Thursday, September 29, 2011

Ampuni Aku Ya Allah...

Tiba-tiba..
Jantungku berdegup kencang..
Badanku terasa sejuk..
Romaku terasa berdiri..

Tiba-tiba..
Terasa ketakutan yang teramat..
Muncul dalam diri..

Takutnya untuk menghadapi mati..
Takutnya..dosa masih banyak yang tak diampuni..
Takutnya..sahabat dan kerabat tidak memaafi..
Betapa takutnya aku Ya Allah..

Terlalu sedikit kurasa bekalan untuk dibawa..
Masih belum cukup rasanya..
Untuk menampung dosa yang berjela...

Ya Allah..
Banyaknya dosaku..Ya Allah...
Kau ampunilah aku Ya Allah..
Sesungguhnya aku terlalu takut...
Takut menghadapi siksaan-MU
Takut menghadapi neraka-Mu

Ampunilah aku Ya Allah....

PermataSoffhas
11.37 - Khamis
29/09/2011

Monday, September 26, 2011

Dialog Masa Open House

Semalam aku pegi open house rumah kawan aku. Masakan yang disediakan ialah laksa, laksam, mee kari, bihun sup, nasi dagang dan kuih-kuih. Bila ramai-ramai ni, aku bertegur sapa la dengan tetamu lain walaupon tak kenal. Ada satu perbualan aku ngan sorang makcik tu...agak menarik la pada aku..hihihi...

Makcik : Eh..ada baby...berapa bulan ni?
Me : Urmm..sebulan lebih..(senyum)
Makcik : (Senyum)....oh baru lagi..berapa hari?
Me : Dalam 45 hari macam tu la..
Makcik : Kena pantang lagi tu..
Me : (Senyum)..
Makcik : Laksa, laksam, mee, semua tak boleh makan ni...nasi dagang pon tak boleh..ade pulut..air batu tak boleh minum.
Me : Ye Makcik... (aku pon amik la agar-agar)
Makcik : Makan la..alah..sikitnya makan..makan la..
Me : (Senyum...Dalam hati aku "Aku nak makan ape..semua makcik ni kata tak boleh makan. Nanti aku amik kan dia terkejut pulak sebab makcik tu duduk sebelah tempat hidang makanan tu").

Hihiih..lucu plak bila ingat-ingat balik..:-)

Saturday, September 24, 2011

Cerita Sekeping Hati

Aku cuba memahi..
Cuba membaca sekeping hati..
Apa yang ku temu..
Tersimpan sesuatu di penjuru hati..
Perasaan kasih..yang abadi

Buat pertama kali..
Dalam hidup ini...dia sendiri..
Tanpa sebelah jantung yang sentiasa menemani..

Lalu..
Terasa kekurangan yang teramat..
Terasa kesakitan yang tersirat..
Tanpa siapa pun yang nampak..

Al-Fatihah ini..(Baca)
Di tujukan untuk sebelah jantung hatimu yang telah pergi..
Semoga dipertemukan lagi..
Di satu alam yang kekal abadi..

Broken Heart
Permatasoffhas
24/09/2011 (4.50pm)

24 SEPTEMBER 2011

Hari ni 24 September 2011 merupakan Hari Lahir En Abg yang ke..???hihihi..tahun lepas tak tulis pon entri pasal birthday dia. Bukan tak ingat, tapi..sebab dia kata, dia tak suka bday-bday ni. So, aku pon buat derk je..tak wish pon kat dia. Kononnya buat-buat tak ingat la. Walaupun dalam hati aku, nak sangat wish kat dia dan ajak dia gi makan special sikit untuk meraikan hari istimewanya kerana masih diberi peluang oleh Tuhan untuk bernafas di dunia ini.

Pada aku, meraikan ulangtahun kelahiran ni, bukan bertujuan untuk meniru orang barat. Tapi mahu memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana masih diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Khalifah di muka buminya. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan berbuat amal kebajikan kepada keluarga, sahabat dan orang-orang lain.

Semalam, kami balik rumah terbuka kat area Putrajaya agak lewat. Jam 11pm lebih. Bila sampai rumah je, En Abg buka la FB dia. Bermula jam 12am, ramai la teman-teman yang wish bday kat dia dan juga mendoakannya. Tapi aku buat derk je..buat tak tau..sampai aku tertido lebih kurang jam 1am ++ kot.

Pagi tadi, aku mandi, pakai baju 'cantik-cantik', pakai minyak wangi (nak gi open house) dan aku kejut dia tidur sambil membisikkan "Selamat Hari Lahir" kepadanya dengan penuh kasih dan sayang. Tersirat disebalik ungkapan itu, aku teramat menyayanginya dengan seluruh jiwa ragaku seikhlasnya. Alhamdulillah..dia nampak gembira walaupun tiada sebarang hadiah mengiringi ucapan itu.

Untukmu Suamiku Sayang

Aku hanya mampu menghadiahkan kasih dan sayangku kepadamu..
Sayang yang tidak ada batasnya...
Doaku semoga perjalanan hidup kita sekeluarga berada dibawah naungan keredhaan Allah SWT...
 Semoga kamu dikurniakan umur yang panjang untuk membimbing isterimu dan anak-anakmu ke jalan yang diredhai Tuhan....
 Semoga Allah mengurniakanmu rezeki yang tidak putus-putus,
 dan semoga keluarga kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan yang berpanjangan.
 Sesungguhnya aku terlalu menyayangimu...
Aminnn..Ya Robbal Aa'lamiiiinn.

Friday, September 23, 2011

Drypers

Hari tu aku dah iklankan Dynamo kat FB. Sabun kegemaran yang mencuci pakaian kami sekeluarga dengan berkesan sekali. Haaa...hari ni aku nak iklankan satu produk lagi yang menjadi kegemaran aku. Iklan lagi..hihihi..tak pe kan? Tapi iklan ni free je..Tak der ape-ape charge ye pihak Drypers. 

Masa Umar lahir dulu aku beli lampin pakai buang yang reject tu je..yang tak de jenama tu. Tapi corak dia cantik-cantik. Kakak ipar aku yang rekemenkan sebab di guna yang tu. Masa bersalinkan Umar dulu aku berpantang kat kampung. Jadi, aku guna lampin pakai buang tu je la sepanjang aku kat kampung. Masa nak balik ke KL, aku beli stok 2,3 bungkus. Pastu dah habis stok tu, takkan aku nak pergi balik kampung nak beli kan? Aku pon try la pakai macam-macam produk lampin tuk Umar. Last sekali aku try Drypers. Aku dapati..drypers ni lebih kering berbanding yang lain dan tak bocor. So..sejak tu Umar pakai Drypers sampai sekarang.

Masa Muaz lahir, aku suh En Abg beli lampin yang paling murah sebab mengikut pengalaman masa bersalinkan Umar dulu, bayi ni dia suka berak dan kena salin lampin kerap. Kalau beli yang mahal-mahal nanti rugi plak. Kononnya nak jimat la. Nak ditakdirkan pulak si Muaz ni mengalami ruam yang agak teruk kat bahagian celah peha dia. Kami da cuba macam-macam krim dan bedak, tapi semuanya tak menjadi. Last-last kami pon try la tukar lampin pakai buang Drypers. Dengan izin Tuhan, beberapa hari lepas tukar lampin tu, ruam si Muaz hilang. Alhamdulillah.. 

Insyaallah..kalau Tuhan izinkan aku akan pakai produk ni selagi ada kemampuan tuk anak-anak aku. Supaya mereka lebih selesa, kering dan tak ruam-ruam. Terima Kasih kepada Drypers yang sememangnya kering. Sesuai sangat dengan 'AMAZING DRYNESS' kat paketnya tu. :-)

Wednesday, September 21, 2011

Best Friend 4-Ever (Episod 1)

Aduh..tajuknya..forever gitu..hihih.. Tak kisah la..asalkan aku bahagia. Tujuan sebenar aku tulis entri ini adalah untuk mengimbau kenangan manis bersama dan juga untuk menghargai sahabat yang pernah berteman denganku ke sana dan ke sini pada suatu masa dahulu. Sebenarnya..aku rindu sangat saat itu..(jiwang karat la pulak..hihi..).

Masa aku kecik-kecik dulu...aku dan kakak aku berkawan dengan Engku Nurulhuda (Sue) dan kakak dia Engku Noraini (Kak Ini). Sebabnya rumah dia paling dekat dengan rumah aku. Kami dua beradik selalu pergi rumah dia, main anak patung, main masak-masak kat loteng rumah dia. Rasa nak main macam kecik-kecik dulu je..tak payah pikir benda lain..main je..missssss dat time a lot la..Lepas tu makan Mamee..hihihi..masa tu mak dia berniaga Jajan (chak kedih). Dan ape yang aku ingat sangat kat mak (Cik) diorang ni, dia buat aiskrim kelapa yang sangat sedap. Aku selalu beli, sebatang aiskrim 10 sen masa tu. Kalau beli tu bukannya satu, 50 sen terus..pastu dapat lebih 1..jadi 6..hihihi..


Engku Noraini (pink) dan Engku Nurulhuda (black)

Masa darjah 6 dapat sorang lagi kawan. Nama dia Che Norlizawati (Liza). Masa tu, keluarga dia baru pindah kat kampung kami. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan datuknya. Usia kami sebaya dan sekolah tempat sama. Kami pergi sekolah naik basikal sama-sama, masuk pertandingan nasyid sekolah sama-sama, pertandingan sajak sama-sama, main sama-sama dan macam-macam lagi la. Tapi kami tak sekelas. Kawan baik dalam kelas masa darjah 4,5 dan 6 ialah Nur Amylia Marlissa (Amy) dan Zamzuriati (Zam). Ke mana-mana (kat sekolah) pasti bersama. Tapi sekarang dah lost contact. Lama cari tapi tak jumpa. AKu rindu sangat dengan Amylia.


Che Norlizawati dan anaknya

Lepas aku naik sekolah menengah, kami jarang sikit jumpa. Sebabnya aku dihantar ke sekolah menengah agama yang jauh sedikit dari rumah aku. Dan..aku kena duk asrama. Semua kawan-kawan sekampung aku tu bersekolah kat sekolah menengah kebangsaan berhampiran rumah je. Jadi, kalau ade masa, kami jumpa hujung minggu je.

Masa kat sekolah menengah, bestfren aku Mimi Zuriati (Mimi) dan Nor Hafiza (Fiza). Masa tingkatan 3, si Mimi ni pindah ke sekolah lain. Lepas tu kami lost contact sampai sekarang. Dah lama tak jumpa dia. Maklum la..dulu mana ade no telefon macam sekarang. Maka, aku pon berbesfren la dengan Nor Hafiza sampai tingkatan 5. Aku pergi rumah dia, dia pergi rumah aku..tuisyen anggun sama-sama..tido sama-sama, bangun lambat sama-sama..bestfren kan..kemana2 pon sentiasa bersama. Rindu masa naik motor gi sekolah..kita bonceng membonceng naik moto kaler maroon tu..hihihi..moto tu x de gear (auto)..bestnya..


Nor Hafiza

Tahun 2002, aku masuk Sekolah Adabi Pasir Puteh, jumpa la dengan Nor Ziana (Gee), Suharniza (Kak Ja) dan Sharifah Aini (Kak ni). Di sebabkan rumah aku jauh, aku pon duduk la rumah sewa dengan Gee, Kak Ja dan Kak Ni. Walaupun rumah Gee dekat je dengan sekolah (dalam 10minit) tapi dia duk rumah sewa ngan aku. Terharu sungguh atas pengorbanan dia tu. Rindu masa Kak Ja goreng lada besar ngan bawang tuk makan nasi sebab tak de lauk kat rumah sewa. Rindu berebut bilik mandi, tidur atas toto, jalan bersama gi sekolah, kadang-kadang pakai baju sama kaler. Rindu makan laksa kat pasar masa rehat dengan kalian semua. Rinduuuunyaaaa...


Nor Ziana dan Suharniza

Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi menjadi teman aku. Kenangan bersama kalian akan tetap tersemai indah dalam hati ini. Walaupon kita jarang berjumpa, tak dapat hadiri perkahwinan kalian (Gee, Liza dan Kak Ini), tapi sebenarnya aku sayangkan korang semua. Kamu semua kesayanganku.


  • Ini Episod sahabat baik aku masa kecik-kecik dan masa sekolah. Untuk yang kat IPT pulak, aku akan ceritakan dalam entri bertajuk Best Friend 4-Ever (Episod 2) nanti.

Tuesday, September 20, 2011

"Aku Dah Tak Nak Kamu...Cerai Saja."

Rancangan Wanita Hari Ini TV3 - Topik : "Aku Dah Tak Nak Kamu...Cerai Saja."

Memaparkan kisah dan masalah rumahtangga yang berlaku hari ni. Kes-kes penceraian yang berlaku akibat suami tak bertanggungjawab, tiada persefahaman, suami suka pukul, suami tak kerja dan macam-macam lagi.

Melalui pemerhatian aku juga banyak masalah rumahtangga (golongan sederhana) berpunca dari suami yang tidak bertanggungjawab, tidak bekerja, pemalas, suka lepak, abaikan isteri dan anak-anak, kaki judi, dadah dan macam-macam lagi. Golongan atasan pula lebih kepada perempuan simpanan, berfoya-foya, arak, dan sebagainya.

Masalah yang berpunca dari isteri juga ada, namun sangat kurang berbanding masalah yang di cetuskan oleh si suami. Masalah perempuan biasanya lebih kepada mencari lelaki yang kaya untuk memenuhi keinginannya untuk memewahkan hidupnya. Bagi golongan atasan pula, tujuan mereka adalah untuk mencari lelaki bagi memuaskan nafsu atau mendapatkan perhatian kerana suami sering sibuk bekerja.

Pelbagai masalah yang berlaku pada hari ini yang menyebabkan ketidakharmonian dalam rumahtangga. Akhirnya akan menghilangkan rasa sayang dan lebih teruk lagi mencetuskan penceraian dalam sesebuah rumahtangga. Contoh masalah rumahtangga yang berlaku:

1) Isteri berkerja berhempas pulas bagi menyara keluarga sedangkan suami sibuk dengan dadah dan tidak bekerja.
2) Isteri terpaksa menanggung perbelanjaannya sendiri kerana suami asyik berjudi dan mencari perempuan lain.
3) Suami tidak bekerja dan suka lepak bersama kwan-kawan memaksa isteri menyara diri sendiri dan anak-anak.
4) Suami yang malas bekerja dan sering lepak bersama kawan sedangkan si isteri dan anak-anak tak cukup makan dirumah sebab isteri tak bekerja.

Contoh yang terbentang depan mata ku ini memberikan aku rasa syukur yang tak terhingga pada Allah. Bersyukur kerana mengurniakan aku seorang suami yang bertanggungjawab, baik, tak pernah pukul aku, menyara kehidupan aku dan anak-anak, memberikan aku tempat tinggal yang selesa, memberi makan dan pakai secukupnya, menyanyangi aku dan anak-anak. Ya Allah..Alhamdulillah atas kurniaan yang tak terhingga ini. Terima kasih Ya Allah.

Monday, September 19, 2011

Umar - perkembangan semasa

Sukanya bila dengar si Umar ni da pandai cakap sikit-sikit..walaupon kadang2 x paham ape bende..tapi ummi layankan aje..

Antara perkataan yang dia ble sebut:

Yayah (ayah), mimi (ummi), bibi (baby), mama (umar), air (susu,air), qar (car), bol (ball), pishh (fish), berk (bird), yak (b.air), jong (jom,mandi,jln2), nak (makan, brg2),bishh (habis/finish),boboi (gudboi) no, tu, Ishhhh, tibi (TV), Allah...

Ape lagi ye..urmm..nnti ummi ingat, ummi tambah lagi. Hari ni Umur Umar 1 tahun dan 9 bulan. Ok la untuk baya Umar kan. Tapi ade jugak yang lebih laju mulutnya dari Umar..dan ade yang lagi kurang dari Umar..kiranya Umar ni sederhana la.

Tapi banyak lagi benda lain yang dia faham tapi x boleh sebut seperti bukak tv, tukar channel, lori, basikal, amik bantal, amik bedak baby,  towel, masuk baju dalam bakul, mandi, makan, good dan macam2 lagi..

Dah boleh tolong ummi amikkan itu dan ini..senang ckit kerja ummi. :-)Tq sayang.

Sunday, September 18, 2011

Tiba-tiba Dia Menangis

Pagi tadi kami ke rumah kakak En Abg di Sg Besar. Sebabnya dia ade buat open house sekali ngan bday anak2 dia.

Setelah makan bersesi-sesi, kami pon bertolak pulang lebih kurang jam 6 petang tadi. Singgah di pekan Sg Besar jap..merewang2..akhirnya terbeli 2 helai tudung dan 1 tilam kekabu.

Jam 7 petang lebih kurang..kami sambung perjalanan...

Tiba-tiba.. si Muaz yang tengah2 sedap tidur meraung2..menangis2...xtahu kenapa. Bagi susu tak nak, enjut2 xnak..peluk tak nak, tgk pampes kering..semua dia x nak..dia nangis je...bila penat dia berenti jap sambil tutup mata. Sekali tengok macam tidur..tapi tiba2 dia meangis lagi. Dah sampai rumah pon menangis lagi. Bagi susu tak nak lagi. pergi mandikan dia..tukar pempes kalau2 dia xselesa ngan pempes tu..tapi tengah mandi n sesudah mandi pon..dia nangis jugak. Berenti nangis bila penat dan sambung balik..macam nak terkeluar anak tekaknya tu..urmm..bimbang Ummi..bukak mengaji kat pc, ummi pon baca sikit2..ayah lagi..tapi semua tak nak.

Pujuk punya pujuk..gosok punya gosok seluruh badan ngan minyak yuyi..akhirnya..dia terjeluak (muntah sikit-baby2 biasa la). lepas terjeluak tu dia terus tido..tapi dah bagun baik dah..dan menangis dan menagis lagi..urmm.. k la..nak amik si Muaz..

Thursday, September 15, 2011

Cemburu..

Tadi ade tengok gambar kawan bersalin kat fb. Terasa cemburu pula bila melihat ramai saudara dan teman datang menjenguknya. Suami, mak, ayah, mertua, adik beradik, pakcik makcik, dan kawan-kawan..semua ada. Best je dia sambut baby..heppi je..sakit pon xrasa bila ramai2 cam tu.

Pastu tiba-tiba je teringat masa aku bersalin..huhu..sedihnya rasa. Tersentuh la pulak...hihihi. Masa tengah pening2 lagi pon gi tandas takde org teman, nak basuh berak baby takde org tolong..semua kena buat sendiri. Sampai nak terjatuh kat bilik air.

Masa bersalin tu ade la kawan abang datang jenguk. Tu pon sebab En Abg kerja kat spital tempat aku bersalin tu. Tapi aku berterima kasih jugak la sebab sudi datang jenguk aku walaupon hanya 15 minit. Maklumla..datang waktu rehat. Tq pada Ros, Mashitah, Kak Dilah, kerani baru HDU tu (lupa nama dia), dan sorang lagi..lupa jugak nama dia sebab dia kerja tak sama tempat ngan En Abg..so, kenal muka je..maaf ye kak..tapi saya kenal akak..terima kasih banyak-banyak.

Masa diorang datang tengah hari  tu, En Abg tak datang lagi lepas balik jam 5am tadi. Ngantok kot..sebab semalam tak tidur tunggu aku bersalin. Tapi dia tak duk dekat aku pon. Dia gi berbual dengan kawan dia kat Emergency sebab staff kat dewan bersalin tu tak bagi masuk. Masa bersalin tu aku nampak dia kejap je..masa baby dah nak keluar baru dia datang kat aku dan pergi lepas azankan baby. Walaupun tak kucup dahi aku dan xtak ucap time kasih sebab lahirkan anak dia, tapi aku nak ucap terima kasih jugak kat dia sebab sudi temankan aku masa tengah meneran tu. Orang lain lagi la kan..suami tak datang pon..huhu..Alhamdulillah.

Petang tu ade pesakit En Abg datang jenguk kejap.  Dalam 5 minit gitu. Pon aku xkenal. Time kasih ye makcik dan pakcik sebab sudi datang tengok saya. Walaupon kejap saya tetap gembira. Masa tu aku duk kat wad kelas pertama. Yang duk sebilik dengan aku tu riuh je tempat dia. Mak, ayah, suami, adik beradik..ramai je. Tak tinggal pon..jeles rasanya..

Ahli keluarga aku tak de datang jenguk pon..huhuh..Mak tak de..Ayah takleh tinggal rumah, adik2 sekolah..abang2 semua sibuk kerja, kakak2 jauh..huhu..sendirian lah aku menjaga diriku sendiri..

Tuesday, September 13, 2011

Umar Vs Muaz


Umar -19/12/2009 (02 Muharam 1431H)
(Usia kandungan semasa lahir 39/52)

Berat: 3.0/4.2kg
Panjang: 48/56cm
Kepala: 32/37cm

Muaz -12/08/2011 (12 Ramadhan 1432H)
(Usia kandungan semasa lahir 37/52+6/7)

Berat: 3.24/4.3kg
Panjang: 51/55cm
Kepala: 33/36cm

**Lahir/1 bulan

Monday, September 12, 2011

Da Berubah Ke?

Tengah-tengah hidang makan tengah hari tadi (nasi dagang+ikan tongkol & ikan tenggiri), tiba-tiba En Abg bersuara..

En Abg: Tie, esok cucuk Muaz
Aku     : Esok ke? Esok kan baru 13. Temujanji Muaz 14 la..
En Abg: Esok siap..

Lepas makan dia gi kerja balik. Aku pon gi amik buku temujanji Muaz. 

Dengan muka agak terkejut..eh..eh..memang esok la..13 rupanya..hihihi. Aku ingatkan 14hb. Yang aku heran tu, selama kwen ni..dia xpernah ingat ape yang berkaitan tarikh ni. Atau pon dia buat2 tak ingat aku pon tak tau la. Tapi dalam sejarah perkahwinan kami yang da hampir 4 tahun ni..xde la dia remind aku pasal temujanji2 ni...memang pelik..hihi. Bday ke, enibeseri ke, mmg dia x hengat..Temujanji Umar ke..semua aku yg kne ingat..hmmmm..pelik..

Dia da berubah ke? Adakah dia akan ingat bday aku n anak sulung kami taun ni? Hmmm..adakah dia akan ingat tarikh kwen aka enibeseri kami hujung taun nnti? Kita tunggu dan lihat ye..hihihi...


Saturday, September 10, 2011

..::::::BAHAYA MENGUMPAT::::::...



Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti. Sahabat-sahabat semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang MUFLIS di akhirat nanti kerana MENGUMPAT...

Thursday, September 8, 2011

Berpantang (cont)

Sudah bosan rasanya berpantang ni. Tapi rupanya baru 4 minggu aku bersalin. Dalam kepala ni tertanya2 kenapa kita perlu sangat berpantang ni. Sebabnya sebelum ni aku  tak jumpa lagi maklumat yang betul2 membuatkan aku mahu berpantang dengan 'ketat'. Tapi aku pantang jugak..cumanya bila pantang sorang-sorang ni, dan En Abg pon tak galakkan sangat, aku pon jadi macam...pantang ala kadar je.

Hari ke-2 bersalin da kemas rumah..hihih..sebabnya sakit kepala tgk rumah bersepah2. Nak harapkan En Abg, dia pulak x pandai..huhu. Pasal makan..dia masak sendiri, tapi aku ade sebelah tolong ajarkan dia sampai seminggu dia masak..Lepas seminggu tu, badan da rasa ok sikit..aku mula aktif buat kerja rumah macam biasa. Tapi dengan pertolongan En Abg sikit2.

Setelah lama meng'google', hari ni aku jumpa lah maklumat yang aku rasa patut di kongsi. Harap dapat membantu la sape2 yang mahukan maklumat pasal berpantang ni.

Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.

Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Bahaya “air embolism“ – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

Kenapa penting amalan pantang ibu bersalin?
Kini penjagaan semasa pantang semakin dipandang ringan. Ada beranggapan tidak perlu, kerana badan boleh sembuh dengan sendirinya. Tambahan pula terdapat pandangan-pandangan dari pengamal perubatan moden mengatakan tidak perlu berpantang, makan apa sahaja dan badan akan baik dengan sendiri selepas tempoh tertentu. Berbeza dengan pandangan perubatan tradisional. Banyak pantang larangnya.

Ada yang pergi ‘shopping’ selepas 2 minggu bersalin, luka tempat sulit jadi bernanah. Ada juga telah pergi ‘shopping’ selepas sehari bersalin. Kesannya memang agak teruk, tumpah darah, muka menjadi biru kehitaman hingga terpaksa ditahan di hospital.

Namun penjagaan secara tradisional juga mempunyai pelbagai cara. Ada antaranya memang kurang sesuai dan tidak patut di amalkan. Seperti amalan minum mengikut sukatan 2 ruas jari sekali minum, amalan makan ikan kering, ikan bilis sahaja semasa berpantang. Jika mengamalkan pemakanan begini bagaimana badan akan sembuh. Amalan minum mengikut sukatan ruas jari boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang akibat kekurangan air. Dan tentu sekali susu juga akan kurang.

Kesan ketika semakin berumur, jika tidak menjaga pantang adalah seperti lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Kebanyakannya akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan sangka hanya lelaki sahaja ‘mati pucuk’. Perempuan juga mengalaminya. Keinginan untuk bersama suami menjadi kurang. Rahim juga akan turun akibat proses peneranan yang kuat ketika bersalin. Jika tidak dijaga, boleh menjadi penyebab kepada kerap buang air kecil atau terkencing ketika batuk, ketawa atau bersin.

Mengikut amalan tradisional Melayu pantang 44 hari. Namun digalakkan berpantang sehingga 60 hari atau sehingga 100 hari untuk memastikan rahim pulih sepenuhnya dan melambatkan proses penuaan. Tiada bukti secara saintifik tetapi buktinya ini boleh dilihat melalui mereka yang telah mengamalkannya.


Kesimpulan yang tersirat dan tersurat yang boleh aku buat:
  • Tempoh 44 berpantang hari tu asalnya dari hari tempoh normal nifas bagi wanita bersalin iaitu selama 44 hari. Tapi tempoh ini adalah tempoh untuk mengelakkan kita dari melakukan hubungan bersama pasangan. 
  • Mandi air panas-paling kurang 3 minggu. Sebab kalau mandi air sejuk nnti terketar3 kesejukan
  • Kena mengurut, bertungku banyak2 kali pon xpe. Sedap sikit badan dan boleh hilangkan sakit2 serta lenguh2 badan.
  • Elakkan makanan berbisa, sejuk dan gatal seperti ais, telur, buah yang sejuk2, sotong etc untuk elak tumpah darah, terketar2 kesejukan, luka bernanah, masuk angin etc. Lain2 makanan boleh makan.
  • Gunakan Skilax untuk elakkan sembelit.

Gambar Keluarga

Selamat hari raya...aidilfitri mulia..ampun maaf dipinta..dari kami semua..La..la..la..la..(nyanyi ye).

Wah..meriah sungguh raye kami tahun ni. Berkumpul ramai-ramai ngan adik beradik dan family masing-masing. Tahun ni abang yang sulong je beraya kat rumah mertua. So, majoritinya raya kat kat rumah ayahanda tercinta. 12 beradik..memang meriah..dengan anak buah makcik, pakcik, kazen, berkumpul di pagi raye. Heppi..senyum sampai telinga. Memang gembira sesangat bila beramai-ramai-an macam ni. Bukan selalu pon leh kumpul ramai2 mcm ni..2,3 tahun sekali. Maksud aku kumpul semua la..xkira la time balik kg yang ade 2,3 kerat tu). Macam-macam gelagat ade. Ada yang menagis, nak tengok tv, nak main game, ada yang tak nak bergambar, ade yang nak amik gambar, macam-macam pesen. Suka melihat gelagat itu di pagi raya. Berkumpul adik-beradik, walaupon tanpa ibu tercinta dan tak cukup 13 orang adik beradik, tapi kemeriahannya tetap terasa.

Aku beli kamera LUMIX masa nak sambut kelahiran Umar dan nak gi family day lebih kurang 2 tahun lalu. Masa beli tu, baru lepas raya. So, tak ade la gambar rayanya. Raya tahun lepas kami tak balik kampung sebab En Abg tak dapat cuti. Isshhh..tersasul masul plak..balik cerita raya kami...

Tahun ni 2011, Alhamdulillah dapat berpagi raya bersama keluargaku. Dengan gembiranya aku snap gelagat ahli keluargaku..adik beradik, ayah, atuk, makcik, kazen2..anak sedare dan ipar duai. Dan mereka juga suka snap gambar aku..hihihi..:-) Yang suka sangat tu bukannya ape..eksyeli..kami tak pernah ade gambar keluarga. Ni la kali pertama kami dapat amik gambar keluarga beramai-ramai. Tu yang suka sangat tu..tambah2 plak, di hari raye yang mulia.


Haaa..meh nak kenalkan ahli keluarga aku..ini gambar Ayah aku (baju merah), Ayah Lah (pakcik) dan Che (atuk). Gambar mak kami tak ade sebab mak kami da meninggal pada 30/12/2006 :-(


Ini kakak aku yang ke-2. Abang yang sulong beraya kat rumah isteri dia. So, tak ada lah gambar dia.


 Kak Na dan keluarga. Anak sulung dia tak ada sebab beraya dengan atuk belah Abahnya. 

Ni abang aku yang ke-4. Abang yang ke-3 tak nak bergambar sebab isteri dia balik rumah ayahnya kat kg sebelah...hihihi dekat je..


Ini kakak aku yang ke-6. Abang yang ke-5 tu tak kwen lagi. Jadi tak adelah gambar keluarga dia. InsyaAllah   
 tahun depan dia kwen.:-)

Kak Siti & keluarga bersama Ayahanda. Yang ni pon sorang anak dia tak ade sebab beraya dengan mak angkat (kakak kepada abg ipar).

Yang ini anak yang ke-7 bersama suami dan 2 orang puteranya.:-)


Yang baju hijau ni adik aku. Anak yang ke-10. Adik aku yang no 8 & 9  tak ade masa ni. Dia pergi beraya kat rumah kawan dia. 


Ini 3 yang bongsu dan masih bersekolah lagi. Tudung putih tu anak ke 11, tudung purple tu anak ke 12 dan yg laki baju kuning meghelip tu adik yang bongsu.


 Ini la keluarga kami ;-) ohhh..abang yang no 3 dan 5 ada kat sini. yang no 3 baju putih tu, dan yang no 5 berbaju melayu kaler hijau.

Ini pulak gambar adik arwah mak aku yang bungsu. Juga teman bertengkar aku masa kecik2 sebab aku ni duk dgn atuk. so dengan dia la aku selalu gaduh. Suami dia tak ada sebab kne bertugas di Mekah selama 4 bulan Sampai Raya Haji. So, dia beraya ngan kami kat umah atok dengan anak2 dia.

Sekian saje gambar keluarga a.k.a gambar raya kami untuk tahun 2011..:-)

Tuesday, September 6, 2011

'Shortcut Virus'

Aduhhh..tension sungguh rasanya bila terkena virus ni. Al-kisahnya masa balik raye hari tu aku seperti biasa la ambik gambar keluarga. Biasa la..nak buat kenangan mase raye..banyak lah ragam-ragam manusia di kampung yang aku snap...macam-macam pesen.

Masa aku nak balik KL, adik aku mintak la kamera nak masukkan semua gambar-gambar tu dalam laptop dia. Aku bagi la...walaupon dia kata laptop dia tu ade virus. Sebabnya aku ingatkan virus biasa-biasa je. Lagipon, PC En Abg aku tu ade antivirus. Bukan yang free kat internet tu..yang berbayar. So, aku pikir nanti aku ble scan la.

Tapi, malangnya..bila aku nak masukkan gambar tu dalam PC, aku scan la dulu. Pastu aku bukak la memori kad kamera tu tapi, semuanya jadi shortcut dan tak boleh nak buka dah..huhu..sedeynya rasa..puas di belek-belek dan cuba macam-macam cara tapi, tak ble buka jugak. Pastu aku pon google la..rupanya da ramai yang kena. Dan namanya 'Shortcut Virus'. Semua folder dalam memori kad tu jadi shortcut..x jadi fix folder dah..sape nak tolong aku ni..huhuh..sayangnya gambar2 raye aku tu.

Hari Raya Dalam Pantang

27 Sept 2011-Balik kampung En Abg dulu-Setiu Terengganu. Sampai je kat rumah En Abg malam tu, makan mee goreng udang+sotong (sebab lapar dan tak ada makanan lain dah..nak masak..penat..so aku makan je lar..). Kakak ipar aku kata dia pon makan mee beberapa hari lepas bersalin. Aku pon makan la..tapi lepas tu dia bagi aku makan ubat (macam majong gitu).

Pagi 29 Sept (Hari ke-18 berpantang), sehari sebelum raya, kami balik kampung aku plak- Machang Kelantan. Sampai je rumah aku, terus aku mkn nasi + daging bakar..sebab lapar..maklum la tak sahur. Tengah hari tu kami pergi 'Pasar Isnin' untuk cari baju raya. Merayau-rayau di pasar sampai jam 3pm (dah lama rasanya tak keluar merayau..). Pastu balik rumah, aku tak masak, tak mengemas dan tak buat ape-ape kerja la..relek je. Maklum la rumah sendiri..hihii..lagi pun, ramai yang balik. So, ramai jugak yang buat kerja. Aku jaga Muaz je. Umar pon adik beradik lain yang jagakan.

 Berempat: Ayah, Ummi, Abg Umar & Adik Muaz

 Alhamdulillah

Hari Raya pertama, lepas sembahyang raya (tapi aku tak sembahyang pon..:-), makan (mee kari), bergambar ngan famili, kami melawat rumah Pak Sepupu (makan biskut raye sikit2). Sebab dia sakit. Lepas tu..tengah hari tu, Balik Kampung En Abg lak..Setiu. Dalam perjalanan tu, kami singgah rumah best prenku di Pasir Puteh (makan roti + kuzi ayam). Sampai rumah En Abg, tak buat kerja sangat. Petang raya tu kami semua (Cik, Ayah, dan keluarga) pergi ke rumah Tokki En Abg. Pergi beraya sambil aku nak mengurut dengan Che De (Mak Saudara En Abg).  Selesai mengurut, makan tapai pulut+ air teh, kami pon balik. Sampai rumah aku dan Kak Aisyah (biras) kupas 2 plastik besar bawang untuk buat kenduri arwah pada Hari Raya ke-2. Pastu tdow...

Kesyukuran

Hari Raya ke-2, ade buat kenduri arwah + majlis kesyukuran Muaz. Aku makan biskut raya sikit2, nasi+ayam gulai. Aku tak buat ape-ape kerja pun. Relek je. Hari Raya ke-3 pon sama..xbuat ape2 kerja jugak. Makan...nasi goreng + tapai pulut 5 biji. Petang tu, kami balik kampung aku lak. Duk rumah je. Malam tu, mak cik aku datang tengok baby Muaz.

Hari Raya ke-4 bersamaan hari ke-22 berpantang. Da 3 minggu umur Muaz. Hari ni da masak. Sebab semua da takde. Kakak, makcik da balik rumah masing-masing. So, aku kena la masak untuk En Abg dan atuk kesayangan aku tu. Petang tu aku pergi ke rumah makcik. Kat kampung tu jugak. Pergi la jumpa dia, sebab malam nanti dah nak balik KL. Balik rumah dia, En Abg bawak round-round satu kampung. Duk atas keta je la..tak turun pon. Sampai rumah, masak nasi, rehat.

Raya ke-5 jam 4am, kami bertolak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Jam 7am sampai rumah kakak aku di Kuala Lipis. Rehat-rehat kat situ, makan2..malamnya baru sambung perjalanan balik. Lebih kurang jam 1am kami sampai. Alhamdulillah..

Rasa-rasanya, aku pantang la jugak..xde makan mengarut2 sangat. kan..kan??hihihi..kalau mak aku masih ade rasanya, aku masih kena makan nasi+ikan bakar je.hihihi..Walupon balik kg, aku masih mengurut, bertungku dan makan ubat. Bab makan pon, xde la keterlaluan sangat...xde lah semuanya aku nak makan..Pantang la sikit-sikit..:-)

Monday, September 5, 2011

Balik Kampung

Hari ke 17 pertama kali aku keluar dari rumah selepas bersalin. Itu pun sebab kami nak pulang ke kampung untuk beraya. Mengambil keputusan untuk pulang ke kampung En Abg terlebih dahulu sebabnya, kalau balik ikut Kelantan pastinya kami akan terperangkap dalam jem.

28 Ogos-Menunggu En Abg pulang dari kerja sambil mengemas. Katanya nak bergerak jam 12pm. Tapi, banyak kerja nak kne buat. Aku pula masih xberapa sihat. Buat kerja pun perlahan2 je. Sampai kena bebel ngan En Abg sebab lambat. Ye la..org dalam pantang, takkan nak buat kerja macam biasa kan? Urmm..tak faham sungguh..(geram pon ade sebenarnya). Nak jemur pakaian dalam mesin, kemas pinggan mangkuk, sapu2 sikit, kemas pakaian nak bawak balik..siapkan anak lagi..macam2.

Sempat bergambar sebelum pulang ke kampung :-)

Akhirnya, kami bertolak jam 12.55pm. terlebih la sikit dari perancangan asal. Memulakan perjalanan dengan  doa supaya selamat sampai. Masa dalam perjalanan tu aku banyak tidur. Badan penat lah katakan. Lenguh jugak badan bila naik kereta lama-lama nih.

Lebih kurang jam 4pm, masa tu kat Highway Pantai Timur kot..(tak pasti), tengah-tengah syok tidur ni, tiba-tiba En Abg berentikan kereta. Aku tanya kenapa, rupanya temperature da high..so kami xboleh nak meneruskan perjalanan lagi.kena tunggu temperature turun dulu. Masa En Abg buka bonet depan, berkepul asap keluar..huhu..nasib baik En Abg cepat tersedar, kalau tak tak tahu la ape yang berlaku pada kami sekeluarga.

Kebetulan masa tu hujan, so, ada la mat-mat motor berenti bawah jambatan tempat kami berenti tu. Dia tolong la sikit-sikit. Kebetulan pulak air ada sebotol je. Masih tak cukup tuk sejukkan kereta tu. Dia kata kena tunggu sejam baru ble jalan balik. Bila hujan da ok, mereka meneruskan perjalanan dan meninggalkan kami kat situ.

Muaz pula da meragam sebab panas. Asyik nangis je. Kesian dia. Lepas tu aku cadangkan kepada En Abg supaya tahan kereta sebab nak mintak air nak isi dalam tangki kereta (kami kehabisan air). Setelah beberapa kereta En Abg tahan, Akhirnya ada 2  buah kereta berenti (1 family). Masa mula2 tengok kereta tu aku takut, bimbang kalau2 orang jahat. Tapi mereka rupa-rupanya baik. Alhamdulillah. Mereka bukan sahaja bagi air, malah tolong tengokkan kereta, dukung Umar, Bagi duit raya kat anak-anak aku dan ekori kereta kami bimbang kalau-kalau kereta kami masih tak ok. Lepas dia tengok kereta ok, dan En Abg kata ok, mereka pon meninggalkan kami sebab perjalanan mereka masih jauh ( En Abg bawak kereta slow2 je). Terima kasih banyak2 kerana sudi bantu kami.

Kami berhenti kat hentian selepas tol untuk solat dan ambil sedikit air untuk buat bekal, kalau2 kereta buat hal lagi. Masa otw tu hujan, Alhamdulillah..sejuk la sikit kereta dan rasa lebih selamat untuk meneruskan perjalanan.En Abg pula terpaksa berbuka dalam kereta saja dengan 2 keping sandwish, air vitegen, dan beberapa biji anggur. Dia tak mahu berenti makan sebab nak makan kat rumah dia bila sampai nanti. Lebih kurang jam 8pm kami sampai ke rumah En Abg. Alhamdulillah.

Bukan Dirinya

Tidak pernah ku dengar
Tidak pernah ku baca
Selama bertahun..
Itu bukan perkataan yang terlahir dari bibirnya
Bukan juga yang terlukis di sebarang tempat
Bukan yang tertulis di helaian
Malah bukan juga yang terzahir di riaknya
Mungkin itu bukan dia
Bukan dirinya yang sebenar-benarnya.

PermataSoffhas
12.54pm
Isnin 5 September 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...