Friday, December 27, 2013

Dia Dah Pergi


Dunia pekerjaan memang banyak cabaran. Namun..Alhamdulillah, semua berlalu dengan pantas. Kesibukan aku membataskan semua aktiviti temasuk bermain dengan anak-anak kesayangan.

Sejak Bos cuti bersalin..semua tugas beliau bertenggek di atas bahuku. Ada yang pernah dibuat dan diajar, dan ada juga yang tak pernah dibuat..malah..yang tak pernah tengok pon ada. Semuanya perlukan komitmen yang tinggi. Tambah pula dengan 2 orang staff yang di tarik ke UTC dan Ibu Pejabat Negeri. Memang tak cukup kaki dan tangan.

Tapi...Allah permudahkan aku.kejap je rasa. Bos dah kembali bekerja...heeee:)

3 bulan berlalu dengan pantas. Ok lah walaupun dua staff yang ditarik ke tempat lain tu tak ada, sekurang-kurangnya bos ada. Tak adalah besar sangat tanggungjawab yang dipikul tu.

Pengalaman menguruskan cawangan selama 3 bulan itu cukup banyak. Ya lah..mana tahu suatu hari nanti aku di beri peluang oleh Allah untuk meneraju sebuah cawangan. Yang pasti..aku tak boleh jadi seperti hari ini. Mesti bertukar...hihihi...Bukan jadi Ultraman..tapi...mesti lebih tegas:)

Tanpa pengalaman..kita tak akan faham kenapa sesuatu benda itu berlaku. Bila da berada pada situasi..barulah kita faham. So...pengajarannya..masuk kandang kambing..kita mengebekkk...masuk kandang harimau...kita mengauumm. Sesuai dengan keadaan, jawatan, dan masa:)

Terakhir untuk entri ini...Tq Allah..kerana mempermudahkan setiap inci perjalananku. Tq pada kawan-kawan yang banyak membantu ketika aku dilanda kesibukan itu. Alhamdulillah kesibukan tu dah meninggalkan aku. Kembali kepada rutin asal. hihihi...dia dah pergi..:)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...