Saturday, August 25, 2012

Hari Raya Kami

Alhamdulillah..tahun ni sekali lagi dapat menunaikan ibadah puasa. Penuh pulak tu...hihihi. Tahun lepas 20 hari kena ganti sebab bersalinkan si hensem Muaz. Tahun ni..tak payah ganti :) . Cumanya baki tahun lepas ada lagi 2 hari tak sempat nak habiskan. So kena ganti puasa dan bayar fidyah dek kerana dah terlebih tempoh. Harap-harap Tuhan beri keizinan untuk ganti puasa di bulan Syawal yang mulia ini.

Hmm..hari raya kami....

Selepas 'terlanggar bontot kereta orang' hari tu...aku jadi takut sikit nak drive. Jadinya...terpaksalah En Abg datang amik kat Diamond Bay ni tuk bawak kami bertiga pulang ke kampung halaman. Kesian dia..dah la cuti hari raya pertama je. 

Kami bertolak balik kampung tengah hari Jumaat. Dan selamat sampai di Setiu jam 11 malam++. Kami beraya di kampung En Abg dulu sebab Hari Raya Kedua tu dia da mula kerja. Kesian dia..da menjadi lumrah pekerja Hospital...berkorban demi pesakit. 

Hari Raya Pertama di rumah En Abg...

Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri, kami semua bersarapan, amik gambar..dan terus ke kubur. Menziarah kubur arwah ibu mertua dan arwah kembar En Abg (Nafastari). Selesai tahlil arwah..kami menuju ke rumah ibu saudara En Abg...lepas tu rumah Tok..rumah bapa saudara Eb Abg, dan rumah kawan En Abg.

Setelah semua kepenatan, kami pulang. En Abg tertidur di balkoni rumah. Berehat sebelum memulakan perjalanan ke KL untuk bekerja esok hari. Hampir waktu Maghrib, En Abg hantar kami ke kampung aku. Lepas tu dia tinggalkan kami di situ.

Che (atuk aku) sangat gembira dengan kepulangan kami bertiga. Malam tu dia siap amik Muaz tidur dengan dia lagi..hahaha. Che...Che...terlalu sayang dia dengan anak-anak aku. Nampak kegembiraannya bila kami pulang. Dan setiap kali balik..begitulah keadaannya. Pantang hilang dari pandangan, terus mencari dan bertanya..mana Umar? Mana Muaz? hmmm...Kalau dah sayang tu kan..

Hari Raya Kedua...

Selesai sarapan pagi..kami menuju ke kubur arwah ibu dan nenek aku. Selesai tahlil arwah, kami ke rumah 'Mak Baru' dan selepas tu makan tengah hari di rumah mak sedara aku. Malam tu kami pakat-pakat adik beradik dan sepupu sepapat buat BBQ kat rumah. Best sangat...

Raya seterusnya...tak ke mana-mana. Duduk rumah je..berkumpul adik beradik...sembang-sembang. Kari Khamis petang aku tumpang abang aku tuk balik KL..beraya ngan En Abg pulak...

Esok..nak balik Diamond Bay dah..minggu depan da start kerja. Urmmmm...kejap je cuti 9 hari..masih belum puas rasanya...

Akhir sekali...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupon tidak. Semoga Raya kita akan lebih gembira dan bahagia dengan kemaafan yang ikhlas sesama kita. Semoga kita semua diberkati dan berada dalam redho Allah selalu. Aminn...

Jom layan gambor ghayer kami...

 Muaz meragam

 Gambar keluarga terbaik yang dapat diambil..hoho..Muaz....

 Bertiga...masa ni ayah gi sembahyang raya

Keluarga besar kami..(Lagi 3 beradik tak ada)

Friday, August 24, 2012

En Abg Sambung Belajar Di Perak

Sudah hampir setengah tahun aku hidup berdikari di Teluk Anson ni. Alhamdulillah..semua urusan berjalan lancar. Segala-galanya Tuhan permudahkan. Walaupon kena uruskan anak-anak sendiri, beli barang sendiri, pergi kerja sendiri...dan apa-apa urusan pon buat sendiri..semuanya dapat aku lalui dengan baik. Alhamdulillah.

Cumanya...pada awal bulan Ogos hari tu...aku ter'eksiden' sikit. Terlanggar bontot kereta orang. Sebabnya...???  hmmmm..biasala..memandu dengan 2 hero aku yang agak cergas dan tak de copilot yang boleh bantu jagakan anak-anak time bawak kereta. Sampai bila kita nak bernasib baik kan? Dah hati-hati pon kena jugak.

Lepas tu..aku jadi takut sikit nak bawak kereta..ketaq lutut...tapi Alhamdulillah..hari ni untuk pergi kerja tu dah ok. Cumanya...aku da jadi takut nak balik KL lagi...takut nak drive jauh dengan anak-anak. Bimbang perkara yang lebih teruk akan berlaku. Kalau ade yang tolong jagakan anak-anak boleh la..tapi kalau tak ade? Tak balik KL lah jawabnya...tunggu je En Abg yang datang sini.

Tapi Tuhan tu Maha Mengetahui..En Abg dapat sambung belajar di Perak bermula 18/9/2012. Post Basic bidaang Dylisis (Buah Pinggang). Alhamdulillah sekali lagi. Maknanya aku tak perlu la nak drive balik KL lagi. Sebab dia dah boleh duduk sini dengan aku. 

Tapi....kesian pulak kat budak-budak rumah..Cik Eka dan Cik Era...kena cari rumah baru. Dah puas fikir..bincang dengan En Abg...tanya kawan-kawan...semua bagi pendapat sama. Agak tak sesuai la kita suami isteri duduk dengan orang bujang. Dengan keadaan rumah yang agak kecik dan satu bilik air ni. Anak dara pulak tu. Kalau dulu En Abg datang kadang-kadang je...tapi ni...dia akan selalu balik sini. Terpaksa la buat keputusan. Macam tak sampai hati nak bagitahu...tapi...urmm..

Diorang ni baik..rajin tengokkan anak-anak aku, rajin tolong lipat baju, sidai baju, masak...tapi....tu la...terpaksa jugak buat keputusan. 

Maafkan akak deq..kamu berdua memang best...tapi akak terpaksa buat keputusan ni. Akak berdoa agar kamu berdua akan dapat housemate yang jauh lebih baik dari akak InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua. Aminn..

Saturday, August 4, 2012

Muaz Setahun

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana mengurniakan aku anak-anak yang sangat comel dan menyenangkan. Gembira melihat anak-anak membesar depan mata. Walaupun sedikit penat, namun merakalah penyeri hidup aku. Syukur pada Allah.

12 Ramadhan 1433, genaplah setahun umur Muaz mengikut kalendar islam. Tahun lepas...masa ni aku tengah mengemas rumah yang berselerakan setelah 2 hari masuk wad kerana bersalinkan Muaz di hospital. sapu sikit..duduk..sapu sikit..duduk...sebab pening. En Abg menguruskan pendaftaran kelahiran Muaz. Walaupun masih tak bermaya, namun terpaksa kemas jugak sebab sakit mata bila melihat rumah yang bersepah. Maklum la..budak Umar tu terlalu rajin.

Wan Muaz Bin Wan Ahmad Lutfi

Muaz hari ni dah pandai berjalan tapi gigi tak tumbuh lagi. Tak nampak macam nak tumbuh pon..urmmmm. Umar dulu lambat jugak..tapi tak adalah lambat sampai macam ni. Walaupun Muaz tak ade gigi lagi tapi dia laju sikit bercakap berbanding Umar. Dah pandai sebut macam-macam walaupon hujung-hujung je. Apa kita cakap dia boleh ikut.Cerdik sangat budak Muaz ni..comel pulak tu. Macam Ayah dia. Hensem....

Makanan pulak...semua Muaz dah makan. Umminya suap aje..makan banyak. Kalau makan nasik tu..suap.. telan..suap.. telan..cepat je. Umar baru sesuap dia dah 3 suap. berselera betul dia:-) 

Akhir sekali, Ummi doakan anak-anak Ummi membesar dengan sihat. Semoga jadi anak yang soleh yang taat pada perintah Allah serta sentiasa mendoakan Ummi dan Ayah.

Untuk Muaz sayang..SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA....Ummi saaaaaayang Muaz...Abang Umar juga..Jadi anak yang baik ye sayang :-) Mmuahh!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...