Abg: Siap gapo gitu? Paka lagu tu..
Aku: T siap doh anak2 ni..T kejap je pakai baju..tengok anak ni, semua pakai lawa2 doh..
En Abg: Urmm...
Aku: Doh nok gi dok? Tapi lewat doh ni dok?
En Abg: Kalu nok gi pong ok...
Aku: Jom..
En Abg: Jom...

Terus aku siap2...dan kami keluar makan..heeeeee.....

Hihihi..akhirnya..dia bawak aku keluar makan di Hari Lahir ku..:-)

Walaupon lewat sehari..tapi..ok la..sekurang2nya dia ingat dan hargai aku. Sukeeeeeeeee sangat...heeeeeee..

Macam xpernah makan kat luar je. Padahal..dalam seminggu tu mesti keluar makan kat luar. Bukan ape..saje je..konon-konon sambut bday la..lain rasanya bila makan time bday ni walaupon makanan dia biasa2 je..bukan x pernah makan Lamb Chop pon..Nasi Rimbun Klasik pon..kan??tapi..disebabkan hari tu bday aku..dia jadi hari yang sangat istimewa..

Tq Banggg...

Thursday, October 6, 2011

Hari Lahirku

Belum pon 5 haribulan..aku da dapat hadiah dari suami tercinta..memang sangat gembira rasanya mendapat hadiah setelah sekian lama tak dapat hadiah dari sesiapa. Walaupon tak berbalut dan tak beriben..aku tetap gembira. Memang tak disangka-sangka dia nak belikan aku hadiah. Sebab, kami keluar jalan-jalan je..gi JUSCO..kebetulan tengah sale tuk J-Card sempena Deepavali. Dia pon ajak la aku ke ruangan beg tangan wanita. Aku ikot je la..ingatkan nak jalan-jalan, tengok-tengok je..

Rupanya dia nak belikan aku BEG TANGAN!!


Dia cakap, "Ni kira hadiah hari lahir T lah ye". Walaupon dia cakap macam tu je..tapi, aku memang teramat gembira sebab dia sudi belikan aku hadiah sempena hari lahir aku tahun ni..maknanya..dia ingat bday aku..Heeeeeee...

Memang terharu sangat. Rasa nak peluk cium kat situ je..hihih. Ye la..mana la aku sangka nak dapat beg berjenama macam tu. Tambah-tambah duit gaji bulan ni kami gunakan tuk perkara lain. Hadiah untuk kami berdua jugak. Hihihi..tapi..hadiah "BESAR" tuk kami tu tak sampai lagi. Tak tahu la kena tunggu lagi berapa hari. Orang tu cakap paling cepat 8 hari dan paling lambat 3 minggu..skang baru 10 hari..hihihi..tunggu. Tak sabar rasanya nak tengok hadiah "BESAR" tu..excited sangat2..:-)

Sekarang jam 11.39pm 5/10/2011. En Abg tak wish pon bday aku hari ni..hmm..tak pe la..lagipun aku da dapat hadiah :-) Dia  tak de kat rumah sekarang ni. Balik kerja jam 9pm tadi, makan nasi, pastu dia keluar balik gi main ping pong ngan kawan dia kat "Bilik Mayat Hospital".Hmmmm..so..tak payah tunggu dia wish la..memang akan balik lepas jam 12am. Ingat nak ajak dia kuar makan tadi..tapi..dia cakap nak gi main ping pong. Terus batalkan niat nak ajak dia keluar. Nasib baik aku masak nasik.

Ape-ape pon..kakak aku yang tercomel (Siti Arahma) memang tak pernah lupa tuk wish bday aku setiap tahun. Satu-satunya insan yang tak pernah lupa. Tq kakak chomellll..sayang kamu..

Kakak Chomell 

Urmm..ucapan hari lahir pertama tuk tahun ni datangnya dari Cik Maizura Hani. Kawan masa belajar kat UTM. Tq Mai kerana ingat bday Kak Ti. Memang terharu sangat. Maafkan segala kesalahan Kak Ti ye Mai..Kak Ti sayang Mai.
Mai Gebbhuu

Seterusnya..yang tak lupa bday aku Bestfren masa sekolah..Nor Hafiza. Tq sayang..sangat menghargai ingatanmu di hari lahirku. Tq..Tq..Tq..Semoga ade rezeki kita tuk berjumpa. Rindu kamu.

Fiza Cute

Tak lupa juga terima kasih kepada Engku Nurulhuda, Abg Zali, Azie, Pok Yu (Asrul) dan adik aku Pein kerana sudi wish bday kat aku.

Love u oll...Tq sooooo muchhh..:-) 

Wednesday, October 5, 2011

Terima Kasih Ya Allah-05/10/2011


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

By: Sebelum Mata Terpejam Blog

Tuesday, October 4, 2011

Hadiah

Sudah lama rasanya aku tak menerima hadiah yang dibalut dan berikat riben. Sudah pon lupa bila kali terakhir. Seingat aku, kali terakhir aku dapat hadiah berbalut dan beriben masa kawin dulu. Da hampir 4 tahun.

Teringin rasanya mendapat hadiah sebegitu. Walaupun harganya tak mahal..tapi keterujaan masa membuka hadiah untuk mengetahui isinya tu sangat istimewa. Perasaan nak tahu membuak-buak...hmmm...(senyum)...

Sape la agaknya nak bagi aku hadiah macam tu lagi ye? Da tua bangka pon nak hadiah jugak..macam budak kecik je.

Terasa nak beli sesuatu dan bungkus. Pastu bagi pada diri sendiri. Tapi..tak surprise pulak..huhu..tunggu je..mana tahu, akan ada seorang insan yang sudi bagi aku hadiah berbalut kan?hihihi...harap je la..

Monday, October 3, 2011

Kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad?

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama....

Oleh: Nur Mujahidah

Bagaimana roh berpisah dari jasad?

Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Oleh: Nur Mujahidah

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

**Peringatan bersama.

Oleh: Nur Mujahidah

Thursday, September 29, 2011

Ampuni Aku Ya Allah...

Tiba-tiba..
Jantungku berdegup kencang..
Badanku terasa sejuk..
Romaku terasa berdiri..

Tiba-tiba..
Terasa ketakutan yang teramat..
Muncul dalam diri..

Takutnya untuk menghadapi mati..
Takutnya..dosa masih banyak yang tak diampuni..
Takutnya..sahabat dan kerabat tidak memaafi..
Betapa takutnya aku Ya Allah..

Terlalu sedikit kurasa bekalan untuk dibawa..
Masih belum cukup rasanya..
Untuk menampung dosa yang berjela...

Ya Allah..
Banyaknya dosaku..Ya Allah...
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Sesungguhnya aku terlalu takut...
Takut menghadapi siksaan-MU
Takut menghadapi neraka-Mu

Ampunilah aku Ya Allah....

PermataSoffhas
11.37 - Khamis
29/09/2011

Monday, September 26, 2011

Dialog Masa Open House

Semalam aku pegi open house rumah kawan aku. Masakan yang disediakan ialah laksa, laksam, mee kari, bihun sup, nasi dagang dan kuih-kuih. Bila ramai-ramai ni, aku bertegur sapa la dengan tetamu lain walaupon tak kenal. Ada satu perbualan aku ngan sorang makcik tu...agak menarik la pada aku..hihihi...

Makcik : Eh..ada baby...berapa bulan ni?
Me : Urmm..sebulan lebih..(senyum)
Makcik : (Senyum)....oh baru lagi..berapa hari?
Me : Dalam 45 hari macam tu la..
Makcik : Kena pantang lagi tu..
Me : (Senyum)..
Makcik : Laksa, laksam, mee, semua tak boleh makan ni...nasi dagang pon tak boleh..ade pulut..air batu tak boleh minum.
Me : Ye Makcik... (aku pon amik la agar-agar)
Makcik : Makan la..alah..sikitnya makan..makan la..
Me : (Senyum...Dalam hati aku "Aku nak makan ape..semua makcik ni kata tak boleh makan. Nanti aku amik kan dia terkejut pulak sebab makcik tu duduk sebelah tempat hidang makanan tu").

Hihiih..lucu plak bila ingat-ingat balik..:-)

Saturday, September 24, 2011

Cerita Sekeping Hati

Aku cuba memahi..
Cuba membaca sekeping hati..
Apa yang ku temu..
Tersimpan sesuatu di penjuru hati..
Perasaan kasih..yang abadi

Buat pertama kali..
Dalam hidup ini...dia sendiri..
Tanpa sebelah jantung yang sentiasa menemani..

Lalu..
Terasa kekurangan yang teramat..
Terasa kesakitan yang tersirat..
Tanpa siapa pun yang nampak..

Al-Fatihah ini..(Baca)
Di tujukan untuk sebelah jantung hatimu yang telah pergi..
Semoga dipertemukan lagi..
Di satu alam yang kekal abadi..

Broken Heart
Permatasoffhas
24/09/2011 (4.50pm)

24 SEPTEMBER 2011

Hari ni 24 September 2011 merupakan Hari Lahir En Abg yang ke..???hihihi..tahun lepas tak tulis pon entri pasal birthday dia. Bukan tak ingat, tapi..sebab dia kata, dia tak suka bday-bday ni. So, aku pon buat derk je..tak wish pon kat dia. Kononnya buat-buat tak ingat la. Walaupun dalam hati aku, nak sangat wish kat dia dan ajak dia gi makan special sikit untuk meraikan hari istimewanya kerana masih diberi peluang oleh Tuhan untuk bernafas di dunia ini.

Pada aku, meraikan ulangtahun kelahiran ni, bukan bertujuan untuk meniru orang barat. Tapi mahu memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana masih diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Khalifah di muka buminya. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan berbuat amal kebajikan kepada keluarga, sahabat dan orang-orang lain.

Semalam, kami balik rumah terbuka kat area Putrajaya agak lewat. Jam 11pm lebih. Bila sampai rumah je, En Abg buka la FB dia. Bermula jam 12am, ramai la teman-teman yang wish bday kat dia dan juga mendoakannya. Tapi aku buat derk je..buat tak tau..sampai aku tertido lebih kurang jam 1am ++ kot.

Pagi tadi, aku mandi, pakai baju 'cantik-cantik', pakai minyak wangi (nak gi open house) dan aku kejut dia tidur sambil membisikkan "Selamat Hari Lahir" kepadanya dengan penuh kasih dan sayang. Tersirat disebalik ungkapan itu, aku teramat menyayanginya dengan seluruh jiwa ragaku seikhlasnya. Alhamdulillah..dia nampak gembira walaupun tiada sebarang hadiah mengiringi ucapan itu.

Untukmu Suamiku Sayang

Aku hanya mampu menghadiahkan kasih dan sayangku kepadamu..
Sayang yang tidak ada batasnya...
Doaku semoga perjalanan hidup kita sekeluarga berada dibawah naungan keredhaan Allah SWT...
 Semoga kamu dikurniakan umur yang panjang untuk membimbing isterimu dan anak-anakmu ke jalan yang diredhai Tuhan....
 Semoga Allah mengurniakanmu rezeki yang tidak putus-putus,
 dan semoga keluarga kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan yang berpanjangan.
 Sesungguhnya aku terlalu menyayangimu...
Aminnn..Ya Robbal Aa'lamiiiinn.

Friday, September 23, 2011

Drypers

Hari tu aku dah iklankan Dynamo kat FB. Sabun kegemaran yang mencuci pakaian kami sekeluarga dengan berkesan sekali. Haaa...hari ni aku nak iklankan satu produk lagi yang menjadi kegemaran aku. Iklan lagi..hihihi..tak pe kan? Tapi iklan ni free je..Tak der ape-ape charge ye pihak Drypers. 

Masa Umar lahir dulu aku beli lampin pakai buang yang reject tu je..yang tak de jenama tu. Tapi corak dia cantik-cantik. Kakak ipar aku yang rekemenkan sebab di guna yang tu. Masa bersalinkan Umar dulu aku berpantang kat kampung. Jadi, aku guna lampin pakai buang tu je la sepanjang aku kat kampung. Masa nak balik ke KL, aku beli stok 2,3 bungkus. Pastu dah habis stok tu, takkan aku nak pergi balik kampung nak beli kan? Aku pon try la pakai macam-macam produk lampin tuk Umar. Last sekali aku try Drypers. Aku dapati..drypers ni lebih kering berbanding yang lain dan tak bocor. So..sejak tu Umar pakai Drypers sampai sekarang.

Masa Muaz lahir, aku suh En Abg beli lampin yang paling murah sebab mengikut pengalaman masa bersalinkan Umar dulu, bayi ni dia suka berak dan kena salin lampin kerap. Kalau beli yang mahal-mahal nanti rugi plak. Kononnya nak jimat la. Nak ditakdirkan pulak si Muaz ni mengalami ruam yang agak teruk kat bahagian celah peha dia. Kami da cuba macam-macam krim dan bedak, tapi semuanya tak menjadi. Last-last kami pon try la tukar lampin pakai buang Drypers. Dengan izin Tuhan, beberapa hari lepas tukar lampin tu, ruam si Muaz hilang. Alhamdulillah.. 

Insyaallah..kalau Tuhan izinkan aku akan pakai produk ni selagi ada kemampuan tuk anak-anak aku. Supaya mereka lebih selesa, kering dan tak ruam-ruam. Terima Kasih kepada Drypers yang sememangnya kering. Sesuai sangat dengan 'AMAZING DRYNESS' kat paketnya tu. :-)

Wednesday, September 21, 2011

Best Friend 4-Ever (Episod 1)

Aduh..tajuknya..forever gitu..hihih.. Tak kisah la..asalkan aku bahagia. Tujuan sebenar aku tulis entri ini adalah untuk mengimbau kenangan manis bersama dan juga untuk menghargai sahabat yang pernah berteman denganku ke sana dan ke sini pada suatu masa dahulu. Sebenarnya..aku rindu sangat saat itu..(jiwang karat la pulak..hihi..).

Masa aku kecik-kecik dulu...aku dan kakak aku berkawan dengan Engku Nurulhuda (Sue) dan kakak dia Engku Noraini (Kak Ini). Sebabnya rumah dia paling dekat dengan rumah aku. Kami dua beradik selalu pergi rumah dia, main anak patung, main masak-masak kat loteng rumah dia. Rasa nak main macam kecik-kecik dulu je..tak payah pikir benda lain..main je..missssss dat time a lot la..Lepas tu makan Mamee..hihihi..masa tu mak dia berniaga Jajan (chak kedih). Dan ape yang aku ingat sangat kat mak (Cik) diorang ni, dia buat aiskrim kelapa yang sangat sedap. Aku selalu beli, sebatang aiskrim 10 sen masa tu. Kalau beli tu bukannya satu, 50 sen terus..pastu dapat lebih 1..jadi 6..hihihi..


Engku Noraini (pink) dan Engku Nurulhuda (black)

Masa darjah 6 dapat sorang lagi kawan. Nama dia Che Norlizawati (Liza). Masa tu, keluarga dia baru pindah kat kampung kami. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan datuknya. Usia kami sebaya dan sekolah tempat sama. Kami pergi sekolah naik basikal sama-sama, masuk pertandingan nasyid sekolah sama-sama, pertandingan sajak sama-sama, main sama-sama dan macam-macam lagi la. Tapi kami tak sekelas. Kawan baik dalam kelas masa darjah 4,5 dan 6 ialah Nur Amylia Marlissa (Amy) dan Zamzuriati (Zam). Ke mana-mana (kat sekolah) pasti bersama. Tapi sekarang dah lost contact. Lama cari tapi tak jumpa. AKu rindu sangat dengan Amylia.


Che Norlizawati dan anaknya

Lepas aku naik sekolah menengah, kami jarang sikit jumpa. Sebabnya aku dihantar ke sekolah menengah agama yang jauh sedikit dari rumah aku. Dan..aku kena duk asrama. Semua kawan-kawan sekampung aku tu bersekolah kat sekolah menengah kebangsaan berhampiran rumah je. Jadi, kalau ade masa, kami jumpa hujung minggu je.

Masa kat sekolah menengah, bestfren aku Mimi Zuriati (Mimi) dan Nor Hafiza (Fiza). Masa tingkatan 3, si Mimi ni pindah ke sekolah lain. Lepas tu kami lost contact sampai sekarang. Dah lama tak jumpa dia. Maklum la..dulu mana ade no telefon macam sekarang. Maka, aku pon berbesfren la dengan Nor Hafiza sampai tingkatan 5. Aku pergi rumah dia, dia pergi rumah aku..tuisyen anggun sama-sama..tido sama-sama, bangun lambat sama-sama..bestfren kan..kemana2 pon sentiasa bersama. Rindu masa naik motor gi sekolah..kita bonceng membonceng naik moto kaler maroon tu..hihihi..moto tu x de gear (auto)..bestnya..


Nor Hafiza

Tahun 2002, aku masuk Sekolah Adabi Pasir Puteh, jumpa la dengan Nor Ziana (Gee), Suharniza (Kak Ja) dan Sharifah Aini (Kak ni). Di sebabkan rumah aku jauh, aku pon duduk la rumah sewa dengan Gee, Kak Ja dan Kak Ni. Walaupun rumah Gee dekat je dengan sekolah (dalam 10minit) tapi dia duk rumah sewa ngan aku. Terharu sungguh atas pengorbanan dia tu. Rindu masa Kak Ja goreng lada besar ngan bawang tuk makan nasi sebab tak de lauk kat rumah sewa. Rindu berebut bilik mandi, tidur atas toto, jalan bersama gi sekolah, kadang-kadang pakai baju sama kaler. Rindu makan laksa kat pasar masa rehat dengan kalian semua. Rinduuuunyaaaa...


Nor Ziana dan Suharniza

Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi menjadi teman aku. Kenangan bersama kalian akan tetap tersemai indah dalam hati ini. Walaupon kita jarang berjumpa, tak dapat hadiri perkahwinan kalian (Gee, Liza dan Kak Ini), tapi sebenarnya aku sayangkan korang semua. Kamu semua kesayanganku.


  • Ini Episod sahabat baik aku masa kecik-kecik dan masa sekolah. Untuk yang kat IPT pulak, aku akan ceritakan dalam entri bertajuk Best Friend 4-Ever (Episod 2) nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...