Friday, August 26, 2011

Kemas Mengemas

Hari ni hari ke 15 berpantang..cepat je masa berlalu. Dah 2 minggu lebih Muaz menjengah dunia ni. Alhamdulillah, aku pon dah bertambah sihat.

Lagi 4 hari dah nak raye. Esok hari terakhir En Abg kerja sebelum cuti raya. Urmm..baju raye masih belum terbeli jugak. Eh..da lari tajuk. Aku bukan nak cerita pasal baju raye ni..tapi nak cerita pasal kemas mengemas sebenarnya.

Esok dah nak balik kampung. Tapi pakaian tuk balik kampung masih belum berkemas. Baru je siap melipat kain yang di angkat dari jemuran petang tadi. Nak lipat kain pon kne buat sekerat-sekerat. Sebabnya..lipat satu yang kecik nak susu, lipat dua yang besar nak mkn, lipat tiga..yang kecik berak..macam-macam hal.

Da kemas rumah, abang sepahkan pulak..asyik-asyik benda same je aku buat dan tak siap-siap. Nak senang sikit buat kerja masa En Abg ade, sebab dia ble tengokkan anak-anak. Tapi, kalau si kecik tu yang nangis, alamatnya aku jugak yang kena..sebab dia nak susu, kekadang dia berak.

Nanti malam-malam sikit baru senang nak mengemas, bila anak-anak dah tidur. Dan pagi esok..sebelum anak-anak bagun tidur. Maknanya, aku kena bagun sahur dan tak payah tidur dah..kemas-kemas je. InsyaAllah sebelum balik esok, siap la kemas tu..sebab mesti siapkan jugak kan sebelum balik..kalau tak mana ble balik.huhu...


Thursday, August 25, 2011

Persiapan Rayaku..????

Urmm..raya dah makin dekat. Tinggal 5 hari je lagi. Aku pula masih dalam pantang..baru 2 minggu bersalin. Persiapan raya satu ape pon tak buat lagi. Baju raya kami sekeluarga pon tak beli lagi. Kuih raye lagi lah tak sempat nak pikir. Sebabnya aku terbersalin awal..dalam 2 minggu ++  macam tu. So, tak berkesempatan la beli ape-ape persiapan pun lagi.

Rasa-rasa nak keluar cari barang-barang raye sikit sebelum balik kampung ni. Tapi, lusa dah nak balik. Aku pula masih tak tahu bila nak keluar. Ade ke orang keluar shopping dalam pantang? Baru 2 minggu plak tu..huhu..dilema sungguh rasanya.

Wednesday, August 24, 2011

Bubur Nasi Orang Pantang

Dah 13 hari aku berpantang. Dua, tiga hari ni nak makan nasi pon dah tak selera. Asyik2 lauk same je. Lalu terpikir la aku nak buat bubur. Pikir punya pikir, tercetuslah idea nak buat bubur ikot cara makan & bahan yang orang tengah pantang boleh makan.

Maka terhasillah resepi bubur seperti berikut>>>>

Bahan A

  • 1/2 cawan beras
  • Lobak merah (dipotong dadu)-suka hati nak letak banyak mana
  • Sedikit daun sup (dipotong kecik)
  • Sedikit daun bawang (dipotong kecik)
  • 1 keping asam gelugor (dipotong sehalus boleh)
  • Kentang-suka hati nak letak banyak mana
  • Garam, aji secukup rasa
  • Maggi cukup rasa secukup rasa

Bahan B

  • 4 ulas (kecik) bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia (banyak2 pon tak pe)
  • 15 biji lada hitam
  • Secawan ikan bilis
Cara-caranya:

Bahan A- Masak nasi hingga mendidih. Kemudian masukkan kentang, asam dan lobak merah. Tunggu hingga nasi tu dah jadi bubur. Akhir sekali masukkan bahan-bahan lain.

Bahan B- Goreng semua bahan sampai garing. (goreng ikan bilis dulu ye). Kemudian tos dan sejukkan. Bila dah sejuk, kisar atau tumbuk semua bahan sampai lumat.

Masukkan bubur dalam mangkuk dan campurkan dengan Bahan B yang ditumbuk tadi mengikut citarasa masing2. Sedia untuk dihidang. (kalau nak tambah ikan bilis goreng yang tak dikisar pon boleh..lagi sedap)

Selamat mencuba..:-)

Tuesday, August 23, 2011

Kereta oh Kereta..

Kereta oh kereta..kamu telah membuatkan suamiku tak senang duduk. Gelisah je..asyik duk ingat kereta kesayangannya itu..oh..nooooooo...huhu...rindu yang teramat pada keretanya tu..

Kereta kami pakai baju baru (Subaru Dark Gray)

Al-kisahnya..pada hujung bulan lepas, kami hantar kereta ke rumah kakak aku di Kuala Lipis. Tujuannya nak menukar baju kereta sebelum raya. Kereta pon nak raye..dah la bajunya mahal..beriban2..huhu..sabor je lah. Hantar sana tu bukannya sebab kat KL ni xde tempat cat keta, tapi disebabkan oleh kepercayaannya pada abg ipar aku tu lebih, so, dia hantar la sana walaupun jauh. Lagipon murah sikit..hihih..budget..budget. Tambah2 nak raye ni kne jimat2 sikit, nak balik kg, nak buat persiapan raya dan sebangainya.

Kereta tu dah pon siap sebenarnya. Kalau ikotkan hati En Abg tu, masa siap tu nak je dia turun Kuala Lipis dengan bas sebab nak amik keta dia tu. Excited  yang tersangat2 excited..asyik duk tgk je gambar keta dia tu dalam fon sampai tersengih2 sendiri. Macam org angau bercinta.huhu..

Tapi disebabkan kami tukar kereta kami dengan kereta kakak aku tu, so xble la dia nak pergi amik keretanya tu lagi. Sebabnya kereta kakak aku tu kne masuk bengkel..hahah..dan abg aku yang baiki dekat Damansara sana. Dan kereta itu masih belum siap lagi. Khabarnya 25/8 nnti siap la. Kesian En Abg aku tu..terlalu rindukan kereta kesayangannya itu. Sabarlah bang..nnti2..dapat la jumpe bini no2 abg tu..sabar ye..:-)

Selamat Hari Lahir Mawar

Hari ni, 23 Ogos 2011 (23 Ramadhan 1432H) merupakan hari lahir Mawar ke 2* tahun. Kalu tak silap saya, tahun ni adalah tahun ke-3 Mawar menyambut hari kelahiran dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Doa saya semoga Mawar tabah melayari kehidupan bersama 2 puteri tercinta Embun (Wan Nadaa) dan  Kekwa (Wan Marwa). Mereka adalah jantung hati Mawar dan juga kekuatan Mawar. Mereka jugalah penghibur hati dan penawar buat  Mawar.

Semoga hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik dan baik lagi buat Mawar dan keluarga InsyaAllah.

Untukmu..

"Selamat Hari Lahir Ke-2*"



Suke gambor ni..:-)

Monday, August 22, 2011

Ok la ckit...

Hari-hari tengok blog, sampai rasa da bosan. Hari ni aku tukar template lain plak. Kaler yang lebih menyerlah dan terang. Rasa semangat sikit. Walupun tak cantik sangat, tapi suka je tengok (sebab baru lagi..bila dah lama2 sikit bosan la..). 

Urmm..semenjak dua menjak ni jadi rajin plak nak ngapdate blog. Tak tau kenapa..semangat tu berkobar2..hihihi. Tak pe la..masa ade mood ni la aku ble tambah koleksi merapu aku kat blog ni. Bila penyakit kemalasan tu dah datang, penuh la sarang labah2 kat blog aku ni..hiih..

Ape pon..aku suka..nampak ok la sikit..kan??hihi..:-)


Saturday, August 20, 2011

Bila Nak Kerja Ni?

Hmmmm...kerja..kerja..kerja..bila aku nak kerja ni?

Ni la pertanyaan dari orang2 yang tak memahami..(hihihi). Ye lah..kalau diorang faham keadaan aku ni mesti pertanyaan ni bukanlah menjadi satu isu. Kata mereka, belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja. Anak lepas sorang, sorang yang keluar. Huhu..apakah ini????

Bukan aku tak nak kerja sebenarnya. Dah banyak kerja yang aku mohon tapi yang berjaya temuduga plak kebanyakannya tak sesuai. Jauh la, gaji tak memadai la, macam2. Banyak sebab yang membuatkan aku masih belum kerja. Antaranya :
  • Mungkin belum ade rezeki lagi.
  • Pendapatan En Abg masih lagi dapat menampung keperluan aku setakat ni. Alhamdulillah, aku tak pernah kebulur. Makan, pakai, tempat tinggal semua terjaga. 
  • Kalau kerja swasta pon, gaji mestilah munasabah dan tidak merugikan aku (mengambil kira kos pengangkutan, tol, upah babysitter, kos makan bertambah, kos susu dan lampin pakaibuang bertambah bila orang lain jaga anak etc)
  • Kalau gaji tak berpatutan, aku akan dapat penat je..dan kadang2 boleh merugikan sebab perbelanjaan bertambah dan tak dapat ditampung dengan gaji yang aku dapat tu.
  • Bila kerja ni, rumah pun x terjaga sangat, terumbang ambing jadinya...
  • Masak2 ni mesti kadang2 je..penat, xsempat etc.
  • Masa dengan suami dan anak2 jadi semakin kurang.
  • Suami pun tak galakkan sangat aku kerja. Bukan tak bagi tapi, dia lebih suka aku jadi suri rumah. Kalau aku dapat kerja yang ok dan sesuai, dia bagi je...
  • Kalau boleh nak kerja gomen..hihihi..
  • Dan lain2 lagi.
Cuma ada dua sebab je menyebabkan aku nak kerja. Sebabnya aku nak tolong keluarga aku. Nak bagi duit kat adik2, ayah, atuk dan orang2 yang pernah tolong aku. En Abg pun ada bagi duit jugak kat family aku, tapi kadang2 aku jadi segan walaupun dia suami aku..huhu. Kalau boleh nak kerja sendiri dan nak bagi duit kat keluarga dengan hasil titik peluh sendiri.

Lagi satu sebab ialah nak bayar hutang. Hutang dengan PTPTN. Hutang MARA En Abg da jelaskan sepenuhnya. Hutang aku pun En Abg bayar sikit2. Tapi kesian dia, semuanya atas kepala dia. Semua aku bebankan dia. Kalau boleh, nak bayar sendiri.

Hmmm..kata org kalau dah tak nak tu seribu alasan dicipta. Mungkin jugak. Ada jugak yang cadangkan aku supaya berniaga. Berniaga??? Ok jugak sebenarnya. Tapi aku tak tahu caranya. Nak berniaga ape? Macam mana nak mula?..dan macam-macam lagi persoalan yang timbul.

Hari tu aku berhenti sekejap dari memohon pekerjaan sebab tengah sarat mengandung. Bimbang kalau diadakan temuduga aku tak larat nak pergi. Dan lepas raya ni InsyaAllah aku akan aktif balik mencari pekerjaan. Usaha, doa, tawakal..InsyaAllah Tuhan permudahkan.

Friday, August 19, 2011

Berpantang

Orang dulu-dulu sangat mementingkan amalan berpantang selepas melahirkan ataupun keguguran. Melalui pemerhatian aku, ada yang berpantang selama 20 hari, 44 hari, 100 hari dan macam-macam lagi. Aku pula tak tahulah nak berpantang berapa hari. Setakat 10 hari ni, berpantang lagi la. InsyaAllah akan berpantang kurang-kurang sampai 40 hari. Sebab, luka bersalin aku kali ni agak banyak. So, kena la berjaga2 sikit untuk mengelakkan dari berlakunya perkara2 yang tak diingini.

Menurut orang dulu2, semasa berpantang, macam-macam amalan harus kita lakukan iaitu:
  • Mandi air suam (mandi serum), sebab badan masih amat lemah lagi, nanti sejuk2 senang masuk angin. (aku mandi serum sampai hari ke-7, lepas tu mandi air suam) 
  • Jamu/ubat bagi pulihkan segala badan yang sakit + kecutkan rahim (selepas seminggu @ 2 minggu untuk mengelakkan bayi mendapat kuning) (tak makan ape2 jamu lagi sebab tak nak bagi baby kuning. InsyaAllah lepas 2 minggu baru aku makan) 
  • Breastfeed sepenuhnya supaya dapat tingkatkan imuniti baby dan kecutkan rahim (setakat ni BF sepenuhnya lagi dan akan meneruskan selagi mmpu InsyaAllah) 
  • Pakai baju bertutup + stokin supaya badan tetap panas dan tak masuk angin (aku pakai stokin 2,3 hari je..hihi tak selesa..baju tu mesti lah bertutup kan?) 
  • Rehat yang banyak dan cukup supaya si ibu cepat pulih (cukup ke aku rehat?x pasti..hihi..) 
  • Kesihatan emosi yang perlu si ibu jaga dan si suami beri perhatian (emosi stabil lagi, Alhamdulillah) 
  • Bertungku (masih bertungku) 
  • Berbekung (ketika aku rasa rajin) 
  • Tak boleh keluar rumah (setakat ni tak keluar lagi. Mungkin lepas 2 minggu aku keluar sebab nak balik kg:-) 
  • Dan sebagainya (yang perlu) 
Dari segi pemakanan pula aku masih ikut pantang lagi. Maklumat pemakanan ni, ade aku tanya org2 tua dan google sikit2. Setakat hari ni, aku cuba ikut pemakanan seperti kat bawah ni (tp ade gak terbabas sikit2):


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang

Seminggu Sudah..

Pada hari ke-7 kelahiran permata hati ke-2, akhirnya kami membuat keputusan untuk menamakan anak ke-2 kami dengan nama WAN MUAZ. Bersempena nama seorang sahabat Nabi yang hebat iaitu Muaz Al-Jabbar. Sama seperti Umar yang juga sahabat nabi (Umar Al-Khattab). Alhamdulillah. Setelah seminggu berfikir, akhirnya nama Wan Muaz menjadi pilihan hati kami suami isteri. Harapan kami agar Wan Muaz menjadi sorang yang hebat, soleh, beriman, taat kepada perintah Tuhan, ibu bapa dlln.


Wan Muaz

Setelah seminggu berlalu, maka hari ini En Abg sudah pon kembali bertugas. Urmm..hari ni dia terlepas sahur buat kali pertama. Kesian dia. Aku pon tak sedar jugak. Jam 6.30am dia tersedar dari tidur terus mandi, solat dan bersiap ke tempat kerja. Bila En Abg dah mula bekerja balik ni, tinggallah aku bersama 2 orang permata hati kesayangan ni. Harap-harap Umar berkelakuan baik aje semasa ketiadaan ayahnya.


Wan Muaz & Wan Umar

Tuesday, August 16, 2011

Hari ke 5 Kelahiran.

Kali ni nak cerita pasal anakanda aku yang dua orang ni dan kami suami isteri menyambut kelahiran zuriat yang ke 2. Hmmm..cepatnya masa berlalu...dan aku sudah mempunyai 2 orang hero. Alhamdulillah.

Menurut perkiraanku (masa baby belum keluar), Umar ni akan selalu usik adik dia, akan pukul, dan macam-macam lagi tanggapan lain memandangkan dia seorang yang tidak reti nak duk diam. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Umar tidaklah begitu nakal. Dia baik dengan adik dia. Tapi usik sikit-sikit tu ada la, bukannya tak ada langsung. Namun masih dalam keadaan terkawal.:-)

Umar ni nampak baik dengan adik dia. Nampak dia nak bermain-main, berkawan, dan bercakap-cakap dengan adik dia (walaupun dia cakap entah apa-apa). Tapi Alhamdulillah..dia ok. Masa mula-mula bawak adik dia balik tu, dia macam sedikit terkejut. Hmmm..mungkin dia pelik sebab sebelum ni tak ada orang lain melainkan kami bertiga dalam rumah ni.

Pe'el Umar juga sedikit berubah. Dia jadi seorang yang mengada-ngada, mahukan perhatian, cepat merajuk dan macam-macam lagi. Mungkin dia rasa tergugat sebab Ummi dah tak layan dia sangat. Baby pula..ok..ok saja. Alhamdulillah tak ada kuning dan tak banyak ragam. Dia akan menangis kalau lapar dan tidak selesa (sebab berak etc) sahaja.

En Abg pula..jadi 'Mr Mama'. Kena kemas rumah, masak, basuh baju, uruskan Umar etc. Aku tolong la sikit-sikit yang termampu tu. Alhamdulillah, dia dapat uruskan. Walaupun tiada sesiapa yang menjaga aku, namun aku dan suami ok saja. Banyak benda yang dia tak pernah buat sebelum ni dia buat. Kalau macam ni sampai bila-bila kan best. Harap-harap lepas ni dia takkan berubah dan terus macam ni. Sukaaaa... hati Ummi. Cuti En Abg hanya tinggal dua hari saja lagi. Bila dia kembali bekerja nanti, tak tahu la macam mana pula jadinya.:-)

Ummi hari ni agak sihat. Cuma sakit sikit-sikit tempat jahit tu masih ada. Sakit dalam perut dan sakit-sakit badan. Untuk 5 hari ni masih berpantang dengan jayanya. Bertungku sekurang-kurangnya sekali sehari, mandi serum, pantang makan dan makan sedikit ubat-ubatan. Ermm..ok la. Masih dalam keadaan terkawal. Dan semakin hari semakin ok. Harap-harap lepas ni akan semakin ok walaupun En Abg sudah kembali bekerja.


Sunday, August 14, 2011

Lahirnya Permata Hati Yang Ke-2

Ketika menulis entri tentang Sakit Perut pada 11 Ogos tu..memang sakit perut nak bersalin rupanya. Dari pagi sakit perut di sertai dengan keluar sedikit darah dan lendir. Kemudian, sakit menjadi lebih kerap dan semakin sakit menjelang jam 3pm. Terus aku call En Abg tanya dia balik kerja pukul berapa. Katanya jam 9pm. Namun aku memintanya balik lebih awal kerana perutku sudah semakin sakit. Lalu, dia mengatakan akan pulang jam 7pm++.

Selepas berbuka, solat Maghrib, En Abg bersihkan diri dan mandikan Umar, kami pergi ke Dewan Bersalin. Masa tu lebih kurang jam 8pm++. Setelah di periksa, jalan sudah pun terbuka sebanyak 3cm. Lalu aku terus di daftarkan untuk masuk wad. Namun, setelah Dr mendapati sakitku semakin kerap, aku ditahan di situ juga kerana bimbang aku akan bersalin lebih awal dari jangkaan mereka. Aku diletakkan di bawah pengawasan dan beberapa orang jururawat serta Dr sentiasa mengawasi aku. Pada jam 2am++, bukaan di periksa lagi dan kali ini sudah meningkat ke 4 cm.

Aku meminta kepada jururawat supaya membenarkan suamiku masuk menemaniku, namun permintaan aku tidak dipenuhi. Katanya, sekiranya mahu suami masuk, suami perlu memakai pakaian seragam. (Takkanlah malam-malam buta nak pakai seragam kan?). Disebabkan tidak berpakaian seragam, suami aku tidak dibenarkan masuk. Maka, terpaksalah aku menahan kesakitan seorang diri tanpa ada kata-kata semangat dari En Abg seperti kelahiran pertama dulu. (Sedih jugak menahan sakit seorang diri). Mulutku tak henti2 menyebut Allah, mengucap syahadah, berdoa dan baca apa-apa ayat yang aku ingat.

Lebih kurang sejam kemudian, seorang jururawat datang kepadaku dan mengatakan "lamanya kamu sakit...mari saya periksa jalan." Setelah diperiksa, bukaan sudah meningkat ke 6cm. Lalu dia memberitahu aku dia akan menolong aku supaya bukaan berlaku lebih cepat dan dia pun mengorek-ngorek dengan kuat (pada pendapat aku) menyebabkan aku menjerit dek kerana kesakitan yang teramat. (Tambah dengan sakit perut dan pinggang). Lalu hasil korekan itu, jalan terbuka kepada 7cm. Namun aku dimarahi kerana berbuat bising di situ (Menyebut "Allah..Allah.." ketika contraction sedang berlaku). Setelah itu jururawat terus menelefon ke Labor Room dan menyatakan bukaan sudah 7cm. Namun tiada bilik kosong ketika itu dan aku terus ditahan disitu.

Lebih kurang jam 4am, sakitku menjadi lebih kuat dan terasa ingin meneran. Dr datang kepadaku dan memeriksa bukaan. Lalu dia berkata kepada jururawat :"Bukaan sudah 'full', cepat call Labor Room". Maka bertungkus lumuslah para jururawat dan Dr menyiapkan aku dengan segera kerana bimbang aku akan terberanak kat situ. Dalam kesakitan itu, aku masih lagi sempat pesan kepada jururawat supaya memanggil suami yang setia menunggu di luar untuk menemani aku di Labor Room.

Setelah semua barang-barang sudah siap, Dr memecahkan air ketuban, dan para jururawat terus menolak aku ke Labor Room secepat mungkin. Dalam pada itu, aku terasa baby dah nak keluar sangat-sangat. Jururawat memberitahu kepada aku supaya jangan meneran, namun, proses itu terjadi dengan sendiri. Secara automatik perasaan mahu meneran itu datang dan sukar sekali untuk menahannya. Sehinggakan salah seorang daripada jururawat itu terpaksa mengepit kedua paha aku supaya baby tak keluar semasa dalam perjalanan. Sampai je di Labor Room, belum pon bertukar katil aku sudah 'ter'teran. Nasib baik baby tak keluar.

Dengan sakit dan tersiksanya rasa aku terpaksa beralih ke katil sebelah (dibantu jururawat) sambil menahan kesakitan yang sangat perit itu. Setelah beralih katil, terus aku meneran tanpa menghiraukan sesiapa. Namun sempat jururawat berpesan supaya jangan mengangkat punggung untuk mengelakkan dari berlakunya koyakan yang banyak. Tengah-tengah meneran tu aku ternampak kelibat si suami. Lega seketika..lalu dengan serta merta aku menyebut : "abang...". Dengan kata-kata semangat dari suami tercinta dan para jururawat, maka pada hari Jumaat yang mulia, 12 Ogos 2011 bersamaan dengan 12 Ramadhan 1432 H jam 4.46am, lahirlah seorang lagi umat Muhammad ke dunia ini. Alhamdulillah.


Sangatlah lega rasanya apabila baby dah keluar. Hilang segala rasa sakit dengan serta merta. Aku terus bertanya bayi itu lelaki atau perempuan. Namun tak ada seorang pun yang memberitahu kepada aku. Sebaliknya jururawat menunjukkan bayi aku dengan bertanya kepada aku, samada bayi aku itu lelaki atau perempuan. Lalu jawabku dengan perasaan bangga : "Lelaki".

Sementara bayi dibersihkan dan suami mengazankan, luka aku di jahit. Aduh..dek kerana luka yang banyak dan lukanya pada bahagian sensitif pula, teramatlah sakit rasanya bila dijahit hidup-hidup tanpa bius. Berbelas-belas jahitan kerana lukanya di kiri dan kanan. Namun kesakitan itu tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan sakit contraction sebelum bayi keluar. Setelah siap dijahit, sekali lagi dugaan datang. Kaki aku tiba-tiba cramp. Ya Allah..dugaan sungguh. Namun dengan bantuan jururawat, sekejap sahaja kesakitan kaki aku beransur menjadi berkurangan.

Semasa dalam kesakitan (semasa contaction), aku teringat..dan terfikir, bagaimanalah ibuku melahirkan 13 orang anak. Ya Allah..sesungguhnya, terlalu besar pengorbanan seorang ibu. Semoga segala dosa ibuku diampunkan Tuhan yang Esa.

Di ruangan ini juga, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami, Dr, jururawat dan semua kakitangan Hospital Serdang yang membantu aku melahirkan bayi ini. Semoga bayi ini membesar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan soleh. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah kerana membantu aku melahirkan hambamu ini. Jadikanlah dia seorang yang taat pada perintahmu Ya Allah..Aminn..






Thursday, August 11, 2011

Sakit Perut

Huhu..seperti tajuk di atas..aku sedang mengalami sakit perut. Sakit kejap..berenti..sakit kejap..berenti..huhu. Tapi aku tak dapat nak pastikan sakit perut ni sebab ape..dah tak boleh nak beza. Sakit perut sebab lapar (puasa) ke? Ataupun sakit perut nak buang ayaq besaq ke? Ataupon sakit perut sebab baby dalam perut ni dah tak sabar2 nak kluar? Yang mana satu ni??

Hari ni gi checkup kat klinik pakar Hos Serdang. Masa buang air kecik tu aku nampak ada sedikit lendir dan darah. Aku pun cuba call kakak aku (nurse). Bagi tahu dia..dia kata kalau macam tu jalan da terbukak. So kena bagitau Dr. Masa Dr checkup tu aku bagitau la..dia kata mungkin aku sakit perut sebab kencing kotor. Suruh aku gi kencing sekali lagi sebab nak hantar makmal. Perut aku dah sakit-sakit ni. Dia kata..kalau kencing kotor biasa la..perut akan sakit. huhu..Lepas tu, dia suruh datang 27/8 + 9 hari. Maknanya lagi 25 hari.

Da selesai berurusan dgn Dr tu, aku pergi lah dekat En Abg yang setia menunggu kat HDU. Urrmmm...perut dak asyik sakit-sakit nih. Masa gi buang air tadi nampak ada sedikit darah. Aku puasa ni..macam mana ni? batal ke? Isssshhhhh..nak bersalin dah ke??huhu..


Wednesday, August 10, 2011

Tak Masak

Yay!!! Senang hati sekali sekala tak masak ni. Bosan gak tiap2 hari masak..hihihi. Hari ni En Abg balik awal. So aku ajak2 ayam je pergi bazar..alih2 dia setuju..ngeh..ngeh..ngeh...:-) senyum sampai ke telinga. Selama 10 hari berpuasa ni hari ni la kali pertama aku tak masak. Beshhh sesangat rasa... tak payah duk pk nak masak ape.

Hari ni gi bazar kat UNITEN. Rasa nak makan kuey yg manis-manis da banyak hari dah. Tercapai gak hari ni. Alhamdulillah. Tadi aku ingat nak buat cek mek molek. Dah rebus ubi keledek dah pon. Tetiba En Abg balik..hihihi. Senang la hati tak payah buat kuey. Beli je siap-siap.

 Lompat tikam

Seri muka

Aku beli seri muka, lompat tikam, laksa, dan bihun sup. Pas tu ade kawan En Abg yang bukak gerai kat situ bagi nasi air. Pastu ade kawan kat hospital bagi nasi beriani gam. Urmm..da banyak..tak payah susah-susah nak masak. Balik rumah, kacau air teh o' je. Senang kerja aku. Alhamdulillah..kenyang jugak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...