Thursday, April 16, 2020

Tautan Hati ( Part 1)


Cuti semester baru bermula. Aku pula pening kepala. Macam mana nak urus semuanya dalam masa seminggu. Semua urusan masih belum selesai. 

"Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku, amin."

Usai menduduki kertas peperiksaan terakhir di tahun 1, aku ke makmal komputer di Kolej 9 UTM untuk membuat kad jemputan kenduri kesyukuran. Aku membuat salinan fotostat sebanyak 50 keping. 

Malam itu aku pulang ke kampung di negeri Cik Siti Wan Kembang. Setibanya di rumah keesokan paginya, aku bergegas ke Hospital Machang untuk ujian HIV. Seterusnya ke pejabat agama dan ke rumah imam. Alhamdulillah. Semuanya selesai walau dalam kepenatan.

Aku kemudiannya menyiapkan sendiri bilik pengantin, pelamin (ringkas) untuk bergambar (tapi tiada jurukamera pun 🤣🤣), 7 dulang hantaran, dan sedikit cenderamata untuk tetamu dengan bantuan adik-adikku. 

Cenderamata daripada sabun wangi yang diukir berbentuk hati berserta tuala kecil yang dilipat berbentuk kipas. Semua sabun itu kuukir sendiri. Ada yang ok, ada juga yang buruk. Tapi, itu saja yang mampu aku bagi. Maafkan aku.

30 November 2007, jam 9.00 malam status bujang bertukar isteri. Majlis perkahwinanku berlangsung seadanya. Kecil-kecilan sahaja. Maklum saja, aku dari keluarga yang miskin. Tambahan pula aku masih belajar ketika itu. Tidak berduit. Hias bilik dan pelamin pun guna langsir rumah makcik sahaja. 

Baju kahwin yang dipakai pula, kakak pinjam kawan dia punya. Pengantin lelaki berbaju putih, pengantin perempuan berbaju hijau. Haha.. tak pernah dibuat orang. Tapi, aku rasa ok saja walaupun tak sama. Yang penting, perkahwinan itu sah. 

Selesai saja majlis, aku menyerahkan duit belanja perkahwinan kepada ayah untuk membayar barang-barang keperluan makanan untuk kenduri. Kebiasaan di negeri kami, pengantin perempuan akan membeli emas dengan duit belanja tersebut. Tapi tidak bagi aku. 

Segala urusan perkahwinan aku bayar sendiri. Semuanya menggunakan duit maskahwinku. Aku tidak mahu membebankan sesiapa. Pengorbanan ayahku sudah terlalu besar untuk aku membebankan dia dengan majlis aku lagi. Tambahan pula ayah dan adik beradikku bukanlah orang kaya. Jadi, semuanya aku tanggung di bahu sendiri.

Alhamdulillah, setelah 6 tahun berkawan, kami menjadi suami isteri yang sah akhirnya. 

Gembira?

Mestilah! Kerana dia satu-satunya cinta hati aku.

***

Kebahagiaan sesebuah perkahwinan bukanlah terletak pada besarnya sebuah majlis perkahwinan, tetapi terletak pada betapa besarnya cinta kau kepada Tuhan.

--------------------------------------------------------------------------

Terima kasih suami kerana sudi menjadikan aku isteri.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua ahli keluarga (Chek, ayah, adik beradik, pakcik makcik dlln) dan kawan-kawan (Alifa, Ain dan lain2) yang membantu menjayakan majlis ini. 

Tidak dapat disebut satu persatu kerana terlalu ramai. Maafkan aku.

#tautanhati
#pjjlife
#husbandwife

Sunday, April 5, 2020

Kasih Sayang Berpanjangan

Telefon berdering.

Laju aku menyambut. Makcik dari kampung menelefon. Katanya, datukku mahu bercakap. 

"Assalamualaiku Chek," sapaku.

"Hah..apa? Rah ke tu? Tak dengar lah," balas Chek di hujung talian.

"Assalamualaikum Rah, macam mana kat sana? Duduk kat mana tu? Boleh makan tak?"

Begitulah dia, nikmat pendengarannya telah ditarik sedikit demi sedikit. Umurnya sudah menginjak ke 100 tahun. Dia lah datukku. Penjagaku sejak kecil. Kasih sayangnya tiada tandingan. Kasih yang sebenar-benar kasih. 

Sudah berkali-kali sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dia menghubungiku. Bertanya khabar seolah aku masih kecil. 

'Chek, orang sudah besar Chek. Chek jangan bimbang,' hatiku bersuara.

Sayu bila mengenangkan kasih sayangnya yang tiada bertepi. 

***

Fikiran merewang mengenang kisah sewaktu kecilku.

Aku dilayan macam puteri, walau dalam kemiskinan. Dia memasak untukku, dia menyediakan makan minumku, dia menyediakan apa yang aku minta semampunya. Kadang-kadang, bila difikirkan kembali, permintaanku juga keterlaluan.

Aku pernah meminta dibelikan basikal baru. Akibatnya dia terpaksa berhutang. Aku pernah menyuruh dia membuat satu bilik air yang selesa, walaupun aku tahu dia tak mampu. Aku tipu aku sakit perut sebab nakkan perhatian dia.

Allah... aku cucu yang tidak tahu diuntung!

***

Telefon berdering lagi. Kali ini sepupuku pula menelefon.

"Kak Cik, Chek nak cakap ni," Kata Adaa di hujung talian.

Telefon diberikan kepada datukku.

"Assalamualaikum Rah, duduk kat mana tu? Anak-anak macam mana? Kedai kat sana buka ke? Jaga diri tu," pesan Chek.

"Waalaikumussalam. Orang ada kat rumah dah ni. Anak-anak semua sihat. Makan cukup. Kedai semua buka. Senang nak beli makanan," jawabku ingin menghilangkan kegusaran dia.

"Tak apa lah kalau macam tu. Takut tak dapat makan je. Duduk molek-molek ye," sambungnya lagi.

"Ya Chek. Chek pon jaga diri. Jangan berjalan merata-rata," pesanku.

"Chek nak pergi rumah mu pon tak boleh ni. Polis jaga jalan," kata Chek lagi.

Aku tahu dia rindu. Teringin nak melawatku di sini. Tetapi dia tidak mampu.

Rinduku padanya juga terlalu dalam. Sudah lebih sebulan aku tidak menjenguk dia. 

'Bilakan Perintah Kawalan Pergerakan ini akan berakhir? Ya Allah... Kau jagalah dia untukku. Dia kesayanganku dunia akhirat.'

***

Hargailah orang yang kita sayang selagi dia masih ada. Berilah perhatian selagi mampu. Dia tidak pernah menagih wang ringgit dari kita. Hanya mengharapkan kita hidup bahagia di dunia dan akhirat. 

Saya sayang datuk saya!

Kepulangan Yang Dinanti

"Ya Allah!"

Tiba-tiba terpacul nama pencipta dari mulutku dek kerana terkejut dengan email yang baru saja muncul di ruangan peti masuk.

Mataku bekaca. Senyumku sampai ke telinga.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya permohonan pertukaranku untuk balik ke negeri Terengganu dimakbulkan Allah. 

Aku perlu melapor diri di negeri Terengganu pada 9 Mac 2020. Namun aku menangguhkan pertukaran untuk menyiapkan kerja-kerja tertunggak sehingga 19 Mac 2020.

***

Tiba-tiba, satu negara dilanda wabak. Virus
Corona yang dikatakan bermula dari negara China itu merebak dengan cepat ke seluruh dunia. 

Pada 18 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia  mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan diseluruh negara. Bimbang memikirkan PKP yang dilaksanakan sebelum aku sempat pulang ke negeri Terengganu, bermacam persoalan muncul. 

'Macam mana nak balik? Kena pergi Balai Polis dulu ke? Boleh merentas negeri ke tidak? Arhhh... pening kepala dibuatnya.'

***

"Tie, nanti abang sampai malam ni, kita balik terus ye. Abang bimbang kalau-kalau esok lebih banyak sekatan dilakukan. Nanti Tie print siap-siap surat arahan pertukaran itu," kata suamiku di hujung talian.

"Pagi tadi kan abang kerja. Bawa kereta dari Terengganu ke Johor sorang-sorang, lepas tu nak balik terus? Tak penat ke?" soalku bimbang dia kepenatan tanpa rehat.

"Takpe lah, kalau penat kita rehat kat mana-mana," sambungnya lagi.

***

Setelah pulang dari kerja, aku terus mengemas barang-barang dan memasukkan ke dalam kereta. Aku memasak  nasi untuk dijadikan  bekalan di perjalanan nanti. 

Suamiku tiba awal dari jangkaan, iaitu pada jam 10.30 malam. Dia sempat berehat seketika sementara aku mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang. Usai mandi dan solat, aku menghidangkan nasi kepadanya. 

"Alhamdulillah, abang memang lapar ni. Seharian bawa kereta tak berhenti pun. Semua kedai tutup. Tak ada tempat makan," kata suamiku.

***

Kami bertolak balik pada jam 12.30 malam dengan dua buah kereta. Tiba di Muadzam Shah Pahang, ada 'roadblock' polis. Alhamdulillah, lepas. Suami dah mula kepenatan. Dia meminta untuk berehat di sebuah stesen minyak pada jam 4.30 pagi. 

Lena.

***

Tersedar jam 6.30 pagi, kelihatan pekerja stesen minyak yang memakai 'mask' sedang menyembur sejenis cecair ke seluruh stesen minyak.

Aku turun dari kereta dan berjalan kaki menuju  ke surau di belakang stesen minyak untuk menunaikan solat subuh. Malangnya, kelihatan satu kertas A4 ditampal di pintu surau bertulis, 

"HARAP MAAF, SURAU INI DITUTUP UNTUK MENGELAKKAN PENULARAN VIRUS COVID-19."

"Aduh... macam mana nak solat ni?" rungutku sendiri.

Setelah percubaan memujuk kakitangan stesen minyak untuk menggunakan surau gagal, aku dan suami mengambil keputusan untuk solat di tepi surau berlapikkan karpet yang dibawa pulang dari Johor. Nasib baik juga ada karpet dalam kereta.

Usai bersarapan dengan bekal yang dibawa, pemanduan diteruskan lagi menuju ke destinasi. Alhamdulillah, perjalanan agak lancar. Jam 12.00 tengahari, aku dan suami selamat sampai di rumah.

***

Berada disamping suami dan anak-anak di rumah sendiri merupakan nikmat yang paling besar buatku. Menjadi suri rumah sepenuh masa dan anak-anak berada di depan mata membuatkan aku rasa sangat bersyukur. Setahun empat bulan berjauhan, sekarang 24 jam aku 'stay at home' bersama yang tersayang. 

"Maka nikmat Allah yang mana lagi hendak kau dustakan? Terima kasih Allah," bisikku sendiri dengan senyuman kebahagiaan.

Tuesday, November 12, 2019

Apa target aku bila menulis?

Apa target aku bila menulis?

Aku mahu..
📝Orang baca..
📝Pembaca tak rasa bosan..
📝Pembaca rasa nk terus membaca..
📝Pembaca turut berada dalam cerita aku..
📝Pembaca turut merasai perasaan yg di lalui..sedih..gembira..
📝Bila pembaca dah habis baca..dia rasa..eh dah habis? Nk sambung lagi...

(haa..tinggi impian tu..🤣🤣)

Sebab..aku sendiri..kdg2..baca intro je baru..dah tak nak sambung baca..bosan.
Tgh2 baca..tiba2 tertidur..😴

Kadang2 pulak..aku boleh habis 1 cerita yg pnjg..sekejap je..
Tak sedar pon kita dah baca habis.🙎‍♀

So..aku perlukan komen. Komen yg jujur utk penambahbaikan. Bukan sekadar nk amik hati.. Haa..gtu...❤

Komen pedas2 pon xpe..sy tak marah..sbb sy pon tengah belajar...

Okey..tq sgt2 yg sudi tlg. tqvm!

With love🥰
PermataSoffhas

Rindu Yang Tiada Penghujung

Berada jauh beribu batu..
Hati sarat dikandung rindu..
Mengenangkan Amru anakanda bungsu..
Hati ibu terasa sayu..
Sarat rindu hati membisu..
Gelodak rasa di dalam kalbu..
Bermacam rasa bertalu2..
Bermain..berlegar di hati ibu..
Ibu inilah yg menyusu..
Ibu inilah yang berlagu..
Waktu membelai tidurmu..
Waktu menjaga tika sakitmu..
Masakan tidak terasa rindu..
Diijaga..ditatang sepenuh hatiku..
Dibelai..dimanja tak pernah jemu..
Sakitnya ibu..
Mengenang anakanda yang satu..
Sarat rasa menanggung rindu..
Rindu yang tiada penghujung itu..
Sungguh tajam menusuk kalbu..
Menangis meraung hatinya ibu..

Monday, June 13, 2016

Selesa Dalam Perut

Alhamdulillah..

Hari ni da masuk hari ke 8 berpuasa. Ingatkan tak sempat nak puasa dah. Rupa2nya..terlebih sempat. Alhamdulillah..dengan izin Allah juga.

Biasanya 37-38 minggu..baby dah keluar. Tapi yang ni..dah 39w4d...masih selesa duk dalam perut Umi. Tak mengapa sayang. Duduk lah puas2..Umi ok je. Cuma..rasa cepat penat sikit je. Maklumlah..bulan puasa.

Umi harap, baby Umi ni..baik2 saja kat dalam sana. Dan bila tiba masa..yang Allah tetapkan..kamu keluarlah dari perut Umi dengan baik. Sayang tolong Umi ye..jgn bagi Umi sakit lama2. Semoga Allah permudahkan Umi untuk melahirkanmu nanti sayang. 

  لاإله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين. ...

Semoga..anak Umi akan keluar dengan baik dan menjadi hamba Allah yang taat..soleh/solehah.. dan sentiasa menyenangkan hati Umi dan keluarga kita. Amin.

Thursday, June 2, 2016

Sirna

Aku yang kau panggil sirna..

Sirna..
Aku yang sirna..
Aku yang tidak lagi bercahaya..
Aku yang kelam dan suram..
Aku yang tidak sesempurna kejadian..
Aku yang mempunyai banyak kekurangan..

Sungguh...
Sungguh aku sirna..

Dulu mungkin aku tak mengerti..
Aku yang tercari cari..
Maksud di sebaliknya..
Aku yang merasakan sirna itu cantik..
Aku yang merasakan sirna itu menarik..
Aku tertipu..

Rupanya..
Sirna itu..gelap...suram...
Dan begitulah aku di matamu..
Baru aku sedar..
Baru aku faham..

Ya..
Aku yang sirna..
Sirna di matamu..

21:50 Jumaat
2 Jun 2016

Setiu

Alhamdulillah...

Sedar tak sedar.. dah setahun lebih aku balik kampung..

Setahun lebih menumpang di rumah mertua..

Setahun lebih bekerja di Setiu..

Setahun lebih dah umur Ziyad..

Setahun lebih Umar dan Muaz bersekolah di kampung..

Tq En Amir...kerana menunaikan janji kamu..akan pindahkan saya sebelum anak masuk sekolah rendah.

Berada di Setiu Terengganu...

Sesuatu yang bukan dalam mimpi sekali pon. Rezeki Allah itu sangat luas. Siapa sangka? Aku sendiri pon tak menyangka yang aku akan di tempatkan di sini... di kampung suami.

Alhamdulillah..

Tempat kerja ok... kawan-kawan ok... suasana nyaman... melalui pantai yang indah setiap hari ke tempat kerja..

Cumanya...terasa tanggungjawab di tempat kerja tu lebih besar. Walaupon bebanan kerja tak banyak. Sebelum ni... apa2 nak buat boleh di rujuk kepada bos...sekarang.. semua terletak atas batu jemala patik..

Membuat keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Ibarat kata pepatah.."di telan mati emak, di luah mati bapak". Banyak hati yang perlu kita jaga. Kadang2 keputusan terbaik itu menyakitkan sesetengah pihak.

Aku harus kuat dan tabah..

Untuk terus berada di sini...

Kadang2.. air mata jatuh juga.. bila memikirkan ujian2 yang terpaksa aku tempuh..

Sabar..sabar..dan sabar.. itulah yang aku buat. Sehingga hati pon menjadi tawar..hambar..kelam..

Demi anak2 tercinta...aku harus kuat..aku harus tabah menempuhi segalanya.

Sampai suatu masa... aku akan menemui kebahagiaan yang hakiki..

Yakin pada Allah...

Friday, May 20, 2016

Lama

Ha.. lama kan? Lama betul...

Sejak balik ke kampung ni..sekali pon tak sempat nak update blog. Banyak benda yang kena buat.

Dah nak bersalin anak keempat..baru update pasal bersalin anak ketiga. Dalam kepala ni macam-macam nak tulis. Tapi.. banyak perkara yang menghalang.

InsyaAllah...akan di update satu persatu ketika ada peluang ni..

Semoga Allah permudahkan semuanya..

Banyak benda nk simpan kat sini...pengalaman dapat tukar balik kampung..pejabat baru..kawan2 baru..tempat tinggal baru...etc..

Kelahiran Anakanda Yang Ketiga Part 2

En Suami menunjukkan muka kelat setelah aku memberitahu bahawa aku mahu bersalin di kampung.

"Tak payah lah..nanti terberanak kat tengah jalan macam mana? Kat Lojing tu ke..."

"Eh..xpe lah..sekurang-kurangnya dah masuk Negeri Kelantan..haha. Abang kan M.A..abg sambut lah baby ni.."

"Tak nak lah abg... tak reti. Mana abg pernah sambut baby. Masa belajar pon lari.."

Sambil memandu terus menuju ke Hospital Teluk Intan.

Sesampai je di Hospital.. segala jenis prosedur di lakukan. Setelah mendapati bukaan baru 1 cm..aku di hantar ke wad dulu.

Dr yang scan ada bertanya:

"Ada minum air gula tak?"

"Tak ada Dr."

Dr mula membebel sebab katanya baby aku besar..3.8-4.0kg.

Air ketuban terus menerus keluar bersama lendir dan darah.

Dr ada bagi tau jugak..kalau jam 12 mlm esok tak bersalin lagi..mungkin aku akan di bedah sebab takut baby lemas.

Perasaan gemuruh..takut dan segala macam perasaan datang. Aku tak nak operate..sebab nanti susah nk jaga. Dah la tak ada siapa2 yang jaga aku..mak tak ada..mertua pon tak ada. Hanya mampu berdoa pada Allah supaya aku dapat bersalin normal. Sungguh aku tak nak bersalin operate.

Jam menunjukkan angka 3.00 ptg. Perut ku yang tadinya sakit sikit2 kini dah mula sakit lebih kuat. Sakit yang tak boleh nk buat apa. Segala sendi..tulang..badan semua rasa sakit. Ke kiri tak kena..ke kanan tak kena..

En Suami tak putus2 berdoa dan mengaji sambil mengurut belakang badan aku.

Nurse nampak aku yang kesakitan..dia terus check bukaan..tengok2 baru 3 cm. Dia kata..nampak sakit macam dah nak bersalin..tp baru 3 cm.

Aku di biarkan lagi..di temani suami di sisi. Sungguh...kehadiran suami menemani aku waktu ini adalah sangat aku perlukan..

Setelah beberapa jam..nurse check lagi bukaan..dan masih 3 cm jugak. Aku pon di tolak ke bilik bersalin kerana sakit yang amat dgn bukaan masih di 3 cm.

Maka berpisah lah aku dgn en suami..kerana suami tak dibenarkan masuk ke bilik bersalin. Nurse ada bagi tau..kalau tak tahan sangat..mintak ubat tahan sakit dgn Dr di bilik bersalin nanti. Sebab dia kesian tgk aku yang menanggung kesakitan.

Sesampai di bilik bersalin.. nurse yang lain check bukaan lagi..katanya..4 cm.

"Saya rasa ada najis dalam usus awak ni..sebab tu jalan lambat terbukak. Kalau awak rasa nak berak..awak berak je atas katil ni. Kesian..kalau ada najis..memang jalan susah nak buka."

Setelah beberapa jam..dia check bukaan beberapa kali..tapi bukaan masih belum terbuka seperti yang dikehendaki lagi.

Akhirnya aku minta di cucuk ubat tahan sakit..sebab badan dah rasa makin lemah menahan kesakitan. Aku di beri suntikan di bahagian pinggul. Lega la sedikit rasanya. Tapi masih sakit.

Tetiba..aku rasa nak meneran..aku pon teran la sambil kepit paha sbb tiada nurse kat sisi aku. Aku takut terberanak sendiri. Misi sibuk menguruskan pesakit lain. Ramai yang nak bersalin malam tu..penuh katil..sedangkan Nurse hanya 4 orang. Kelam kabut mereka berkejar ke sana sini.

Setelah aku meneran beberapa kali..aku terasa seperti keluar ketulan..

Ya..keluar...

Tapi bukan baby..najis yg keluar..

Aku terberak rupanya...dan di atas katil.

Ya Allah...malunya rasa sambil menahan kesakitan. Setelah beberapa minit ada Nurse lalu dan terlihat pada mesin di sebelah aku. Tiba2 dia macam terkejut dan berteriak. Aku kurang arif tentang apa yang di teriakkan..dia terus datang mendapatkan aku dgn kelam kabut..

Bila dia buka kain yang menyelimuti badan aku..

Gedebuk!!!

Sesuatu jatuh terkena bajunya...dan jatuh ke atas kasut dia.

Ya Allah...

Aku terus meminta maaf...najis aku yang terjatuh itu. Rasa bersalah yang amat..rasa malu...

Terus menerus aku mohon maaf pada dia..tp dia kata:

"Tak apa puan..kami dah biasa dengan perkara macam ni. Puan bertenang..baby dah nak keluar ni. Puan fokus ye.. saya bantu puan bersalin."

Ya Allah...rasa..mulianya tugas seorang Nurse ni. Memang rasa terharu sangat.

Dia terus membantu aku bersalin dengan baik...

Ketika azan maghrib berkumandang..dengan sekali teran..baby keluar tanpa ada koyakan. Setelah baby selamat keluar... ada Dr dan beberapa Nurse lain yang datang. Dilihatnya baby yang besar..dan tak ada luka...terus mereka memuji Nurse tadi..

Ziyad lahir dgn berat 3.6kg tanpa ada luka.

Masa tengah2 lali tu aku terdengar sesama mereka berbual...

"Nanti aku bersalin kau sambut ye..pandai la kau.. tak koyak pon. Aku cop kau ye."

"Ni pon dapat pesakit yang pandai teran..kalau tak susah jugak."

Kata Nurse itu merendah diri.

Setelah aku di bersihkan...di beri air..dan melihat baby..aku dibiarkan di atas katil sendiri. Mereka membawa baby aku ke tempat lain untuk di bersihkan.

Aku pon terlelap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...