Friday, April 29, 2011

Umar & TV



Malam tadi (28/4/2011-lebih kurang jam 11pm++), aku tutup lampu dan kipas kat ruang tamu, tutup tv pastu bawak Umar masuk bilik. Nak tidur la kononnya..alih-alih, dalam kesamaran malam tu, Umar bangun balik, keluar dari bilik, bukak tv dan baring depan tv..hahahah..aku dan En Abg gelak je. Pastu, aku tutup balik tv dan amik Umar bawak masuk bilik sekali lagi. Tapi dia keluar balik. En Abg pon ikut Umar keluar. En Abg tidur atas kerusi, dan Umar baring depan tv sambil tgk tv. Aku pulak tidur dalam bilik. 

Pagi ini (29/4/2011-lebih kurang jam 6.30am++) seprti biasa, Umar akan bagun apabila ayahnya membuka lampu untuk bersiap pergi kerja. Setelah ayahnya pergi kerja, dia akan bukak tv dan baring depan tv sambil minum susu sebelum tidur balik. Dan seperti kebiasaannya dia buka tv pagi ini..di tekannya on..off..on..off..on, tapi gambarnya tak keluar-keluar. Aku yang memerhatikan tingkahlakunya itu pon pergi la tekan on. Memang tv tu tak keluarkan gambar dan suara. Aku telefon En Abg, tanya dia siapa yang tutup tv semalam, dia kata tak tahu. Aku pon beranggapan bahawa mungkin sebab kilat semalam tv tu rosak. 



Setelah habiskan susu pagi ni, Umar tertidur jugak dihadapan tv itu. Dan hari ni tak boleh la aku tengok cerita  "Marimar"..huuhuhu..:-(

Thursday, April 28, 2011

Andainya Lelaki Tahu..



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
  
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

-trixie-

Wednesday, April 27, 2011

Mengandungkan Adik Umar

Aku mengandung lagi ketika Umar berumur setahun. Alhamdulillah..rezeki dari Tuhan..terima dengan seikhlas-ikhlasnya. Segala perancanganNya ada lah yang terbaik untuk hambaNya yang lemah sepertiku.

Pengalaman mengandung kali ini sangat berbeza jika nak dibandingkan semasa aku mengandungkan Umar dulu. Pada bulan-bulan yang terawal, aku mengalami muntah-muntah, tak lalu makan, dan benci kepada bau-bauan makanan. Contohnya bau KFC, McD, Pizza..semuanya memualkan aku..tapi aku suka bau suamiku..hihihi..Alhamdulillah. Dan kadang-kadang aku mengarut nak makan itu dan ini juga selain nasi.

Perut juga agak besar kali ni. Tidak seperti semasa mengandungkan Umar dulu, perutku hanya kelihatan bila dah memasuki bulan-bulan terakhir. Tapi kali ini, perutku sudah kelihatan besar walaupun baru 4,5 bulan mengandungkan adik Umar. Dan beratku juga sudah 65kg ketika usia kandungan 4 bulan. berbeza dengan kandungan sulungku yang hanya 60kg+ ketika usia kandungan 5 bulan. mungkin juga aku sudah sedikit berisi setelah melahirkan Umar.

Selain itu, tidak ada tanda-tanda hitam muncul di bahagian ketiak, leher dan lain-lain tempat seperti dulu. Masa mengandungkan Umar dulu, kehitaman itu hilang pon beberapa bulan setelah kelahiran Umar. Namun kali ini aku tidak mengalaminya. Alhamdulillah.

Masa aku mengandungkan Umar dulu, aku rasa aktif sikit berbanding sekarang. Maklumlah, aku merupakan pelajar Perdana di UTM ketika itu. Sentiasa berkejar ke kelas, naik tangga turun tangga, siap sertai permainan lagi masa 'family day' unit Nefrologi di Bukit Tinggi walaupun ketika itu usia kandungan sudah mencecah 8 bulan. Kawan-kawan En Abg semua bimbang takut aku terberanak kat situ. Tapi kedegilan aku untuk bermain tak boleh di halang oleh sesiapa (hihihi).

Namun kali ni, ketika usia kandungan baru mencecah 4 bulan, aku menjadi seorang yang cepat penat. tidak tahu kenapa. Baru angkut baju ke bilik membasuh, sudah termengah-mengah. Menyapu sampah, kemas rumah, bermain dengan Umar, semua sangat memenatkan. Memang mencabar sungguh rasanya. Hari ni, nak dukung Umar pon dah rasa tersangatlah penatnya. Kesian pulak pada En Abg kerana terpaksa dukung Umar seorang diri bila kemana-mana. Bila duduk lama sikit pon, mula la sakit belakang. Ermmm..sangat berbeza.

Yang paling teruk, aku menjadi terlalu sensitif. Selalu nak marahkan En Abg dengan hal-hal yang tak munasabah. Cepat merajuk, menangis, mudah terasa hati, dan macam-macam lagi. Selalu berfikiran buruk pada En Abg. Kesian dia. Nasib baiklah En Abg aku itu seorang yang sangat penyabar dan sayangkan aku. Tak pernah marah-marah aku. Aku sangat bersyukur mempunyai suami sepertinya. Alhamdulillah. Dan sekarang, aku rasa sudah agak stabil, sudah tidak ada mabuk-mabuk dan tidak sensitif sangat (tapi masih merajuk kadang-kadang).

Kesimpulannya, pengalaman mengandung ni memang tak sama. Harap-harap kali ini dapat anak perempuan pula. InsyaAllah. Mesti comel..tambah-tambah kalau rupanya itu, macam Ayahnya..cute je..hihihih..

Kepada En Abg, terima kasih kerana banyak bersabar dengan kerenah Tie. Dan Tie Minta maaf banyak-banyak kalau ada perbuatan Tie yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan Abg. Tie saaaaayang sangat pada Abg dan anak-anak kita..keluarga kita. Terima kasih kerana menjaga Tie dan mengurniakan Tie sebuah keluarga yang bahagia. I Love U.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...