Oleh: PermataSoffHas
(10.50pm)-11/08/2009
Orang kita hari ini..
Kebanyakanya ikut haluan sendiri..
Suka pentingkan diri sendiri..
Tak kisah dan tak peduli..
Orang lain nak kutuk atau nak caci..
Jiran tetangga dah tak mengenali..
“siapa duduk sebelah rumah aku ni?”
Hidup masing-masing sudah sendiri-sendiri..
Tak ada siapa nak peduli..
sakit pening tanggung sendiri..
Ada pulak jiran yang dikenali.
Tak baik budi pekerti..
Kita nasihat salah anaknya, mak bapaknya maki..
Maklumlah mereka pun kaki minum, kaki judi..
Tak pun melepak kat kedai kopi..
Maknya pulak..anak orang diumpat dicaci..
tak sedar salah anak sendiri..
Bukan itu sahaja..ada lagi..
Kenapa dengan kita hari ini?
Cari wang macam tak nak mati..
memang itu dituntut Ilahi..
Tapi, sembahyang tak reti-reti..
Padahal kubur sentiasa menanti..
Bila-bila saja boleh pergi..
Itu pun tak sedar-sedar lagi..
Sembahyang..mengaji dah tak peduli..
Nak halau hantu baru ingat mengaji..
Itu pun baca “ayat kursi”..
Kononnya nak jadi pendinding diri..
Tak sedar hantu syaitan keliling diri..
Sebab tak sembahyang..tak mengaji..
Orang kita hari ini..
Asal hidup boleh ‘enjoy’ diri..
Tuhan turunkan bala dah tak peduli..
Tak faham-faham Tuhan nak uji..
Bukan nak tambah ilmu agama dalam diri..
Tapi masih tak sedar lagi..
Adakah kita baik peribadi?
Cubalah kita fikir-fikirkan sendiri..
3 comments:
Orang kita sekarang kebayakannya macam tu lah.
Tidak ada apa makna dari tulisan ini melainkan rasa cinta dan kasih belahku yang semakin tinggi terhadapmu...Tanganmu kupimpin bukan sahaja untuk membahagiakanmu,tetapi membawamu bersamaku menuju alam yang paling bahagia.
-Lutfi
Abang >> Terima kasih bang..begitu terasa perasaan cinta yang membara menyelubungi segenap ruang dalam hati ini..
Post a Comment