Friday, July 29, 2011

Alhamdulillah..

Gembira membaca berita mengenai seorang kawan yang dikenali melalui Facebook dan Blog. Belum pernah bertemu dengannya secara bersemuka. Namun kami saling berkongsi kisah hati masing-masing. Dan hari ini, saya mendapat khabar gembira setelah membaca blog kepunyaannya. Alhamdulillah..Syukur padamu Ya Robbi.

Ikatan yang telah putus kini kembali terjalin. Tersenyum sendiri saya tatkala membaca entrynya kali ini. Rasa bersyukur yang teramat. Walaupon kami hanya sebagai kawan, namun saya dapat menyelami rasa yang teramat gembira yang lahir dari lubuk hatinya setelah kekasih hatinya kembali ke pangkuannya demi anak-anak tercinta.

Allah itu maha adil lagi bijaksana. Segala perancangannya adalah yang terbaik. Setiap ujian yang ditimpakan keatas seseorang itu tentu ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah. Semoga kalian kekal hingga ke Syurga. ALLAHUAKBAR!!

Thursday, July 28, 2011

~::Bola>>Harimau vs Singa::~

Menunggu perlawanan bola Harimau vs Singa dari siang tadi. Tak sabar2 rasanya nak tgk. Sampaikan budak2 mengaji pon aku suh balik awal...semangat punya pasal nak sokong pasukan Harimau Malaya..hihihi..terutama sekali Khairul Fahmi..suka tgk dia jadi penyelamat.

Walaupon hari ni kita tak menang, tapi pasukan negara tetap menunjukkan perlawanan yang baik dan memuaskan hati. Mungkin bukan rezeki tuk pasukan negara kali ini. Tak mengapa, lain kali kita lawan lagi. :-)

Malaysia Boleh!!!


Monday, July 25, 2011

Impian ke Cameron Highlands tercapai sudah..

Salah satu dari keinginanku adalah menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Keinginanku hampir tercapai apabila En Abg mengajak aku pergi ke rumah kakakku di Kuala Lipis untuk 'menyalin baju' kereta Toyota kesayangannya itu. Pada malam sabtu lepas (23 Julai 2011-Sabtu) kami bertolak ke Kuala Lipis lebih kurang jam 10pm dan sampai di Kuala Lipis pada jam 1.30am. Sesampai je di sana, kami terus tidur sebab dah lewat malam.

Keesokan paginya (24 Julai 2011-Ahad), kakak mengajak aku pergi mencari 'etok'. Tapi aku kata, aku nak ke Cameron Highlands. En Abg macam keberatan sedikit, tapi setelah dia nampak aku begitu beria-ia nak ke sana, dia pon bersetuju. Setelah kakakku selesai melakukan kerja di klinik dan melawat (oncoll), kami pon bertolak ke Cameron Highlands lebih kurang jam 11am ++. Singgah makan tengah hari dalam perjalanan dan kami sampai disana lebih kurang jam 1pm++.


Tercapai jugak satu dari impianku pada 24 Julai 2011. Gembira sangat-sangat. Walaupun kata kakakku kat sana tak ade ape-ape, tapi aku tetap gembira. Keinginan aku untuk bergambar di lorong ladang teh juga terlaksana. Walaupun penat, namun aku gagahkan diri untuk turun ke cerun untuk mengambil gambar. Terima kasih kepada En Abang yang sudi mengikutku dan mengambil gambar aku. 


Ini adalah kali pertama bagi kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Kami juga tak melepaskan peluang untuk minum teh di puncak Cameron. Suasana yang dingin..memang menenangkan jiwa.  Setelah minum teh, kami berjalan ke pekan Cameron yang menjual bermacam-macam hasil tanaman bumi segar Cameron. Kami membeli sedikit hasil bumi segar ini dan cenderahati sebagai kenangan kami sekeluarga pernah ke sana.

Pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang cantik-cantik sangat menarik perhatianku. Teringin rasanya membeli sepasu bunga, namun En Abg kata : "Tak payah lah, 2 hari duk rumah kita nanti mati pokok tu". Terus tak jadi nak beli. Teringin pula nak beli buah strawberi. Sebab orang kata kalau makan kat sana manis. Tapi En Abg kata : "Tak payah lah, buah tu nampak je sedap..tapi tak sedap mana pon". Dan tak jadi jugak beli. Tapi aku ok je..dah dapat peluang ke Cameron Highland pon da kira Alhamdulillah sangat-sangat. Tetap gembira.Walaupon tak beli bunga dan buah strawberi, tapi kami beli benda lain seperti teh, jagung, ubi keledek dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.






'Cramp'

Tidurku tiba-tiba terganggu bila aku mengalami kesakitan yang teramat pada bahagian labu betis. Ya Allah..sakitnya. Sebelum itu aku bermimpi aku menggeliat. Dengan serta merta aku tersedar selepas menggeliat dalam mimpi tu apabila aku mengalami kesakitan yang teramat. Ini adalah kali kedua aku 'cramp' kaki semasa mengandungkan adik kepada Umar. Kali pertama sakit sikit je sebab aku tersedar masa aku menggeliat tu. Jadi boleh la tahankan diri supaya x menggeliat. Tapi kali ni memang x sedar dan ianya berlaku semasa aku sedang nyenyak tidur.

Semasa aku mengalami kesakitan itu juga, aku terasa nak buang air kecil. Memang tak boleh nak tahan. En Abg bangun setelah aku menangis kesakitan. Dia juga memapah aku kebilik air dengan sabarnya. Terima kasih Abang sebab tolong urut betis dan papah Tie ke bilik air. Kesian Abang..tidur yang nyenyak Abg tu terganggu bila kaki Tie 'cramp' dengan tiba-tiba.

Masa mengandungkan Umar dulu, pernah juga aku mengalami perkara ini. Namun sekali sahaja. Mengandung kali ni sudah dua kali aku mengalaminya. Kalau boleh tak mahu terkena lagi..sakit sangat2. Walaupun jam da menunjukkan 4.10 pm, namun labu betisku masih lagi sakit pada waktu dan saat ini. Ini bermakna sudah 12 jam berlalu. Walaupun kesakitannya sudah berkurangan dan aku sudah boleh berjalan, namun sisa2 kesakitannya masih ada. Ya Allah..tolonglah jauhkanlah aku dari perkara ini lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...