Monday, September 12, 2011

Da Berubah Ke?

Tengah-tengah hidang makan tengah hari tadi (nasi dagang+ikan tongkol & ikan tenggiri), tiba-tiba En Abg bersuara..

En Abg: Tie, esok cucuk Muaz
Aku     : Esok ke? Esok kan baru 13. Temujanji Muaz 14 la..
En Abg: Esok siap..

Lepas makan dia gi kerja balik. Aku pon gi amik buku temujanji Muaz. 

Dengan muka agak terkejut..eh..eh..memang esok la..13 rupanya..hihihi. Aku ingatkan 14hb. Yang aku heran tu, selama kwen ni..dia xpernah ingat ape yang berkaitan tarikh ni. Atau pon dia buat2 tak ingat aku pon tak tau la. Tapi dalam sejarah perkahwinan kami yang da hampir 4 tahun ni..xde la dia remind aku pasal temujanji2 ni...memang pelik..hihi. Bday ke, enibeseri ke, mmg dia x hengat..Temujanji Umar ke..semua aku yg kne ingat..hmmmm..pelik..

Dia da berubah ke? Adakah dia akan ingat bday aku n anak sulung kami taun ni? Hmmm..adakah dia akan ingat tarikh kwen aka enibeseri kami hujung taun nnti? Kita tunggu dan lihat ye..hihihi...


Saturday, September 10, 2011

..::::::BAHAYA MENGUMPAT::::::...



Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti. Sahabat-sahabat semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang MUFLIS di akhirat nanti kerana MENGUMPAT...

Thursday, September 8, 2011

Berpantang (cont)

Sudah bosan rasanya berpantang ni. Tapi rupanya baru 4 minggu aku bersalin. Dalam kepala ni tertanya2 kenapa kita perlu sangat berpantang ni. Sebabnya sebelum ni aku  tak jumpa lagi maklumat yang betul2 membuatkan aku mahu berpantang dengan 'ketat'. Tapi aku pantang jugak..cumanya bila pantang sorang-sorang ni, dan En Abg pon tak galakkan sangat, aku pon jadi macam...pantang ala kadar je.

Hari ke-2 bersalin da kemas rumah..hihih..sebabnya sakit kepala tgk rumah bersepah2. Nak harapkan En Abg, dia pulak x pandai..huhu. Pasal makan..dia masak sendiri, tapi aku ade sebelah tolong ajarkan dia sampai seminggu dia masak..Lepas seminggu tu, badan da rasa ok sikit..aku mula aktif buat kerja rumah macam biasa. Tapi dengan pertolongan En Abg sikit2.

Setelah lama meng'google', hari ni aku jumpa lah maklumat yang aku rasa patut di kongsi. Harap dapat membantu la sape2 yang mahukan maklumat pasal berpantang ni.

Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.

Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Bahaya “air embolism“ – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

Kenapa penting amalan pantang ibu bersalin?
Kini penjagaan semasa pantang semakin dipandang ringan. Ada beranggapan tidak perlu, kerana badan boleh sembuh dengan sendirinya. Tambahan pula terdapat pandangan-pandangan dari pengamal perubatan moden mengatakan tidak perlu berpantang, makan apa sahaja dan badan akan baik dengan sendiri selepas tempoh tertentu. Berbeza dengan pandangan perubatan tradisional. Banyak pantang larangnya.

Ada yang pergi ‘shopping’ selepas 2 minggu bersalin, luka tempat sulit jadi bernanah. Ada juga telah pergi ‘shopping’ selepas sehari bersalin. Kesannya memang agak teruk, tumpah darah, muka menjadi biru kehitaman hingga terpaksa ditahan di hospital.

Namun penjagaan secara tradisional juga mempunyai pelbagai cara. Ada antaranya memang kurang sesuai dan tidak patut di amalkan. Seperti amalan minum mengikut sukatan 2 ruas jari sekali minum, amalan makan ikan kering, ikan bilis sahaja semasa berpantang. Jika mengamalkan pemakanan begini bagaimana badan akan sembuh. Amalan minum mengikut sukatan ruas jari boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang akibat kekurangan air. Dan tentu sekali susu juga akan kurang.

Kesan ketika semakin berumur, jika tidak menjaga pantang adalah seperti lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Kebanyakannya akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan sangka hanya lelaki sahaja ‘mati pucuk’. Perempuan juga mengalaminya. Keinginan untuk bersama suami menjadi kurang. Rahim juga akan turun akibat proses peneranan yang kuat ketika bersalin. Jika tidak dijaga, boleh menjadi penyebab kepada kerap buang air kecil atau terkencing ketika batuk, ketawa atau bersin.

Mengikut amalan tradisional Melayu pantang 44 hari. Namun digalakkan berpantang sehingga 60 hari atau sehingga 100 hari untuk memastikan rahim pulih sepenuhnya dan melambatkan proses penuaan. Tiada bukti secara saintifik tetapi buktinya ini boleh dilihat melalui mereka yang telah mengamalkannya.


Kesimpulan yang tersirat dan tersurat yang boleh aku buat:
  • Tempoh 44 berpantang hari tu asalnya dari hari tempoh normal nifas bagi wanita bersalin iaitu selama 44 hari. Tapi tempoh ini adalah tempoh untuk mengelakkan kita dari melakukan hubungan bersama pasangan. 
  • Mandi air panas-paling kurang 3 minggu. Sebab kalau mandi air sejuk nnti terketar3 kesejukan
  • Kena mengurut, bertungku banyak2 kali pon xpe. Sedap sikit badan dan boleh hilangkan sakit2 serta lenguh2 badan.
  • Elakkan makanan berbisa, sejuk dan gatal seperti ais, telur, buah yang sejuk2, sotong etc untuk elak tumpah darah, terketar2 kesejukan, luka bernanah, masuk angin etc. Lain2 makanan boleh makan.
  • Gunakan Skilax untuk elakkan sembelit.

Gambar Keluarga

Selamat hari raya...aidilfitri mulia..ampun maaf dipinta..dari kami semua..La..la..la..la..(nyanyi ye).

Wah..meriah sungguh raye kami tahun ni. Berkumpul ramai-ramai ngan adik beradik dan family masing-masing. Tahun ni abang yang sulong je beraya kat rumah mertua. So, majoritinya raya kat kat rumah ayahanda tercinta. 12 beradik..memang meriah..dengan anak buah makcik, pakcik, kazen, berkumpul di pagi raye. Heppi..senyum sampai telinga. Memang gembira sesangat bila beramai-ramai-an macam ni. Bukan selalu pon leh kumpul ramai2 mcm ni..2,3 tahun sekali. Maksud aku kumpul semua la..xkira la time balik kg yang ade 2,3 kerat tu). Macam-macam gelagat ade. Ada yang menagis, nak tengok tv, nak main game, ada yang tak nak bergambar, ade yang nak amik gambar, macam-macam pesen. Suka melihat gelagat itu di pagi raya. Berkumpul adik-beradik, walaupon tanpa ibu tercinta dan tak cukup 13 orang adik beradik, tapi kemeriahannya tetap terasa.

Aku beli kamera LUMIX masa nak sambut kelahiran Umar dan nak gi family day lebih kurang 2 tahun lalu. Masa beli tu, baru lepas raya. So, tak ade la gambar rayanya. Raya tahun lepas kami tak balik kampung sebab En Abg tak dapat cuti. Isshhh..tersasul masul plak..balik cerita raya kami...

Tahun ni 2011, Alhamdulillah dapat berpagi raya bersama keluargaku. Dengan gembiranya aku snap gelagat ahli keluargaku..adik beradik, ayah, atuk, makcik, kazen2..anak sedare dan ipar duai. Dan mereka juga suka snap gambar aku..hihihi..:-) Yang suka sangat tu bukannya ape..eksyeli..kami tak pernah ade gambar keluarga. Ni la kali pertama kami dapat amik gambar keluarga beramai-ramai. Tu yang suka sangat tu..tambah2 plak, di hari raye yang mulia.


Haaa..meh nak kenalkan ahli keluarga aku..ini gambar Ayah aku (baju merah), Ayah Lah (pakcik) dan Che (atuk). Gambar mak kami tak ade sebab mak kami da meninggal pada 30/12/2006 :-(


Ini kakak aku yang ke-2. Abang yang sulong beraya kat rumah isteri dia. So, tak ada lah gambar dia.


 Kak Na dan keluarga. Anak sulung dia tak ada sebab beraya dengan atuk belah Abahnya. 

Ni abang aku yang ke-4. Abang yang ke-3 tak nak bergambar sebab isteri dia balik rumah ayahnya kat kg sebelah...hihihi dekat je..


Ini kakak aku yang ke-6. Abang yang ke-5 tu tak kwen lagi. Jadi tak adelah gambar keluarga dia. InsyaAllah   
 tahun depan dia kwen.:-)

Kak Siti & keluarga bersama Ayahanda. Yang ni pon sorang anak dia tak ade sebab beraya dengan mak angkat (kakak kepada abg ipar).

Yang ini anak yang ke-7 bersama suami dan 2 orang puteranya.:-)


Yang baju hijau ni adik aku. Anak yang ke-10. Adik aku yang no 8 & 9  tak ade masa ni. Dia pergi beraya kat rumah kawan dia. 


Ini 3 yang bongsu dan masih bersekolah lagi. Tudung putih tu anak ke 11, tudung purple tu anak ke 12 dan yg laki baju kuning meghelip tu adik yang bongsu.


 Ini la keluarga kami ;-) ohhh..abang yang no 3 dan 5 ada kat sini. yang no 3 baju putih tu, dan yang no 5 berbaju melayu kaler hijau.

Ini pulak gambar adik arwah mak aku yang bungsu. Juga teman bertengkar aku masa kecik2 sebab aku ni duk dgn atuk. so dengan dia la aku selalu gaduh. Suami dia tak ada sebab kne bertugas di Mekah selama 4 bulan Sampai Raya Haji. So, dia beraya ngan kami kat umah atok dengan anak2 dia.

Sekian saje gambar keluarga a.k.a gambar raya kami untuk tahun 2011..:-)

Tuesday, September 6, 2011

'Shortcut Virus'

Aduhhh..tension sungguh rasanya bila terkena virus ni. Al-kisahnya masa balik raye hari tu aku seperti biasa la ambik gambar keluarga. Biasa la..nak buat kenangan mase raye..banyak lah ragam-ragam manusia di kampung yang aku snap...macam-macam pesen.

Masa aku nak balik KL, adik aku mintak la kamera nak masukkan semua gambar-gambar tu dalam laptop dia. Aku bagi la...walaupon dia kata laptop dia tu ade virus. Sebabnya aku ingatkan virus biasa-biasa je. Lagipon, PC En Abg aku tu ade antivirus. Bukan yang free kat internet tu..yang berbayar. So, aku pikir nanti aku ble scan la.

Tapi, malangnya..bila aku nak masukkan gambar tu dalam PC, aku scan la dulu. Pastu aku bukak la memori kad kamera tu tapi, semuanya jadi shortcut dan tak boleh nak buka dah..huhu..sedeynya rasa..puas di belek-belek dan cuba macam-macam cara tapi, tak ble buka jugak. Pastu aku pon google la..rupanya da ramai yang kena. Dan namanya 'Shortcut Virus'. Semua folder dalam memori kad tu jadi shortcut..x jadi fix folder dah..sape nak tolong aku ni..huhuh..sayangnya gambar2 raye aku tu.

Hari Raya Dalam Pantang

27 Sept 2011-Balik kampung En Abg dulu-Setiu Terengganu. Sampai je kat rumah En Abg malam tu, makan mee goreng udang+sotong (sebab lapar dan tak ada makanan lain dah..nak masak..penat..so aku makan je lar..). Kakak ipar aku kata dia pon makan mee beberapa hari lepas bersalin. Aku pon makan la..tapi lepas tu dia bagi aku makan ubat (macam majong gitu).

Pagi 29 Sept (Hari ke-18 berpantang), sehari sebelum raya, kami balik kampung aku plak- Machang Kelantan. Sampai je rumah aku, terus aku mkn nasi + daging bakar..sebab lapar..maklum la tak sahur. Tengah hari tu kami pergi 'Pasar Isnin' untuk cari baju raya. Merayau-rayau di pasar sampai jam 3pm (dah lama rasanya tak keluar merayau..). Pastu balik rumah, aku tak masak, tak mengemas dan tak buat ape-ape kerja la..relek je. Maklum la rumah sendiri..hihii..lagi pun, ramai yang balik. So, ramai jugak yang buat kerja. Aku jaga Muaz je. Umar pon adik beradik lain yang jagakan.

 Berempat: Ayah, Ummi, Abg Umar & Adik Muaz

 Alhamdulillah

Hari Raya pertama, lepas sembahyang raya (tapi aku tak sembahyang pon..:-), makan (mee kari), bergambar ngan famili, kami melawat rumah Pak Sepupu (makan biskut raye sikit2). Sebab dia sakit. Lepas tu..tengah hari tu, Balik Kampung En Abg lak..Setiu. Dalam perjalanan tu, kami singgah rumah best prenku di Pasir Puteh (makan roti + kuzi ayam). Sampai rumah En Abg, tak buat kerja sangat. Petang raya tu kami semua (Cik, Ayah, dan keluarga) pergi ke rumah Tokki En Abg. Pergi beraya sambil aku nak mengurut dengan Che De (Mak Saudara En Abg).  Selesai mengurut, makan tapai pulut+ air teh, kami pon balik. Sampai rumah aku dan Kak Aisyah (biras) kupas 2 plastik besar bawang untuk buat kenduri arwah pada Hari Raya ke-2. Pastu tdow...

Kesyukuran

Hari Raya ke-2, ade buat kenduri arwah + majlis kesyukuran Muaz. Aku makan biskut raya sikit2, nasi+ayam gulai. Aku tak buat ape-ape kerja pun. Relek je. Hari Raya ke-3 pon sama..xbuat ape2 kerja jugak. Makan...nasi goreng + tapai pulut 5 biji. Petang tu, kami balik kampung aku lak. Duk rumah je. Malam tu, mak cik aku datang tengok baby Muaz.

Hari Raya ke-4 bersamaan hari ke-22 berpantang. Da 3 minggu umur Muaz. Hari ni da masak. Sebab semua da takde. Kakak, makcik da balik rumah masing-masing. So, aku kena la masak untuk En Abg dan atuk kesayangan aku tu. Petang tu aku pergi ke rumah makcik. Kat kampung tu jugak. Pergi la jumpa dia, sebab malam nanti dah nak balik KL. Balik rumah dia, En Abg bawak round-round satu kampung. Duk atas keta je la..tak turun pon. Sampai rumah, masak nasi, rehat.

Raya ke-5 jam 4am, kami bertolak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Jam 7am sampai rumah kakak aku di Kuala Lipis. Rehat-rehat kat situ, makan2..malamnya baru sambung perjalanan balik. Lebih kurang jam 1am kami sampai. Alhamdulillah..

Rasa-rasanya, aku pantang la jugak..xde makan mengarut2 sangat. kan..kan??hihihi..kalau mak aku masih ade rasanya, aku masih kena makan nasi+ikan bakar je.hihihi..Walupon balik kg, aku masih mengurut, bertungku dan makan ubat. Bab makan pon, xde la keterlaluan sangat...xde lah semuanya aku nak makan..Pantang la sikit-sikit..:-)

Monday, September 5, 2011

Balik Kampung

Hari ke 17 pertama kali aku keluar dari rumah selepas bersalin. Itu pun sebab kami nak pulang ke kampung untuk beraya. Mengambil keputusan untuk pulang ke kampung En Abg terlebih dahulu sebabnya, kalau balik ikut Kelantan pastinya kami akan terperangkap dalam jem.

28 Ogos-Menunggu En Abg pulang dari kerja sambil mengemas. Katanya nak bergerak jam 12pm. Tapi, banyak kerja nak kne buat. Aku pula masih xberapa sihat. Buat kerja pun perlahan2 je. Sampai kena bebel ngan En Abg sebab lambat. Ye la..org dalam pantang, takkan nak buat kerja macam biasa kan? Urmm..tak faham sungguh..(geram pon ade sebenarnya). Nak jemur pakaian dalam mesin, kemas pinggan mangkuk, sapu2 sikit, kemas pakaian nak bawak balik..siapkan anak lagi..macam2.

Sempat bergambar sebelum pulang ke kampung :-)

Akhirnya, kami bertolak jam 12.55pm. terlebih la sikit dari perancangan asal. Memulakan perjalanan dengan  doa supaya selamat sampai. Masa dalam perjalanan tu aku banyak tidur. Badan penat lah katakan. Lenguh jugak badan bila naik kereta lama-lama nih.

Lebih kurang jam 4pm, masa tu kat Highway Pantai Timur kot..(tak pasti), tengah-tengah syok tidur ni, tiba-tiba En Abg berentikan kereta. Aku tanya kenapa, rupanya temperature da high..so kami xboleh nak meneruskan perjalanan lagi.kena tunggu temperature turun dulu. Masa En Abg buka bonet depan, berkepul asap keluar..huhu..nasib baik En Abg cepat tersedar, kalau tak tak tahu la ape yang berlaku pada kami sekeluarga.

Kebetulan masa tu hujan, so, ada la mat-mat motor berenti bawah jambatan tempat kami berenti tu. Dia tolong la sikit-sikit. Kebetulan pulak air ada sebotol je. Masih tak cukup tuk sejukkan kereta tu. Dia kata kena tunggu sejam baru ble jalan balik. Bila hujan da ok, mereka meneruskan perjalanan dan meninggalkan kami kat situ.

Muaz pula da meragam sebab panas. Asyik nangis je. Kesian dia. Lepas tu aku cadangkan kepada En Abg supaya tahan kereta sebab nak mintak air nak isi dalam tangki kereta (kami kehabisan air). Setelah beberapa kereta En Abg tahan, Akhirnya ada 2  buah kereta berenti (1 family). Masa mula2 tengok kereta tu aku takut, bimbang kalau2 orang jahat. Tapi mereka rupa-rupanya baik. Alhamdulillah. Mereka bukan sahaja bagi air, malah tolong tengokkan kereta, dukung Umar, Bagi duit raya kat anak-anak aku dan ekori kereta kami bimbang kalau-kalau kereta kami masih tak ok. Lepas dia tengok kereta ok, dan En Abg kata ok, mereka pon meninggalkan kami sebab perjalanan mereka masih jauh ( En Abg bawak kereta slow2 je). Terima kasih banyak2 kerana sudi bantu kami.

Kami berhenti kat hentian selepas tol untuk solat dan ambil sedikit air untuk buat bekal, kalau2 kereta buat hal lagi. Masa otw tu hujan, Alhamdulillah..sejuk la sikit kereta dan rasa lebih selamat untuk meneruskan perjalanan.En Abg pula terpaksa berbuka dalam kereta saja dengan 2 keping sandwish, air vitegen, dan beberapa biji anggur. Dia tak mahu berenti makan sebab nak makan kat rumah dia bila sampai nanti. Lebih kurang jam 8pm kami sampai ke rumah En Abg. Alhamdulillah.

Bukan Dirinya

Tidak pernah ku dengar
Tidak pernah ku baca
Selama bertahun..
Itu bukan perkataan yang terlahir dari bibirnya
Bukan juga yang terlukis di sebarang tempat
Bukan yang tertulis di helaian
Malah bukan juga yang terzahir di riaknya
Mungkin itu bukan dia
Bukan dirinya yang sebenar-benarnya.

PermataSoffhas
12.54pm
Isnin 5 September 2011

Friday, August 26, 2011

Kemas Mengemas

Hari ni hari ke 15 berpantang..cepat je masa berlalu. Dah 2 minggu lebih Muaz menjengah dunia ni. Alhamdulillah, aku pon dah bertambah sihat.

Lagi 4 hari dah nak raye. Esok hari terakhir En Abg kerja sebelum cuti raya. Urmm..baju raye masih belum terbeli jugak. Eh..da lari tajuk. Aku bukan nak cerita pasal baju raye ni..tapi nak cerita pasal kemas mengemas sebenarnya.

Esok dah nak balik kampung. Tapi pakaian tuk balik kampung masih belum berkemas. Baru je siap melipat kain yang di angkat dari jemuran petang tadi. Nak lipat kain pon kne buat sekerat-sekerat. Sebabnya..lipat satu yang kecik nak susu, lipat dua yang besar nak mkn, lipat tiga..yang kecik berak..macam-macam hal.

Da kemas rumah, abang sepahkan pulak..asyik-asyik benda same je aku buat dan tak siap-siap. Nak senang sikit buat kerja masa En Abg ade, sebab dia ble tengokkan anak-anak. Tapi, kalau si kecik tu yang nangis, alamatnya aku jugak yang kena..sebab dia nak susu, kekadang dia berak.

Nanti malam-malam sikit baru senang nak mengemas, bila anak-anak dah tidur. Dan pagi esok..sebelum anak-anak bagun tidur. Maknanya, aku kena bagun sahur dan tak payah tidur dah..kemas-kemas je. InsyaAllah sebelum balik esok, siap la kemas tu..sebab mesti siapkan jugak kan sebelum balik..kalau tak mana ble balik.huhu...


Thursday, August 25, 2011

Persiapan Rayaku..????

Urmm..raya dah makin dekat. Tinggal 5 hari je lagi. Aku pula masih dalam pantang..baru 2 minggu bersalin. Persiapan raya satu ape pon tak buat lagi. Baju raya kami sekeluarga pon tak beli lagi. Kuih raye lagi lah tak sempat nak pikir. Sebabnya aku terbersalin awal..dalam 2 minggu ++  macam tu. So, tak berkesempatan la beli ape-ape persiapan pun lagi.

Rasa-rasa nak keluar cari barang-barang raye sikit sebelum balik kampung ni. Tapi, lusa dah nak balik. Aku pula masih tak tahu bila nak keluar. Ade ke orang keluar shopping dalam pantang? Baru 2 minggu plak tu..huhu..dilema sungguh rasanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...