Sunday, July 21, 2013

Sahur Yang Pilu

Allahuakbar!!!

Allah maha besar. Allah yang mengurniakan aku rezeki yang melimpah ruah. Allah yang memberi keizinan untuk aku menyuap makanan ke mulut tanpa sebarang halangan. Tiada sakit..tiada alah. Dapat merasa kesedapan makanan dengan penuh nikmat. Allah..

BETAPA BERTUAHNYA AKU...

Tiba-tiba..bayangan mereka datang menjelma. Terbayang kesengsaraan mereka. Allah..sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha besar. Kau lindungilah mereka Ya Allah.

Di sebalik nikmat kita hari ini..masih ramai di luar sana yang tidak cukup makan. Bahkan kita..tanpa rasa bersalah membuang makanan yang tidak habis di makan ke dalam tong sampah.

Mereka??

Ada yang mencari sisa makanan di tong sampah sebagai santapan..
Ada yang meminta dan meraih simpati manusia lain untuk sesuap makanan..
Ada yang mencuri demi kelangsungan hidup..
Ada yang bermacam lagi di negara Malaysia yang aman ini.

Lagi bila di fikirkan manusia di luar negara..

Hanya melihat gambar..aku sudah cukup sedih. Usahkan makanan..air pon susah untuk diperolehi. Sehinggakan kepala menjadi besar kerana kekurangan nutrisi.

Sedih lagi melihat video..kanak2 begelimpangan kelaparan..tidak ada makanan dan minuman. Apatah lagi pakaian dan tempat tinggal.

Sedih bila tiba2 terkenangkan mereka. Sayu..hiba..dan pilu menusuk ruang hati.

Bertuahnya aku..
Bertuahnya kita..

Allahuakbar...

Friday, July 19, 2013

Tenang

Merasa diri sangat tenang..
tenang..

Tenang yang membuatkan aku rasa bahagia..
rasa suka..rasa gembira..

Perasaan aku seolah2 bak seekor rama-rama...
yang berterbangan bebas di taman bunga yang luas.. penuh bungaan yang berwarna warni..
wangi..harum..dan cantik..

Oh Tuhan..
Indahnya perasaan ini..
Indahnya nikmat Mu..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Terima Kasih Allah..
Kerana mengurniakan aku perasaan yang sangat indah di pagi Jumaat ini..

PermataSoffhas
19 Julai 2013
6.35pg

Tuesday, July 16, 2013

5 Hari Bercuti

Alhamdulillah..Ramadhan tiba lagi. Syukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan dan peluang.

Awal Ramadhan..
Aku mengambil cuti selama 5 hari. Tujuan asalnya sebab ada temujanji mata Umar di Hospital Serdang pada 16 Julai 2013. Belek kalendar..hari Selasa. Aku pon mula berbincang dengan En Abg untuk balik kampung. 

Hari kedua puasa, aku mintak balik awal sikit sebab nak balik Serdang. Jam 3 petang, aku bertolak dari Teluk Intan bersama anak2. Setelah 3 jam memandu, aku selamat sampai di Serdang. 

12 Julai 2013 
En Abg balik kerja jam 9 malam. Selesai solat terawih.. kami bersiap2 untuk pulang ke kampung. Lebih kurang jam 11 malam kami bertolak ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Setelah 5 jam ++  kami selamat sampai di Setiu jam 4.27 pagi. Alhamdulillah..sempat masak simple2 dan bersahur bersama bapa mertua dan suami. Selepas solat.. aku tidur sepuas-puasnya. Maklum saja la..tak ada sesiapa kat rumah tu. Suami n bapa mertua pergi ke Besut. 

Petang tu..3 orang ipar balik jugak.Untuk berbuka aku masak daging goreng, kakak ipar masak lemak Ikan Klah (Empurau), kerabu etc. Memang special. Hari pertama berbuka dengan makanan yang best sangat2. Adik ipar pulak kait 5 bijik kelapa muda. Yang sorang lagi beli kuih seri kaya, murtabak, tembikai etc. Banyaknya lauk. Memang sedap!

13 Julai 2013 
Hari kedua, kami sekeluarga balik ke Machang. Petang tu kakak buat sup tulang, kerabu, ikan goreng etc. Memang berada di kampung tersangatlah best rasanya. Makan sedap2. Sampaikan aku rasa..aku sangat gemuk sebab makan banyak.

14 Julai 2013
Hari ketiga pun sama..makan ketam masak lemak, ayam panggang, akok yang sangat sedap, air tebu, etc. Mewahnya makanan di kampung. Alhamdulillah.

15 Julai 2013
Hari keempat..jam 10 pagi, kami bertolak pulang ke Serdang. Jam 6 petang kami selamat sampai.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Walaupun perjalanan kami agak jauh (Perak-Selangor-Terengganu-Kelantan-Selangor-Perak) namun, percutian kali ini sangat best dan sangat puas hati. Masa pun tak terkejar2. Berjalan dalam keadaan relax je. Sempat berbuka dan bersahur bersama ayah, atuk, adik beradik, dan keluarga mertua di awal Ramadhan. TQ Allah. 

Thursday, July 4, 2013

Insya Allah..Masa Itu Akan Tiba.


Telah banyak yang kita lalui bersama..
Ada suka..dan ada duka..
Pahit manis yang dilalui mencipta seribu satu kenangan indah dalam hidup kita..

Walaupun kita jauh..
Namun hati kita sentiasa bertaut..
Perancangan Allah adalah yang terbaik...
Jangan kita mengeluh..
Jangan kita kecewa...

Walau payah..
Walau susah..
Walau sunyi..
Kita sabar..

Hikmah itu pastinya benar..
Hikmah itu pastinya besar..
Untuk kita..

Berdoa..dan terus berdoa..
Bila tiba masa yang sesuai..
Allah pasti akan tunaikan..

Insya Allah..
Masa itu..pasti kan datang jua..
Untuk kita.

PermataSoffhas
Khamis
07.09pm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...