Wednesday, November 5, 2014

Temuduga Lagi

Alhamdulillah... buat kali ke 5 di panggil untuk temuduga kerajaan.

1- Jawatan Pembantu Tadbir pada tahun 2003 di Pejabat Tanah Machang.

Penemuduga suruh sambung belajar sebab keputusan peperiksaan SPM elok katanya.

2- Temuduga Jururawat di Kota Bharu Tahun tak ingat.

Sangat tidak bersedia dan tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik.

3- Temuduga Penolong Pegawai Pendaftaran di SPA Putrajaya pada tahun 2011.

Agak bersedia. Lebih kurang sejam dalam bilik temuduga. Soalan dah pernah tulis dalam blog ni. (scroll aje.. tak boleh nk bagi link sebab guna h/p ni).

4- Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat (Kemas) di Ibu Pejabat Kemas Kuala Lumpur tahun 2013.

Bersedia jugak..tapi soalan yg diajukan tu lari dari tajuk yang dibaca dan di luar jangkaan. Banyak jawapan reka2 dengan yakinnya:) Dalam 20-30 minit dalam bilik temuduga. Soalan tentang NBOS, fungsi Kemas, perbezaan Kemas dengan JKM etc.

5- Temuduga Pegawai Penerangan di SPA Putrajaya tahun 2014.

Yang terbaru..dan masih segar dalam ingatan. Persiapan tak banyak sangat sebab sibuk dengan kerja. Tapi banyak jugak baca tentang isu semasa.

Aku calon ke 9 dipanggil. Sebelum masuk tu..ada la tanya kawan2 pasal soalan yang diajukan..tapi semua macam tak puas hati. Masing2 berada dlm bilik temuduga lebih kurang 15 minit je.

Mulut tak habis2 baca apa sahaja ayat Quran yang aku tahu. Berdebar..bimbang..dan segala macam perasaan wujud.

Bila nombor giliran aku dipanggil..aku mengetuk pintu 3 kali..dan bagi salam sebelum masuk. Masuk je..penemuduga meminta sijil asal dan salinan untuk dilihat. Aku disuruh duduk..

Soalan2 yang diajukan pada aku ialah:-

1-Sila perkenalkan diri anda.
2-Apa isu semasa yang anda arif.
3-Bagaimana nak daftar kanak2 yang dijumpai (sbb aku kerja JPN kot).
4- Kalau ditempatkan di Johor macam mana?
5- Ceritakan apa yang anda faham tentang GST.
6- Terima kasih..

Aku..dengan muka yang agak terkejut..aku bertanya balik : "itu sahaja?"

Dan dia menjawab :"Ya..itu sahaja..terima kasih."

Aku bangun dan keluar bilik temuduga dengan perasaan agak tidak puas hati. Bukan sebab tak boleh jawab..tapi, sebab 15 minit sahaja...sangat sekejap rasanya.

Entahlah..tak tahu nak cakap apa. Tunggu je keputusan keluar sebulan lagi. Kalau Allah dah tetapkan rezeki kita..InsyaAllah. Redha je la.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...