Monday, December 31, 2012

Suka Duka 2012

Beberapa jam lagi kita akan berganjak ke tahun baru. Macam2 yang berlaku tahun ni. Ada suka..ada duka..

Jan -Bermula tahun ini dengan aku lulus temuduga SPA. Alhamdulillah.

Feb -Aku bekerja sbg Pekerja Sambilan Harian di IMI Putrajaya.
Perkahwinan adik ipar Ji + Farah.

Mac -Aku dapat kerja Gov di JPN Teluk Intan. Berpindah ke T.Intan bersama anak2 dan...tanpa suami.

Mac -First time ke Langkawi. Kursus + Jln2.

Jun -Umar masuk Taska Permata.

July -Mertua meninggal. Mariam Bt Othman

Ogos -Dapat kakak Ipar Baru. Nor Syuhada + Rozali.

Sept -En Abg sambung blajar di Ipoh

Okt -Ank saudara belah suami meninggal dalam kandungan. K.leha + Abg Din.

Nov -Dapat ank saudara baru Wan Nur Aida.

Dec -Dapat ank sedara lagi sorang. Pok Ji + Farah.
Terbitnya buku Arwah Nafastari.

Sedikit sebanyak imbasan tuk 2012 yg meninggalkan terlalu banyak kenangan buatku.

My Bos My Hero

Abu Umaz Lutfi

Hihi....gambor curi..tgh mgaji Quran lepas balik surau semayang subuh pagi tadi...

Friday, December 28, 2012

Erat Dalam Pelukan Ibu

Balik kerja tadi..lebih kurang jam 5.15pm hujan turun lebat sangat. Memang lebat sampai jarak penglihatan pon beberapa meter sahaja.

Aku tak boleh lambat sebab Taska Umar akan tutup jam 5.30 petang. Walaupun hujan lebat..redah jugak masuk kereta takut lambat amik Umar.

Sampai je simpang nak kluar ke jalan besar (kereta aku depan sekali)...tiba-tiba....

Ternampak kelibat 2 orang dalam samar2 hujan yang teramat lebat tu. Sorang lelaki menolak motor dan....seorang perempuan berjalan di hadapannya.

Sampai je sebelah kereta aku..aku baru perasan yang wanita itu mendukung seorang kanak2 sebaya Umar. Aku terus mengetuk  cermin kereta dari dalam dengan harapan dia akan tengok aku dan masuk dalam kereta. Tetapi dia tak perasan sebab hujan sangat lebat dan dia cepat2 nak cari tempat berteduh.

Aku nak pusing..tapi xboleh sebab aku berada di cabang 3 dan kereta aku depaaaaan sekali.

Kesian sungguh rasanya melihat anak kecil yang basah kuyup dalam pelukan ibunya itu..sampai nak menitis air mata melihat keadaan itu.

Betapa bersyukurnya aku ketika itu kerana aku berada dalam sebuah kereta.

Terus ke Taska dengan hati yang serba salah. Turun je kereta..air naik da lebih buku lali kat taska.

Lepas amik Umar..aku ke cabang 3 tadi..mencari-cari kelibat mereka berhampiran tempat tu. Tapi malangnya..aku tak nampak.

Pengajaran:
Bersyukurlah dgn apa yg kita ada.

Ohhh..sedih ingat anak kecil yg erat dlm pelukan ibu itu :-(

Terbayang jika itu aku, suami dan Umar...

Hepi Tu U Umar

"Ummi..Ummi..hari ni hepi tu u Umar..."

Itu lah kata2 Umar bila Ummi sampai Taska Umar tadi. Suka sangat dia...

Ummi doakan..Umar jadi anak yg soleh..Amiin...

Jom..layan gambar hepi tu u Umar...>>>>>

Thursday, December 27, 2012

Aksi Anak-anak & Vitagen

Senyap Sudah

Ohhh..gembiranya rasa hati..la..la..la...bila ekzos da x bunyi..la..laa.laa..

Happy je naik keta. Alhamdulillah..dengan hanya RM 5 bunyi-bunyian tu da hilang. Terima kasih pada Uncle Pomen A kerana membantu saya. Nasib baik x dgr Pomen B kelentong tu..nak sampai RM 230. Kata itu rosak la..ini rosak la..padahal..kne ketuk ckit je..tabung ekzos pon elok lg walaupun da kemek.

Alhamdulillah...Tuhan selamatkan duit saya. Syukur sangat2...Tq Allah ;-)

Wednesday, December 26, 2012

Berkampung Di Temerloh

Hari Krismas yang lepas, aku amik kesempatan cuti untuk baiki ekzos n driveshaft kereta. Sebelum keluar..seperti biasa aku akn mintak izin En Abg dulu.

Tapi..aku pulak dpt berita kereta En Abg mati kat Highway Pantai Timur dalam perjalanan dari Terengganu ke KL. Kesian En Abg..nasib baik dia berdua dgn kwn dia.

Bila dah rosak tu..jadinya..terpaksa la panggil orang tarik singa tua dia tu. Kata En Abg..Alternator (betul ke salah eja nih) yang rosak. Jadinya..terpaksa bawak kereta ke bengkel. Nasib baik la masa tolak tu kereta hidup. Jadi..upah tarik keta tu dia x amik la. Cuma cas untuk minyak je dia amik.

Dah bawak ke bengkel tu...

Tak siap jugak hari tu. Sbbnya barang yg ditukar tu pon rosak. Bising bunyinya. Kena tunggu barang dari KL pulak nak ganti. Esoknya pulak datang la barang baru..tapi tak boleh nak masuk pulak. Kena tunggu yg lain lagi.

Kesian En Abg..aku  pon x senang duduk.

Bila da tukar yang ketiga tu..baru lah elok.

Hampir 2 hari En Abg berkampung di Temerloh. Akhirnya..malam ni sampai jugak dia ke Serdang.

Alhamdulillah..syukur tak terkata. Reda sikit rasa gundah. Tapi..tak habis lagi. Malam ni..walaupon kepenatan..dia terpaksa drive balik Ipoh sebab esok kena kerja. Kesian sangat2.

Sayang doakan semoga Abg selamat sampai ke Ipoh malam ni. Hati2 bawak kereta Sayang...Jangan laju2 sangat tau.

Nasi Goreng Di Subuh Hari

Seperti biasa..jam 5.30am aku bangun pagi. Nak siapkan apa yang patut sebelum anak2 bangun tdo.

Baru je aku celik mata..aku nampak bayang2 ada org bukak tv. Cuba tengok betul2...

Si Umar rupanya...ish..

Tp..dia x boleh bukak tv sbb dia gi tutup plug dulu. Jd tv tu x hidup la...haha..nk tergelak...tp tahan je xnk bagi dia tahu yg aku da bangun.

Alih-alih..dia datang jugak pada aku. Lepas tu dia goyang2kan badan aku..

Umar: Ummi...ummi..bangun la...Umar nak nasik goreng..
Ummi: uuuurgggmmm &*&%*++* (dlm hati aku...pagi2 buta mintak nasi goreng)
Umar: Ummi..bangun la..Umar nak nasi goreng...

Aku pon...dgn rasa kesiannya...bangunla buat nasi goreng. Umar menunggu dengan sabarnya.

Lepas masak tu terus bubuh dalam pinggan..panas2..berasap..

Umar terus mengadap..makan..dan makan sampai habis sepinggan.

Ummi :-)

Sebab....

Berbaloi la Ummi goreng nasi pepagi buta dan Umar mkn dengan banyaknya.

Urmmm...Ummi rasa pelik sangat sebab tak pernah pulak Umar mintak nasik pepagi buta cam ni. Sabor je la.

Monday, December 10, 2012

Tak Puas Menulis

Alhamdulillah..

Masih ada kesempatan dan keizinan dari-Nya untuk menulis sesuatu di sini. Tulisan yang tidak seberapa ini tentunya akan membuatkan pembaca merasa jemu untuk membaca entri ini.

Namun, ketahuilah..betapa seksa rasanya menulis dengan henpon yang kecik ni. Banyak nak cerita pasal anak2, pasal kerja dan macam2 lagi. Tapi payah nk menulis pakai tpon ni..xpuas rasanya... Sungguh tak puassssss!!!!!

Oh...sabar saja...

Berapa banyak org kat dunia ni..usahkan nk bayar bil internet..nk mkn pon payah. Maka..aku patut bersyukur.

Tp..ikhlaskah aku?

Setahu aku tanda org ikhlas tu ada 4. Iaitu org yang merahsiakan ujiannya, pengorbanannya, sedekahnya dan apa ye?

Lagi satu tu..

Lupa lah pulak...urmm...

Ohhh...sudah ingat...Ibadahnya.

Adakah aku ikhlas..dengan merungut2 kat sini? Payahnya nak jadi ikhlas kan?

Urmmmm...pk..pk..kan...

Dan Selamat Beramal.

P/s- untuk peringatan diri sendiri juga.

Sunday, December 2, 2012

Kerana Mu..

Lima tahun yang lalu..
Aku di ijab kabulkan..
Dalam majlis yang sederhana..

Tiada kompang di palu..
Tiada pelamin nan indah..
Tiada Mak Andam...
Tiada makan beradap..
Tiada jurufoto..

Namun aku sangat bahagia..
Bahagia punyai suami yg penyayang..
Bahagia dgn dua anak yang cerdik..

Alhamdulillah...
Rezeki sentiasa mencurah..

Ya Allah...
Semoga hidup kami di berkati oleh Mu...
Sentiasa dalam redho Mu..
Limpahilah hidup kami dgn kasih sayang Mu..
Ya Allah...

Ya Tuhanku...
Satukanlah hati kami suami isteri..
Kasih sayang ku ini...tiada lain melainkan kerana Mu..
Sesungguhnya...aku sayang kekasihku ini kerana Mu...

Monday, November 5, 2012

Dugaan Di Pagi Hari

Seperti biasa..aku siapkan anak2 sebelum gi kerja.

Lepas hantar Muaz kat pengasuh, terus pegi start kereta. Tapi kereta tu tak nk hidup.

Macam mana nak gi kerja ni? ohhh Tuhan..bantulah aku. Pk punya pk..aku col opismet suh amik. Ingat nnti ada masa nak hantar kereta gi bengkel. Ttp hari ni, tersangatlah ramai public. urmmm...

Ntah la...payahnya hidup jauh dari family ni. Payah nk mintak tolong kalau ada masalah. Nk mintak tolong orang selalu pon segan jugak. Tp..terpaksa la tebalkan muka jugak.

Sedihnya....rasa nk balik kampung..nak tukar cepat2....

Allahuakbar....Sabar banyak2...

Sunday, November 4, 2012

Rumah Sewa

Sebelum ni..dengar je orang kata rumah deme naik air, tengok gambar rumah naik air..etc..

Tapi kali ni...rumah sendiri yang naik air.

Hujan lebat..beberapa jam saja boleh menyebabkan rumah sewa aku di Diamond Bay tu dinaiki air. Air longkang tersumbat. Telaga najis melimpah..memang tak selesa rasanya. Semuanya bercampur dan masuk ke dalam rumah..ohhh...kotornya...kne ngemop lantai selalu le jawabnya musim2 hujan ni..

Nasib baik la rumah sewa tu tak banyak barang. Tak payah nak ngangkut2 sangat.

Rasa nak pindah rumah lain je..sebab:-

1-Rumah 2 tingkat..tingkat atas tak guna pon sebab takut anak2 jatuh kalau asyik turun naik.
2-Rumah cepat naik air
3-Agak kecik dan tidak selesa
4-Ruang dapur yang sempit. Nak letak mesin basuh..peti..pendek kata tak stategik la..x reti nak susun..
5-Atap bocor..almari pon dah naik kulat..bukan yang bintik2 tu..yang ada batang dan payung sekali..sebesar jari satu2 kulat tu. Bimbang jumpa kat Muaz di makannya..selalu kena kutip dan buang.

Kesimpulannya..sebab utama nak pindah adalah keadaan rumah tu sendiri.

Tapi, aku bertahan duduk di situ adalah sebab:-

1- Pengasuh Muaz yang sangat baik
2-Jiran-jiran yang baik
3-Persekitaran yang selamat
4-Dekat dengan surau

Kesimpulannya..sebab utama tak pindah adalah sebab persekitaran.

Jadi..musim2 hujan ni..sabor je lah banyak2 kalau rumah asyik naik air. Tunggu pindah kerja balik kampung je...hahaha...kalau dapat. Tu pon ntah tahun bila agaknya..ohhh..aku nak balik kampunnnngggggg....


Saya Tak Kisah

Memang saya tak pandai bergaya..
Memang saya tak pandai bermake-up
Memang saya tak seksi
Memang saya tak pakai pakaian kaler menyerlah
Memang saya tak wangi

Tapi..

Saya tak bergaya sebab suami saya jauh..Saya tak nak orang pandang saya..
Saya memang tak make-up sebab saya tak nak menarik orang melihat saya..
Memang saya tak seksi..sebab saya seksi depan suami saya sahaja..
Memang baju saya kaler kusam2...sebab saya tak mahu terlalu menonjol..
Memang saya tak wangi..tapi saya tak busuk..

Semuanya..

Sebab suami saya duduk jauh. Saya tak mahu jadi menarik untuk orang lain. Cukup hanya untuk dia. Suami saya yang tercinta. Biar saya hanya cantik di matanya sahaja.

Saya tak kisah orang kata saya nampak tua..
Saya tak kisah orang kata saya tak pandai bergaya..
Saya tak kisah orang kata saya tak cantik..

Sebab saya hanya untuk suami saya.

Kereta oohhhh Kereta...

Masih tak habis-habis lagi. Memang dugaan betul.

Saman AES ada 3 keping...RM900

Toyota...
Yang aku langgar orang hari tu pon tak terbaiki lagi..aku pegi pulak langgar tembok. Habis rabak tayar kereta. Road Tax pon da tamat tempoh.

En Abg bawak balik kereta Toyota ke Ipoh sebab nak Bayar Road Tax (RM500) dan tukar tayar baru 2 bijik (RM 500++). Dia tinggalkan aku kereta Peugeot nya.

Lepas tukar tayar kereta buat hal..bunyi itu ini pulak...Tukar bearing (betul ke salah eja ni?ntah la..) dekat kedai tayar tu, tp still bunyi lagi...

Tukar keta balik..aduh...naik2 je..bising betol. Aku pulak bawak gi kedai pomen. Pomen tu kata kena tukar drive shaft...brack pad..boil joint dan ape tah lagi satu...habis la RM382. Ingatkan pomen tu tukar barang baru..rupanya second hand..dah la makin bising keretanya....ohhh..sakitnya hati...dugaaaaannnnn...macam buang duit je..kereta pulak tak baik2..malah makin teruk.

Bising sangat..Tak tahu nak buat ape dah...

Balik kampung hari tu...

Peugoet pulak kena langgar orang. Bincang2, orang tu tak bagi report polis. Katanya nak tolong bayarkan separuh. Tapi kne tipu jugak..orang tu tak bayar pon...report pon tak buat..

Habis la lagi dalam RM1000 kata En Abg. Tapi tak baiki2 lagi..banyaknya nak kena baiki...

Ohhh...sabor...sabor.....

Peugeot

Toyota

Paip Bocor + Futsal

Sudah sebulan agaknya kami tak balik Serdang. Sebabnya...macam2..balik kampung la..ahad kena kerja la..sedara datang la..konvo la..etc.

Minggu lepas jiran col bagi tahu rumah kami mengalami kebocoran. Air keluar tak henti-henti. Last2..jiran tu pi tutup kepala paip besor..ibu paip ke apa namanya..ntah la...ape-ape je lah..

Jadi minggu ni kami ambil keputusan tuk balik. Lagi pon En Abg ada pertandingan Futsal anjuran Hospital Serdang.

Sesampai je di rumah..terus meluru mencari paip mana yang bocor. Setelah di cari-cari..rupanya paip air mesin basuh. Memang paip tu sentiasa terbuka sebab pakai tuk mesin basuh (automatik). Aku memang tak pernah tutup pon paip tu. Getah paip penyambung tu dah terkoyak rupanya. Jadi aku amik salotape tuk tampal kebocoran tu..tapi tak menjadi. Memang kena ganti lain. Ntah la...tak tahu bila nak ganti. Petang nanti dah nak balik Diamond Bay dah. Tutup je la dulu paip tu. Mudah je...tak payah susah2 nak ganti lagi. Sebab bukan selalu balik pon..kan?? hihih...

Pagi2 lagi hari Sabtu tu kami bersiap nak ke Tonga d Futsa di Seri Kembangan tuk pertandingan futsal En Abg. Kami semua ikot sebab nak bagi sokongan kat Ayah Umaz (Umar+ Muaz).

Kumpulan En Abg namanya Prodigy FC. Banyak jugak kumpulan yang masuk..puluh2 jugak la. Merangkumi setiap Jabatan di Hospital Serdang. Peringkat saringan..ketiga2 perlawanan berjaya. 3-0, 1-0, 3-0. Dapat la masuk suku akhir..berjaya lagi dengan 1-0. Lepas tu masuk separuh akhir...

Dan ni la keputusannya.....jeng..jeng...jeng.....


Tahniah untuk Group En Abg..Prodigy FC. Tahun depan cuba lagi ye. Tak pe bagi group lain merasa Piala Pusingan pulak. Tahun depan kita rampas balik Piala tu ye..Tahniah!!!



Saturday, November 3, 2012

Muhasabah Diri

"Wanita yang menutup AURAT dengan SEMPURNA umpama PELANGI yang CANTIK, INDAH mata memandang, menarik dilihat ,tetapi TIDAK BOLEH disentuh." (Ustaz Azhar Idrus)


BERUSAHA UNTUKNYA...NAMUN MASIH TAK SEMPURNA. YA ALLAH..PERMUDAHKANLAH AKU MENUJU REDHOMU..BANTULAH AKU YA ALLAH...

Balik Kampung Raya Haji

Dapat cuti 5 hari tuk balik kampung. Suke sangat. Tq bos...Alhamdulillah..dapat bos yang sangat memahami.

Balik kali ni tuk Beraya Haji + Kenduri Kawin Abg Mekanik saye...

En Abg nak beraya dengan Ayah dia..tapi rumah saya ada kenduri. Bincang punya bincang..En Abg sudi hantarkan saya ke Kampung saya, dan dia balik beraya dengan Ayah dia di Kg Bari.

Jadi kami pon kemas pakaian asing-asing. Dia dan Umar..Saya dan Muaz.

Tapi..masa OTW balik kampung tu...bincang2 balik..lain pulak jadinya. Saya nak beraya dengan dia jugak. Dan keputusannya..saya ikot dia balik Kg dia jugak. Dan dia setuju tuk balik Kg saya pada tengah hari Hari Raya. Jadi...boleh la kami beraya bersama.

Sesampai je di rumah..tengok2...barang2 hantaran tak tergubah satu habuk pon lagi. Yang ada kat rumah pulak..adik beradik lelaki je. Tak lain tak bukan...aku la yang kne buat..

Dari tengah hari sampai malam...akhirnya aku berjaya menggubah 10 bekas hantaran itu. Sekeping Cek (Belanja Hantaran), Kasut+Handbeg, Buah, Tuala, Kain Sembahyang, Kain Pasang, Kotak Kek, Jam Tangan, Coklat dan Kain Pasang. Lagi 1 bekas (Pulut Kuning) kakak aku yang buat. Totalnya..11 bekas.

Hari Raya Ke2...kenduri rumah perempuan dan Hari Raya ke3, kenduri rumah kami. Ya Allah..penatnya..

Papepon..semuanya berjalan lancar..gotong royong masak...ceria je rumah. Best sangat2. Semua adik beradik balik. Time ni la kami dapat kumpul ramai2. Kalu time raya biasa tu..kadang2 kene gilir2 ngan rumah mertua dan jarang dapat berkumpul semua 13 beradik. Riuh sangat..



Akhir sekali..nak ucap Selamat berbahagia lah kepada Abg Mekanik ku bersama Kakak Ipar baru (yang lagi muda dari aku..hikhik..) SEMOGA HIDUP KALIAN DI BERKATI DAN BERBAHAGIA BERSAMA HINGGA KE SYURGA..AMINN..



Pembangunan Kerjaya


Suatu hari tiba-tiba rasa nak buka email. Dah lama tak buka sebab rasa macam tak ada kepentingan sangat. Buka tu tujuan dia nak tengok keputusan Ujrah PTPTN. Tapi lain pulak yang saya jumpa.

Ternampak satu email dari SPA. Terus buka..rupanya email tuk Exam SPA pada 15/09/2012 (Sabtu).

Terus telefon En Abg bagi tahu dia. Tanya macam mana? Sape nak jagakan anak-anak? etc. Setelah berbincang dia sedia mengambil cuti tuk hari tu nanti.

Hari Jumaat balik Serdang tuk Exam tu. Sampai je di lobi terus cari surat panggilan (slip exam) dalam peti surat..tapi tak ada. Urmmm..pelik gak. Pk..pk..xpe lah..sebab aku dah print dari internet. hihi...

Terasa nak study sikit-sikit..tapi bila buka je internet..anak kacau..google je maklumat yang ni nak susu..yang sana nak tidur..last-last...tak baca apa pon.

Pagi hari kejadian tu..sempat print sikit maklumat tuk soalan esei BI dan BM. Siapkan anak-anak...tetiba tengok jam..dah lewat..

Cepat-cepat En Abg tolong siapkan anak-anak...nak makan tak sempat dah.Tetiba teringat..ohhhhhh Tuhan...alat tulis satu habuk pon tak bawak balik. Lupa..

Telefon adik yang duk Putrajaya..nak minak dia punya alat tulis..tapi..dia pulak balik kampung. Macam2 hal..Ya Allah...dah la lewat. Nak beli kedai  tak de bukak lagi pepagi nih..urmm...

Cari punya cari..segenap ceruk..jumpa 1 pencil..satu pemadam..dan 2 batang pen. Alhamdulillah. Itu je bekal yang ada.

Turun rumah jam 8.30am++..exam mula jam 9am.

Aduhh...lewat dah...

Bagi tahu En Abg "kalau sampai lambat..orang dah mula exam..kita balik la..tak nak masuk la.."

Sesampai je di PICC jam di kereta menunjukkan angka 8.50++

"Abg tunggu dulu ye..nanti kalau dah mula..Ti tak nak masuk exam..xsempat nak jawab nanti" kataku pada En Abg.

Terus berlari mencari dewan peperiksaan..dan jumpa. Bukak je pintu..pengawas tengah bercakap..dan tak mula lagi. Terus col En Abg suh balik. Nanti habis baru datang amik.

Jawab la exam...Pengetahuan Am..Matematik..Esei BM dan last sekali Esei BI. Memang merapu. Yang aku paling yakin..matematik je. Sebab soalan dia senang. Esei BI paling teruk rasanya sebab da lama tak praktis. Redho je lah..

Sebulan kemudian..

Tertera kat slip peperiksaan, keputusan exam akan di siarkan di laman SPA pada 22/10/2012. Pagi-pagi lagi aku telefon kawan yang duk sebelah aku masa exam hari tu...Jawapannya mengecewakan..ohhh...takutnya aku.

Sesampai je di ofis pagi tu..terus buka laman web SPA...

ALHAMDULILLAH...

Aku LULUS...

Langkah pertama untuk pembangunan kerjayaku baru bermula. Harap2..aku akan berjaya di peringkat yang seterusnya dan juga berjaya menjawat jawatan itu...Terima Kasih Ya ALLAH..Syukur Alhamdulillah...

P/S Baru exam...excited macam dah dapat...hihihi...pape pon..doa2 kan lah semua..semoga saya berjaya ye. Ramai2 doa...InsyaAllah..Tuhan makbulkan..Tq.

Saturday, September 1, 2012

Naik Bas Balik Jumpa Ayah

Minggu ni dah 'ter'janji nak ke rumah seseorang..jadinya kami perlu balik ke Serdang sebab nak tunaikan janji tu.

Al-kisahnya...

Lepas kerja semalam, aku panaskan enjin kereta. Tetiba..nampak air laju je keluar bawah bonet depan kereta. Tanya Abg Edy (staf tempat kerja)..dia tengok...katanya water pum bocor. Lepas tu En Hawari pulak datang tengok...katanya tak boleh jalan jauh ni..tak boleh nak balik KL lah..

Dah janji ngan En Abg nak gi dating kat Rimbun Klasik malam ni..nak makan Grilled Lamb Chop dia yang sedap tu. Hoooo...sedihnya aku...

Mulanya kami nakk balik berlima. Cik Eka nak tumpang sampai Slim, dan aku nak bawak Mahirah ke rumah aku...mintak tolong di jagakan Muaz dan Umar dalam kereta.

Last2...Cik Eka terpaksa naik bas jugak. Kesian dia.

Aku??? Sape nak kesiankan?? Hari tu servis kereta, bateri rosak, ter'eksiden' pulak, water pum bocor..balik kampung...semuanya makan duit banyak...hoho...kereta oh kereta. Tayar pulak botak..bulan depan roadtax mati...hmmmm...aku yang pengsan dulu nanti. Macam-macam dugaan duk jauh ni.

Telefon En Abg..bagitahu dia tak boleh balik sebab kereta rosak. Dia suh gi baiki petang tu jugak...urmm..aku pon mintak tolong ngan En Haris. Dia bawak ke 2 bengkel..tapi dua-dua x ble nak siapkan segera. En Haris cadangkan aku hantar hari isnin je dan balik naik bas. Katanya...malam ni dia hantar. Ooooo...naik bas ke??? Dah la hari ni aku puasa..penatnya layan kerenah kereta ni..sampai rumah pon dah hampir kul 7 petang.

Akhirnya..berbuka puasa dengan air dalam peti je. Nasib baik Si Lala tu ajak gi rumah mertua dia..'Open House' katanya. Lepas solat mangrib..mandikan budak2..aku ajak Mahirah. Banyaknya aku makan..maklum sajalah..orang puasa..sampai kembung perut..hahaha. Makan nasik ayam, bihun goreng, mee johor, agar-agar...semua aku bedal..dah macam orang kebulur pulak..

Malam tu..usaha jugak nak balik..macam-macam aku pk...macam mana nak balik..hmmm...

Tiket ke Putrajaya malamnya da habis. Ada keesokan harinya aje. Sebab tak nak terlepas, aku try book tiket secara online...tapi tak berjaya. Telefon...tp dia x bagi book dalam telefon. Kne gi beli jugak ni. Tapi mcm mana nak pergi..kereta rosak..pk lagi..pk lagi. Malas nak menyusahkan orang di sekitar sangat..tapi terpaksa susahkan jugak. Telefon Si Azra (jiran)...ajak dia gi cari tiket. Tapi Alhamdulillah..tuhan nak permudahkan urusan..dia memang nak keluar malam tu..bagaikan 'pucuk dicita ulam mendatang'..hihihi..terus aku kirim aje pada dia. Alhamdulillah..dapat jugak kami balik.....naik bas...

Jumaat..bagun seawal 5 pagi..siapkan barang-barang..siapkan anak-anak..ajak Mahirah sekali. Mintak tolong pengasuh Muaz hantarkan ke stesen bas jam 8 pagi. Jam 9 pagi bas mula bergerak. Alhamdulillah..walaupon keadaan dalam bas tu agak 'tidak selesa' tapi kami sampai jugak ke Terminal Putrajaya dengan selamat...Alhamdulillah..

Terima kasih banyak2 pada semua yang membantu saya. TQ.

Gambar kenangan ni..hihi..bukti...balik jumpa ayah naik bas...xtahu bila pulak boleh naik bas..layan je..

Bertemankan Cik Mahirah

Umar & Muaz dalam bas

Saturday, August 25, 2012

Hari Raya Kami

Alhamdulillah..tahun ni sekali lagi dapat menunaikan ibadah puasa. Penuh pulak tu...hihihi. Tahun lepas 20 hari kena ganti sebab bersalinkan si hensem Muaz. Tahun ni..tak payah ganti :) . Cumanya baki tahun lepas ada lagi 2 hari tak sempat nak habiskan. So kena ganti puasa dan bayar fidyah dek kerana dah terlebih tempoh. Harap-harap Tuhan beri keizinan untuk ganti puasa di bulan Syawal yang mulia ini.

Hmm..hari raya kami....

Selepas 'terlanggar bontot kereta orang' hari tu...aku jadi takut sikit nak drive. Jadinya...terpaksalah En Abg datang amik kat Diamond Bay ni tuk bawak kami bertiga pulang ke kampung halaman. Kesian dia..dah la cuti hari raya pertama je. 

Kami bertolak balik kampung tengah hari Jumaat. Dan selamat sampai di Setiu jam 11 malam++. Kami beraya di kampung En Abg dulu sebab Hari Raya Kedua tu dia da mula kerja. Kesian dia..da menjadi lumrah pekerja Hospital...berkorban demi pesakit. 

Hari Raya Pertama di rumah En Abg...

Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri, kami semua bersarapan, amik gambar..dan terus ke kubur. Menziarah kubur arwah ibu mertua dan arwah kembar En Abg (Nafastari). Selesai tahlil arwah..kami menuju ke rumah ibu saudara En Abg...lepas tu rumah Tok..rumah bapa saudara Eb Abg, dan rumah kawan En Abg.

Setelah semua kepenatan, kami pulang. En Abg tertidur di balkoni rumah. Berehat sebelum memulakan perjalanan ke KL untuk bekerja esok hari. Hampir waktu Maghrib, En Abg hantar kami ke kampung aku. Lepas tu dia tinggalkan kami di situ.

Che (atuk aku) sangat gembira dengan kepulangan kami bertiga. Malam tu dia siap amik Muaz tidur dengan dia lagi..hahaha. Che...Che...terlalu sayang dia dengan anak-anak aku. Nampak kegembiraannya bila kami pulang. Dan setiap kali balik..begitulah keadaannya. Pantang hilang dari pandangan, terus mencari dan bertanya..mana Umar? Mana Muaz? hmmm...Kalau dah sayang tu kan..

Hari Raya Kedua...

Selesai sarapan pagi..kami menuju ke kubur arwah ibu dan nenek aku. Selesai tahlil arwah, kami ke rumah 'Mak Baru' dan selepas tu makan tengah hari di rumah mak sedara aku. Malam tu kami pakat-pakat adik beradik dan sepupu sepapat buat BBQ kat rumah. Best sangat...

Raya seterusnya...tak ke mana-mana. Duduk rumah je..berkumpul adik beradik...sembang-sembang. Kari Khamis petang aku tumpang abang aku tuk balik KL..beraya ngan En Abg pulak...

Esok..nak balik Diamond Bay dah..minggu depan da start kerja. Urmmmm...kejap je cuti 9 hari..masih belum puas rasanya...

Akhir sekali...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupon tidak. Semoga Raya kita akan lebih gembira dan bahagia dengan kemaafan yang ikhlas sesama kita. Semoga kita semua diberkati dan berada dalam redho Allah selalu. Aminn...

Jom layan gambor ghayer kami...

 Muaz meragam

 Gambar keluarga terbaik yang dapat diambil..hoho..Muaz....

 Bertiga...masa ni ayah gi sembahyang raya

Keluarga besar kami..(Lagi 3 beradik tak ada)

Friday, August 24, 2012

En Abg Sambung Belajar Di Perak

Sudah hampir setengah tahun aku hidup berdikari di Teluk Anson ni. Alhamdulillah..semua urusan berjalan lancar. Segala-galanya Tuhan permudahkan. Walaupon kena uruskan anak-anak sendiri, beli barang sendiri, pergi kerja sendiri...dan apa-apa urusan pon buat sendiri..semuanya dapat aku lalui dengan baik. Alhamdulillah.

Cumanya...pada awal bulan Ogos hari tu...aku ter'eksiden' sikit. Terlanggar bontot kereta orang. Sebabnya...???  hmmmm..biasala..memandu dengan 2 hero aku yang agak cergas dan tak de copilot yang boleh bantu jagakan anak-anak time bawak kereta. Sampai bila kita nak bernasib baik kan? Dah hati-hati pon kena jugak.

Lepas tu..aku jadi takut sikit nak bawak kereta..ketaq lutut...tapi Alhamdulillah..hari ni untuk pergi kerja tu dah ok. Cumanya...aku da jadi takut nak balik KL lagi...takut nak drive jauh dengan anak-anak. Bimbang perkara yang lebih teruk akan berlaku. Kalau ade yang tolong jagakan anak-anak boleh la..tapi kalau tak ade? Tak balik KL lah jawabnya...tunggu je En Abg yang datang sini.

Tapi Tuhan tu Maha Mengetahui..En Abg dapat sambung belajar di Perak bermula 18/9/2012. Post Basic bidaang Dylisis (Buah Pinggang). Alhamdulillah sekali lagi. Maknanya aku tak perlu la nak drive balik KL lagi. Sebab dia dah boleh duduk sini dengan aku. 

Tapi....kesian pulak kat budak-budak rumah..Cik Eka dan Cik Era...kena cari rumah baru. Dah puas fikir..bincang dengan En Abg...tanya kawan-kawan...semua bagi pendapat sama. Agak tak sesuai la kita suami isteri duduk dengan orang bujang. Dengan keadaan rumah yang agak kecik dan satu bilik air ni. Anak dara pulak tu. Kalau dulu En Abg datang kadang-kadang je...tapi ni...dia akan selalu balik sini. Terpaksa la buat keputusan. Macam tak sampai hati nak bagitahu...tapi...urmm..

Diorang ni baik..rajin tengokkan anak-anak aku, rajin tolong lipat baju, sidai baju, masak...tapi....tu la...terpaksa jugak buat keputusan. 

Maafkan akak deq..kamu berdua memang best...tapi akak terpaksa buat keputusan ni. Akak berdoa agar kamu berdua akan dapat housemate yang jauh lebih baik dari akak InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua. Aminn..

Saturday, August 4, 2012

Muaz Setahun

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana mengurniakan aku anak-anak yang sangat comel dan menyenangkan. Gembira melihat anak-anak membesar depan mata. Walaupun sedikit penat, namun merakalah penyeri hidup aku. Syukur pada Allah.

12 Ramadhan 1433, genaplah setahun umur Muaz mengikut kalendar islam. Tahun lepas...masa ni aku tengah mengemas rumah yang berselerakan setelah 2 hari masuk wad kerana bersalinkan Muaz di hospital. sapu sikit..duduk..sapu sikit..duduk...sebab pening. En Abg menguruskan pendaftaran kelahiran Muaz. Walaupun masih tak bermaya, namun terpaksa kemas jugak sebab sakit mata bila melihat rumah yang bersepah. Maklum la..budak Umar tu terlalu rajin.

Wan Muaz Bin Wan Ahmad Lutfi

Muaz hari ni dah pandai berjalan tapi gigi tak tumbuh lagi. Tak nampak macam nak tumbuh pon..urmmmm. Umar dulu lambat jugak..tapi tak adalah lambat sampai macam ni. Walaupun Muaz tak ade gigi lagi tapi dia laju sikit bercakap berbanding Umar. Dah pandai sebut macam-macam walaupon hujung-hujung je. Apa kita cakap dia boleh ikut.Cerdik sangat budak Muaz ni..comel pulak tu. Macam Ayah dia. Hensem....

Makanan pulak...semua Muaz dah makan. Umminya suap aje..makan banyak. Kalau makan nasik tu..suap.. telan..suap.. telan..cepat je. Umar baru sesuap dia dah 3 suap. berselera betul dia:-) 

Akhir sekali, Ummi doakan anak-anak Ummi membesar dengan sihat. Semoga jadi anak yang soleh yang taat pada perintah Allah serta sentiasa mendoakan Ummi dan Ayah.

Untuk Muaz sayang..SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA....Ummi saaaaaayang Muaz...Abang Umar juga..Jadi anak yang baik ye sayang :-) Mmuahh!!

Saturday, July 21, 2012

Adikkk!! Sakit Ummi...

Umar...oh Umar....sudah besar permata sulong Ummi dan Ayah ni. Cepat je masa berlalu. Sudah pandai bercakap walaupon kadang-kadang terkeluar bahasa 'Spanyol' nya tu.

Banyak benda sudah boleh buat sendiri dan pandai berdikari. Hantar sekolah pon tak menangis. Umar memang anak yang baik. Dari kecik, tak banyak ragamnya..nak tidur senang, nak mandi senang, kebanyakannya senang. Senyummmm aje. Walaupun kadang-kadang ada jugak ragamnya..maklumlah.. budak-budak.

Masa tengok TV satu hari...Muaz menepuk-nepuk perut saya dengan kedua belah tangannya. Sakit juga la..sikit-sikit..tapi best. Tiba-tia Umar yang melihat aksi itu bersuara "Adik...sakit ummi. Adik!!!!! Sakit ummi la....". Namun Muazz buat tak tahu je..terus tepuk dan tepuk lagi.

Buat kali ke 3, Umar bersuara lagi, "Adik....sakit ummi.....". Muaz tak hiraukan jugak...

Last-last..dia geram gamaknya..datang dekat kami dan dia tepuk Ummi dengan sekuat hati macam adiknya buat tu. Ya Allah...sakitnya..senak dada ummi dibuatnya..

Ho..ho...Umar..Umar...

Suka jugak sebenarnya..Umar dah pandai nasihatkan adiknya...Tapi sakit....huhu...



Friday, July 20, 2012

April 2012

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk mengapdate blog. Banyak sangat yang berlaku dalam bulan 7 ni. Ada yang suka, ada yang duka. Yang suka Alhamdulillah..dan yang duka...hanya mampu bersabar.

Awal bulan ini..saya memandu balik kampung sendiri...8 jam...nasib baik tak mengatuk. Ibu mertua meninggal.

Habis kerja semalam terus balik bertemankan Cik Eka (teman serumah saye) separuh jalan. Namun ragam Muaz yang baru nak baik demam ni sangat mencabar kesabaran saya. Sakit belakang dan tangan saya di buatnya. Bayangkan...dia tak nak duduk dalam "car seat" sepanjang perjalanan. Beriba dari Teluk Intan sampai Serdang..

Perjalanan yang 2 1/2 jam pon jadi 3 jam...penatnya...Ya Allah...

Hari ni pergi temujanji mata Umar. Jumpa pakar. Alhamdulillah..power matanya tak teruk sangat..75 sahaja. Jadi dia tak perlu pakai spek mata. Dan untuk pembedahan kosmetik pulak..katanya kena tunggu Umar 4 tahun. Sebabnya nak amik urat kat peha. Nak tunggu urat tu matang dulu. Cuma..sekarang kena tutup matanya 2 jam setiap hari.

Kebetulan pulak esok dah mula puasa. Bulan Ramadhan menjelang lagi. Boleh la sambut awal Ramadan dengan En Abg. Tapi..tahun ni rasanya tak boleh berterawih di Masjid/Surau lagi..macam tahun sudah jugak...sebabnya....kena jaga askar2 saya..hmmm...tunggu la anak-anak besar dulu..

Abang saya kawin hari ni...tapi tak dapat balik pon. Sebab bertembung dengan temujanji mata Umar di Hospital Serdang..Untuk abang saya yang kawin hari ni..En Rozali Bin Yusoff..semoga kamu berbahagia hingga ke Syurga. Selamat menempuhi alam perkahwinan. Maaf lah..tak dapat balik..huhu...(sedih jugak sebenarnya..) urmmmm....tapi...kita boleh jumpa lain kali..InsyaAllah :)

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini..saya mohon maaf kepada semua andai ada keterlanjuran kata, perbuatan dan sebagainya yang menyinggung mana-mana pihak. Sama-sama perbaiki diri dan semoga kita menjadi lebik baik dari sebelumnya. Semoga kita dapat menikmati bulan Ramadhan yang mulia ini sebaiknya..InsyaAllah..


**BACA BALIK BARU PERASAN...SALAH TULIS TAJUK...HAHAHAH...SEBENARNYA
JULAI 2012...HIHIHI....




4/7-Cik

Lebih kurang jam 9.00 pagi, pada 3 April 2012 (Selasa) yang lalu, aku menerima mesej dari En Abg mengatakan ibunya dalam keadaan yang agak tenat. Terus sejuk kaki dan tangan...dan apa yang aku fikir..aku kena balik jugak. Call sana..col sini...akhirnya aku mengambil keputusan untuk memandu sendiri pulang ke Terengganu bersama kakak iparku (Kak Zilah). Aku perlu mencari pembantu untuk menjaga anak-anak kesayangan dalam kereta. Memang tak mampu nak menjaga mereka sambil memandu sejauh beratus-ratus kilometer itu sendirian. Alhamdulillah..setelah 8 jam memandu...aku selamat tiba di Setiu Terengganu pada jam 7.00 malam. Ternampak kelibat En Abg...dia tiba tengah hari pada hari yang sama dari KL bersama abang-abangnya.

Melihat keadaan Cik (Ibu mertua) yang lemah..hati sudah menjadi tidak keruan. Dia demam...dan hanya membuka matanya sekejap-sekejap saja bila ada yang bertandang. Mungkin sudah terlalu lemah sehingga tak mampu untuk membuka mata lama-lama. Malam itu, Yasin dibacakan beramai-ramai untuk Cik.

Pagi 4 Julai 2012 aku membantu Ayah (Bapa mertua) menyuap susu dan menumbuk Panadol untuk diletakkan dalam susunya. Dengan harapan demamnya akan berkurangan. Namun...dia kelihatan semakin lemah. Anak-anak mengelilinginya diiringi bacaan Yasin. 

Tiba-tiba, Si Muaz pula merengek mahu tidur menyebabkan aku mengundurkan diri ke belakang untuk mendodoikannya..sejurus itu...terdengar suara bacaan En Abg tiba-tiba berubah. Teresak-esak...lalu air mata yang ku tahan itu laju menuruni pipi...Ya Allah...

Lebih kurang jam 11.00 pagi, ibu mertuaku kembali ke pangkuan Pencipta yang Maha Esa. 

Ya Allah...Semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Tempatkanlah dia di Syurga Mu Ya Allah. Al-Fatihah. Aminnnn...


Saturday, June 9, 2012

9 Jun 2012

Hari ini aku berada di kampung..Alhamdulillah..keluarga semua sihat. Atuk, ayah, adik-adik, mertua, ipar duai..dan semua lah. Suka hati bila semuanya ok. Aku juga dapat berita baik..keluarga kami akan bertambah besar dengan kehadiran anak-anak buah baru hujung tahun ni dan awal tahun hadapan InsyaAllah.

Sudah beberapa hari berada di kampung..tapi rasa macam baru je sampai. Esok dah nak balik Teluk Intan dan En Abg akan pulang ke Serdang. Urmmm..maka..rutin aku akan kembali seperti biasa. 

InsyaAllah..pada 14 hingga 18 bulan ni aku akan pergi kursus sekali lagi. Kalau ke Langkawi bulan lepas En Abg yang tolong jagakan anak-anak. Sama-sama pergi Langkawi sambil bercuti. Tapi kali ni..aku terpaksa tinggalkan mereka selama 4-5 hari. Sebab cuti En Abg dah tak banyak untuk jagakan anak-anak.

Maka misi mencari penjaga Umar dan Muaz bermula lagi..

Semoga Tuhan permudahkan segala urusanku seperti sebelum ini. 

Ni lah kali pertama nak berpisah dengan anak-anak. Sebelum ni memang mereka selalu bersama aku. Macam-macam datang dalam fikiran ni. Boleh ke orang jaga? Nangis ke aku tak ada nanti? dan macam-macam lagi datang dalam kepala ni.

Harap-harap budak2 ok bersama penjaganya nanti. Tak kiralah siapa pon yang jaga...


Saturday, May 5, 2012

Siapa?

Sudah hampir 2 bulan aku bekerja di Teluk Intan. Dan selama itu, adik aku Syahira yang tolong jagakan anak-anak. Besar sangat pertolongan dia pada aku. Terima kasih banyak2 dik. Terima kasih sangat2...susahnya nak uruskan budak2 tanpa kamu nanti..

Esok dia nak balik kampung dah. Sekolah dah mula. Pening jugak duk pikir sape la yang nak tolong jagakan budak2 ni.

Akhirnya..ada la yang setuju tuk tolong jagakan. Jiran kat taman aku tinggal tu jugak. Dekat saja dengan rumah kami.

Tapi...masalah lain pulak datang. Aku kena pergi kursus 3 hari kat Langkawi. Pening pikir sape la yang boleh jagakan anak2 sampai 3 hari? Sekarang ni pon masih memikirkan pasal ni lagi. Baru kursus 3 hari..kalau kne gi induksi nanti...lagi lama...ohhh....kesian si  kecik Muaz....

Umar tu tak risau sangat sebab dia dah pandai sikit. Lagipon dia tak menyusu malam. Bangun tidur pon lambat. Tak adalah menyusahkan orang yang nak jaga dia tu sangat. Bagi makan, pakai...ok la.

Beratnya hati nak tinggalkan anak yang masih menyusu ni. Nanti menyusahkan orang yang nak jaga tu sebab kena buat susu kat Muaz malam2 buta...bolehkah mereka???urmm....kacau orang tengah sedap2 tidur dengan tangisan nyaringnya tu. Rasa tak nak susahkan orang lain...tapi...kena susahkan jugak. Sape la yang sudi nak menyusahkan diri untuk anak2 aku?????siapa???

Tuesday, April 10, 2012

Pada Pendapat Saya

Alhamdulillah..

Tuhan berikan saya rezeki untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Seperti yang kita tahu..memang payah nak dapat kerja ni. Saya pon bukan sekali dua mintak...berkali2..exam..interview. Memang sangat susah. Bertuah sangat siapa yang dapat kerja dengan kerajaan ni. Sebab, ramai sangat yang apply tuk satu2 kekosongan jawatan tu, dan yang terpilih...1%...sampai ke tak?? Saya pon x pasti. Macam jawatan yang saya sandang sekarang ni..yang apply 300k++, tapi yang berjaya? 50 ORANG sahaja. Alhamdulillah. Syukur sangat2.

Tapi...

Saya dihantar bertugas ke negeri lain..jauh dari suami. Dan saya TIDAK BOLEH memohon untuk bertukar dalam masa 3 TAHUN. Katanya: "Sebab..kita perlu kenal negeri lain. Bukan berada di negeri sendiri sahaja. Lagi satu sebab...KITA KAN 1 MALAYSIA. Kalau duduk negeri sendiri, tak jadi 1 MALAYSIA lah."

Contoh kes: 

Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak yang masih kecil (yang berusia 6 bulan dan 2 tahun setengah) dan kena posting jauh dari suami. Nak pakai bibik, memang tak mampu walaupon dua2 kerja. Dan..kalau dah jauh dengan suami tu..anak2 mesti ikot Ibu. Bila anak2 ikot Ibu, Ibu akan penat sebab malam tidur tak cukup sebab anak nangis. Pagi bagun awal, terkejar2 siapkan anak2 nak hantar nursery dan boleh menyebabkan datang kerja lambat. Kalau anak2 sakit demam, Ibu tak boleh kerja. Tidur tak cukup + lain2 masalah = produktiviti kerja kurang memuaskan. Maka terjadilah masalah datang lambat, mengantuk kat tempat kerja, selalu EL/MC/cuti. So, kalau macam ni, macam mana kita nak kerja kita bermutu, berkualiti, maju etc?

Pada pendapat saya...

Lagi elok kalau dah ada kekosongan tu..kita bagi tukar je..sebab...

1. Boleh jimatkan kos pekerja (tak perlu sewa 2 buah rumah, minyak keta balik hujung minggu, bil elektrik, bil air etc)
2. Saya (Isteri) tak penat sangat jaga anak2 kecik sebab boleh gilir2 dengan suami.
3. Keselamatan lebih terjamin sebab tak perlu ulang alik bawak kereta (risiko kemalangan rendah)
4. Pergi kerja awal kerana suami isteri boleh tolong menolong siapkan anak2 untuk hantar nursery pagi2.
5. Balik kerja isteri boleh masak, dan suami boleh tolong tengokkan anak2.
6. Malam2 kalau anak2 demam, nak susu, etc..boleh gilir2 dengan suami.
7. Mutu kerja bertambah.
8. Disiplin kerja boleh dijaga InsyaAllah..
9. Kes datang lambat, tidur kat tempat kerja, dlln dapat dikurangkan.
10. Hidup mereka lebih gembira bila dekat dengan keluarga dan seterusnya akan melahirkan pekerja yang berkualiti.

Jadinya..pada saya..elok pekerja2 ni di tempatkan di tempat yang mereka suka (bila ada kekosongan) dengan harapan mereka akan gembira bekerja dan seterusnya dapat mehirkan pekerja yang berkualiti dan berguna kepada jabatan. InsyaAllah. 

Saturday, March 31, 2012

Balik Lagi

Perancangan minggu ni sebenarnya nak pergi hantar barang2 yang dipinjam dari Kakak Ipar masa mula2 masuk rumah sewa 2 minggu lepas. Tv, radio, tikar, kipas, tilam etc. Banyak barang amik dari rumah dia. Minggu lepas balik dah ambik barang sendiri. So, nak hantar balik la barang tu sebab da tak guna.

Alih-alih..Sebelum balik kerja hari Jumaat tu En Abg telefon suruh balik sebab dia demam teruk. Jadinya....terpaksa la balik lagi minggu ni. 

Alhamdulillah..perjalanan kali ni di permudahkan. Dah tahu jalan yang sepatutnya dilalui untuk elak jem yang teruk seperti minggu lepas. Ada jugak jem ckit2..tapi x teruk macam jalan minggu lepas. Tapi kadar tolnya lebih sikit. Tak pe la..asalkan aku tak penat sangat memandu. 

Lebik kurang 2 jam setengah perjalanan (6.00pm-8.30pm), kami sekeluarga sampai ke Serdang dengan selamat. Alhamdulillah.

Sampai2 je..En Abg terbaring je atas katil dalam bilik..panas betul badan dia..kesian. Harap2 En Abg cepat sembuh sebab esok dah nak kena pergi Teluk Intan dah.

Saturday, March 24, 2012

Memandu Sendiri

Nekad!!

Penting sangat tu. Kalau nekad, memang yang tak pernah buat pon ble buat.  Rasa macam tak percaya yang aku boleh memandu sediri dengan 2 anak kecik dari Teluk Intan ke Serdang. Hampir 3 jam perjalanan tanpa henti aku memndu sambil melayan kerenah Umar yang asyik merengek sebab demam campak.

Balik je kerja jam 5 petang, cepat2 balik rumah. Sebabnya aku nak balik sebelum malam. Aku bimbang nanti kalau malam, tak cam jalan. So, balik kerja, terus angkat barang masuk kereta dan kemas sikit2 terus bertolak ke Serdang jam 5.35 petang. Balik melalui jalan Sungkai.

Setelah 1 jam 45 minit memandu, aku tiba di Plaza tol Kota Damansara. Masuk je Mutiara Damansara..memang jem teruk sangat. Kat USJ jem lagi..lepas tu sampai IOI Puchong jem lagi..Setelah sejam lebih bergelut dengan jem..kepala sudah naik pusing, kaki pon da kebas...ho..ho...memang terasa penat yg teramat..

Dengan anaknya, dengan penat balik kerjanya, dengan tak makannya, dengan sakit kepalanya..lenguh kaki. Memang lepas ni kalau tak penting sangat aku tak balik. SANGAT PENAT rasanya..huhu..

Sabor je lah...

Kini Aku di Teluk Intan

Urm..siapa sangka kan? Tak pernah pon terfikir aku akan duk kat Teluk Intan, Perak. Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Tuhan. Dia tahu baik buruknya setiap sesuatu tu pada kita.

Alhamdulillah..syukur sangat2 pada Tuhan sebab bagi aku rezeki ni. Tempat kerja baru agak bagus. Teman-teman seperjuangan juga bagus, Suasana ok..boleh kata, kat Teluk Intan ni ok. Makanan dia juga agak murah berbanding Selangor dan KL.

Seminggu bekerja, banyak benda yang aku belajar. Jadi tok kadi (Jurunikah bukan Islam), jadi ahli tribunal (dengar masalah rumahtangga n nasihat bg yg bukan islam), uruskan pasal pendaftaran kelahiran, kematian, nikah cerai, ic, permohonan warganegara, cabutan dan macam2 lagi. Banyak akta yang kena ingat berkaitan dengan semua ni. Dan banyak lagi yang aku kena belajar. Nasib baik Bos kat Teluk Intan ni ok, baik, x lokek ilmu.  Alhamdulillah...kerja kat tempat baru ni agak meyeronokkan.

Cuma..yang tak seronoknya..jauh dengan En Abg sayang...memang sedih..huhu...

First Time ke Perak

8 malam, 14/3 kami sekeluarga bertolak ke Ipoh Perak sebab aku kena lapor diri kat JPN Ipoh pada 15/03. Alhamdulillah..setelah 2 jam lebih perjalanan dari KL kami sekeluarga tiba di Simpang Pulai. Menginap di rumah Pok Su semalaman.

15/3-jam 8 pagi bertolak ke JPN Ipoh. Selesai di beri taklimat, dibawa round2 JPN Ipoh, kami semuua dibenarkan pulang. Ada 11 orang yang lapor diri bersama aku. Jam 12 tengah hari kami dibenarkan pulang.

Lepas makan tengahhari, balik tdo rumah Pok Su jap..lepas tu bertolak ke Teluk Intan jam 3 petang. Sampai di JPN Teluk Intan jam 5 petang. Jumpa pegawai dan staf kat situ kejap. Lepas tu bertolak ke rumah Kak Zilah di Sungai Besar.

16/3 jam 6.42 pagi turun dari Sungai Besar menuju ke JPN Teluk Intan bersama En Abg. Sesampai je di JPN, aku di beri sedikit penerangan dan isi macam2 form. Lebih kurang jam 9.30, aku dibenarkan keluar oleh ketua pejabat untuk mencari rumah sewa.

Setelah bersarapan, kami menuju ke rumah pertama. Macam2 yang tak kena masa nak tengok rumah first ni. Dengan En Abg yang tak puas hati sebab tak angkat telefonnya..tunggu lama..macam2. Rumah ni dulunya homestay. Ada 3 bilik. Lengkap dengan katil dan tilam, tv, peti ais, iron, meja makan, water heater, kerusi dan almari. Barang2 tu semua barang2 yang agak lama la...bukan baru punya. Rumah ni dia nak sewakan dengan harga RM350/mth. Aku cuba mintak kurang, tapi dia x bagi..hihihi. Urm..tengok rumah..macam dah nak setuju..sebab memang terdesak sgt nk kan rumah tu. Tapi kami xberi kata putus lagi kat tuan rumah tu. Sebab adik ipar aku ajak gi tengok rumah lain.

Kemudian kami menuju ke rumah kawan adik ipar aku tu. Dia, emaknya dan jirannya bawak kami pusing2 cari rumah sekitar taman rumah dia tu.

Kemudian jumpa rumah no 2. Tuannya ke Terengganu. Dia bagi nombor rumah, dan kami tegok ikot luar je. Urm..sewa murah..tapi..rumahnya teruk sangat2..tak jadi.

Pusing2 lagi, jumpa rumah no 3, double story. Call tuan rumah tunggu sampai jam 1.30pm. Bila tuan rumah sampai, kunci pulak tak boleh nak bukak. Balik berehat rumah kawan adik ipar tu kejap. Rehat2, makan tengah hari dan solat. Petang ckit, tukang datang pecahkan pintu rumah. Boleh la kami masuk rumah tu. Nampak ok, cuma penyewa sebelum ni kurang cermat sikit. Rumah memang sangat kotor atas dan bawah.
Setelah berbincang..kami setuju nak duk rumah tu dengan sewa yang agak murah iaitu RM230. Tp, kami tak boleh masuk terus sebab rumah tu nk kena basuh, cat n baiki sikit.

Petang Jumaat tu, kami ke Sg Besar lagi. Menginap di situ sementara menunggu rumah siap di baiki.

Sabtu- Kami ke pasar cari dapur, iron, water heater, barang2 dapur, dan barang2 rumah ckit2. Ahad malam, kami ke rumah itu. Terkejut tengok rumah tu sebab lain sgt setelah dicat. cantik pulak..hihihi..bersih. Kak Zilah bagi banyak brg pd kami untuk duk rumah baru tu. Peti ais, tong gas, tikar, tilam, toto, bantal, bawang, aji, besen, baldi, kipas, tv, radio dan duit sekali tuk bayar deposit rumah. TQ kak..sangat besar budimu pada kami. InyaAllah..kami takkan lupa.

So, bermula malam tu..berada lah kami sekeluarga di rumah baru..Alhamdulillah..

Monday, March 12, 2012

Nak Pindah Ke?

Kenapa macam tak de mood nak kemas barang pon...huhu. Betul ke nak kena pindah ni?

Walaupon dah tertulis kat dalam surat penempatan dari JPN tu aku kena lapor diri kat Ipoh Perak, tapi dalam hati aku masih x henti2 berdoa agar ada keajaiban berlaku. Keajaiban supaya aku tiba2 tak payah pergi Perak dan dapat kerja kat Putrajaya ke...Kajang ke..Seri Serdang ke...Puchong ke...atau mana2 yang dekat dengan rumah aku ni la. So, tak payah la aku pikir pasal nak pindah randah ni..

Kalau pindah....

Nak kena cari rumah lagi. Bila dah ade rumah..nak kena bayar sewa tiap2 bulan. Lepas tu nak kena beli dapur baru, peti ais, mesin basuh, almari, tilam, bantal, selimut, hanger, baldi, periuk, kuali, pinggan mangkuk, rice cooker, cerek...aduhh...banyaknya nak pk...

Pakaian...tak berkemas lagi...medical checkup x buat lagi..banyaknya kerja..masa seminggu memang tak cukup. Tambah2 demam plak 3 hari...huhu...

Rasa x de mood nak mengemas..malas..macam tak nak pergi je..tapi...kena pergi jugak..

Beratnya hati...nak tinggalkan En Abg syg tu. Nanti mesti penat..nak urus anak2 sorang diri..nak cari bibik..xmampu lagi..huuhu. Sekarang ni adik jaga...tapi lepas ni? Bila da start sekolah? Dapat U? Macam mana lah nak handle sorang2..tanpa En Abg...pk pon dah penat....

Ya Allah..janganlah hantar aku jauh2 Ya Allah....


Saturday, March 10, 2012

Terima Kasih JIM

Semalam merupakan hari last aku kerja kat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya. Tapi..aku tetiba demam pulak. Terpaksa la amik MC.

Hari sebelumnya, aku da pakat-pakat dengan Ina, Ikin, Nor dan Ida nak gi makan Pizza kat Alamanda masa rehat tengah hari. Sebab hari Jumaat kan rehat dia lama sikit. Ye lah..lepas ni dah susah nak jumpa..tak tahu bila lagi ble makan sama2.

Alih2..pada hari kejadian tu aku demam plak. Maka tak jadi lah program aku tu. Diorang ade col nak amik aku kat rumah, tapi demam x kebah lagi. Masih pening2 n makan pon x berapa nak lalu lagi. Jadi..aku x pergi la..

Tak pe la..nanti hari Isnin aku gi JIM Putrajaya makan tengah hari ngan diorang sebelum tinggalkan JIM. Nak amik barang2 sekali. Kain sembahyang, selipar, jadual gaji bulan mac x buat lagi..n pergi jumpa diorang..salam2..nangis2 ckit..hihihi..

Mesti lepas ni aku rindu kat JIM bahagian Kewangan tu..

Terima Kasih kat Puan Salma, Kak Bi, Nor, Ida, Ina, Ikin, dan semua kawan2 kat Kewangan JIM. Kenangan bersama kalian pasti sentiasa berada dalam ingatan...

Ingat makan budu..ikan singgang..paprik ida..ikan gorang ina..colek kak zahirah..kek n kuih2 CC..

Ingat baca paper Bidi pagi2, jeruk dari peneng...lawak Abg yoe..hihihi...Faizal yang konon2 serius..Kak Ika yang tolong carikan 'video call'..

Ingat Ina yang lembut dan sopan..Ikin yang tlg tunjukkan Cafe dan selalu makan sama2...Kuih Kak Nora, Kak Min yang asyik ngan kerja dia je..

Dan kenangan dengan budak Ida n Nor yang sangat baik dan comel...(gi amik gambar kat masjid, makan sama2,gi klinik, datang rumah kak ti..etc).

Terima Kasih semua...

Nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye..Bye2..

Kisah Lucu 2

Masa Balik kampung baru2 ni, mak mertua aku suh belikan telefon baru sebab kakak ipar (kak zu) bagi kad sim yang bayar bulan (postpaid). Jadinya, dia ajak la En Abg aku gi Mydin Mall Kuala Terengganu sebab nak beli telefon baru.

Pagi tu kami bersiap2 la..

Masa nak turun rumah tu aku cari kasut aku tak jumpa, lepas tu aku main ambik je slipar jepun mak mertua dulu sebab aku ada simpan selipar lain dalam kereta.

Sampai je kat sana, mertua aku tak nak turun disebabkan 'keuzuran'nya. Jadi, dia pesan je la kat aku apa2 yang dia nak beli. En Abg dah pergi dulu ngan Umar dan Ayah mertuaku sementara aku mengambil pesanan dari mak mertua. Selesai sesi pesan memesan tu, aku turun la..

Dengan cepat aku berjalan takut suami dah pergi jauh. Aku perasan ada orang pandang aku...aku pelik...sampai kat lobby Mydin tu..orang tengok2 jugak..aku ingat kan diorang tengok benda lain..aku buat tak tahu je la..masuk je Mydin ada yang tengok2 lagi...ishhh..xleh jadi ni...

Tetiba..baru aku perasan..kaki aku rasa separuh sejuk2....aku pon tersenyum sendiri dan patah balik ke kereta sambil jalan slow2 tak nak bagi nampak kaki...malunya...hihihi...

Mertuaku tanya kenapa. Aku jawab, lupa nak tukar selipar jepun tadi. Selipar tu separuh dari kaki aku. Sebab kaki mertua kau tu kecik..dan kaler biru menyerlah pulak..patut la orang tengok.

Pakai baju kurung kelabu da cantik, siap sandang handbeg CarloRino..tapi pakai selipar jepun kaler biru separuh kaki yang da xde ckit2 kat tepi tu (macam sisir rambut rongak)....hahaha..cuba bayangkan...hahahha...

Mesti oraang pk dia ni datang nak beli selipar baru kot...hahahah...

Wednesday, March 7, 2012

Kisah Semalam

Tengah2 masak tadi..terfikir nak update blog di subuh yang hening ni. Siap je sapu rumah, masak nasi, singgang ikan dan sotong goreng kunyit, aku duduk la depan pc.

KISAH SEMALAM.....6/3/2011...

Hmmm..masa tengah2 syok kerja semalam Ina panggil aku, katanya telefon aku berdering. Lalu aku terus mendapatkan telefon aku yang aku letakkan atas meja Ina (aku cas telefon kat situ). Tengok2 ada 2 miskol. Aku pon col la balik...

Aku : Assalamualaikum...
Dia : Waalaikumussalam..
Aku : Tadi Encik ada telefon saya? Kenapa ye?
Dia : Nama cik siapa?
Aku : Siti.....
Dia : Oh..ya..ada telefon..tadi kamu pergi mana saya telefon tak angkat?
Aku : Saya cas telefon dekat tempat kawan..
Dia : Ok..saya dari JPN nak bagi tahu awak dapat kerja sebagai...............dan kena lapor diri pada pertengahan bulan ni.
Aku : Tengok kalendar..hari ni dah 6/3....oooo..ok. Tapi betul ke ni?
Dia : Betul la..awak da kawen? da ada anak? Kerja mana skang?
Aku : Ya..anak 2..kerja PHS Imigresen Putrajaya.
Dia : Suami kerja mana?
Aku : Hospital.....
Dia : Tapi awak bukan dapat kat sini...tapi kat Perak...dalam 2 jam jugak dari sini.. (JPN Putrajaya)
Aku : Hmmmm..xleh duk sini2 ke?
Dia : X boleh..sebab kekosongan ada kat sana je skang ni..
Aku : Nanti boleh tukar kan?
Dia : Takkan baru kerja dah nak tukar kot?
Aku : Maksud saya..lama2 nnti la..dah setahun ke...
Dia : Oh..boleh..
Aku : Ok la.. Terima kasih..
(Terus letak telefon)

Yay!!!!!!!aku dapat kerja tu....berjaya jugak akhirnya. Aku bukan penganggur lagi hehehe....

Akibat keterujaan dapat kerja tu, aku terus pergi peluk kawan aku kat sebelah..memang suka sangat sampai sejuk kaki tangan. Lutut pon da gigil. Xleh nak buat kerja..xcited sangat2. Sampai masa rehat pon dah x lalu nak makan. Memang teramat gembira...Terus telefon En Abg..

Tanpa aku sedari..banyak maklumat aku x tanya sebab cepat letak tpon..xcited sangat. Lepas tu macam2 soalan datang..

Lepas rehat aku col balik dan tanya pasal surat, tempat kerja, tarikh lapor diri dan sebagainya.

Memang satu hari x leh buat keja semalam. Nak menulis pon tangan da gigil, makanan x leh nak masuk dalam perut dah sebab suka sangat2. Alhamdulillah..

Hmmm..keterujaan yang x pernah terjadi..nak kwen pon x jadi macam ni..hahaha..macam lucu pulak...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Terima kasih kepada Tuhan yang maha pemurah....I Love U Allah..

Note : Interview 15/12/2011-Keputusan calon simpanan 23/01/2012- Dapat kerja 15/03/2012

Saturday, March 3, 2012

Muaz 6 Bulan

Wahhh...dah besar dah anak Ummi. Cepat betul si bulat  Muaz ni membesar. Dah 6 bulan umur Muaz. Masa gi 'check up' hari tu, berat dia turun cikit. Sebabnya, masa mula2 kerja hari tu Muaz kena demam campak. Makan kurang, jadi,,turun la ckit berat dia.

Tapi sekarang dah ok dah. Sihat walafiat dan sangat cergas. Perkembangan Si Muaz pon ok. Baik2 saja..Alhamdulillah. Setakat ni, Muaz...

  • Sangat suka membebel
  • Dah boleh merangkak
  • Boleh berdiri (pegang2 la..)
  • Kuat menyusu
  • Suka main ngan Abang Umar
  • Sangat 'galok'
  • Comel bila senyum n nampak lesung pipit dia yang dalam tu
  • Sangat 'hensem'..hihihi..(macam Ayah)

Alhamdulillah...Ummi gembira dikurniakan anak2 yang comel, baik, cerdik dan cuteeeee sangat2 :)

Wanita Hebat

Wanita...
Hebat jika dia mampu menutup auratnya dengan sempurna...
Wanita..
Hebat jika dia mampu menjaga perhiasannya hanya untuk suaminya..
Wanita..
Hebat jika mampu berhias istimewa buat suaminya..
Wanita..
Hebat jika mampu untuk tidak membebel dan melawan cakap suaminya..
Wanita..
Hebat jika meminta dari suaminya apa yang perlu sahaja..
Wanita..
Hebat jika hidupnya dapat berbakti pada suaminya..
Wanita..
Hebat jika dapat untuk tidak menzahirkan hatinya yang sakit kerana suaminya..
Wanita..
Hebat jika mampu melahirkan zuriat yang ramai..
Wanita itu...
Sangat hebat menjadi wanita seperti itu..

Namun...
Aku tidak mampu untuk menjadi sehebat itu..
Kerana aku..
Masih gagal untuk menutup auratku dengan sempurna..
Masih gagal untuk berhias buat suamiku sahaja..(berhias untuk ke tempat kerja)..
Masih gagal untuk tidak melawan cakap suami..
Masih gagal untuk meminta hanya yang perlu...
Masih gagal untuk berbakti pada suami sepenuhnya..
Dan..
Belum mampu untuk menghadiahkan zuriat yang ramai..

Aku tidak hebat...dan teramat susah untuk menjadi wanita yang hebat...
Ya Allah...kau berilah aku petunjuk..
Kurniakan aku kesabaran yang tinggi..
Tetapkan hatiku, cintaku, imanku hanya padamu yang satu..
Semoga aku dapat menjadi wanita yang hebat...
Dan Isteri yang solehah..InsyaAllah..
Kau izinkanlah aku Ya Allah..
Izinkan aku mencintai suamiku seikhlasnya kerana-Mu Ya Allah...

By:PermataSoffas
3/3/2012-11.42pm

Wednesday, February 29, 2012

Tak Berkesempatan

Alhamdulillah..hari ni last bulan 2/2012. Dah hampir sebulan aku kerja. Penat?? Biasa la..dah namanya kerja..memang la penat. Duk rumah pon penat gak..apatah lagi kerja. 

Seharian di ofis..balik rasa nak tidur je. Jenguk fb n blog pon da malas rasanya. Apatah lagi nak update blog. Sejak kerja ni..baru sekali aku update blog..huhu...

Masa x cukup rasanya..nak main ngan anak2 lagi, masak lagi, kemas rumah lagi..letihhhh...

Nasib baik la kerja aku tu x stress sangat. Kawan2 pon ok. So, walaupun sedikit penat aku tetap hepi kerja kat situ. Best.

Tak berkesempatan dah nak update blog macam dulu. Cerita banyak..macam-macam..tapi, bila sampai rumah je penat..pastu terlupa dah nak tulis ape. Last2 x tertulis pon.

Hari ni..amik masa sikit nak merapu kat blog ni agar x bersawang sangat...hihihi..:)

K la..nnti ade cerita menarik, i conteng lagi blog ni..

Selamat Bekerja Permata :)

Thursday, February 9, 2012

Cepatnya Masa Berlalu

Tiba-tiba dah pukul 5pm..aik..da balik kja laa..hihihi..dan tiba-tiba dah sampai rumah pon. Perkara pertama bila sampai rumah, terkam si bulat Muaz...

Cepat je masa berlalu. Dah masuk hari kedua kerja dah. Alhamdulillah. Kerja ok, kawan-kawan baru ok, tempat kerja ok, tempat solat ok, kantin ok, semua ok la setakat ni.

Hari pertama dan kedua kerja, Umar dan Muaz demam. Kesian sangat..tapi terpaksa tinggalkan jugak. Nasib baik En Abg boleh balik awal sikit dan boleh tolong tengokkan anak-anak. Muaz pulak tak nak menyusu botol. Tak pasti la sebab demam ke atau sebab ape. Susu perah pon tak nak minum. Makan pon sikit je. Urmm...Kesian anak-anak Ummi. InsyaAllah..Ummi harap lama2 nanti, Umar dan Muaz dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Harap-harap lepas ni Ayah tak lah penat sangat nak kerja kuat-kuat sebab Ummi da kerja. Kesian Ayah, selalu balik lambat. Lepas ni Ummi harap, masa Ayah bersama kita sekeluarga lebih banyak..


Tuesday, February 7, 2012

Atukku Merajuk

Kami sekeluarga balik kampung dari 1-5/2/2012. Tujuannya untuk meraikan kehadiran orang baru dalam keluarga En Abg. Otw balik Terengganu tu, kami singgah di Kuala Lipis dan Gua Musang. Balik ikot Kelantan ni sebabnya nak amik buah Ara untuk kenduri nanti.

Niat hati nak bermalam di rumah Che (Atuk) barang semalaman sebelum ke Setiu, kampung En Abg. Tapi, bila kami sampai kat rumah Che tu, dia xde sebab pergi ke Kota Bharu. Memandangkan Che x de kat rumah, En Abg terus ajak balik Setiu. Aku pon ikot laa...

Aku pesan kat adik2  aku supaya jangan bagitahu Che aku balik sekejap. Bimbang kalau2 nanti dia marah sebab x leh jumpa dengan cicit kesayangan dia, si Umar tu.

Keesokan harinya, aku telefon banyak kali sebab nak jemput dia datang kenduri, tapi dia selalu x ada dan x nak cakap dengan aku. Pelik..

Rupa2nya..masa adik aku datang kenduri tu, dia kata Che merajuk x nak datang kenduri sebab aku tak tunggu diaa balik..huhu..kesian Che. Maafkan orang Che..orang kena ikut suami. Di sebabkan terlalu nak jumpa Umar, dia datang gak kenduri tu.

Keesokan harinya, kami balik KL ikut Kelantan lagi. Singgah rumah Che kejap sebelum meneruskan perjalanan. Tapi x bermalam sebab keesokan paginya (hari ni) En Abg kerja pagi. Nampak kecewa dia bila aku singgah kejap aje..kesian Che. Lain kali orang balik..orang bermalam rumah Che ye..Maafkan orang...Saaaayang Che.

Tuesday, January 31, 2012

Hari Terakhir di Bulan Januari 2012

Seperti tajuk yang aku tulis..hari ni merupakan hari terakhir untuk bulan Januari 2012. Lepas ni x de dah Januari 2012.Hmmm..sekejap je masa berlalu..pejam celik aku dah 28 tahun..da ada suami..dan ada 2 orang anak yang comel. Alhamdulillah..

Hari ni kami sekeluarga nak balik kampung. Untuk meraikan Majlis Perkahwinan adik En Abg yang kedua bongsu, Wan Ahmad Fakhrurazi pada 3&4/2/2012.

Tengah2 kemas pakaian tadi..terima satu panggilan. Alhamdulillah..rezeki aku di situ. Andai itu yang tertulis buatku..aku terima seadanya. Tuhan itu maha penyayang. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba2nya.

Jadi..sekembalinya aku dari kampung nanti, aku akan bergelar sebagai seorang pekerja setelah sekian lama berkhidmat sepenuh masa untuk anak-anak dan suami tersayang. Urmm..Suka jugak sebenarnya, tapi...kesian anak kecilku tu. Macam mana la dia nanti? Harap2 dia ok2 saja walau bersama siapa pun. Kalau tengok pada keadaan sekarang ni..ok. Tapi tak tahulah nanti macam mana.

Semoga keputusan aku untuk bekerja ni memberi kebaikan pada semua termasuk En Abg, anak2, dan keluargaku. InsyaAllah..


Friday, January 27, 2012

Semoga Dia Sempat Bertaubat

Isnin lepas aku ikot sepupu aku gi jalan-jalan sempena cuti Tahun Baru Cina. En Abang kerja, jadi aku dengan Umar dan Muaz saja yang ikot.

Kami singgah di salah sebuah R&R sebab nak isi minyak kereta. Aku ambil peluang tu untuk beli sedikit makanan di kedai serbaneka. Setelah selesai membeli, aku keluar dari kedai tu. Kereta di parkir betul-betul depan pintu. Tengah-tengah buka pintu kereta tu, keluar 2, 3 orang lelaki dari kedai serbaneka tu sambil memegang minyak hitam botol besar. Kat tepi kedai serbaneka tu, kawan2 dia dah menunggu..geng mat2 motor. 

Tiba2..mereka pakat2 mengaum-ngaumkan enjin motor masing2 sebelum memecut laju meninggalkan stesen minyak tu. Sejurus selepas itu, beberapa pekerja keluar dari kedai seperti mahu mengejar. Namun apakan daya, motor2 itu lagi laju...

Rupa-rupanya..dia melarikan minyak hitam tu tanpa membayarnya terlebih dulu. Atau dengan bahasa ringkasnya..mencuri. Urmm..budak2 sekarang...slamba badak je dia mencuri. Mungkin motor dia kehabisan minyak kot, atau...dia lapar ke..xde duit nak beli makanan..kan?

Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk bertaubat dan bayar balik bila dia dah ade duit nanti. 




Wednesday, January 25, 2012

Kisah Lucu 1

Sejak tukar telefon baru ni, asyik tak ada line je. Tambah-tambah bila naik kereta. Tertera kat screen tu "No Network Coverage". Boleh tengah-tengah bandar macam ni tak de line..huhu. Aku pon google la untuk mengetahui sebab musababnya. Maka dapat la jawapan. Rupa2nya, kad sim tu dah lama sangat pakai, dah lebih 3 tahun.

Hari ni ajak la En Abg pergi Celcom Centre tuk tukar kad sim baru. Balik kerja jam 4pm tadi, terus pergi. Nak cepat punya pasal (takut Celcom Centre tu tutup), aku pon amik je jubah dan tudung pakai je cepat-cepat. Terus keluar rumah. 

Lama jugak menunggu sebab ramai kat Celcom Centre tu. Setelah selesai urusan, kami pon balik dengan gembira. Aku dapat kad sim baru..hihihi..:)

Sampai je depan rumah, aku tertunduk. Pelik je aku tengok jubah aku hari ni. Kenapa bunga dia tak de. Tengok kat lengan, elok2 je ade bunga kerawangnya tu. Baru perasan, aku pakai jubah TERBALIK rupanya..hahaha...memang tergelak...

Boleh pulak En Abg pon tak perasan..hahahahha....

Sunday, January 22, 2012

Keputusannya...


Lepas interview hari tu..aku rasa kebarangkalian tuk dapat jawatan tu sangat kecil. Sebabnya ramai sangat yang mohon dan dia cuma nak pakai 10 orang saja dari berpuluh ribu orang yang memohon. Dapat interview pon dah Alhamdulillah. Lepas aku google internet tentang temuduga tu, ada la terjumpa orang2 yang dapat "Calon Simpanan". Lalu, terdetik lah dalam hati..kalau dapat jadi calon simpanan pon dah ok.

Dari semalam lagi aku gatal2 tangan bukak laman web SPA. Aku bukak tu sebabnya, dalam surat masa temuduga tu kata keputusan dia keluar pada 23/1. Pastu..terfikir...kan 23 tu cuti Tahun Baru Cina..mesti dia masukkan result tu semalam @ hari ni.

Tadi bukak lagi..dan, tekaan aku memang tepat. Dalam senarai keputusan temuduga tu, ada tertulis semakan keputusan temuduga untuk jawatan yang aku mohon tu. Dan, keputusannya seperti kat bawah ni :


Kesimpulannya...

Dari 36159 yang memohon..aku antara 309 yang bertuah yang dipanggil untuk temuduga, Alhamdulillah..
Dari 309 yang di temuduga..aku antara 50 yang bertuah yang jadi calon simpanan, Alhamdulillah..

Tapi....
Aku bukan antara 10 yang bertuah yang lulus dalam temuduga itu....

Urm...Alhamdulillah jugak...terima kasih Tuhan, sebab bagi aku peluang tuk hadiri temuduga yang mendebarkan itu. Semoga ianya boleh dijadikan pengalaman yang berguna di masa akan datang. Peluang masih ada..cuma, cepat ataupun lambat..kena sabar menunggu lah jawabnya..InsyaAllah..kalau dah rezeki tak ke mana. Perancangan Tuhan itu yang terbaik. Mungkin Dia nak suh aku jaga anak lama2 ckit kot..heee...

Walau ape2 pon...TQ Allah...

.

Saturday, January 21, 2012

Susu Ibu


Adakah susu ibu boleh tercemar?

Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..

Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..

Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.

Payudara adalah steril
payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.

Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut

Susu ibu basi?

Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.

Susu ibu pelbagai rasa..

Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.

Susu ibu boleh bertukar warna

Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.

PETIKAN : WANITA HARI INI (melalui Persatuan Ibu2 Mengandung)

Thursday, January 19, 2012

2 Tahun 1 Bulan

  1. Mi nak- Ummi, nak (Nak ape2)
  2. Bola/ball
  3. Nak syu (tunjuk)- Nak susu
  4. Cat
  5. Bird
  6. Kaki- Selipar
  7. Ka/kai- Pakai
  8. Sir- Tak nak
  9. Adik/baby- panggilan untuk Muaz
  10. Ayah/Abah/Abang- Panggilan untuk Ayah
  11. Mi/Mami/Ti-Panggilan untuk Ummi
  12. Bus
  13. Duck
  14. Impan-Simpan
  15. Tiwi-TV
  16. Bata-Bantal
  17. Allah..
  18. Aiemmmmm-Bismillahirrahmanirrahim..
  19. Syeeeehhh...-Terima Kasih
  20. Ameeee..- Sama-sama
  21. Jom..- Jalan-jalan
  22. Bye..
  23. Eeeee..- Eeeee..
  24. Akoott..-Takut
  25. No..
  26. Tutup- Tutup lampu, pintu, tv, peti ais, etc
  27. Doo../Bing- Tidur
  28. Yokk-Mandi/buang air besar@kecik/kentot
  29. Nenek
  30. Tokki
  31. Syik..-Nasi
  32. Aminn..-Doa
  33. Duk..-Duduk
  34. Chair-Kerusi
  35. Dap- Sedap
  36. Udu- Sudu
  37. Amik..-Ambik/Ambil
  38. (cont..)

Kisah Aku & Dia (Part 1)

Menyingkap kembali sebuah tabir persahabatan yang paling indah dalam hidup aku...

Januari 2002, aku tertarik dengan perwatakan dia..dia kelihatan seperti orang baik-baik. Berbaju kurung dan bertudung. Manis sekali. Di sudut hatiku berbisik bahawa dia sangat sesuai untuk di jadikan seorang sahabat. Lalu..dengan sedikit rasa malu dan rendah diri..aku menyapanya ketika berada dalam sebuah bas. Aku melamarnya menjadi sahabat aku. Indahnya saat itu, pabila dia menyambut lamaranku dengan senyuman manis...Sejak itu, persahabatan kami semakin akrab dari hari ke hari..

Mengingati kenangan manis bersamanya..

Aku dan dia bersekolah di tempat yang sama ketika itu. Rumahnya dekat sahaja dengan sekolah. Kalau tak silap, 20sen saja tambang menaiki bas. Oleh kerana rumahku agak jauh, aku mengambil keputusan untuk mencari rumah sewa. Aku memujuknya untuk duduk di rumah sewa juga kerana aku tidak mempunyai kawan lain selain dia ketika itu. Dan akhirnya dia setuju. Terharu sungguh rasanya..

Dalam kelas, kami duduk bersebelahan...belajar bersama...berbual bersama...rehat bersama..

Aku masih ingat...kita selalu makan laksa pinang dalam pasar..hmmm...
Aku masih ingat...kita menggelarkan seorang guru tu dengan panggilan ustaz blue...hihihi..hanya kau dan aku yang tahu sebabnya...
Aku masih ingat...cikgu kegemaran kita ialah guru kelas kita..Cikgu Da..
Aku masih ingat...kita makan nasi bersama bawang dan lada besar goreng di rumah sewa...
Aku masih ingat...kita berjalan-jalan di pasar khamis bersama-sama...
Aku masih ingat..kita main badminton di hadapan rumah sewa Tok Mek..
Aku masin ingat..kita belajar melukis bersama-sama..
Aku masih ingat,,kita memasak bersama-sama...

Semuanya masih segar dalam ingatanku sahabat...

Kau lah orang pertama yang aku beritahu tentang lamaran dia pada aku...sebab kau adalah sahabat aku yang paling rapat..yang paling aku sayang..

Aku masih ingat..kau sangat mengambil berat pasal aku. Kau bimbang aku dipermainkan oleh lelaki..kau tidak suka aku bercinta..kau bimbang aku ditipu...kau sangat sayangkan aku sahabat.. Kau mengingatkan dia supaya tak mengecewakan aku..aku ingat itu sahabat..

Aku masih ingat...

Pada suatu hari kau tak datang sekolah. Sebab masa tu, kau pergi ke sekolah lama di Tanah Merah. Hari tu..aku memang sangat bosan sebab kau tak ada. Memang tak tahu nak buat ape dalam kelas..sungguh terasa ketiadaanmu itu. Tak tahu nak bercakap dengan siapa..bosan...rasa nak balik cepat-cepat je..

SPM datang...aku mengajak kamu tinggal di rumah sewa kakakku...supaya kita dapat belajar dan mengulangkaji bersama. Dan sekali lagi kau tak menghampakan aku. Masa tu kakak aku balik kampung sebab bersalin anak ke 3..Nik Arif.

Kau ingat tak..kau sangat takut masa paper Pendidikan Seni? Kita melukis bersama..Lukisan kau cantik...tapi kau takut sebab kita tak belajar pon subjek tu..kan?? Tapi Alhamdulillah..kita berdua lulus walaupon tak pernah belajar..dengan keputusan SPM 4B dan 3B untuk subjek tu....tak sia-sia kan? Kau ingat tak?Hmmmm....(tersenyum mengingatkan kisah manis itu..)

Kita duduk berdua je di rumah tu sampai habis SPM. Kau ingat tak masa tu aku kena fitnah? Kaulah orang yang backup aku..kau kata aku bersama kau di rumah itu. Memang..kita kan tengah exam SPM..kan?? Memang aku sedih sangat masa tu. Dan kaulah tempat aku meluahkan segalanya. Tempat berkongsi susah senang bersama..Terima kasih sahabat...kerana sentiasa bersamaku dalam susah dan senang..Terima kasih...

Kau Kesayanganku...(ingat tak ni??hiih..ni aku punya tau :) Love U....


Tuesday, January 17, 2012

“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”


Teringat saya akan skrip dialog yang dipetik dari filem ‘Sepi’ arahan Khabir Bhatia

“Isteri bukan hak milik, tetapi anugerah”

Dialog itu cukup melekat dalam hati saya semenjak itu dan sering membuatkan saya terfikir-fikir. Dijadikan isteri itu sebagai anugerah bukan hak milik. Seseorang hanya akan merasa kaya apabila di merasakan dirinya mendapat anugerah yang istimewa dari Allah. Dan rasa kekayaan itulah yang dirasai apabila isteri itu dilihat sebagai anugerah Yang Maha Esa. Namun, sebaliknya jika kita merasakan isteri itu hak milik, maka kita tidak pernah akan merasa cukup dengan kemilikan itu, dan sentiasa merasa berwaspada akan kehilangannya.

Disebalik anugerah Allah itulah kita akan mendapatkan syurga. Hadith Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan kita bahawa terlalu banyak kebaikan yang Allah ganjarkan kepada mereka yang berkahwin, sehingga disebut Rasulullah telah sempurna separuh dari agama, maka sebahagianlah disuruh kita bertakwa. Mengapa begitu besar ganjaran Allah disebalik anugerah itu yang sudah pastinya bukan sekadar mengkayakan kita didunia, malah menambah saham akhirat dengan lipat kali ganda? Jika ditanyakan pasangan yang berkahwin, sudah pasti mereka akan katakan, terlalu banyak peluang membuat kebaikan kepada isteri dan anak-anak yang seterusnya menjanjikan syurga.

Sering lelaki dan suami merasakan bahawa dialah ketua dan dialah yang paling tinggi kedudukannya didalam keluarga. Sehingga isteri itu perlu taat kepadanya. Ayat syurga isteri itu bergantung pada redha suami menjadikan suami kadangkala lupa bertanya diri dimana pula syurganya?

Pernahkah suami bertanya dimana syurganya didalam rumah tangga?
Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia tidak menjadikan wanita itu sebagai kaum lemah yang mana kedudukannya di akhirat bergantung pada redha suami hanya untuk didominasi dan dipergunakan lelaki.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud:

“Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga.” (riwayat Abu Hurairah)

Mematuhi suruhan dan larangan suami dijadikan syarat Allah yang terakhir dalam hadith itu untuk wanita menjejaki syurga. Namun, Allah tidak menjadikan kewajipan itu semata-mata sia-sia kerana jaminan syurga itu bersifat mutual. Syarat ke syurga tidak hanya diletakkan kepada isteri, tetapi juga diletakkan kepada suami, sebagai bukti keadilan Allah.

Lantaran itu, Rasulullah SAW bersabda dalam hadisnya bermaksud:

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku”. (Riwayat At-Tirmizi)

Tidak sekadar itu, Rasulullah dalam hadith lainnya menyebut:

“Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling baik diantara kamu adalah orang yang paling baik melayani isterinya”.(Riwayat At-Tirmizi)

Subhanallah, itulah bukti keadilan Allah agar kaun hawa tidak ditindas oleh lelaki yang ego mengatakan dialah ketua yang harus ditaati isterinya sedangkan dia melayani isteri dengan buruk.

Syurga yang dijanjikan Allah kepada isteri bersifat mutual kepada suami sekiranya dia melayani isterinya dengan baik. Jangan hanya sibuk memperingati isteri berkenaan syurganya, sebaliknya berfikirlah dimana syurgamu wahai suami dalam rumah tanggamu. Sudahkan kita melayani isteri kita sebaiknya dan memuliakannya sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kita. Jangan hanya mempersoalkan hak-hak kita yang perlu dipenuhi isteri, sebaliknya tanyakan hak-hak isteri yang masih belum kita sempurnakan dan tunaikan.

Tulisan ini tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan kepada diri, andai nanti disaat terleka dan terlupa untuk bertanya dan bermuhasabah dimana syurgaku.

Sumber: http://www.ataphijau.com

Thursday, January 12, 2012

Muaz 5 Bulan



Masa berlalu begitu pantas. Hari ini genaplah 5 bulan umur Muaz, permata hati keduaku yang sangat di sayangi. Alhamdulillah, sehingga hari ni..Muaz masih menyusu badan sepenuhnya. Kelihatannya, Muaz sangat bulat dan sihat. Suka Ummi melihat perkembangan Muaz.

Di usia 3 bulan sudah boleh meniarap dan golek-golekkan badan ke kiri dan kanan. Tangannya sangat cepat menangkap sesuatu dan gengamannya amat kuat. Hari ini, Muaz sudah pandai menjalar..sampai ke bawah meja perginya. Hmmm..kejap je...Muaz da boleh pusing sana, pusing sini. 

Bila orang main2 ngan dia, dah pandai ketawa. Dia senang bermain seorang diri, tapi abangnya Umar suka mengganggu ketenteraman. Tak boleh nampak adik main sesuatu..terus nak rebut apa yang adik main. Kadang2, si Umar ni dia ade penyakit geram kat Muaz. Mula2 elok je mainnya. Tapi..tiba2 dia akan tolak adik sampai adik nangis. Mungkin dia masih x pandai nak main ngan adik dia lagi. 

Apa2 pon, Umar sayang kat adik dia..pandai tepuk2 adik nak tdo, nyanyi kat adik..pandai. Harap2 lepas ni Muaz akan terus sihat dan jadi budak yang comelll..:) 

Wednesday, January 11, 2012

Empat Perkara Yang Membawa Kebahagiaan



Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!"Riwayat Ibnu Hibban

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

Hati-hati

Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:"Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekelian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israel adalah wanita."(Muslim)

Tuesday, January 10, 2012

Nasihat Nabi untuk Suami & Isteri



Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :

Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Sumber : Informasi.my

Semoga aku dikurniakan kesabaran yang tinggi supaya aku dapat menjadi seorang isteri yang solehah buat suami tersayang di dunia dan akhirat. Amiiin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...