Tuesday, June 28, 2011

Minyak Wangi

Hari ni Umar telah pecahkan botol minyak wangi kesayangan Ummi. Minyak wangi tu pemberian Ayah kamu kepada Ummi. Ummi sangat sayang minyak wangi tu sebab ianya pemberian Ayah kamu pada hari istimewa kami dan satu-satunya minyak wangi berjenama yang Ummi ada.

Minyak wangi berjenama Issey Miyake itu dibeli di Sogo, Kuala Lumpur dengan harga RM 239.00. Ummi sangat sayangkan minyak wangi itu sebab ianya sangat istimewa pada Ummi. Dan sekiranya ia da habis pon Ummi akan menyimpan botol itu sebagai kenang-kenangan. Tapi belum pon isinya habis kamu dah pecahkannya. Ummi merasa sedih tapi mujurlah mood Ummi hari ini sangat ok. Maka disebabkan mood Ummi yang ok, maka kamu tidak dikenakan sebarang hukuman. Cuma Ummi merasa sedikit terkilan.

Ummi tahu kamu tidak sengaja dan tidak mengetahui tentang betapa bermaknanya ia pada Ummi. Ummi maafkan kamu sebab Ummi sayangkan kamu lebih dari minyak wangi itu. Kamu juga lebih istimewa berbanding minyak wangi itu pada Ummi. Walupon ia sedikit mahal namun kamu lebih mahal darinya. Walau apapun..kamu tetap kesayangan Ummi yang nombor 1.

Monday, June 27, 2011

~Spek Mata Kesayangan Hamba~

Aku membelinya semasa aku di terima masuk ke UTM untuk mengambil ijazah pada Jun 2007. Dan aku masih menggunakannya sampai hari ni walaupon ianya dah sangat uzur pada pendapatku. Sudah lebih kurang 4 tahun aku menggunakannya tanpa ada ganti. Memang dia lah satu-satunya yang aku ada sampai hari ni. Kesetiaannya membuat aku sungguh sayang padanya.

Sudah 4 tahun berkhidmat dengan setianya

Cerminnya sudah calar-calar dan pecah-pecah kat tepi, bingkainya sudah bengkok (Umar yang buat) dan sudah patah juga (aku sendiri yang buat). 

Cerminnya dah pecah-pecah kat tepi (Gambar atas & bawah)


Selepas Umar bengkokkan bingkai spek mata aku tu, aku dah rasa tak sedap untuk memakainya. Rasa senget, pandangan jadi lain, dan tidak selesa. Semasa aku keluar dengan En Abg untuk ke Mydin (21/6/11-Selasa), aku merasakan yang sama..dan aku pon cuba nak membetulkan bingkai itu supaya aku merasa lebih selesa. Namun..apa yang berlaku adalah sebaliknya..bingkai itu telah PATAH. Kecewa sungguh rasanya. Tambah pulah En Abg kata, aku sengaja nak patahkan spek tu sebab nak beli spek baru. Sesungguhnya aku langsung tak berniat demikian. Aku tak nak susahkan dia. Dan aku tak mintak pon dia menggantikan spek itu sampai hari ini. Aku tak nak mintak..biarla dia sendiri yang tawarkan dan ajak aku pergi beli yang baru. 

Spek mata patah yang di sambung balik dengan tape

Spek tu aku dah tape dan aku masih memakainya sampai hari ini. Aku x kisah pakai spek patah yang dah di tapekan pon. Kalau x pakai pon x pe..cuma kabur ckit je. Power mata pon bukanlah banyak sangat..dalam 250-300 je.

Semalam (26/6/11- Ahad), En Abg cuti. Dia ajak aku gi cari spek baru (sukanya dalam hati...hihihi...). Namun, pekerja kat kedai spek tu cakap, org mengandung tak boleh buat spek sebab hormon tak stabil. Pekerja itu kata nanti lepas bersalin baru buat sebab power mata masa mengandung boleh naik dan turun. Urmmmm..kecewa lagi. Dia kata kalau buat sekarang rugi sebab takut-takut nanti kena buat cermin lain bila dah bersalin. (macam tu ke??aku pon xtahu..).

Agaknya bila la aku ble dapat spek baru ni??Haruskah aku pakai spek patah ni sampai lepas bersalin nanti?? Kena tunggu habis pantang pulak baru boleh keluar gi kedai buat spek baru. Hrmmmm...nampaknya aku kne pakai spek patah ni lagi setengah tahun. Ok ke? x ok pon kena ok kan je la...Sabar..sabar...

Friday, June 10, 2011

Sabarlah wahai sekeping hati...

Kecewa..layakkah aku merasa kecewa?
Walau apa pun yang berlaku..aku mesti sabar dan tabahkan hati..
Aku tak mahu segala macam perasaan yang tidak enak menyelubungi hati aku..
Sabarlah wahai sekeping hati..
Hidup ini sementara cuma..
Cubalah untuk  menjadi seorang insan yang terbaik..
Walaupun payah..walaupun pahit..
Hati yang kecewa ini..aku serahkan padamu Ya Robb..
Semoga..hati ini terus tabah dan kuat..
Ujian ini hanyalah sedikit cuma..untuk menguji kekuatan iman hamba-Mu yang lemah ini..
Aku tahu..ganjaran yang setimpal akan ku perolehi kelak..
Walaupun tidak di dunia nyata..namun di akhirat kelak pasti ada..
Ya Tuhanku..
Kau kurniakanlah kesabaran pada sekeping hati ini..
Aku mahu jadi insan yang baik..wanita yang solehah..
Sabarlah wahai sekeping hati..
Tiada jalan yang mudah untuk mendapat hadiah yang lumayan dari Tuhan..
Bersabarlah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...