Sunday, October 30, 2011

Bola TRG vs N9

Jam 3pm++ semalam En Abg ajah gi Shah Alam sebab dia nak gi sokong pasukan negerinya Terengganu merebut Piala Malaysia jam 9 pm. So..aku pon ikot la..

Dalam perjalanan ke Shah Alam tu, memang terasa kehangatannya. Ada yang datang dengan bas, naik moto, berkonvoi dengan kereta sambil mengibar bendera negeri masing2. Dengan sepanduk lagi..dengan badut..sorak hilai...semua ade.

Teruja rasanya..aku xpernah melihat situasi seperti itu sebab aku x pernah pon ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepanjang hidup aku. Bila lalu depan Stadium Shah Alam je..ramai berkumpul..baju hitam + pulih nampak sangat ramai berbanding baju merah + kuning.

Dengan jemnya..ramai betul peminat bola ni rupanya..

Lebih kurang jam 4pm++ kami sampai kat depan Stadium..singgah beli goreng keledek kat surau. Lepas tu, En Abg hantar aku kat rumah isteri arwah Nafastari (Kembar En Abg). Rumah mereka kat depan Stadium Shah Alam. Lepas solat Asar, En Abg gi berkumpul kat Giant Shah Alam dengan kawan2 dia.

Malam tu aku dan anak2 tengok bola dalam TV dan En Abg tengok bola kat Stadium. Masa gol tu..memang sampai kat rumah bunyi sorakan..walaupon tengok dalam tv..tapi kemeriahan tu terasa sebab sorakan kat stadium tu kuat..best je..suasana perlawanan tu terasa walaupon kat rumah...Tapi nasib x menyebelahi. Pasukan merah + kuning memenangi perlawanan itu dengan 2-1.

Kepada pasukan penyu..jangan putus ase. Cuba lagi tahun hadapan..

Kami balik lewat sikit sebab x nak terperangkap dalam jem..lebih kurang jam 12am++ kami balik melaliu LDP. Jem masa kat Stadium tu kejap je..lepas tu dah x jem dah. Jam 1am sampai rumah terus tdo semuanya..

Friday, October 28, 2011

Doa Seorang Isteri



Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Ameen, Ya Rabbi Allameen……



Aku Nak Jadi Cikgu..

Usaha, doa, tawakkal..

Masa sekolah rendah...
Cikgu : Zaharah, bila besar nanti awak nak jadi ape?
Aku : Saya nak jadi Cikgu..

Masa sekolah menengah...
Ustazah : Zaharah, cita-cita awak nak jadi ape?
Aku : Saya nak jadi Ustazah..
Ustazah : Bagus..kerja sebagai cikgu ni sangat sesuai untuk wanita.

Hihihi..bila teringatkan zaman sekolah..lucu pon ade..tapi memang dari kecik2 lagi aku minat nak jadi cikgu. Sebabnya cikgu ni nampak bijak...semua anak murid tanya dia boleh jawab. Lepas tu, semua orang hormat cikgu2 ni...orang kampung macam aku ni lagi la..ni masa kecik2 pk..

Bila da besar masuk sekolah menengah..minat nak jadi cikgu jugak. Ustazah kata, kerja ni sangat sesuai untuk wanita. Masa tu x faham sangat. Ustazah ade cakap lagi..kalau kita jadi cikgu, ilmu yang murid perolehi tu, selagi mereka guna selagi tu kita dapat pahala..mmm...(dalam hati, macam best je)..

Tapi lepas SPM, dapat sambung diploma, x amik cikgu..masa tu konon2nya nak kja ofis la..lepas tu sambung degree pon x amik cikgu jugak...nak kerja ofis lagi..

Bila da habis belajar dan dapat baby..aku dapat kerja. HR  & Admin Exec kat sebuah kilang..huhu..memang penat..balik lambat, x sempat nak kemas, masak, layan anak..urmm...anak plak selalu demam duk ngan pengasuh..x serasi kot..lepas tu..setelah 4 bulan bekerja..pk..punya pk..berenti..x berbaloi rasanya..balik lambat..anak sakit, rumah, masak..semua macam kelam kabut je..pas tu bila kja perbelanjaan pon bertambah, susu, pempes, upah jaga baby, minyak keta, tol, makan...yang lebihnya 2,3 ratus je..huhu..pk balik..baik duk rumah..

Lepas tu baru terfikir balik..jadi cikgu kan best, balik awal..cuti banyak, masa tuk family..lepas tu yang penting kerja dia dapat pahala yang berterusan...urm...so sekarang..aku pk nak jadi cikgu aje...mintak KPLI, DPLI, GSTT..x dapat2 lagi..sabar je la..

Ya Allah..terlalu ingin aku menjadi seorang guru..pekerjaan yang sangat sesuai bagi seorang ibu sepertiku. Dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga berbanding kerja lain. Guru juga satu pekerjaan yang mulia, mengajar mereka...dengan ilmu yang kita ada. Pahalanya sentiasa berterusan dan mengalir selagi mana mereka menggunapakai ilmu yang kita ajar itu. Ya Allah..teringin benar rasanya aku menjadi seorang guru..Kau permudahkanlah jalan bagiku Ya Allah..hanya padamu tempat ku mengadu..Bantu lah hamba-Mu yang lemah  ini Ya Allah...Amin...

Kawan2...tolong doakan aku ye..harap2 dengan doa dari kalian semua, dapat aku menjadi seorang guru bagi mendidik anak bangsaku..

Tuesday, October 25, 2011

Tetamu 2

Alhamdulillah..penat seketika, namun besar ganjarannya kelak.

"Tetamu itu bawa rezeki". Setuju sangat dengan kata2 ini. Layanlah tetamu kita sebaik mungkin. Tidak sia-sia perbuatan itu. InsyaAllah..akan datang untuk kita rezeki lagi banyak, dari mana2 sumber yang kita sendiri x ketahui.

Urmm..kali ni, kawan sekampung En Abg yang datang. Bawak anak2 n Isteri jalan2 KL sempena hari ulangtahun perkahwinan mereka. Romantik je bunyi..heeee..

Sabtu malam mereka datang. Sampai malam tu, borak2 je...x bawak pergi mana2 pon sebab dah tengah malam. Esoknya, Ahad kami bawak mereka gi KLCC sebab isteri dia nak pergi sana. Mula tu nak naik train, tp bila pk2 dengan baby ni susah nak nyusu, panas, ramai plak org hari minggu ni, kami pon batalkan niat nak naik train. Kami pergi dengan kereta. Sebenarnya, kami pon x pernah ke sana naik kereta sendiri..heee..first time gak walaupon duk KL..ikot signboard je.

Kononnya nak naik train la ni.heee...

Jejaka idaman malaya.. 

 Tetamu..

Kami...:-)

Sampai je..kami pergi makan n lepas tu bawak budak2 main air kat taman KLCC. Suka sangat tengok Umar main air..memang best tempatnya.

 Tunggu anak2 main air..

Umar n kawan baru.. 


Aksi Aiman, baby n Umar main air..

Hari Ke-2 Isnin En Abg kerja. Aku bawak mereka jalan2 The Mines dan Putrajaya. Turun lepas zohor..pergi Mines dulu..jalan2..sampai asar..hujan..lebih kurang jam 5pm hujan berenti, kami pon pergi ke Putrajaya. Cantik pemandangan lepas hujan kat Putrajaya tu..Sangat sesuai tuk amik gambar.

Aktiviti kanak2.. 

The Mines 

 Muaz n Baby tdo...

Umar menyebok.. 

Masjid Putra..

Semoga kalian berbahagia hingga ke Syurga. Selamat hari ulangtahun perkahwinan. Lain kali datang la lagi..InsyaAllah..kita pergi jalan2 tempat lain pula..:-)

Thursday, October 20, 2011

Reunion...

Aku dan Kak salma berborak2 kat fb...da lama x juma..xkumpul ramai2...geng2 sekolah SMUABJ. So, kami pon bincang ramai2 nak buat makan. Aku pon terasa gak nak buat makan2 kat rumah n ajak kawan2..tapi dengan dua anak kecik n x de sape yang nak bantu ni, susah jugak nak masak...nnti tetamu da sampai, tapi masakan blum siap agi..huhu..naya...

Akhirnya Kak Salma kata dia nak buat kat rumah dia...dia nak masak n panggil kawan2 sekolah yang duk dekat2 ni datang. Urmm..dapat kumpul ramai2 gak akhirnya kat rumah Kak Salma di Kem Sg Besi. Kawan2 yang duk area Cheras, Kajang, Seri Kembangan, Serdang n PJ datang berkumpul kat rumah Kak Salma.

Best sangat borak2..ungkit2 kisah 10 tahun dulu..hahah..memang lucu..sambil tengok gambar..masing2 aku tgk sangat gembira bila kenangan persekolahan di ungkit. Yang ni mcm ni, yang tu mcm tu..heeeeee...best.. Tambah plak..berborak tu sambil tgk gambar masa sekolah yang Kak Salma simpan..heee..memang kecoh satu rumah. Pergi tgh hari sampai petang duk borak2..tu pon x habis2..

Memang gembira sangat..walaupon x ramai...tapi tetap best. Su, Mc Nor, Dayah, Jimah, Mat Duan, Zaroh, Noriah & Kak Salma...kecoh..dengan suami n anak masing2...yang x kwen lagi...yang xde anak lagi, yang baru kwen...mcm2 cerita...


Ape pon, tenkiu kawan2 semua..korang memang best macam dulu2 jugak..

InsyaAllah..nnti ade rezeki kawan2 sekalian, aku akan masak untuk kamu semua..sekadar yang termampu..tapi x tahu lagi bila ye..kalau boleh nak ajak noma n ida jugak..biar ramai ckit..lagi ramai..lagi best..lagi banyak cerita..tapi tak tahu la bila diorang free...huhu....

Monday, October 17, 2011

Bizi Ngan Projek..

Da 2,3 hari x ngapdate blog. huhu..bizi ckit..cari maklumat nak buat satu projek. Masih dalam perbincangan dan memang kena cari banyak maklumat. So, kesibukan tu x merelakan aku mengapdate blog 1 entri sehari macam minggu yang sudah2.

Harap-harap projek ni menjadi la. Tapi kami kena menuntut ilmu lebih ckit dari org2 yang berpengalaman dan cari sebanyak mungkin maklumat2 yang perlu supaya kerja kami menjadi lebih smoooothhh...heeee..

Urmm..tapi kali ni x leh nak kongsi lagi pasal projek tu. Nnti kalau projek ni menjadi kenyataan, baru kami akan war-warkan kepada semua. ok..So..harap2 semua kwan2 sudi doakan kejayaan kami dalam projek ni. Semoga rezeki kami bertambah dan akan dapat bantu keluarga, sahabat dan orang2 yang memerlukan. InsyaAllah...Doa ye..Heeee..Tenkiu veri mach...

Friday, October 14, 2011

Semoga Allah Merahmatimu Ayahku..

Hari ini merupakan hari lahir Ayah aku yang ke-62 tahun. Hari ni aku nak ceritakan kenangan aku dengan Ayah tersayang.
Apa yang aku ingat pasal Ayah..

Masa aku kecik-kecik dulu..aku selalu tengok tv rumah Ayah sebab kat rumah Che (atuk) x de tv (aku di besarkan oleh atuk & nenek). Masa tu letrik xde lagi kat kampung kami...ayah beli bateri buat tengok tv. Malam-malam pakai pelita la. Aku pon da lupa sejak bila kampung kami ade letrik. Iron baju pon pakai iron besi yang berat tu. Antik punya..kena letak arang. Kenangan btol.

Urmm..masa tengok tv tu..ayah selalu geletek aku..dan aku gelak la..geli..(sambil mengenang kisah itu)..hihihi..lepas tu dia suka gosok2 janggut dia kat muka aku..hahaha..memang geli. Rindunya saat itu.

Ape lagi yang aku ingat ye...

Satu hari..Ayah xbalik..kami sekeluarga bimbang sebab biasanya kalau dia ke mana-mana, dia bagi tau Mek (Ibu) kami. Tengok kunci motor ade, barang-barang dia ada. Masa tu last kami nampak dia, masa dia kat belakang rumah..tengah cangkul tanah nak menanam. Lepas tu dia hilang, dan semua orang x tahu dia pergi mana...tunggu..punya tunggu..sampai malam x balik. Kami bimbang. Masa tu aku menangis..semua menangis sebab Ayah hilang. Kerah orang kampung cari dalam hutan semua (sebab kat rumah kami banyak hutan). Tapi x jumpa..malam2 pon orang kampung masih cari jugak.

Tiba2 Ayah balik dengan kereta.Huh...memang lega rasanya..semua terkejut masa Ayah balik tu. Dia pon tanya, "Kenapa orang ramai kat rumah ni?" Kami semua cakap la, "Cari Ayah lah..Ayah gi mana? semua bimbangkan Ayah.."

Rupa-rupanya..dia pegi mancing ngan kawan2 dia..dan kami semua tak tahu..sampai menangis-nangis semua ingatkan Ayah hilang. Sayangnya kami kat Ayah..huhu..sdey tau bila Ayah hilang ni...

Apa yang aku ingat pasal Ayah lagi...

Suatu hari aku dapat tawaran masuk U. Dan aku dapat wang pendahuluan dari PTPTN . Pastu, nak amik duit tu kena pergi dekat Kota Bharu. Aku tak tahu tempat tu. Aku tanya Ayah, dan ayah tahu. Lalu aku minta Ayah hantarkan aku. 

Hari itu..aku naik motor ngan Ayah ke Kota Bharu untuk ambik wang pendahuluan tu. Sejam jugak baru sampai sana. Terharu sangat dengan pengorbanan Ayah. Rasa bahagia je ble naik motor ngan Ayah pegi Kota Bharu masa tu. Bangga rasanya..hahaha..

Lagi kenangan dengan Ayah yang aku ingat...

Masa aku dapat masuk U tu, ade kawan cadangkan aku supaya mintak pinjaman dengan Kerajaan Negeri sebab PTPTN interest dia tinggi. Aku nak pergi sendiri aku tak tahu, jadi sekali lagi aku suruh Ayah hantarkan.  Ayah pon bawak aku ke tempat itu untuk memohon pinjaman. Dan sekali lagi kami ke Kota Bharu naik motor. Masa tu, Ayah tunggu kat bawah dan aku naik sendiri amik borang kat atas. Lepas tu aku pon isi kat situ jugak sebab malas nak datang lagi sekali. Aku ajak ayah pergi fotostat sijil dan pegi amik cop pengesahan kat sekolah di bandar KB tu.Lama betul tunggu nak dapatkan cop pengesahan tu. Tp Ayah sabar je. Seharian Ayah ikot aku ke sana dan ke sini sampai la borang tu siap dengan salinan sijil yang telah di sahkan dan selamat di hantar.Terima kasih Ayah..

Itu la kenangan best yang aku ingat tentang Ayah aku. Aku doakan, semoga Allah murahkan rezeki Ayah, panjangkan umur Ayah, dan semoga Allah meredhai Ayah selalu. Terima kasih aku ucapkan pada Ayah sebab sedia bantu aku di kala aku memerlukan pertolongan. Saaaaaaayang Ayah sepenuh jiwa raga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada satu-satunya Ayahku dunia dan akhirat.

Thursday, October 13, 2011

Geramkan Si Umar Sangat2

Aiyo..yo...UMARRRRR!!!!!

hmmmmm...memang ummi geram sangat dengan kamu hari ni..kamu tau x?? Nanti bila besar..harap kamu baca entri ni..

Hari ni kamu buat darah ummi naik sampai kepala. Dari kamu bangun tdo pagi tadi..sampai sekarang..kamu asyik buat ummi marah saja.

Hari ini:

  1. Kamu pukul adik Muaz
  2. Kamu tumpahkan semangkuk sayur yang baru ummi masak untuk ayah kamu
  3. kamu tumpahkan sebotol air atas toto
  4. kamu keluarkan sampah dari bakul sampah
  5. kamu keluarkan baju yang ummi lipat dalam almari
  6. kamu sepahkan kain kotor dalam bakul ke seluruh rumah
  7. kamu menangis olok..siap menjerit2 lagi bila muaz nangis sebab xnak ummi amik muaz
  8. kamu kotorkan beberapa helai baju yang baru dibasuh dengan sayur goreng
  9. kamu rosakkan pintu kabinet dapur
  10. kamu keluarkan kuali dari dalam almari
  11. kamu cabut wayar tv sampai semua siaran xble tgk
  12. kamu tmpahkan bedak
  13. kamu tumpahkan biskut dan hancur2 kan
  14. kamu sepahkan rumah dengan mainan (memang hari-hari)
  15. kamu amik baju bersih ummi dan heret masuk bilik air
  16. kamu..kamu..dan kamuuuuu...........buat ummi gerammmmmmm!!!
Hilang stress jap bila meluah kat fb nih..hmmmmmm.....sabar je lahhh...

Wednesday, October 12, 2011

Love IKEA Product, hope I win it!




I just tagged myself to my favourite IKEA product , hope I win it!

(heeeeeeeeeeee.....xde kja....)

Monday, October 10, 2011

Jenjalan Hari Minggu

Semalam..pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan 1 panggilan dari nombor yang tak dikenali. Rupanya panggilan dari rakan sekolah menengah, Kak Salma nama dia. Dia baru beberapa bulan tinggal di Kuarters Sg Besi. Dia bercadang nak datang jenjalan kat rumah.

Kak Salma & anak-anak

Last kami jumpa masa dia kwen 9 tahun yang lepas..huhu..lamanya x jumpa dia. Aku plak masak je ape yang ade dalam peti ais untuk menyambut kedatangan mereka sekeluarga. Menu aku..biasa la...Mee Goreng..heeeeeeee..mudah, cepat dan senang.

Kul 11 dia sampai rumah..borak2 sampai tak hengat dunia..sedar2 da zohor pon. Lepas solat zohor..kami 2 keluarga ni berkonvoi ke rumah Hidayah & Riduan kat Seri Kembangan. Member sekolah jugak..dan sekelas. Heee..xsangka btol diorang kwen..da jodoh..:-) Dulu masa skolah..bukannya diorang kapel2 pon..lepas sekolah pon xde contact..last2 jumpa tahun lepas dalam fb..beberapa bulan kemudian kwen..hihihi..Semoga mereka berbahagia sampai ke syurga.

Riduan & Hidayah

Dari zohor sampai jam 4pm++ kami duk borak2 rumah Hidayah tu. Lepas tu..Riduan tanya samada kami nak gi rumah Su (kawan sekelas gak..duk Cheras) tak? Urmm..aku kata boleh jugak..sebab da lama x jumpa. So..setelah semuanya sepakat, maka berkonvoi la pulak kami ke rumah Su di Cheras Perdana. Sampai Maghrib duk sana.

Norasnia @ Suhasniya

Suka sangat jumpa kwn2 lama ni..macam2 cerita nak cerita..perkembangan masing2..anak2..dah jadi mak2 orang da semua..da berkeluarga. Rancangan yang tak plan pon..tapi ble jumpa kwn2 sekolah minggu ni. Tak sangka btol..hmm...:-) Kawan2 plak sporting..ajak ke sana ke sini..semua ok je..Alhamdulillah..Pertemuan yang di atur-Nya x pernah gagal. Tq Allah..

Saturday, October 8, 2011

Kesian Bayi Itu...

Berderau darah tatkala aku membaca kisah "Liwat bayi 23 hari" (Metro) yang dikongsi oleh seorang teman dalam Muka Buku hari ni.

Ya Allah...kejamnya manusia ni. Sanggup dia meliwat anak yang baru berusia 23 hari gara2 isteri tak mahu layan nafsu dia kerana masih dalam pantang. Ayah ke ape yang kejam sangat ni?

Dunia..dunia..macam2 perkara pelik yang berlaku sekarang ni. Bayi tu masih lembik lagi...kesiannya. Tak boleh nak pikir lah. Ape ntah yang dia rasa..MasyaAllah..kejammmm!!!!

Friday, October 7, 2011

Umar dan Cerita TV

Petang tadi Umar bukak TV. Tapi bukak je la..tengoknya tak. Tiba-tiba..dari ligat bermain..dia terpacak betul2 depan TV. Dia duk je kat situ, tak bergerak2..khusyuk tgk tv..Aku pon perasan la sebab tiba-tiba je dia berenti main.
Umar

Waku tu (kat dalam TV), seorang datuk tengah marah-marah dan pukul cucu dia. Tak tahu lah sebab ape, sebab aku tak tengok pon. Sampai menangis budak tu..lepas tu mak dan nenek budak tu datang pujuk. Bila habis aksi pukul memukul tu, Umar menangis dan datang pada aku. Dia tunjuk ke arah TV.

Aku pon pujuk la si Umar ni...yang tak tahannya..dia menangis sampai keluar air mata. Aku pujuk dia pon sambil tergelak2..hihihi...rasa lucu pulak.

Faham je dia tgk budak tu kena pukul...sampai sedih2, nangis2 macam tu. Aku tak tahu lak tajuk ape cerita tu..sebab aku x tengok sangat.

Embun

Rindu tetiba dengan Cik Embun comel (anak kepada arwah kembar suami aku). Puteri sulung kepada pasangan Nafastari dan Mawar Nafastari. Sama kisahnya ngan Umar..sedih tgk tv.

Keluar Makan :-)

6/10/2011- 9.30pm..

En Abg balik kerja..terus baring-baring sambil peluk anak kesayangan (Umar)..main-main la..seharian x jumpa anak kan..tiba-tiba dia bersuara..

En Abg: Yang, benarnya abang memang nak bawak T makan luar malam maring..tapi abang lupa..
Aku: Heeee..ye ke...

Aku & En Abg: Bla..bla..bla..(borak2 biasa)
Sambil2 tgk tv..dan dia bukak fb...tunggu punya tunggu sampai jam 10pm++

Aku: Abang lapar dop?
En Abg: Lapar jugok.
Aku: Doh, nak makan nasi ke ni?..T bubuh..(Tanya olok2 je..)
En Abg: (Senyap..)
Aku: Abang..sebenarnya T tunggu abang ajak T makan luar ni..
En Abg: Abang pon tunggu T ajak abang..Abang ingat T nak gi makan luar jugok malam ni...
Aku: Doh?
En Abg: Napok macam xsir gi je..x siap2 pon..
Aku: T siap doh ni (berbaju T dan berkain batik)..
En Abg: Siap gapo gitu? Paka lagu tu..
Aku: T siap doh anak2 ni..T kejap je pakai baju..tengok anak ni, semua pakai lawa2 doh..
En Abg: Urmm...
Aku: Doh nok gi dok? Tapi lewat doh ni dok?
En Abg: Kalu nok gi pong ok...
Aku: Jom..
En Abg: Jom...

Terus aku siap2...dan kami keluar makan..heeeeee.....

Hihihi..akhirnya..dia bawak aku keluar makan di Hari Lahir ku..:-)

Walaupon lewat sehari..tapi..ok la..sekurang2nya dia ingat dan hargai aku. Sukeeeeeeeee sangat...heeeeeee..

Macam xpernah makan kat luar je. Padahal..dalam seminggu tu mesti keluar makan kat luar. Bukan ape..saje je..konon-konon sambut bday la..lain rasanya bila makan time bday ni walaupon makanan dia biasa2 je..bukan x pernah makan Lamb Chop pon..Nasi Rimbun Klasik pon..kan??tapi..disebabkan hari tu bday aku..dia jadi hari yang sangat istimewa..

Tq Banggg...

Thursday, October 6, 2011

Hari Lahirku

Belum pon 5 haribulan..aku da dapat hadiah dari suami tercinta..memang sangat gembira rasanya mendapat hadiah setelah sekian lama tak dapat hadiah dari sesiapa. Walaupon tak berbalut dan tak beriben..aku tetap gembira. Memang tak disangka-sangka dia nak belikan aku hadiah. Sebab, kami keluar jalan-jalan je..gi JUSCO..kebetulan tengah sale tuk J-Card sempena Deepavali. Dia pon ajak la aku ke ruangan beg tangan wanita. Aku ikot je la..ingatkan nak jalan-jalan, tengok-tengok je..

Rupanya dia nak belikan aku BEG TANGAN!!


Dia cakap, "Ni kira hadiah hari lahir T lah ye". Walaupon dia cakap macam tu je..tapi, aku memang teramat gembira sebab dia sudi belikan aku hadiah sempena hari lahir aku tahun ni..maknanya..dia ingat bday aku..Heeeeeee...

Memang terharu sangat. Rasa nak peluk cium kat situ je..hihih. Ye la..mana la aku sangka nak dapat beg berjenama macam tu. Tambah-tambah duit gaji bulan ni kami gunakan tuk perkara lain. Hadiah untuk kami berdua jugak. Hihihi..tapi..hadiah "BESAR" tuk kami tu tak sampai lagi. Tak tahu la kena tunggu lagi berapa hari. Orang tu cakap paling cepat 8 hari dan paling lambat 3 minggu..skang baru 10 hari..hihihi..tunggu. Tak sabar rasanya nak tengok hadiah "BESAR" tu..excited sangat2..:-)

Sekarang jam 11.39pm 5/10/2011. En Abg tak wish pon bday aku hari ni..hmm..tak pe la..lagipun aku da dapat hadiah :-) Dia  tak de kat rumah sekarang ni. Balik kerja jam 9pm tadi, makan nasi, pastu dia keluar balik gi main ping pong ngan kawan dia kat "Bilik Mayat Hospital".Hmmmm..so..tak payah tunggu dia wish la..memang akan balik lepas jam 12am. Ingat nak ajak dia kuar makan tadi..tapi..dia cakap nak gi main ping pong. Terus batalkan niat nak ajak dia keluar. Nasib baik aku masak nasik.

Ape-ape pon..kakak aku yang tercomel (Siti Arahma) memang tak pernah lupa tuk wish bday aku setiap tahun. Satu-satunya insan yang tak pernah lupa. Tq kakak chomellll..sayang kamu..

Kakak Chomell 

Urmm..ucapan hari lahir pertama tuk tahun ni datangnya dari Cik Maizura Hani. Kawan masa belajar kat UTM. Tq Mai kerana ingat bday Kak Ti. Memang terharu sangat. Maafkan segala kesalahan Kak Ti ye Mai..Kak Ti sayang Mai.
Mai Gebbhuu

Seterusnya..yang tak lupa bday aku Bestfren masa sekolah..Nor Hafiza. Tq sayang..sangat menghargai ingatanmu di hari lahirku. Tq..Tq..Tq..Semoga ade rezeki kita tuk berjumpa. Rindu kamu.

Fiza Cute

Tak lupa juga terima kasih kepada Engku Nurulhuda, Abg Zali, Azie, Pok Yu (Asrul) dan adik aku Pein kerana sudi wish bday kat aku.

Love u oll...Tq sooooo muchhh..:-) 

Wednesday, October 5, 2011

Terima Kasih Ya Allah-05/10/2011


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

By: Sebelum Mata Terpejam Blog

Tuesday, October 4, 2011

Hadiah

Sudah lama rasanya aku tak menerima hadiah yang dibalut dan berikat riben. Sudah pon lupa bila kali terakhir. Seingat aku, kali terakhir aku dapat hadiah berbalut dan beriben masa kawin dulu. Da hampir 4 tahun.

Teringin rasanya mendapat hadiah sebegitu. Walaupun harganya tak mahal..tapi keterujaan masa membuka hadiah untuk mengetahui isinya tu sangat istimewa. Perasaan nak tahu membuak-buak...hmmm...(senyum)...

Sape la agaknya nak bagi aku hadiah macam tu lagi ye? Da tua bangka pon nak hadiah jugak..macam budak kecik je.

Terasa nak beli sesuatu dan bungkus. Pastu bagi pada diri sendiri. Tapi..tak surprise pulak..huhu..tunggu je..mana tahu, akan ada seorang insan yang sudi bagi aku hadiah berbalut kan?hihihi...harap je la..

Monday, October 3, 2011

Kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad?

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama....

Oleh: Nur Mujahidah

Bagaimana roh berpisah dari jasad?

Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Oleh: Nur Mujahidah

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

**Peringatan bersama.

Oleh: Nur Mujahidah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...