Thursday, May 26, 2011

~::Aktiviti Anak Sulung::~

1) Sepahkan baju yang dah di lipat
2) Main tolak2 bakul kain kotor dan akan meninggalkan satu persatu pakaian dalam bakul semasa perjalanannya me'round' satu rumah sampai bakul tu kosong
3) Menarik kain baju ayahnya dalam almari
4) Membuang pampers dari plastik sampai plastik tu kosong
5) Mengorek tembikai sehingga berlubang dalam peti ais
6) Bukak laptop Ummi..pastu tekan2...bila da bosan tekan2 di pijak2nya laptop itu
7) Keluarkan buku dari rak dan baca dengan bahasanya yang tersendiri
8) Panjat meja PC ayahnya
9) Main bukak tutup CD, TV etc yang ada butang2
10) Baiki basikal dan motor dia

......cont...>>>>>>

Friday, April 29, 2011

Umar & TV



Malam tadi (28/4/2011-lebih kurang jam 11pm++), aku tutup lampu dan kipas kat ruang tamu, tutup tv pastu bawak Umar masuk bilik. Nak tidur la kononnya..alih-alih, dalam kesamaran malam tu, Umar bangun balik, keluar dari bilik, bukak tv dan baring depan tv..hahahah..aku dan En Abg gelak je. Pastu, aku tutup balik tv dan amik Umar bawak masuk bilik sekali lagi. Tapi dia keluar balik. En Abg pon ikut Umar keluar. En Abg tidur atas kerusi, dan Umar baring depan tv sambil tgk tv. Aku pulak tidur dalam bilik. 

Pagi ini (29/4/2011-lebih kurang jam 6.30am++) seprti biasa, Umar akan bagun apabila ayahnya membuka lampu untuk bersiap pergi kerja. Setelah ayahnya pergi kerja, dia akan bukak tv dan baring depan tv sambil minum susu sebelum tidur balik. Dan seperti kebiasaannya dia buka tv pagi ini..di tekannya on..off..on..off..on, tapi gambarnya tak keluar-keluar. Aku yang memerhatikan tingkahlakunya itu pon pergi la tekan on. Memang tv tu tak keluarkan gambar dan suara. Aku telefon En Abg, tanya dia siapa yang tutup tv semalam, dia kata tak tahu. Aku pon beranggapan bahawa mungkin sebab kilat semalam tv tu rosak. 



Setelah habiskan susu pagi ni, Umar tertidur jugak dihadapan tv itu. Dan hari ni tak boleh la aku tengok cerita  "Marimar"..huuhuhu..:-(

Thursday, April 28, 2011

Andainya Lelaki Tahu..



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
  
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.. 
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

-trixie-

Wednesday, April 27, 2011

Mengandungkan Adik Umar

Aku mengandung lagi ketika Umar berumur setahun. Alhamdulillah..rezeki dari Tuhan..terima dengan seikhlas-ikhlasnya. Segala perancanganNya ada lah yang terbaik untuk hambaNya yang lemah sepertiku.

Pengalaman mengandung kali ini sangat berbeza jika nak dibandingkan semasa aku mengandungkan Umar dulu. Pada bulan-bulan yang terawal, aku mengalami muntah-muntah, tak lalu makan, dan benci kepada bau-bauan makanan. Contohnya bau KFC, McD, Pizza..semuanya memualkan aku..tapi aku suka bau suamiku..hihihi..Alhamdulillah. Dan kadang-kadang aku mengarut nak makan itu dan ini juga selain nasi.

Perut juga agak besar kali ni. Tidak seperti semasa mengandungkan Umar dulu, perutku hanya kelihatan bila dah memasuki bulan-bulan terakhir. Tapi kali ini, perutku sudah kelihatan besar walaupun baru 4,5 bulan mengandungkan adik Umar. Dan beratku juga sudah 65kg ketika usia kandungan 4 bulan. berbeza dengan kandungan sulungku yang hanya 60kg+ ketika usia kandungan 5 bulan. mungkin juga aku sudah sedikit berisi setelah melahirkan Umar.

Selain itu, tidak ada tanda-tanda hitam muncul di bahagian ketiak, leher dan lain-lain tempat seperti dulu. Masa mengandungkan Umar dulu, kehitaman itu hilang pon beberapa bulan setelah kelahiran Umar. Namun kali ini aku tidak mengalaminya. Alhamdulillah.

Masa aku mengandungkan Umar dulu, aku rasa aktif sikit berbanding sekarang. Maklumlah, aku merupakan pelajar Perdana di UTM ketika itu. Sentiasa berkejar ke kelas, naik tangga turun tangga, siap sertai permainan lagi masa 'family day' unit Nefrologi di Bukit Tinggi walaupun ketika itu usia kandungan sudah mencecah 8 bulan. Kawan-kawan En Abg semua bimbang takut aku terberanak kat situ. Tapi kedegilan aku untuk bermain tak boleh di halang oleh sesiapa (hihihi).

Namun kali ni, ketika usia kandungan baru mencecah 4 bulan, aku menjadi seorang yang cepat penat. tidak tahu kenapa. Baru angkut baju ke bilik membasuh, sudah termengah-mengah. Menyapu sampah, kemas rumah, bermain dengan Umar, semua sangat memenatkan. Memang mencabar sungguh rasanya. Hari ni, nak dukung Umar pon dah rasa tersangatlah penatnya. Kesian pulak pada En Abg kerana terpaksa dukung Umar seorang diri bila kemana-mana. Bila duduk lama sikit pon, mula la sakit belakang. Ermmm..sangat berbeza.

Yang paling teruk, aku menjadi terlalu sensitif. Selalu nak marahkan En Abg dengan hal-hal yang tak munasabah. Cepat merajuk, menangis, mudah terasa hati, dan macam-macam lagi. Selalu berfikiran buruk pada En Abg. Kesian dia. Nasib baiklah En Abg aku itu seorang yang sangat penyabar dan sayangkan aku. Tak pernah marah-marah aku. Aku sangat bersyukur mempunyai suami sepertinya. Alhamdulillah. Dan sekarang, aku rasa sudah agak stabil, sudah tidak ada mabuk-mabuk dan tidak sensitif sangat (tapi masih merajuk kadang-kadang).

Kesimpulannya, pengalaman mengandung ni memang tak sama. Harap-harap kali ini dapat anak perempuan pula. InsyaAllah. Mesti comel..tambah-tambah kalau rupanya itu, macam Ayahnya..cute je..hihihih..

Kepada En Abg, terima kasih kerana banyak bersabar dengan kerenah Tie. Dan Tie Minta maaf banyak-banyak kalau ada perbuatan Tie yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan Abg. Tie saaaaayang sangat pada Abg dan anak-anak kita..keluarga kita. Terima kasih kerana menjaga Tie dan mengurniakan Tie sebuah keluarga yang bahagia. I Love U.

Wednesday, March 16, 2011

Botol susu anak kita..selamat ke tak??

Pernahkah anda menjumpai kod-kod tertentu dan berbentuk segi tiga di bahan2 plastik? Contohnya botol air mineral atau minuman lain yg anda beli, bekas-bekas plastik yg digunakan dirumah, bekas tau fu fa yang anda beli kat pasar malam malahan kat botol susu anak anda. Perasan kan? Secara umum tanda pengenalan plastik tersebut adalah:

1. Berada atau terletak di bahagian bawah
2. Berbentuk segitiga
3. Di dalam segitiga tersebut terdapat angka
4. Serta nama jenis plastik di bawah segitiga

Apa pentingnya kita ada pengetahuan tentang kod-kod ini? Ini la yg saya kongsi hari ni. Secara ringkasnya bahan-bahan tersebut adalah:-

1) Polyethylene terephalate (PET)
2) High density polyethylene (HDPE)
3) Unplasticised polyvinyl chloride (UPVC) or Plasticised polyvinyl chloride (PPVC)
4) Low density polyethylene LDPE
5) Polypropylene (PP)
6) Polystyrene (PS) or Expandable polystyrene (EPS)
7) Other, including nylon and acrylic

JENIS PERTAMA

Angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) di bawah segitiga. Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman. Botol ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

Angka 2 ditengahnya, serta tulisan HDPE (High Density Polyethylene) di bawah segitiga. Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

PVC bermaksud Polyvinyl Chloride. Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita harus mencari alternatif pembungkus makanan lain (bukan bertanda 3 dan V) seperti plastik yang diperbuat dari polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

Angka 4 di tengahnya, LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik.
Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan namun tetap baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

Angka 5 di tengahnya, PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi dan cukup mengkilap.
Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

Angka 6 di tengahnya, PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:

1. SAN - styrene acrylonitrile 
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonat 
4. Nylon

Boleh didapati pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, komputer, alat-alat elektronik. Barangan plastik SAN dan ABS bertindak tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus thermos, piring, alat makan, penapis kopi dan berus gigi. ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan Lego. Plastik jenis ketujuh ini merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan dalam barangan makanan ataupun minuman.

Plastik dengan jenis 7 yaitu SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan sebagai bekas makanan ataupun minuman. Bagaimana jenis plastik dengan kod 7 serta tulisan PC? PC – atau nama Polycarbonate dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minuman polikarbonat yang dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol-A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imuniti. Disyorkan tidak digunakan untuk bekas makanan ataupun minuman. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.

Jadi, ibu2, mama2, ummi2 dan mummy2...mulai saat ini sama2lah kita buka mata besar2 sket utk perhatikan kod2 yg tertera demi utk kebaikan keluarga kita bersama. Apa yang penting:-

* Harus bijak dalam menggunakan plastik, khususnya kod 1, 3, 6, dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai!

* Adalah selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (SAN atau ABS)

*Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5.

* Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

* Elakkan memanaskan makanan yang disimpan didalam plastik, khususnya pada microwave oven, bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus ketika akan dipanaskan di dalam microwave oven.

* Elakkan menggunakan plastik untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak. Cubalah untuk menggunakan bekas kain untuk membawa sayuran, makanan, ataupun belanjaan.

* Elakkan penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunalah alat makan stainless steel, kaca, ceramic atau kayu

Monday, March 7, 2011

'Dia' Wan Ahmad Fadzil bin W. Mohd

Terhasilnya blog ini adalah kerana 'dia' yang sering memberi kata-kata semangat untukku menulis. Walaupun karangan yang aku buat tidaklah sehebat 'dia', namun bermulanya aku dalam dunia blogging ini adalah kerananya. Bukan sahaja menulis di blog, malah Facebook yang aku ada hari ini juga adalah bermula darinya yang tak jemu-jemu menberi tunjuk ajar kepadaku. Di kesempatan yang ada di sini, biarlah aku menulis sedikit sebanyak berkaitan dengan kebaikan 'dia.

'Dia' umpama guru semasa aku berada di Universiti. Apa-apa yang aku tidak tahu terutama berkaitan dengan Bahasa Inggeris akan aku tanyakan pada 'dia'. 'Dia' sedikit pun tak pernah mengeluh jika aku mengganggunya dengan SMS atau pangilan untuk bertanyakan sesuatu. Tanpa rasa jemu dan tanpa mengira masa dia akan membantuku.

'Dia' juga kekuatan aku di kala aku sedih. Aku selalu berkongsi masalah tentang keluarga dan lain-lain perkara dengannya. Aku percayakan 'dia' dan langsung tak berasa kekok untuk berkongsi masalah dengannya. 'Dia' seorang pendengar yang baik. Apabila aku mengadu hal kepadanya, dia selalu memberi kata-kata semangat dan nasihat kepadaku agar aku tabah menghadapi ujian hidup ini. Sekiranya aku menghadapi masalah dengan suamiku juga aku akan bercerita kepadanya. Kerana mereka sangat rapat dan aku rasa tiada orang lain yang lebih sesuai untukku mengadu mengenai suamiku selain 'dia'. Kerana pada pendapatku mereka adalah sebahagian dari diri masing-masing.

'Dia' juga x pernah lupa untuk menghadiahkan sesuatu kepadaku, anakku dan suamiku jika dia pergi ke mana-mana. Malah setiap kali dia pulang bercuti, dia akan membelikan ole-ole untukku dan keluarga. Walaupun aku hanyalah sekadar iparnya, namun dia tak pernah lupa menghadiahkan sesuatu kepada ku. 'Dia' seorang yang sangat pemurah. Tak pernah berkira dengan adik beradiknya. Hadiah terakhir yang diberi kepadaku pada percutian kali ini ialah sepasang kain cotton yang sangat cantik. Anakku Umar pula mendapat baju dan beberapa pasang kasut. Hadiah kali ini adalah antara hadiah yang terpenting dalam hidupku.

Walaupun 'dia ' berada jauh di negara lain, namun keluarganya dan keluarga kami sangat dekat. Setaip kali bercuti, mereka sekeluarga tak pernah lupa untuk ke rumah kami. Dan setiap kali mereka pulang, ramai yang sentiasa menantikan kepulangan mereka sekeluarga ke tanah air. 

Aini Nurbaya, kamu sangat bertuah kerana menjadi isteri yang sangat dicintainya. Beruntungnya kamu mendapat seorang suami yang sangat baik, penyayang dan pemurah. Wan Nadaa dan Wan Marwa, berbanggalah kamu kerana menjadi anak-anaknya. Percayalah, Ayahmu  seorang yang sangat baik hati dan lembut hatinya. Jadilah anak-anak yang baik seperti yang ayah kamu maksudkan. Sayangi 'dia' seperti dia menyayangi kamu walaupun 'dia' telah tiada lagi di muka bumi ini. Dia terlalu menyayangi kamu semua. Kamu bertigalah jantung hatinya.

Dan berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada 'dia' Wan Ahmad Fadzil bin W. Mohd di atas segala kebaikan 'dia' dan keluarganya lakukan. Kami semua menyayangimu. Pemergianmu sangat dirasai oleh semua yang mengenalimu. Tiada apa yang dapat aku hadiahkan padamu lagi selain mendoakan kebahagianmu di sana. AL-FATIHAH.

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru di Kampung

Pulang ke kampung tanpa disangka-sangka. Aku menumpang abang yang ingin balik menjenguk Ayah. Jam 3am bertolak balik, singgah di rumah kakak di K.Lipis sekejap untuk solat subuh. Lebih kurang jam 11am baru sampai kampung.

Masa nak masuk cabang rumah, jumpa dengan atuk tersayang..dia terperangkap dalam hujan..dan tak boleh balik sebab dia naik motor. Tapi bila nampak Umar balik..terus dia ikut kami balik walaupun dalam hujan. Setibanya dirumah..Cik (atuk) terus mendapatkan Umar..Sungguh gembira dia dengan kepulangan yang tak disangka-sangka ini.

Sampai saat aku menulis coretan ni pon dia masih tak puas-puas bermain dengan Umar. Urmm..gembira aku bila sampai di kampung. Dapat melupakan segala ketegangan perasaan seketika. Nyaman, sejuk, damai, tenang, da macam-macam perasaan lagi. Walaupon rumah Cik aku ni buruk, aku tetap gembira berada di sini dan sangat berbangga kerana aku dilahirkan dan di besarkan di kampung ini.

Mungkin rumah ini tidak selesa kepada sesetengah orang, tapi rumah inilah yang mengajar aku untuk hidup susah dan tabah. Duit itu memang perlu, tapi kasih sayang lebih penting dari segalanya. Aku sangat gembira mempunyai atuk yang sangat sayang pada aku. Rumah ini tiada peti ais, tiada mesin basuh, tiada tv, dan banyak lagi benda asas yang tidak mencukupi. Namun aku tetap selesa di sini kerana kasih sayang yang ada dalam rumah ini...

Akhir kata, Selamat Tahun Baru kepada semua...

Wednesday, December 8, 2010

Setahun Sudah Umur Umar..

2 Muharram 1431H, jam 5 pagi..aku telah melahirkan anak sulungku. Hari ini genaplah setahun usia anakku Wan Umar B. Wan Ahamad Lutfi. Tanpa disedari..masa berlalu dengan begitu pantas. Sudah besar anakku yang sorang ni.

Alhamdulillah, bersyukur sangat pada Tuhan kerana telah mengurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia, suami yang baik, anak yang comel..Alhamdulillah. Umar merupakan seorang anak yang baik..tak banyak perangai..dan memang sangat senang nak jaga dia.

Umar hari ini:
1. Makan apa sahaja makanan yang disuapkan padanya
2. Bagun tidur terus senyum
3. Nak tidur x perlu nak dodoi
4.Suka tidur sorang2 n guling2 satu tilam
5. Tak suke dipeluk
6. Ayik nak main sorok2 n kejar2 je
7. Da pandai pegang n makan sendiri
8. Ada 4 batang gigi
9. Da makin laju berjalan
10. Suke mengemas pinggan mangkuk n kain yang dilipat
11. Sukakan komputer/laptop (tekan2 keyboard)
12. Suka main telefon dan remote control
13. Suke dengar azan dan lagu (dalam telefon)
14. Suka main2 barang dalam peti ais
15. Suke panjat kerusi, meja komputer etc
16. Suke tempat ramai orang
17. Suka masuk bilik air
18. Suka makan bedak etc..


Banyak sangat..da x larat Ummi nak tulis. Ape pun..Ummi doakan agar Umar menjadi anak yang soleh..baik budi pekerti, hormat Ummi, Ayah dan lain2, belajar rajin2 dan sebagainya..Ummi sayang sangat Umar...
Selamat Hari Lahir yang Pertama sayang.:-)

Monday, October 25, 2010

Tercapai Sebuah Cita-cita

Alhamdulillah..syukur pada Ilahi..kerana telah makbulkan doanya. Hamba yang lemah..yang terlalu berharap dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Itulah cita-citanya..harapannya..impiannya..yang akhirnya diberi peluang oleh Mu. Betapa gembiranya dia dan sungguh terujanya dia untuk ke sana.

Menitis airmatanya sewaktu menuju ke tempat pendaftaran..sangat hiba..sangat gembira..perasaanya bercampur baur. Mengucup Umar berkali-kali..sambil menahan air mata..yang akhirnya jatuh bila di peluk anak-anaknya yang meminta maaf. Di pipinya, kemerahan yang amat jelas menampakkan perasaannya ketika itu.

Semalam, ku terima panggilan darinya menyatakan bahawa dia telah selamat sampai di sana. Di kurniakan kesihatan yang baik, tempat tinggal yang selesa..dan suaranya ku dengar sangat gembira. Alhamdulillah..sekali lagi pada Mu..

Terima Kasih Ya Allah..

Thursday, August 19, 2010

Umar sudah 8 bulan..

 Terbaru..kepala botak..

 Sebelum dibotakkan...

Nak gi terawih ngan ayah..

Sudah lama aku tak menulis...sedar tak sedar..Umarku sudah pun berusia 8 bulan hari ini 19/8/2010. Cepat je anak kecil ni membesar..sudah berat, lenguh nak mendukungnya. Sekarang ni Umar sangat la buas..sudah pandai kemas rumah..geram pon ada..nasib baik sayang..hmmm...

Umar sekarang ni sangat berminat dengan komputer. Suka tekan2 keyboard & main2 dengan mouse. Tengok je Ayah kat PC..cepat je pergi..Tengok Ummi kat laptop..terus terkam. Salah satu tempat kegemaran dia bawah meja PC Ayahnya. Tarik wayar Keyboard, main speaker..dihentak2..dipukulnya..macam2..

Umar juga pantang bila tengok buku, kertas, paper, Quran..dan seangkatan dengannya..mesti nak terkam. Bila orang mengaji..dia pon sibuk nak mengaji..orang baca paper..sibuk nak baca paper..

Bila Ummi lipat baju plak, mula la dia nak menolong..habis bersepah di buatnya. Sekarang ni dah tak bolah nak hias2 rumah. Pasu ditariknya, frame gambar di hentak2..macam2 kesukaannya tu. Yang mana2 kesukaan dia tu semua kena simpan dalam stor atau letakkan di tempat yang dia x sampai nak capai.

Umar ni dia x suke makan nestum ataupon nasi blend. Dia nak makan macam orang tua, Apa yang kita makan itulah yang dia nak makan. Pedas ke..ape ke..semua dia nak. Time dia makan dia dah makan..time kita makan pulak..dia pon nak makan..tak bagi nangis..bagi je la..pernah tu dia makan sampai muntah..berenti suap nangis..pelik sungguh..

Perkataan yang dia da boleh sebut..tah..tah..tah.., ma..ma..ma..suke dengar..tak tau dia nak cakap ape..tapi layan je..tah.tah..tah...cute sangat anak Ummi..)

Sudah pandai berdiri ( tapi pegang la kat mana2 ), panjat kerusi, pajat katil, dan macam2 lagi. Dia berani turun kerusi tapi tak berani turun katil..sebab katil tinggi sikit..kalau dia nak turun dia turun tangan dulu. Dan kalau tangan tu tak sampai ke lantai dia tak turun la..hihihi..berhati2 ke penakut??

Alhamdulillah..sangat suke ada anak ni. Boleh jadi penghibur hati. Sayangnya kat anak ni hanya Tuhan yang tahu..Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...