Wednesday, March 16, 2011

Botol susu anak kita..selamat ke tak??

Pernahkah anda menjumpai kod-kod tertentu dan berbentuk segi tiga di bahan2 plastik? Contohnya botol air mineral atau minuman lain yg anda beli, bekas-bekas plastik yg digunakan dirumah, bekas tau fu fa yang anda beli kat pasar malam malahan kat botol susu anak anda. Perasan kan? Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:

1. Berada atau terletak di bahagian bawah
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga

Apa pentingnya kita ada pengetahuan tentang kod-kod ini? Ini la yg saya kongsi hari ni. Secara ringkasnya bahan-bahan tersebut adalah:-

1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic

JENIS PERTAMA

Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:

1. SAN - styrene acrylonitrile 
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonat 
4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat yang dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.

Jadi, ibu2, mama2, ummi2 dan mummy2...mulai saat ini sama2lah kita buka mata besar2 sket utk perhatikan kod2 yg tertera demi utk kebaikan keluarga kita bersama. Apa yang penting:-

* Harus bijak dalam menggunakan plastik, khususnya kod 1, 3, 6, dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai!

* Adalah selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS)

*Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.

* Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

* Elakkan memanaskan makanan yang disimpan didalam plastik, khususnya pada microwave oven, bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di dalam microwave oven.

* Elakkan menggunakan plastik untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak. Cubalah untuk menggunakan bekas kain untuk membawa sayuran, makanan, ataupun belanjaan.

* Elakkan penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunalah alat makan stainless steel, kaca, ceramic atau kayu

Monday, March 7, 2011

'Dia' Wan Ahmad Fadzil bin W. Mohd

Terhasilnya blog ini adalah kerana 'dia' yang sering memberi kata-kata semangat untukku menulis. Walaupun karangan yang aku buat tidaklah sehebat 'dia', namun bermulanya aku dalam dunia blogging ini adalah kerananya. Bukan sahaja menulis di blog, malah Facebook yang aku ada hari ini juga adalah bermula darinya yang tak jemu-jemu menberi tunjuk ajar kepadaku. Di kesempatan yang ada di sini, biarlah aku menulis sedikit sebanyak berkaitan dengan kebaikan 'dia.

'Dia' umpama guru semasa aku berada di Universiti. Apa-apa yang aku tidak tahu terutama berkaitan dengan Bahasa Inggeris akan aku tanyakan pada 'dia'. 'Dia' sedikit pun tak pernah mengeluh jika aku mengganggunya dengan SMS atau pangilan untuk bertanyakan sesuatu. Tanpa rasa jemu dan tanpa mengira masa dia akan membantuku.

'Dia' juga kekuatan aku di kala aku sedih. Aku selalu berkongsi masalah tentang keluarga dan lain-lain perkara dengannya. Aku percayakan 'dia' dan langsung tak berasa kekok untuk berkongsi masalah dengannya. 'Dia' seorang pendengar yang baik. Apabila aku mengadu hal kepadanya, dia selalu memberi kata-kata semangat dan nasihat kepadaku agar aku tabah menghadapi ujian hidup ini. Sekiranya aku menghadapi masalah dengan suamiku juga aku akan bercerita kepadanya. Kerana mereka sangat rapat dan aku rasa tiada orang lain yang lebih sesuai untukku mengadu mengenai suamiku selain 'dia'. Kerana pada pendapatku mereka adalah sebahagian dari diri masing-masing.

'Dia' juga x pernah lupa untuk menghadiahkan sesuatu kepadaku, anakku dan suamiku jika dia pergi ke mana-mana. Malah setiap kali dia pulang bercuti, dia akan membelikan ole-ole untukku dan keluarga. Walaupun aku hanyalah sekadar iparnya, namun dia tak pernah lupa menghadiahkan sesuatu kepada ku. 'Dia' seorang yang sangat pemurah. Tak pernah berkira dengan adik beradiknya. Hadiah terakhir yang diberi kepadaku pada percutian kali ini ialah sepasang kain cotton yang sangat cantik. Anakku Umar pula mendapat baju dan beberapa pasang kasut. Hadiah kali ini adalah antara hadiah yang terpenting dalam hidupku.

Walaupun 'dia ' berada jauh di negara lain, namun keluarganya dan keluarga kami sangat dekat. Setaip kali bercuti, mereka sekeluarga tak pernah lupa untuk ke rumah kami. Dan setiap kali mereka pulang, ramai yang sentiasa menantikan kepulangan mereka sekeluarga ke tanah air. 

Aini Nurbaya, kamu sangat bertuah kerana menjadi isteri yang sangat dicintainya. Beruntungnya kamu mendapat seorang suami yang sangat baik, penyayang dan pemurah. Wan Nadaa dan Wan Marwa, berbanggalah kamu kerana menjadi anak-anaknya. Percayalah, Ayahmu  seorang yang sangat baik hati dan lembut hatinya. Jadilah anak-anak yang baik seperti yang ayah kamu maksudkan. Sayangi 'dia' seperti dia menyayangi kamu walaupun 'dia' telah tiada lagi di muka bumi ini. Dia terlalu menyayangi kamu semua. Kamu bertigalah jantung hatinya.

Dan berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada 'dia' Wan Ahmad Fadzil bin W. Mohd di atas segala kebaikan 'dia' dan keluarganya lakukan. Kami semua menyayangimu. Pemergianmu sangat dirasai oleh semua yang mengenalimu. Tiada apa yang dapat aku hadiahkan padamu lagi selain mendoakan kebahagianmu di sana. AL-FATIHAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...