Wednesday, February 6, 2013

Ayah Hilang

Alkisahnya..pada hari Ahad yang lepas..

Aku balik dari gotong royong "My Beautiful Malaysia Day" terus tertido.. tak sempat nak tukar baju pon. Sampai la azan zohor berkumandang.

En Abg dah siap dengan pakaian nak ke surau. Tiba-tiba dia bersuara pada aku yang masih pening dan terpinga2 sbb baru tersedar dari tidur..

"Tie..lepas Zohor ni Abg nak gi Sungai Besar. Klu nak ikot..cepat2 siap. Balik sembahyang nanti terus pergi."

Dia pun terus berlalu pergi..(pergi surau lah..tp ayat mcm dlm novel plak..hihi)

Aku pon bangun mandi..siapkan anak2. Masa berlalu cepat je..tengok jam. Dalam hati terdetik..

"Hai..lambat pulak laki aku balik surau ni. Biasanya 30-45 minit je."

Tunggu punya tunggu..tak balik2 jugak. Tengok jam..da kul 3. Ish...tak boleh jadi ni. Aku pon pk..macam mana nak buat ni. Telefon dia tinggal. Last2..aku tarik budak2 gi surau cari En Abg.

Sampai je di surau..aku suh Umar naik cari ayah dia. Aku nampak Umar buka pintu dari bawah. Tiba2..Umar bersuara..

"Ayah dah mati."

Punyalah aku terkejut..terus pergi tgk..pas tu Umar bersuara lagi..

"Ayah tak de."

Allah..terkejut Ummi.

Dah tak ada tu aku pon tarik budak2 balik rumah. Berpeluh Ummi..dukung lagi..pimpin lagi..

Tunggu la jugak kat rumah..tak lama lepas tu, aku dengar bunyi motor berenti depan rumah. Bunyi selipar..

ketap..ketap...menghampiri pintu rumah..

" Assalamualaikum.."

Punya la bimbang..nasib baik kenal suara tu..Ayah da balik rupanya.

"Abang gi tahlil. Maaf la tak bagi tahu sebab lepas semayang tadi Pak Cik ajak. Segan nk tolak pulak. Terus pergi je.."

Huhu...#%&%/-+&@...

Monday, February 4, 2013

Siaaaaap Jugak Akhirnya

Pengalaman mematangkan fikiran.
Betul sesangat. Pengalaman buat assignment yang langsung tak de kaitan dengan bidang yang aku pernah belajar dulu "Human Resourse" atau Sumber Manusia.
Kali ni kajian mengenai Masalah Hipotensi. Banyak jugak maklumat yang aku dapat. Daripada tak tahu..jadi tahu. Walaupun nampak macam tak perlu tahu tapi kita perlu tahu sebenarnya. Sbb masalah hipotensi ni boleh berlaku pada sesiapa saja.
Dengan adanya pengetahuan ttg hipotensi ni..kita boleh elak diri kita dari terjebak dgn masalah ni.
Walaupun aku sedikit bersusah payah dgn anak2, kerja etc..namun aku dapat siapkan jugak. Alhamdulillah. Dapat la ilmu sikit.
Pagi tadi aku dah siapkan semuanya. Urmm..lepas ni tak tahu la bila pulak nk buat assignment.

Note: Harap dapat markah yg berbaloi dgn hasil usaha aku. Kita tengok nnti ye:-)


UPDATE 20.04.2013
Dapat markah 80% untuk assignment ni. Alhamdulillah..antara yang tertinggi jugak:)

Wednesday, January 23, 2013

Jom Balik Kampung Naik Bas

Seingat aku..tak pernah kot aku balik kampung naik bas dengan 2 anak ni sejak aku kawin. Paling jauh pun balik KL dari Teluk Intan. Tu pon sebab kereta rosak.

Malam ni kami bertiga akan naik bas Transnasional dari Putrajaya ke Kota Bharu. Jauh tu. Ntah macam mana la perangai anak-anak dalam bas nanti. Dah la perjalanan jauh, tanpa Ayah pulak tu. Harap malam ni anak-anak tak buat hal dalam bas.

Bimbang jugak takut-takut si Muaz meragam nanti. Perangai dia tu bukan boleh dijangka. Nanti bising pulak dalam bas tu kalau anak meragam.

Malu Omak  nanti nak oii..

Malam ni perangai biar elok ye anak-anak. Jangan nak meragam sangat. Penat Ummi nanti.

Ummi teruja nak balik kampung ni. Nak jumpa Tok Nyang kamu dan nak tengok anak buah baru  :)

Tuesday, January 22, 2013

Assignment

Setelah sekian lama meninggalkan zaman kegemilangan itu, hari ini aku kembali melakukan tugasan yang beberapa tahun yang lalu boleh kata hampir setiap hari aku buat.

Hari ni aku perlu buat tugasan berbentuk kajian kes. Kalau tengok formatnya lebih kurang macam tesis yang aku buat dulu. Jadi..tesis tu aku ada simpan dan boleh la ceduk maklumat yang berkaitan untuk digunapakai balik.

Alhamdulillah..masih reti nak cari maklumat macam dulu-dulu..hihii..

Nak kata senang tak de lah senang sangat. Tapi..nak kata susah sangat pon tak adalah susah sangat. Buat je la mana yang rasa sesuai.

Bila sekali sekala buat ni macam teruja gak nak buat. Jarang-jarang kan..tapi kalu hari-hari tu macam terlebih jemu la pulak. Sambil-sambil buat tu boleh la jugak aku tambah ilmu pengetahuan yang tak berapa nak banyak ni.

Elok jugak untuk perkembangan otak aku ni. Tak adalah tepu sangat. Otak ni..kalau tak pakai..tak boleh jugak. Kalau boleh..hari-hari kena polish baru tajam berkilat. Tapi.malas terlebih..tu yang jarang di polish tu. Tambah pulak dengan kerja sekarang, balik kerja layan anak pulak..masa dah makin sikit rasanya. Tak sempat nak polish memolish.

Jadi..hari cuti ni..daripada duk ngadap fb je manjang..baik cari ilmu sikit...boleh la isi dalam otak yang tak berapa nak penuh ni :)


UPDATE 20.04.2013
Dapat markah 80% untuk assignment ni. Alhamdulillah..antara yang tertinggi jugak:)

Thursday, January 17, 2013

Keracunan

Ohh...gara2 cendawan a.k.a kulat telinga kera dlm bahasa Kelantannya..

Hari first kena tu sampai 8x ke bilik termenung. Badan pon lemah. Pergi klinik kesihatan sendiri. Sampai sana terus Dr masuk air sbb da terlalu lemah.

Da 3 hari tp masih tak berapa nak elok lagi ni.Tambah pulak hari ni..pening kepala aku tu datang lagi. Dah la time En Abg tak de terkenanya. Klu time En Abg ada elok pulak kejadiannya.

Dugaan sungguh.

Chooopppp!!

Post ni bukanlah untuk mengeluh..tp untuk mengingatkan aku yang aku pernah sakit.

Sebabnya..

Aku terlalu jarang sakit. Demam ke..apa ke..mmg susah nak sakit. Alhamdulillah.

Jadinya..bila kne sekali sekala tu...aku tulis sbb nnti aku ble tahu setahun berapa kali aku sakit.

Tahun lepas...xde MC kot. Tahun ni..awal tahun lagi dah dapat MC. Tu pon satu hari je.

Nnti kita buat kira2 ujung taun:-)

Tuesday, January 15, 2013

LULUS

Alhamdulillah..syukur pada Allah.

Dia hantar sedikit ujian..tp...terus hadiahkan aku kegembiraan.

Aku da Lulus Peperiksaan Undang2 kerajaan. Kedua2 paper dah lepas. Alhamdulillah. Tinggal lagi paper jabatan je.

Tq Allah!!!

Thursday, January 10, 2013

Bapa Borek Anak Rintik

Umar da beberapa hari tengok anak jiran sebelah main kereta kontrol. Semalam pagi2 lagi dah start mengamuk nak jugak. Ceritanya di blog Diari Umar (diariumarlutfi.blogspot.com) tajuk Kereta Control. (Tak boleh nak letak link sbb update pakai tpon. Tak berapa nak pandai.)

Jadinya..petang semalam En Abg balik. Kami pergi lah cari kereta kontrol tuk Umar. Cari kat Giant, Billion..tapi..jumpa kat The Store. Banyak pilihan.

Pilih punya pilih..jumpa la yang sesuai.

Sampai je rumah..terus nak main. Tp..kereta tu kena cas dulu. Cas skejap...main..cas skejap main. Orang lain memang tak boleh nk sentuh. Adik Muaz pon tgk je.

Malam tadi tertdo sambil peluk keta tu. Tak lepas2...sampai pagi ni.

Tiba-tiba En Abg bersuara:

"Umar mcm abg kan? Dapat je barang baru..mesti tdo ngan barang tu."

Aku senyum je..dalam hati ke mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi..hihi..

Benar sekali pepatah ni..

"Bapa borek, anak rintik."

Wednesday, January 9, 2013

Perkhabaran Gembira

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Syukur sangat pada Tuhan yang maha mendengar rintihan hambanya.

Allahuakbar..
Allah maha besar..
Yang berkuasa menentu segala..
Tuhan yg mengetahui segala isi hati hambanya..

Walaupun bukan secara hitam putih..tetapi gambarannya ada..
Walaupun tak tahu bila..tetapi peluangnya tetap ada...
Walaupun ianya sebesar zarah..tetapi ia satu perkhabaran gembira buatku..

Percayalah..perancangan Tuhan itu yang terbaik..

Sabar..sabar..dan terus bersabar.

Masa itu pasti akan tiba nanti.


Monday, January 7, 2013

Mengantuk Tahap Dewa

Dah 2,3 malam si Muaz tak boleh nak tidur nyenyak sebab hidung dia tersumbat..selsema. Berjangkit ngan abg Umar.

So..bila Muaz tak boleh nak tidur, Ummi pon turut tak boleh tidur. Hari minggu takpe lah. Boleh tidur siang. Ayah pon ada leh tolong tengokkan.

Hari ni???

Aku ngantuk yang teramat. Nasib baik masa cepat je berlalu. Da balik rumah pon.

Dan malam ni rasa nak tidur awal. Lepas Isyak nanti terus zzzzzzzzz....

Harapnya macam tu lah..tp...

Muaz dan Umar boleh ke tidur awal? Dan nyenyak? Dan tak kacau ummi tidur?

Macam mustahil je...huhu..

Harap2 malam ni bleh tidur lebih lama dari semalam. Tak nak ngantuk kat ofis..tak ble nak pk..jem otak...tepuuu...

Malam ni tdo nyenyak ye anak2 ummi sayang.

Tolong ummi ye....

Ummi nak Zzzzzzzzzzz.......

Sunday, January 6, 2013

Sabar Sampai Menggigil

Benar sekali kata Nafastari kepada Mawarnya...

'Sabar itu indah.'

Indah..seindah balasannya. Besar pahala bagi insan yang sabar.

Tapi...untuk melakukannya amatlah payah sekali. Susah sangat2. Menahan diri dari marah dan sakit hati.

Ya Allah...
Aku menggigil...menggigil menahan sabar. Dengan hasutan syaitan yang bermacam2 lagi..

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah...

Kau selamatkanlah aku Ya Allah...

Allahuakbar!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...