Tuesday, June 30, 2015

Pengalaman Mengandung Anakanda Yang Ke-3

Walaupon pengalaman ni dah berlalu..namun..aku nak tepek jugak di blog ni. Ye lah..sebelum ni..tak berkesempatan nak menulis. Macam-macam halangan. Kerja..anak..masa..takde komputer etc. Jadinya..nak cerita jugaklah..supaya lain kali boleh baca dan ingat apa yang terjadi.

Pengalaman mengandung kali ke-3 ni amat berbeza dengan yang lain. Terpaksa menempuh alahan yang agak teruk. Setiap kali makan..pasti akan keluar balik. Alahan kali ni berlarutan sehingga kandungan mencecah 4 bulan. Hasilnya..hampir 10kg berat badan turun.

Apa yang sama dengan mengandungkan abang-abangnya ialah..aku tak mengidam. Tak pernah rasa mengidam nak itu ini. Alhamdulillah.

Perkara yang paling tak boleh lupa pulak..aku terrrminum minyak masak. Sampai muntah berdarah. Sampai lemah. Boleh pulak tertukar botol air dan botol minyak masak. Dah telan hampir segelas baru rasa lain macam..terus...uweeeekkkkk....tersembur keluar segala macam yang ada dalam perut. Dengan darah berketul. Allahuakbar..nasib baik baby ok.

Mengandung kali ni aku 3 kali keluar masuk Hospital Teluk Intan..hmmm...(mungkin dah berumur kot..badan dah tak tahan). Kali pertama sebab gastrik semasa kandungan berusia 32 minggu. Kali kedua sebab cirit-birit semasa usia kandungan 36 minggu. Dan kemasukan kali ke-3 pada usia kandungan 38 minggu.

Berat....urm...paling berat dalam sejarah. Paling berat 74.9kg. Walaupun muntah teruk di awal kehamilan, namun..berat naik jugak. 

**Throwback**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...