Saturday, September 1, 2012

Naik Bas Balik Jumpa Ayah

Minggu ni dah 'ter'janji nak ke rumah seseorang..jadinya kami perlu balik ke Serdang sebab nak tunaikan janji tu.

Al-kisahnya...

Lepas kerja semalam, aku panaskan enjin kereta. Tetiba..nampak air laju je keluar bawah bonet depan kereta. Tanya Abg Edy (staf tempat kerja)..dia tengok...katanya water pum bocor. Lepas tu En Hawari pulak datang tengok...katanya tak boleh jalan jauh ni..tak boleh nak balik KL lah..

Dah janji ngan En Abg nak gi dating kat Rimbun Klasik malam ni..nak makan Grilled Lamb Chop dia yang sedap tu. Hoooo...sedihnya aku...

Mulanya kami nakk balik berlima. Cik Eka nak tumpang sampai Slim, dan aku nak bawak Mahirah ke rumah aku...mintak tolong di jagakan Muaz dan Umar dalam kereta.

Last2...Cik Eka terpaksa naik bas jugak. Kesian dia.

Aku??? Sape nak kesiankan?? Hari tu servis kereta, bateri rosak, ter'eksiden' pulak, water pum bocor..balik kampung...semuanya makan duit banyak...hoho...kereta oh kereta. Tayar pulak botak..bulan depan roadtax mati...hmmmm...aku yang pengsan dulu nanti. Macam-macam dugaan duk jauh ni.

Telefon En Abg..bagitahu dia tak boleh balik sebab kereta rosak. Dia suh gi baiki petang tu jugak...urmm..aku pon mintak tolong ngan En Haris. Dia bawak ke 2 bengkel..tapi dua-dua x ble nak siapkan segera. En Haris cadangkan aku hantar hari isnin je dan balik naik bas. Katanya...malam ni dia hantar. Ooooo...naik bas ke??? Dah la hari ni aku puasa..penatnya layan kerenah kereta ni..sampai rumah pon dah hampir kul 7 petang.

Akhirnya..berbuka puasa dengan air dalam peti je. Nasib baik Si Lala tu ajak gi rumah mertua dia..'Open House' katanya. Lepas solat mangrib..mandikan budak2..aku ajak Mahirah. Banyaknya aku makan..maklum sajalah..orang puasa..sampai kembung perut..hahaha. Makan nasik ayam, bihun goreng, mee johor, agar-agar...semua aku bedal..dah macam orang kebulur pulak..

Malam tu..usaha jugak nak balik..macam-macam aku pk...macam mana nak balik..hmmm...

Tiket ke Putrajaya malamnya da habis. Ada keesokan harinya aje. Sebab tak nak terlepas, aku try book tiket secara online...tapi tak berjaya. Telefon...tp dia x bagi book dalam telefon. Kne gi beli jugak ni. Tapi mcm mana nak pergi..kereta rosak..pk lagi..pk lagi. Malas nak menyusahkan orang di sekitar sangat..tapi terpaksa susahkan jugak. Telefon Si Azra (jiran)...ajak dia gi cari tiket. Tapi Alhamdulillah..tuhan nak permudahkan urusan..dia memang nak keluar malam tu..bagaikan 'pucuk dicita ulam mendatang'..hihihi..terus aku kirim aje pada dia. Alhamdulillah..dapat jugak kami balik.....naik bas...

Jumaat..bagun seawal 5 pagi..siapkan barang-barang..siapkan anak-anak..ajak Mahirah sekali. Mintak tolong pengasuh Muaz hantarkan ke stesen bas jam 8 pagi. Jam 9 pagi bas mula bergerak. Alhamdulillah..walaupon keadaan dalam bas tu agak 'tidak selesa' tapi kami sampai jugak ke Terminal Putrajaya dengan selamat...Alhamdulillah..

Terima kasih banyak2 pada semua yang membantu saya. TQ.

Gambar kenangan ni..hihi..bukti...balik jumpa ayah naik bas...xtahu bila pulak boleh naik bas..layan je..

Bertemankan Cik Mahirah

Umar & Muaz dalam bas

Saturday, August 25, 2012

Hari Raya Kami

Alhamdulillah..tahun ni sekali lagi dapat menunaikan ibadah puasa. Penuh pulak tu...hihihi. Tahun lepas 20 hari kena ganti sebab bersalinkan si hensem Muaz. Tahun ni..tak payah ganti :) . Cumanya baki tahun lepas ada lagi 2 hari tak sempat nak habiskan. So kena ganti puasa dan bayar fidyah dek kerana dah terlebih tempoh. Harap-harap Tuhan beri keizinan untuk ganti puasa di bulan Syawal yang mulia ini.

Hmm..hari raya kami....

Selepas 'terlanggar bontot kereta orang' hari tu...aku jadi takut sikit nak drive. Jadinya...terpaksalah En Abg datang amik kat Diamond Bay ni tuk bawak kami bertiga pulang ke kampung halaman. Kesian dia..dah la cuti hari raya pertama je. 

Kami bertolak balik kampung tengah hari Jumaat. Dan selamat sampai di Setiu jam 11 malam++. Kami beraya di kampung En Abg dulu sebab Hari Raya Kedua tu dia da mula kerja. Kesian dia..da menjadi lumrah pekerja Hospital...berkorban demi pesakit. 

Hari Raya Pertama di rumah En Abg...

Selepas sembahyang sunat Aidil Fitri, kami semua bersarapan, amik gambar..dan terus ke kubur. Menziarah kubur arwah ibu mertua dan arwah kembar En Abg (Nafastari). Selesai tahlil arwah..kami menuju ke rumah ibu saudara En Abg...lepas tu rumah Tok..rumah bapa saudara Eb Abg, dan rumah kawan En Abg.

Setelah semua kepenatan, kami pulang. En Abg tertidur di balkoni rumah. Berehat sebelum memulakan perjalanan ke KL untuk bekerja esok hari. Hampir waktu Maghrib, En Abg hantar kami ke kampung aku. Lepas tu dia tinggalkan kami di situ.

Che (atuk aku) sangat gembira dengan kepulangan kami bertiga. Malam tu dia siap amik Muaz tidur dengan dia lagi..hahaha. Che...Che...terlalu sayang dia dengan anak-anak aku. Nampak kegembiraannya bila kami pulang. Dan setiap kali balik..begitulah keadaannya. Pantang hilang dari pandangan, terus mencari dan bertanya..mana Umar? Mana Muaz? hmmm...Kalau dah sayang tu kan..

Hari Raya Kedua...

Selesai sarapan pagi..kami menuju ke kubur arwah ibu dan nenek aku. Selesai tahlil arwah, kami ke rumah 'Mak Baru' dan selepas tu makan tengah hari di rumah mak sedara aku. Malam tu kami pakat-pakat adik beradik dan sepupu sepapat buat BBQ kat rumah. Best sangat...

Raya seterusnya...tak ke mana-mana. Duduk rumah je..berkumpul adik beradik...sembang-sembang. Kari Khamis petang aku tumpang abang aku tuk balik KL..beraya ngan En Abg pulak...

Esok..nak balik Diamond Bay dah..minggu depan da start kerja. Urmmmm...kejap je cuti 9 hari..masih belum puas rasanya...

Akhir sekali...

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap yang dilakukan secara sengaja ataupon tidak. Semoga Raya kita akan lebih gembira dan bahagia dengan kemaafan yang ikhlas sesama kita. Semoga kita semua diberkati dan berada dalam redho Allah selalu. Aminn...

Jom layan gambor ghayer kami...

 Muaz meragam

 Gambar keluarga terbaik yang dapat diambil..hoho..Muaz....

 Bertiga...masa ni ayah gi sembahyang raya

Keluarga besar kami..(Lagi 3 beradik tak ada)

Friday, August 24, 2012

En Abg Sambung Belajar Di Perak

Sudah hampir setengah tahun aku hidup berdikari di Teluk Anson ni. Alhamdulillah..semua urusan berjalan lancar. Segala-galanya Tuhan permudahkan. Walaupon kena uruskan anak-anak sendiri, beli barang sendiri, pergi kerja sendiri...dan apa-apa urusan pon buat sendiri..semuanya dapat aku lalui dengan baik. Alhamdulillah.

Cumanya...pada awal bulan Ogos hari tu...aku ter'eksiden' sikit. Terlanggar bontot kereta orang. Sebabnya...???  hmmmm..biasala..memandu dengan 2 hero aku yang agak cergas dan tak de copilot yang boleh bantu jagakan anak-anak time bawak kereta. Sampai bila kita nak bernasib baik kan? Dah hati-hati pon kena jugak.

Lepas tu..aku jadi takut sikit nak bawak kereta..ketaq lutut...tapi Alhamdulillah..hari ni untuk pergi kerja tu dah ok. Cumanya...aku da jadi takut nak balik KL lagi...takut nak drive jauh dengan anak-anak. Bimbang perkara yang lebih teruk akan berlaku. Kalau ade yang tolong jagakan anak-anak boleh la..tapi kalau tak ade? Tak balik KL lah jawabnya...tunggu je En Abg yang datang sini.

Tapi Tuhan tu Maha Mengetahui..En Abg dapat sambung belajar di Perak bermula 18/9/2012. Post Basic bidaang Dylisis (Buah Pinggang). Alhamdulillah sekali lagi. Maknanya aku tak perlu la nak drive balik KL lagi. Sebab dia dah boleh duduk sini dengan aku. 

Tapi....kesian pulak kat budak-budak rumah..Cik Eka dan Cik Era...kena cari rumah baru. Dah puas fikir..bincang dengan En Abg...tanya kawan-kawan...semua bagi pendapat sama. Agak tak sesuai la kita suami isteri duduk dengan orang bujang. Dengan keadaan rumah yang agak kecik dan satu bilik air ni. Anak dara pulak tu. Kalau dulu En Abg datang kadang-kadang je...tapi ni...dia akan selalu balik sini. Terpaksa la buat keputusan. Macam tak sampai hati nak bagitahu...tapi...urmm..

Diorang ni baik..rajin tengokkan anak-anak aku, rajin tolong lipat baju, sidai baju, masak...tapi....tu la...terpaksa jugak buat keputusan. 

Maafkan akak deq..kamu berdua memang best...tapi akak terpaksa buat keputusan ni. Akak berdoa agar kamu berdua akan dapat housemate yang jauh lebih baik dari akak InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua. Aminn..

Saturday, August 4, 2012

Muaz Setahun

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana mengurniakan aku anak-anak yang sangat comel dan menyenangkan. Gembira melihat anak-anak membesar depan mata. Walaupun sedikit penat, namun merakalah penyeri hidup aku. Syukur pada Allah.

12 Ramadhan 1433, genaplah setahun umur Muaz mengikut kalendar islam. Tahun lepas...masa ni aku tengah mengemas rumah yang berselerakan setelah 2 hari masuk wad kerana bersalinkan Muaz di hospital. sapu sikit..duduk..sapu sikit..duduk...sebab pening. En Abg menguruskan pendaftaran kelahiran Muaz. Walaupun masih tak bermaya, namun terpaksa kemas jugak sebab sakit mata bila melihat rumah yang bersepah. Maklum la..budak Umar tu terlalu rajin.

Wan Muaz Bin Wan Ahmad Lutfi

Muaz hari ni dah pandai berjalan tapi gigi tak tumbuh lagi. Tak nampak macam nak tumbuh pon..urmmmm. Umar dulu lambat jugak..tapi tak adalah lambat sampai macam ni. Walaupun Muaz tak ade gigi lagi tapi dia laju sikit bercakap berbanding Umar. Dah pandai sebut macam-macam walaupon hujung-hujung je. Apa kita cakap dia boleh ikut.Cerdik sangat budak Muaz ni..comel pulak tu. Macam Ayah dia. Hensem....

Makanan pulak...semua Muaz dah makan. Umminya suap aje..makan banyak. Kalau makan nasik tu..suap.. telan..suap.. telan..cepat je. Umar baru sesuap dia dah 3 suap. berselera betul dia:-) 

Akhir sekali, Ummi doakan anak-anak Ummi membesar dengan sihat. Semoga jadi anak yang soleh yang taat pada perintah Allah serta sentiasa mendoakan Ummi dan Ayah.

Untuk Muaz sayang..SELAMAT HARI LAHIR YANG PERTAMA....Ummi saaaaaayang Muaz...Abang Umar juga..Jadi anak yang baik ye sayang :-) Mmuahh!!

Saturday, July 21, 2012

Adikkk!! Sakit Ummi...

Umar...oh Umar....sudah besar permata sulong Ummi dan Ayah ni. Cepat je masa berlalu. Sudah pandai bercakap walaupon kadang-kadang terkeluar bahasa 'Spanyol' nya tu.

Banyak benda sudah boleh buat sendiri dan pandai berdikari. Hantar sekolah pon tak menangis. Umar memang anak yang baik. Dari kecik, tak banyak ragamnya..nak tidur senang, nak mandi senang, kebanyakannya senang. Senyummmm aje. Walaupun kadang-kadang ada jugak ragamnya..maklumlah.. budak-budak.

Masa tengok TV satu hari...Muaz menepuk-nepuk perut saya dengan kedua belah tangannya. Sakit juga la..sikit-sikit..tapi best. Tiba-tia Umar yang melihat aksi itu bersuara "Adik...sakit ummi. Adik!!!!! Sakit ummi la....". Namun Muazz buat tak tahu je..terus tepuk dan tepuk lagi.

Buat kali ke 3, Umar bersuara lagi, "Adik....sakit ummi.....". Muaz tak hiraukan jugak...

Last-last..dia geram gamaknya..datang dekat kami dan dia tepuk Ummi dengan sekuat hati macam adiknya buat tu. Ya Allah...sakitnya..senak dada ummi dibuatnya..

Ho..ho...Umar..Umar...

Suka jugak sebenarnya..Umar dah pandai nasihatkan adiknya...Tapi sakit....huhu...



Friday, July 20, 2012

April 2012

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk mengapdate blog. Banyak sangat yang berlaku dalam bulan 7 ni. Ada yang suka, ada yang duka. Yang suka Alhamdulillah..dan yang duka...hanya mampu bersabar.

Awal bulan ini..saya memandu balik kampung sendiri...8 jam...nasib baik tak mengatuk. Ibu mertua meninggal.

Habis kerja semalam terus balik bertemankan Cik Eka (teman serumah saye) separuh jalan. Namun ragam Muaz yang baru nak baik demam ni sangat mencabar kesabaran saya. Sakit belakang dan tangan saya di buatnya. Bayangkan...dia tak nak duduk dalam "car seat" sepanjang perjalanan. Beriba dari Teluk Intan sampai Serdang..

Perjalanan yang 2 1/2 jam pon jadi 3 jam...penatnya...Ya Allah...

Hari ni pergi temujanji mata Umar. Jumpa pakar. Alhamdulillah..power matanya tak teruk sangat..75 sahaja. Jadi dia tak perlu pakai spek mata. Dan untuk pembedahan kosmetik pulak..katanya kena tunggu Umar 4 tahun. Sebabnya nak amik urat kat peha. Nak tunggu urat tu matang dulu. Cuma..sekarang kena tutup matanya 2 jam setiap hari.

Kebetulan pulak esok dah mula puasa. Bulan Ramadhan menjelang lagi. Boleh la sambut awal Ramadan dengan En Abg. Tapi..tahun ni rasanya tak boleh berterawih di Masjid/Surau lagi..macam tahun sudah jugak...sebabnya....kena jaga askar2 saya..hmmm...tunggu la anak-anak besar dulu..

Abang saya kawin hari ni...tapi tak dapat balik pon. Sebab bertembung dengan temujanji mata Umar di Hospital Serdang..Untuk abang saya yang kawin hari ni..En Rozali Bin Yusoff..semoga kamu berbahagia hingga ke Syurga. Selamat menempuhi alam perkahwinan. Maaf lah..tak dapat balik..huhu...(sedih jugak sebenarnya..) urmmmm....tapi...kita boleh jumpa lain kali..InsyaAllah :)

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini..saya mohon maaf kepada semua andai ada keterlanjuran kata, perbuatan dan sebagainya yang menyinggung mana-mana pihak. Sama-sama perbaiki diri dan semoga kita menjadi lebik baik dari sebelumnya. Semoga kita dapat menikmati bulan Ramadhan yang mulia ini sebaiknya..InsyaAllah..


**BACA BALIK BARU PERASAN...SALAH TULIS TAJUK...HAHAHAH...SEBENARNYA
JULAI 2012...HIHIHI....




4/7-Cik

Lebih kurang jam 9.00 pagi, pada 3 April 2012 (Selasa) yang lalu, aku menerima mesej dari En Abg mengatakan ibunya dalam keadaan yang agak tenat. Terus sejuk kaki dan tangan...dan apa yang aku fikir..aku kena balik jugak. Call sana..col sini...akhirnya aku mengambil keputusan untuk memandu sendiri pulang ke Terengganu bersama kakak iparku (Kak Zilah). Aku perlu mencari pembantu untuk menjaga anak-anak kesayangan dalam kereta. Memang tak mampu nak menjaga mereka sambil memandu sejauh beratus-ratus kilometer itu sendirian. Alhamdulillah..setelah 8 jam memandu...aku selamat tiba di Setiu Terengganu pada jam 7.00 malam. Ternampak kelibat En Abg...dia tiba tengah hari pada hari yang sama dari KL bersama abang-abangnya.

Melihat keadaan Cik (Ibu mertua) yang lemah..hati sudah menjadi tidak keruan. Dia demam...dan hanya membuka matanya sekejap-sekejap saja bila ada yang bertandang. Mungkin sudah terlalu lemah sehingga tak mampu untuk membuka mata lama-lama. Malam itu, Yasin dibacakan beramai-ramai untuk Cik.

Pagi 4 Julai 2012 aku membantu Ayah (Bapa mertua) menyuap susu dan menumbuk Panadol untuk diletakkan dalam susunya. Dengan harapan demamnya akan berkurangan. Namun...dia kelihatan semakin lemah. Anak-anak mengelilinginya diiringi bacaan Yasin. 

Tiba-tiba, Si Muaz pula merengek mahu tidur menyebabkan aku mengundurkan diri ke belakang untuk mendodoikannya..sejurus itu...terdengar suara bacaan En Abg tiba-tiba berubah. Teresak-esak...lalu air mata yang ku tahan itu laju menuruni pipi...Ya Allah...

Lebih kurang jam 11.00 pagi, ibu mertuaku kembali ke pangkuan Pencipta yang Maha Esa. 

Ya Allah...Semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Tempatkanlah dia di Syurga Mu Ya Allah. Al-Fatihah. Aminnnn...


Saturday, June 9, 2012

9 Jun 2012

Hari ini aku berada di kampung..Alhamdulillah..keluarga semua sihat. Atuk, ayah, adik-adik, mertua, ipar duai..dan semua lah. Suka hati bila semuanya ok. Aku juga dapat berita baik..keluarga kami akan bertambah besar dengan kehadiran anak-anak buah baru hujung tahun ni dan awal tahun hadapan InsyaAllah.

Sudah beberapa hari berada di kampung..tapi rasa macam baru je sampai. Esok dah nak balik Teluk Intan dan En Abg akan pulang ke Serdang. Urmmm..maka..rutin aku akan kembali seperti biasa. 

InsyaAllah..pada 14 hingga 18 bulan ni aku akan pergi kursus sekali lagi. Kalau ke Langkawi bulan lepas En Abg yang tolong jagakan anak-anak. Sama-sama pergi Langkawi sambil bercuti. Tapi kali ni..aku terpaksa tinggalkan mereka selama 4-5 hari. Sebab cuti En Abg dah tak banyak untuk jagakan anak-anak.

Maka misi mencari penjaga Umar dan Muaz bermula lagi..

Semoga Tuhan permudahkan segala urusanku seperti sebelum ini. 

Ni lah kali pertama nak berpisah dengan anak-anak. Sebelum ni memang mereka selalu bersama aku. Macam-macam datang dalam fikiran ni. Boleh ke orang jaga? Nangis ke aku tak ada nanti? dan macam-macam lagi datang dalam kepala ni.

Harap-harap budak2 ok bersama penjaganya nanti. Tak kiralah siapa pon yang jaga...


Saturday, May 5, 2012

Siapa?

Sudah hampir 2 bulan aku bekerja di Teluk Intan. Dan selama itu, adik aku Syahira yang tolong jagakan anak-anak. Besar sangat pertolongan dia pada aku. Terima kasih banyak2 dik. Terima kasih sangat2...susahnya nak uruskan budak2 tanpa kamu nanti..

Esok dia nak balik kampung dah. Sekolah dah mula. Pening jugak duk pikir sape la yang nak tolong jagakan budak2 ni.

Akhirnya..ada la yang setuju tuk tolong jagakan. Jiran kat taman aku tinggal tu jugak. Dekat saja dengan rumah kami.

Tapi...masalah lain pulak datang. Aku kena pergi kursus 3 hari kat Langkawi. Pening pikir sape la yang boleh jagakan anak2 sampai 3 hari? Sekarang ni pon masih memikirkan pasal ni lagi. Baru kursus 3 hari..kalau kne gi induksi nanti...lagi lama...ohhh....kesian si  kecik Muaz....

Umar tu tak risau sangat sebab dia dah pandai sikit. Lagipon dia tak menyusu malam. Bangun tidur pon lambat. Tak adalah menyusahkan orang yang nak jaga dia tu sangat. Bagi makan, pakai...ok la.

Beratnya hati nak tinggalkan anak yang masih menyusu ni. Nanti menyusahkan orang yang nak jaga tu sebab kena buat susu kat Muaz malam2 buta...bolehkah mereka???urmm....kacau orang tengah sedap2 tidur dengan tangisan nyaringnya tu. Rasa tak nak susahkan orang lain...tapi...kena susahkan jugak. Sape la yang sudi nak menyusahkan diri untuk anak2 aku?????siapa???

Tuesday, April 10, 2012

Pada Pendapat Saya

Alhamdulillah..

Tuhan berikan saya rezeki untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Seperti yang kita tahu..memang payah nak dapat kerja ni. Saya pon bukan sekali dua mintak...berkali2..exam..interview. Memang sangat susah. Bertuah sangat siapa yang dapat kerja dengan kerajaan ni. Sebab, ramai sangat yang apply tuk satu2 kekosongan jawatan tu, dan yang terpilih...1%...sampai ke tak?? Saya pon x pasti. Macam jawatan yang saya sandang sekarang ni..yang apply 300k++, tapi yang berjaya? 50 ORANG sahaja. Alhamdulillah. Syukur sangat2.

Tapi...

Saya dihantar bertugas ke negeri lain..jauh dari suami. Dan saya TIDAK BOLEH memohon untuk bertukar dalam masa 3 TAHUN. Katanya: "Sebab..kita perlu kenal negeri lain. Bukan berada di negeri sendiri sahaja. Lagi satu sebab...KITA KAN 1 MALAYSIA. Kalau duduk negeri sendiri, tak jadi 1 MALAYSIA lah."

Contoh kes: 

Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak yang masih kecil (yang berusia 6 bulan dan 2 tahun setengah) dan kena posting jauh dari suami. Nak pakai bibik, memang tak mampu walaupon dua2 kerja. Dan..kalau dah jauh dengan suami tu..anak2 mesti ikot Ibu. Bila anak2 ikot Ibu, Ibu akan penat sebab malam tidur tak cukup sebab anak nangis. Pagi bagun awal, terkejar2 siapkan anak2 nak hantar nursery dan boleh menyebabkan datang kerja lambat. Kalau anak2 sakit demam, Ibu tak boleh kerja. Tidur tak cukup + lain2 masalah = produktiviti kerja kurang memuaskan. Maka terjadilah masalah datang lambat, mengantuk kat tempat kerja, selalu EL/MC/cuti. So, kalau macam ni, macam mana kita nak kerja kita bermutu, berkualiti, maju etc?

Pada pendapat saya...

Lagi elok kalau dah ada kekosongan tu..kita bagi tukar je..sebab...

1. Boleh jimatkan kos pekerja (tak perlu sewa 2 buah rumah, minyak keta balik hujung minggu, bil elektrik, bil air etc)
2. Saya (Isteri) tak penat sangat jaga anak2 kecik sebab boleh gilir2 dengan suami.
3. Keselamatan lebih terjamin sebab tak perlu ulang alik bawak kereta (risiko kemalangan rendah)
4. Pergi kerja awal kerana suami isteri boleh tolong menolong siapkan anak2 untuk hantar nursery pagi2.
5. Balik kerja isteri boleh masak, dan suami boleh tolong tengokkan anak2.
6. Malam2 kalau anak2 demam, nak susu, etc..boleh gilir2 dengan suami.
7. Mutu kerja bertambah.
8. Disiplin kerja boleh dijaga InsyaAllah..
9. Kes datang lambat, tidur kat tempat kerja, dlln dapat dikurangkan.
10. Hidup mereka lebih gembira bila dekat dengan keluarga dan seterusnya akan melahirkan pekerja yang berkualiti.

Jadinya..pada saya..elok pekerja2 ni di tempatkan di tempat yang mereka suka (bila ada kekosongan) dengan harapan mereka akan gembira bekerja dan seterusnya dapat mehirkan pekerja yang berkualiti dan berguna kepada jabatan. InsyaAllah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...