Saturday, April 20, 2013

Demam Bertiga

Selasa (16/4/2013)

Lebih kurang jam 12 tengah hari Mak Cik pengasuh Muaz hantar mesej yang Muaz demam. Aku pon telefon balik bertanyakan khabar si Muaz. Katanya Muaz tak nak makan..main pon tak nak..lembik je. Aku tanya teruk ke? Kalau teruk nak bawa klinik. Mak Cik kata..ok lagi. Aku pon tak balik la tengah hari tu.

Malam Selasa

Kepala aku tiba-tiba terasa berat, mata senak, hidung panas. Macam nak demam rasa. Nak tidur tak boleh sebab si Muaz merengek2 tak boleh nak tidur sebab demam. Terlelap sekejap. Kul 3 tersedar lagi..badan aku rasa macam dicucuk-cucuk. Menggigil badan. Muaz di kiri merengek. Uamr di kanan pon merengek. Allah...kami semua demam. Aku tak larat dah. Hantar mesej kat En Abg. Tapi tak berbalas. Sepanjang malam berpeluk tiga2 orang berselimutkan toto.

Rabu (17/4/2013)

Jam 6.00am- Ohh..beratnya kepala nak bangun. Nak pergi kerja tak nak..nak pergi kerja tak nak? Last2..bangun mandi (menggigil sampai ke tulang kering), solat subuh..telefon Mak Cik pengasuh. Bagi tahu dia nak hantar Umar dan Muaz sebab dua2 demam. Umar tak boleh ke Tadika kalau demam. Mak Cik setuju tuk jagakan. Aku kata aku akan balik tengah hari tuk bawa budak2 ke Klinik.

Jam 7.30am- Aku pergi kerja dengan keadaan pening dan sakit badan. Buat kerja sikit..sikit...tak larat..baring kat surau. Bangun buat kerja balik..aduh..memang tak larat sangat. Habis satu badan sakit. 

2.00pm- Gi Klinik Kesihatan. Opismate (Pn Hazeela) yang hantar. Selepas di periksa suhunya, Muaz 40, aku 39 dan Umar 37. Umar dan aku masing2 dapat MC 2 hari.

9.00pm- En Abg sampai dari KL untuk amik kami balik sana. Kesian En Abg. Dah la masa datang tadi sesat sejam lebih. Terpaksa datang jauh2 untuk kami. Terima kasih sayang. Dalam perjalanan balik KL tu aku tidur je dengan anak2. Semua tak larat. Sedar2 je dah sampai KL. Laju En Abg bawak kereta.

Alhamdulillah..hari ni, 20.04.2013 aku dah sihat. Tapi Umar dan Muaz masih belum sihat sepenuhnya lagi. Semoga anak2 Ummi cepat sembuh. Ya Allah..sembuhkanlah anak2 aku ya Allah..hanya pada Mu tempat aku memohon.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...