Semalam aku pegi open house rumah kawan aku. Masakan yang disediakan ialah laksa, laksam, mee kari, bihun sup, nasi dagang dan kuih-kuih. Bila ramai-ramai ni, aku bertegur sapa la dengan tetamu lain walaupon tak kenal. Ada satu perbualan aku ngan sorang makcik tu...agak menarik la pada aku..hihihi...
Makcik : Eh..ada baby...berapa bulan ni?
Me : Urmm..sebulan lebih..(senyum)
Makcik : (Senyum)....oh baru lagi..berapa hari?
Me : Dalam 45 hari macam tu la..
Makcik : Kena pantang lagi tu..
Me : (Senyum)..
Makcik : Laksa, laksam, mee, semua tak boleh makan ni...nasi dagang pon tak boleh..ade pulut..air batu tak boleh minum.
Me : Ye Makcik... (aku pon amik la agar-agar)
Makcik : Makan la..alah..sikitnya makan..makan la..
Me : (Senyum...Dalam hati aku "Aku nak makan ape..semua makcik ni kata tak boleh makan. Nanti aku amik kan dia terkejut pulak sebab makcik tu duduk sebelah tempat hidang makanan tu").
Hihiih..lucu plak bila ingat-ingat balik..:-)
Monday, September 26, 2011
Dialog Masa Open House
Labels:
Berpantang,
Hari Raya
Saturday, September 24, 2011
Cerita Sekeping Hati
Aku cuba memahi..
Cuba membaca sekeping hati..
Apa yang ku temu..
Tersimpan sesuatu di penjuru hati..
Tersimpan sesuatu di penjuru hati..
Perasaan kasih..yang abadi
Buat pertama kali..
Dalam hidup ini...dia sendiri..
Dalam hidup ini...dia sendiri..
Tanpa sebelah jantung yang sentiasa menemani..
Lalu..
Terasa kekurangan yang teramat..
Terasa kesakitan yang tersirat..
Labels:
Puisi
24 SEPTEMBER 2011
Hari ni 24 September 2011 merupakan Hari Lahir En Abg yang ke..???hihihi..tahun lepas tak tulis pon entri pasal birthday dia. Bukan tak ingat, tapi..sebab dia kata, dia tak suka bday-bday ni. So, aku pon buat derk je..tak wish pon kat dia. Kononnya buat-buat tak ingat la. Walaupun dalam hati aku, nak sangat wish kat dia dan ajak dia gi makan special sikit untuk meraikan hari istimewanya kerana masih diberi peluang oleh Tuhan untuk bernafas di dunia ini.
Pada aku, meraikan ulangtahun kelahiran ni, bukan bertujuan untuk meniru orang barat. Tapi mahu memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana masih diberi peluang untuk menjalankan tugas sebagai Khalifah di muka buminya. Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan berbuat amal kebajikan kepada keluarga, sahabat dan orang-orang lain.
Semalam, kami balik rumah terbuka kat area Putrajaya agak lewat. Jam 11pm lebih. Bila sampai rumah je, En Abg buka la FB dia. Bermula jam 12am, ramai la teman-teman yang wish bday kat dia dan juga mendoakannya. Tapi aku buat derk je..buat tak tau..sampai aku tertido lebih kurang jam 1am ++ kot.
Pagi tadi, aku mandi, pakai baju 'cantik-cantik', pakai minyak wangi (nak gi open house) dan aku kejut dia tidur sambil membisikkan "Selamat Hari Lahir" kepadanya dengan penuh kasih dan sayang. Tersirat disebalik ungkapan itu, aku teramat menyayanginya dengan seluruh jiwa ragaku seikhlasnya. Alhamdulillah..dia nampak gembira walaupun tiada sebarang hadiah mengiringi ucapan itu.

Untukmu Suamiku Sayang
Aku hanya mampu menghadiahkan kasih dan sayangku kepadamu..
Sayang yang tidak ada batasnya...
Doaku semoga perjalanan hidup kita sekeluarga berada dibawah naungan keredhaan Allah SWT...
Semoga kamu dikurniakan umur yang panjang untuk membimbing isterimu dan anak-anakmu ke jalan yang diredhai Tuhan....
Semoga Allah mengurniakanmu rezeki yang tidak putus-putus,
dan semoga keluarga kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan yang berpanjangan.
Sesungguhnya aku terlalu menyayangimu...
Aminnn..Ya Robbal Aa'lamiiiinn.
Labels:
Ceritera Cinta,
Hari Lahir
Friday, September 23, 2011
Drypers
Hari tu aku dah iklankan Dynamo kat FB. Sabun kegemaran yang mencuci pakaian kami sekeluarga dengan berkesan sekali. Haaa...hari ni aku nak iklankan satu produk lagi yang menjadi kegemaran aku. Iklan lagi..hihihi..tak pe kan? Tapi iklan ni free je..Tak der ape-ape charge ye pihak Drypers.
Masa Umar lahir dulu aku beli lampin pakai buang yang reject tu je..yang tak de jenama tu. Tapi corak dia cantik-cantik. Kakak ipar aku yang rekemenkan sebab di guna yang tu. Masa bersalinkan Umar dulu aku berpantang kat kampung. Jadi, aku guna lampin pakai buang tu je la sepanjang aku kat kampung. Masa nak balik ke KL, aku beli stok 2,3 bungkus. Pastu dah habis stok tu, takkan aku nak pergi balik kampung nak beli kan? Aku pon try la pakai macam-macam produk lampin tuk Umar. Last sekali aku try Drypers. Aku dapati..drypers ni lebih kering berbanding yang lain dan tak bocor. So..sejak tu Umar pakai Drypers sampai sekarang.
Masa Muaz lahir, aku suh En Abg beli lampin yang paling murah sebab mengikut pengalaman masa bersalinkan Umar dulu, bayi ni dia suka berak dan kena salin lampin kerap. Kalau beli yang mahal-mahal nanti rugi plak. Kononnya nak jimat la. Nak ditakdirkan pulak si Muaz ni mengalami ruam yang agak teruk kat bahagian celah peha dia. Kami da cuba macam-macam krim dan bedak, tapi semuanya tak menjadi. Last-last kami pon try la tukar lampin pakai buang Drypers. Dengan izin Tuhan, beberapa hari lepas tukar lampin tu, ruam si Muaz hilang. Alhamdulillah..
Insyaallah..kalau Tuhan izinkan aku akan pakai produk ni selagi ada kemampuan tuk anak-anak aku. Supaya mereka lebih selesa, kering dan tak ruam-ruam. Terima Kasih kepada Drypers yang sememangnya kering. Sesuai sangat dengan 'AMAZING DRYNESS' kat paketnya tu. :-)
Wednesday, September 21, 2011
Best Friend 4-Ever (Episod 1)
Aduh..tajuknya..forever gitu..hihih.. Tak kisah la..asalkan aku bahagia. Tujuan sebenar aku tulis entri ini adalah untuk mengimbau kenangan manis bersama dan juga untuk menghargai sahabat yang pernah berteman denganku ke sana dan ke sini pada suatu masa dahulu. Sebenarnya..aku rindu sangat saat itu..(jiwang karat la pulak..hihi..).
Masa aku kecik-kecik dulu...aku dan kakak aku berkawan dengan Engku Nurulhuda (Sue) dan kakak dia Engku Noraini (Kak Ini). Sebabnya rumah dia paling dekat dengan rumah aku. Kami dua beradik selalu pergi rumah dia, main anak patung, main masak-masak kat loteng rumah dia. Rasa nak main macam kecik-kecik dulu je..tak payah pikir benda lain..main je..missssss dat time a lot la..Lepas tu makan Mamee..hihihi..masa tu mak dia berniaga Jajan (chak kedih). Dan ape yang aku ingat sangat kat mak (Cik) diorang ni, dia buat aiskrim kelapa yang sangat sedap. Aku selalu beli, sebatang aiskrim 10 sen masa tu. Kalau beli tu bukannya satu, 50 sen terus..pastu dapat lebih 1..jadi 6..hihihi..
Engku Noraini (pink) dan Engku Nurulhuda (black)
Masa darjah 6 dapat sorang lagi kawan. Nama dia Che Norlizawati (Liza). Masa tu, keluarga dia baru pindah kat kampung kami. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan datuknya. Usia kami sebaya dan sekolah tempat sama. Kami pergi sekolah naik basikal sama-sama, masuk pertandingan nasyid sekolah sama-sama, pertandingan sajak sama-sama, main sama-sama dan macam-macam lagi la. Tapi kami tak sekelas. Kawan baik dalam kelas masa darjah 4,5 dan 6 ialah Nur Amylia Marlissa (Amy) dan Zamzuriati (Zam). Ke mana-mana (kat sekolah) pasti bersama. Tapi sekarang dah lost contact. Lama cari tapi tak jumpa. AKu rindu sangat dengan Amylia.
Che Norlizawati dan anaknya
Lepas aku naik sekolah menengah, kami jarang sikit jumpa. Sebabnya aku dihantar ke sekolah menengah agama yang jauh sedikit dari rumah aku. Dan..aku kena duk asrama. Semua kawan-kawan sekampung aku tu bersekolah kat sekolah menengah kebangsaan berhampiran rumah je. Jadi, kalau ade masa, kami jumpa hujung minggu je.
Masa kat sekolah menengah, bestfren aku Mimi Zuriati (Mimi) dan Nor Hafiza (Fiza). Masa tingkatan 3, si Mimi ni pindah ke sekolah lain. Lepas tu kami lost contact sampai sekarang. Dah lama tak jumpa dia. Maklum la..dulu mana ade no telefon macam sekarang. Maka, aku pon berbesfren la dengan Nor Hafiza sampai tingkatan 5. Aku pergi rumah dia, dia pergi rumah aku..tuisyen anggun sama-sama..tido sama-sama, bangun lambat sama-sama..bestfren kan..kemana2 pon sentiasa bersama. Rindu masa naik motor gi sekolah..kita bonceng membonceng naik moto kaler maroon tu..hihihi..moto tu x de gear (auto)..bestnya..
Nor Hafiza
Tahun 2002, aku masuk Sekolah Adabi Pasir Puteh, jumpa la dengan Nor Ziana (Gee), Suharniza (Kak Ja) dan Sharifah Aini (Kak ni). Di sebabkan rumah aku jauh, aku pon duduk la rumah sewa dengan Gee, Kak Ja dan Kak Ni. Walaupun rumah Gee dekat je dengan sekolah (dalam 10minit) tapi dia duk rumah sewa ngan aku. Terharu sungguh atas pengorbanan dia tu. Rindu masa Kak Ja goreng lada besar ngan bawang tuk makan nasi sebab tak de lauk kat rumah sewa. Rindu berebut bilik mandi, tidur atas toto, jalan bersama gi sekolah, kadang-kadang pakai baju sama kaler. Rindu makan laksa kat pasar masa rehat dengan kalian semua. Rinduuuunyaaaa...
Terima kasih kepada kalian semua kerana sudi menjadi teman aku. Kenangan bersama kalian akan tetap tersemai indah dalam hati ini. Walaupon kita jarang berjumpa, tak dapat hadiri perkahwinan kalian (Gee, Liza dan Kak Ini), tapi sebenarnya aku sayangkan korang semua. Kamu semua kesayanganku.

Nor Ziana dan Suharniza
- Ini Episod sahabat baik aku masa kecik-kecik dan masa sekolah. Untuk yang kat IPT pulak, aku akan ceritakan dalam entri bertajuk Best Friend 4-Ever (Episod 2) nanti.
Labels:
Belajar,
Ceritera Cinta,
dulu-dulu..,
Kenangan,
Sahabat
Tuesday, September 20, 2011
"Aku Dah Tak Nak Kamu...Cerai Saja."
Rancangan Wanita Hari Ini TV3 - Topik : "Aku Dah Tak Nak Kamu...Cerai Saja."
Memaparkan kisah dan masalah rumahtangga yang berlaku hari ni. Kes-kes penceraian yang berlaku akibat suami tak bertanggungjawab, tiada persefahaman, suami suka pukul, suami tak kerja dan macam-macam lagi.
Melalui pemerhatian aku juga banyak masalah rumahtangga (golongan sederhana) berpunca dari suami yang tidak bertanggungjawab, tidak bekerja, pemalas, suka lepak, abaikan isteri dan anak-anak, kaki judi, dadah dan macam-macam lagi. Golongan atasan pula lebih kepada perempuan simpanan, berfoya-foya, arak, dan sebagainya.
Masalah yang berpunca dari isteri juga ada, namun sangat kurang berbanding masalah yang di cetuskan oleh si suami. Masalah perempuan biasanya lebih kepada mencari lelaki yang kaya untuk memenuhi keinginannya untuk memewahkan hidupnya. Bagi golongan atasan pula, tujuan mereka adalah untuk mencari lelaki bagi memuaskan nafsu atau mendapatkan perhatian kerana suami sering sibuk bekerja.
Pelbagai masalah yang berlaku pada hari ini yang menyebabkan ketidakharmonian dalam rumahtangga. Akhirnya akan menghilangkan rasa sayang dan lebih teruk lagi mencetuskan penceraian dalam sesebuah rumahtangga. Contoh masalah rumahtangga yang berlaku:
1) Isteri berkerja berhempas pulas bagi menyara keluarga sedangkan suami sibuk dengan dadah dan tidak bekerja.
2) Isteri terpaksa menanggung perbelanjaannya sendiri kerana suami asyik berjudi dan mencari perempuan lain.
3) Suami tidak bekerja dan suka lepak bersama kwan-kawan memaksa isteri menyara diri sendiri dan anak-anak.
4) Suami yang malas bekerja dan sering lepak bersama kawan sedangkan si isteri dan anak-anak tak cukup makan dirumah sebab isteri tak bekerja.
Contoh yang terbentang depan mata ku ini memberikan aku rasa syukur yang tak terhingga pada Allah. Bersyukur kerana mengurniakan aku seorang suami yang bertanggungjawab, baik, tak pernah pukul aku, menyara kehidupan aku dan anak-anak, memberikan aku tempat tinggal yang selesa, memberi makan dan pakai secukupnya, menyanyangi aku dan anak-anak. Ya Allah..Alhamdulillah atas kurniaan yang tak terhingga ini. Terima kasih Ya Allah.

Renungan
Monday, September 19, 2011
Umar - perkembangan semasa
Sukanya bila dengar si Umar ni da pandai cakap sikit-sikit..walaupon kadang2 x paham ape bende..tapi ummi layankan aje..
Antara perkataan yang dia ble sebut:
Ape lagi ye..urmm..nnti ummi ingat, ummi tambah lagi. Hari ni Umur Umar 1 tahun dan 9 bulan. Ok la untuk baya Umar kan. Tapi ade jugak yang lebih laju mulutnya dari Umar..dan ade yang lagi kurang dari Umar..kiranya Umar ni sederhana la.
Tapi banyak lagi benda lain yang dia faham tapi x boleh sebut seperti bukak tv, tukar channel, lori, basikal, amik bantal, amik bedak baby, towel, masuk baju dalam bakul, mandi, makan, good dan macam2 lagi..
Dah boleh tolong ummi amikkan itu dan ini..senang ckit kerja ummi. :-)Tq sayang.
Sunday, September 18, 2011
Tiba-tiba Dia Menangis
Pagi tadi kami ke rumah kakak En Abg di Sg Besar. Sebabnya dia ade buat open house sekali ngan bday anak2 dia.
Setelah makan bersesi-sesi, kami pon bertolak pulang lebih kurang jam 6 petang tadi. Singgah di pekan Sg Besar jap..merewang2..akhirnya terbeli 2 helai tudung dan 1 tilam kekabu.
Jam 7 petang lebih kurang..kami sambung perjalanan...
Tiba-tiba.. si Muaz yang tengah2 sedap tidur meraung2..menangis2...xtahu kenapa. Bagi susu tak nak, enjut2 xnak..peluk tak nak, tgk pampes kering..semua dia x nak..dia nangis je...bila penat dia berenti jap sambil tutup mata. Sekali tengok macam tidur..tapi tiba2 dia meangis lagi. Dah sampai rumah pon menangis lagi. Bagi susu tak nak lagi. pergi mandikan dia..tukar pempes kalau2 dia xselesa ngan pempes tu..tapi tengah mandi n sesudah mandi pon..dia nangis jugak. Berenti nangis bila penat dan sambung balik..macam nak terkeluar anak tekaknya tu..urmm..bimbang Ummi..bukak mengaji kat pc, ummi pon baca sikit2..ayah lagi..tapi semua tak nak.
Pujuk punya pujuk..gosok punya gosok seluruh badan ngan minyak yuyi..akhirnya..dia terjeluak (muntah sikit-baby2 biasa la). lepas terjeluak tu dia terus tido..tapi dah bagun baik dah..dan menangis dan menagis lagi..urmm.. k la..nak amik si Muaz..

Muaz,
My Baby,
Pengalaman
Thursday, September 15, 2011
Cemburu..
Tadi ade tengok gambar kawan bersalin kat fb. Terasa cemburu pula bila melihat ramai saudara dan teman datang menjenguknya. Suami, mak, ayah, mertua, adik beradik, pakcik makcik, dan kawan-kawan..semua ada. Best je dia sambut baby..heppi je..sakit pon xrasa bila ramai2 cam tu.
Pastu tiba-tiba je teringat masa aku bersalin..huhu..sedihnya rasa. Tersentuh la pulak...hihihi. Masa tengah pening2 lagi pon gi tandas takde org teman, nak basuh berak baby takde org tolong..semua kena buat sendiri. Sampai nak terjatuh kat bilik air.
Masa bersalin tu ade la kawan abang datang jenguk. Tu pon sebab En Abg kerja kat spital tempat aku bersalin tu. Tapi aku berterima kasih jugak la sebab sudi datang jenguk aku walaupon hanya 15 minit. Maklumla..datang waktu rehat. Tq pada Ros, Mashitah, Kak Dilah, kerani baru HDU tu (lupa nama dia), dan sorang lagi..lupa jugak nama dia sebab dia kerja tak sama tempat ngan En Abg..so, kenal muka je..maaf ye kak..tapi saya kenal akak..terima kasih banyak-banyak.
Masa diorang datang tengah hari tu, En Abg tak datang lagi lepas balik jam 5am tadi. Ngantok kot..sebab semalam tak tidur tunggu aku bersalin. Tapi dia tak duk dekat aku pon. Dia gi berbual dengan kawan dia kat Emergency sebab staff kat dewan bersalin tu tak bagi masuk. Masa bersalin tu aku nampak dia kejap je..masa baby dah nak keluar baru dia datang kat aku dan pergi lepas azankan baby. Walaupun tak kucup dahi aku dan xtak ucap time kasih sebab lahirkan anak dia, tapi aku nak ucap terima kasih jugak kat dia sebab sudi temankan aku masa tengah meneran tu. Orang lain lagi la kan..suami tak datang pon..huhu..Alhamdulillah.
Petang tu ade pesakit En Abg datang jenguk kejap. Dalam 5 minit gitu. Pon aku xkenal. Time kasih ye makcik dan pakcik sebab sudi datang tengok saya. Walaupon kejap saya tetap gembira. Masa tu aku duk kat wad kelas pertama. Yang duk sebilik dengan aku tu riuh je tempat dia. Mak, ayah, suami, adik beradik..ramai je. Tak tinggal pon..jeles rasanya..
Ahli keluarga aku tak de datang jenguk pon..huhuh..Mak tak de..Ayah takleh tinggal rumah, adik2 sekolah..abang2 semua sibuk kerja, kakak2 jauh..huhu..sendirian lah aku menjaga diriku sendiri..

Cerita Sedih,
Merapu Meraban
Tuesday, September 13, 2011
Umar Vs Muaz
Umar -19/12/2009 (02 Muharam 1431H)
(Usia kandungan semasa lahir 39/52)
Berat: 3.0/4.2kg
Panjang: 48/56cm
Kepala: 32/37cm
Muaz -12/08/2011 (12 Ramadhan 1432H)
(Usia kandungan semasa lahir 37/52+6/7)
Berat: 3.24/4.3kg
Panjang: 51/55cm
Kepala: 33/36cm
**Lahir/1 bulan
Labels:
Hari Lahir,
keluarga,
Mengandung,
Muaz,
My Baby,
Umar
Subscribe to:
Posts (Atom)