Wednesday, February 6, 2013

Ayah Hilang

Alkisahnya..pada hari Ahad yang lepas..

Aku balik dari gotong royong "My Beautiful Malaysia Day" terus tertido.. tak sempat nak tukar baju pon. Sampai la azan zohor berkumandang.

En Abg dah siap dengan pakaian nak ke surau. Tiba-tiba dia bersuara pada aku yang masih pening dan terpinga2 sbb baru tersedar dari tidur..

"Tie..lepas Zohor ni Abg nak gi Sungai Besar. Klu nak ikot..cepat2 siap. Balik sembahyang nanti terus pergi."

Dia pun terus berlalu pergi..(pergi surau lah..tp ayat mcm dlm novel plak..hihi)

Aku pon bangun mandi..siapkan anak2. Masa berlalu cepat je..tengok jam. Dalam hati terdetik..

"Hai..lambat pulak laki aku balik surau ni. Biasanya 30-45 minit je."

Tunggu punya tunggu..tak balik2 jugak. Tengok jam..da kul 3. Ish...tak boleh jadi ni. Aku pon pk..macam mana nak buat ni. Telefon dia tinggal. Last2..aku tarik budak2 gi surau cari En Abg.

Sampai je di surau..aku suh Umar naik cari ayah dia. Aku nampak Umar buka pintu dari bawah. Tiba2..Umar bersuara..

"Ayah dah mati."

Punyalah aku terkejut..terus pergi tgk..pas tu Umar bersuara lagi..

"Ayah tak de."

Allah..terkejut Ummi.

Dah tak ada tu aku pon tarik budak2 balik rumah. Berpeluh Ummi..dukung lagi..pimpin lagi..

Tunggu la jugak kat rumah..tak lama lepas tu, aku dengar bunyi motor berenti depan rumah. Bunyi selipar..

ketap..ketap...menghampiri pintu rumah..

" Assalamualaikum.."

Punya la bimbang..nasib baik kenal suara tu..Ayah da balik rupanya.

"Abang gi tahlil. Maaf la tak bagi tahu sebab lepas semayang tadi Pak Cik ajak. Segan nk tolak pulak. Terus pergi je.."

Huhu...#%&%/-+&@...

Monday, February 4, 2013

Siaaaaap Jugak Akhirnya

Pengalaman mematangkan fikiran.
Betul sesangat. Pengalaman buat assignment yang langsung tak de kaitan dengan bidang yang aku pernah belajar dulu "Human Resourse" atau Sumber Manusia.
Kali ni kajian mengenai Masalah Hipotensi. Banyak jugak maklumat yang aku dapat. Daripada tak tahu..jadi tahu. Walaupun nampak macam tak perlu tahu tapi kita perlu tahu sebenarnya. Sbb masalah hipotensi ni boleh berlaku pada sesiapa saja.
Dengan adanya pengetahuan ttg hipotensi ni..kita boleh elak diri kita dari terjebak dgn masalah ni.
Walaupun aku sedikit bersusah payah dgn anak2, kerja etc..namun aku dapat siapkan jugak. Alhamdulillah. Dapat la ilmu sikit.
Pagi tadi aku dah siapkan semuanya. Urmm..lepas ni tak tahu la bila pulak nk buat assignment.

Note: Harap dapat markah yg berbaloi dgn hasil usaha aku. Kita tengok nnti ye:-)


UPDATE 20.04.2013
Dapat markah 80% untuk assignment ni. Alhamdulillah..antara yang tertinggi jugak:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...