Wednesday, January 23, 2013

Jom Balik Kampung Naik Bas

Seingat aku..tak pernah kot aku balik kampung naik bas dengan 2 anak ni sejak aku kawin. Paling jauh pun balik KL dari Teluk Intan. Tu pon sebab kereta rosak.

Malam ni kami bertiga akan naik bas Transnasional dari Putrajaya ke Kota Bharu. Jauh tu. Ntah macam mana la perangai anak-anak dalam bas nanti. Dah la perjalanan jauh, tanpa Ayah pulak tu. Harap malam ni anak-anak tak buat hal dalam bas.

Bimbang jugak takut-takut si Muaz meragam nanti. Perangai dia tu bukan boleh dijangka. Nanti bising pulak dalam bas tu kalau anak meragam.

Malu Omak  nanti nak oii..

Malam ni perangai biar elok ye anak-anak. Jangan nak meragam sangat. Penat Ummi nanti.

Ummi teruja nak balik kampung ni. Nak jumpa Tok Nyang kamu dan nak tengok anak buah baru  :)

Tuesday, January 22, 2013

Assignment

Setelah sekian lama meninggalkan zaman kegemilangan itu, hari ini aku kembali melakukan tugasan yang beberapa tahun yang lalu boleh kata hampir setiap hari aku buat.

Hari ni aku perlu buat tugasan berbentuk kajian kes. Kalau tengok formatnya lebih kurang macam tesis yang aku buat dulu. Jadi..tesis tu aku ada simpan dan boleh la ceduk maklumat yang berkaitan untuk digunapakai balik.

Alhamdulillah..masih reti nak cari maklumat macam dulu-dulu..hihii..

Nak kata senang tak de lah senang sangat. Tapi..nak kata susah sangat pon tak adalah susah sangat. Buat je la mana yang rasa sesuai.

Bila sekali sekala buat ni macam teruja gak nak buat. Jarang-jarang kan..tapi kalu hari-hari tu macam terlebih jemu la pulak. Sambil-sambil buat tu boleh la jugak aku tambah ilmu pengetahuan yang tak berapa nak banyak ni.

Elok jugak untuk perkembangan otak aku ni. Tak adalah tepu sangat. Otak ni..kalau tak pakai..tak boleh jugak. Kalau boleh..hari-hari kena polish baru tajam berkilat. Tapi.malas terlebih..tu yang jarang di polish tu. Tambah pulak dengan kerja sekarang, balik kerja layan anak pulak..masa dah makin sikit rasanya. Tak sempat nak polish memolish.

Jadi..hari cuti ni..daripada duk ngadap fb je manjang..baik cari ilmu sikit...boleh la isi dalam otak yang tak berapa nak penuh ni :)


UPDATE 20.04.2013
Dapat markah 80% untuk assignment ni. Alhamdulillah..antara yang tertinggi jugak:)

Thursday, January 17, 2013

Keracunan

Ohh...gara2 cendawan a.k.a kulat telinga kera dlm bahasa Kelantannya..

Hari first kena tu sampai 8x ke bilik termenung. Badan pon lemah. Pergi klinik kesihatan sendiri. Sampai sana terus Dr masuk air sbb da terlalu lemah.

Da 3 hari tp masih tak berapa nak elok lagi ni.Tambah pulak hari ni..pening kepala aku tu datang lagi. Dah la time En Abg tak de terkenanya. Klu time En Abg ada elok pulak kejadiannya.

Dugaan sungguh.

Chooopppp!!

Post ni bukanlah untuk mengeluh..tp untuk mengingatkan aku yang aku pernah sakit.

Sebabnya..

Aku terlalu jarang sakit. Demam ke..apa ke..mmg susah nak sakit. Alhamdulillah.

Jadinya..bila kne sekali sekala tu...aku tulis sbb nnti aku ble tahu setahun berapa kali aku sakit.

Tahun lepas...xde MC kot. Tahun ni..awal tahun lagi dah dapat MC. Tu pon satu hari je.

Nnti kita buat kira2 ujung taun:-)

Tuesday, January 15, 2013

LULUS

Alhamdulillah..syukur pada Allah.

Dia hantar sedikit ujian..tp...terus hadiahkan aku kegembiraan.

Aku da Lulus Peperiksaan Undang2 kerajaan. Kedua2 paper dah lepas. Alhamdulillah. Tinggal lagi paper jabatan je.

Tq Allah!!!

Thursday, January 10, 2013

Bapa Borek Anak Rintik

Umar da beberapa hari tengok anak jiran sebelah main kereta kontrol. Semalam pagi2 lagi dah start mengamuk nak jugak. Ceritanya di blog Diari Umar (diariumarlutfi.blogspot.com) tajuk Kereta Control. (Tak boleh nak letak link sbb update pakai tpon. Tak berapa nak pandai.)

Jadinya..petang semalam En Abg balik. Kami pergi lah cari kereta kontrol tuk Umar. Cari kat Giant, Billion..tapi..jumpa kat The Store. Banyak pilihan.

Pilih punya pilih..jumpa la yang sesuai.

Sampai je rumah..terus nak main. Tp..kereta tu kena cas dulu. Cas skejap...main..cas skejap main. Orang lain memang tak boleh nk sentuh. Adik Muaz pon tgk je.

Malam tadi tertdo sambil peluk keta tu. Tak lepas2...sampai pagi ni.

Tiba-tiba En Abg bersuara:

"Umar mcm abg kan? Dapat je barang baru..mesti tdo ngan barang tu."

Aku senyum je..dalam hati ke mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi..hihi..

Benar sekali pepatah ni..

"Bapa borek, anak rintik."

Wednesday, January 9, 2013

Perkhabaran Gembira

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Syukur sangat pada Tuhan yang maha mendengar rintihan hambanya.

Allahuakbar..
Allah maha besar..
Yang berkuasa menentu segala..
Tuhan yg mengetahui segala isi hati hambanya..

Walaupun bukan secara hitam putih..tetapi gambarannya ada..
Walaupun tak tahu bila..tetapi peluangnya tetap ada...
Walaupun ianya sebesar zarah..tetapi ia satu perkhabaran gembira buatku..

Percayalah..perancangan Tuhan itu yang terbaik..

Sabar..sabar..dan terus bersabar.

Masa itu pasti akan tiba nanti.


Monday, January 7, 2013

Mengantuk Tahap Dewa

Dah 2,3 malam si Muaz tak boleh nak tidur nyenyak sebab hidung dia tersumbat..selsema. Berjangkit ngan abg Umar.

So..bila Muaz tak boleh nak tidur, Ummi pon turut tak boleh tidur. Hari minggu takpe lah. Boleh tidur siang. Ayah pon ada leh tolong tengokkan.

Hari ni???

Aku ngantuk yang teramat. Nasib baik masa cepat je berlalu. Da balik rumah pon.

Dan malam ni rasa nak tidur awal. Lepas Isyak nanti terus zzzzzzzzz....

Harapnya macam tu lah..tp...

Muaz dan Umar boleh ke tidur awal? Dan nyenyak? Dan tak kacau ummi tidur?

Macam mustahil je...huhu..

Harap2 malam ni bleh tidur lebih lama dari semalam. Tak nak ngantuk kat ofis..tak ble nak pk..jem otak...tepuuu...

Malam ni tdo nyenyak ye anak2 ummi sayang.

Tolong ummi ye....

Ummi nak Zzzzzzzzzzz.......

Sunday, January 6, 2013

Sabar Sampai Menggigil

Benar sekali kata Nafastari kepada Mawarnya...

'Sabar itu indah.'

Indah..seindah balasannya. Besar pahala bagi insan yang sabar.

Tapi...untuk melakukannya amatlah payah sekali. Susah sangat2. Menahan diri dari marah dan sakit hati.

Ya Allah...
Aku menggigil...menggigil menahan sabar. Dengan hasutan syaitan yang bermacam2 lagi..

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...

Kau selamatkanlah aku Ya Allah...

Allahuakbar!!!!!!

Saturday, January 5, 2013

Ku Tahu Ku Ada Mu

Merenung ke luar jendela..
Melihat kebesarannya..
Mensyukuri segala nikmat..
Yang di kurnia Nya di dunia..
Berkanlah ku kekuatan..
Untuk berpegang pada jalan..
Walau penuh dengan cabaran..
Ku tahu ku ada Mu Tuhan..
Kerna Kau yg satu..
Yang setia bersamaku..
Di kala ku jatuh ku bangkit kerna Mu..
Ku tahu ku ada Mu...
Di sisi Mu selalu..
Bantulah hamba Mu mencari keredhaan Mu...
Ho..oooo..uwoooh...
Ku tahu ku ada Mu...
Ho..oooo.uwoooh..
Di sisi ku selaluuu....

Najwa-Ada Mu

Friday, January 4, 2013

Pening

Dari zaman anak dara lagi penyakit pening aku ni ada. Bukan sakit kepala..tp dia pening pusing2 tu.

Dulu jarang sangat la. Tapi sekarang ni makin kerap.

Masa aku kne bulan lepas aku gi la Klinik Kesihatan. Tapi Dr tu kata aku stress. Dan dia bg ubat hilangkan pening. Tapi...bila pagi mkn ubat tu..petang atau mlm baru ok sikit.

Lepas tu masa gi appmt kat Klinik semalam..aku tanya nurse..adakah pening tu kesan dari ubat yang dia bagi tu? Lepas tu..aku ceritalah kisah pening aku tu. Dia pon kata..aku kemungkinan ada masalah telinga dan mesti di rujuk pada pakar.

Habis appmt tu..aku ke klinik pesakit luar tuk jumpa Dr. Kebetulan tekanan darah pulak rendah. Mcm2 ujian dia buat. Katanya mb masalah air dlm kepala tak betul atau masalah gegendang telinga bocor. Dr tu suruh datang Klinik lagi klu pening2 tu datang balik.

Rasa nak pergi jumpa pakar telinga..tp...masanya xde..huhu...pening...pening..

Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

Alhamdulillah..masih bernafas di bumi Allah ini.

Malam tadi tak de sambut tahun baru pon. Dalam tv pon tak tengok. En Abg kul 10 dah lelap. Aku pon terlelap..depan tv. Jam 3 pagi baru masuk bilik.

01.01.2013...

Apa aku buat hari ni?

Bangun pagi..solat subuh. Lepas tu basuh baju. Buat sarapan cekodok pisang + teh o panas. Sidai baju..mandikan budak-budak. Sarapan.

Tengok tv jap. Kul 12 masak tuk tengah hari pulak. Menu..ikan goreng, masak lemak sayur sawi, ikan kering/masin, budu, ulam petai jeruk.

Habis makan..solat zohor dan zzzzzzzzzz............tdo....

Jam 5++ bangun. Solat asar..lepas tu siap kan anak-anak. Kluar..tujuan nk cari lauk tuk malam ni.

Tapi..terbabas pergi ke taman permainan. Selama 9 bulan aku kat Teluk Anson ni..ni la first time aku datang taman ni. Urmmm...pecah rekod tuk tahun baru ;-)

Balik taman..singgah pasar malam. Tapi anak2 tidur pulak. Terpaksa la aku tunggu dalam kereta sementara En Abg pergi beli lauk.

Balik..masak tuk makan malam. Sayur tene (petola bintang tu) masak lemak, goreng ikan kerisi,budu, ulam jering muda.

Solat Maghrib..Isyak...tengok tv..dan...zzzzzzzzz....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...