Tuesday, August 9, 2011

Tak Boleh Tidur Nyenyak Lagi..huhu..

Urmmm..seperti biasa, bila jam menunjukkan pukul 12am, aku akan masuk tidur. Tapi seperti biasa juga..masalah yang sama datang..susahnya nak lelapkan mata. Tak pasti kenapa sejak akhir-akhir ni aku susah sangat nak tidur malam. Entah ape yang mengganggu, aku sendiri pon tak faham..hmmmm..

Baru je rasanya terlelap, aku terdengar mcm bunyi pelik. Bunyi datang dari arah anak kesayangan. Macam orang sesak nafas. Jenguk Umar dekat-dekat. Memang sah..bunyi tu datang darinya..memang dia sesak nafas. Terus aku amik dia dari katilnya dan aku meribanya sambil memeluknya. Opppsss.....dia termuntah..kena la baju aku, baju dia, cadar, sarung bantal, selimut dan yang seangkatan dengannya.

Aku terus bawak ke bilik air dengan pantas. Masuk je bilik air, dia dah sedar dari tidur. Di ambiknya pulak tab mandi dia. Nak main air malam-malam buta. Bila aku melarang, dia menagis..so aku layankan aje. Selesai aku lap badan dia yang terkena muntah dan bukak baju dia, aku biarkan dia main air dalam tab mandi sampai dia puas. Sementara aku menunggu di bucu katil. Lepas tu, bila dia dah puas, dia datang pada aku. Aku lap badan dia, salin baju, cadar katil dia etc dan baringkan dia. Aku sapu minyak Mestika kat perut, kaki, belakang dan betis. Setelah berpuas hati..nampak dia macam ok sikit, aku matikan lampu dan baring tuk tidur balik.

Tapi, tak sampai 15 minit, dia muntah lagi..bukak lampu dan angkat lagi pergi bilik air sekali lagi..tukar baju lagi, main air lagi..huhu..jam da pukul 3am. Walaupun tengah-tengah sakit perut (sikit2) dan sakit belakang, aku gagahkan diri tuk uruskan semua tu. Takkan nak biarkan dia tidur dalam muntah dia tu kan? Mesti dia tak selesa. Tambahan pulak, bau muntah itu agak kurang menyenangkan. Setelah selesai uruskan katil si kecik, lap badan dia, tukar baju dia..aku baringkan dia sekali lagi.

En Abg pulak tidur dengan nyenyaknya. Dua kali aku bangun, langsung dia tak sedar. Penangan main fb sampai lewat malam. Kalau sakit2 sampai meraung2 baru dia sedar. Anak menangis sesak nafas pun boleh tak sedar..huhu..nasib badan. Kalau aku tak ade, macam mana la dia nak uruskan anak sorang2 agaknya?

Jam 3am++ baru boleh tidur..dan bila tidur lambat ni..sahur pon terbagun lambat jugak..sekali lagi jam 5.19am baru aku terkejut. Dalam keadaan kelam kabut aku siapkan juadah sahur. Alhamdulillah sekali lagi..sempat jugak sahur walaupun dalam kelam dan kabut. Alhamdulillah.

Monday, August 8, 2011

Bangun Lambat

Hmm..semalam (Ahad) En Abg cuti. Biasa la..bila hari cuti, dia akan ajak aku pergi ke mana-mana..jalan-jalan la. Kali ini dia mengajak aku ke rumah Mak Cik nya (Che De) di Ukay Perdana untuk menghantar ubat yang dikirim oleh Ayah mertuaku beberapa minggu lepas. Lebih kurang jam 4pm++, kami bertolak ke sana. Singgah membeli sedikit juadah untuk berbuka sebelum meneruskan perjalanan ke rumahnya.

Sampai je kat sana, Che De sedang memasak. Macam-macam masakan yang dia masak. Sampai penuh meja dengan makanan je. So, kami pon amik keputusan untuk makan kat bawah kerana lauk pauk dan kuih muihnya terlalu banyak.

Selesai solat terawih, En Abg tgk bola pulak. Man U vs Man City. Berbaloi la tunggu sampai lewat malam sebab Man U kegemarannya tu menang 3-2. Habis je menonton perlawanan bola tu, baru kami balik. Dalam perjalanan pulang, kami singgah mengambil lauk pauk di The Mines. Sepupu En Abg (tukang masak) memberikan kami lauk pauk, kuih dan nasi beriani. Alhamdulillah..rezeki.

Sampai rumah je, terus simpan makanan dalam peti ais, pastu gi tidur. Masa tu jam sudah menunjukkan angka 1 am ++. Erm..dalam hati aku "Esok mesti lewat bagun sahur ni sebab tidur lambat". Alih-alih..memang betul sangkaan aku malam tadi. Aku terbangun lambat. Jam 5.19am..huhu..Nasib baik semalam sepupu En Abg bagi nasi beriani. So, aku panaskan aje. Buat teh o' + tembikai + kurma. Alhamdulillah..sempat bersahur lagi walaupon sedikit terkejar-kejar. Kalau tak sempat sahur..mesti hari ni aku penat. Maklumlah..tunggu masa nak bersalin je. Ketika sahur pon penat, apalagi kalau tak sahur.

Semoga aku tak bagun lambat lagi lepas ni..huhu...

Friday, August 5, 2011

Ya Allah..Jumpa Juga Akhirnya..

Tersenyum sendiri..:-) Alhamdulillah..

Sudah lama aku cari, di setiap ceruk, stor, dalam bilik, almari..tapi tak jumpa. Alhamdulillah, hari ni 5 Ramadhan bersamaan dengan 5 Ogos 2011, Tuhan telah menemukan aku dengan barang itu. Urmmm..aku sangat gembira. Dan yang pastinya, ia adalah satu kejutan untuk Si Suami.

Sedang aku asyik ber'facebook' dan meng'update' blog kesayangan ni, aku tiba2 ternampak Umar bermain dengan barang itu. Sungguh terkejut aku. Dengan serta merta aku mengambilnya. Hhihihi...terus aku fikirkan untuk buat kejutan pada Suami tercinta. Aku bungkus dan letakkannya dalam kotak. Nanti Suami balik dari solat Jumaat akan aku berikan padanya sebagai hadiah.

Mesti dia gembira sebab dah lama kami cari dan hari ni Umar yang jumpa. Terima kasih sayang. Ummuaaaxxxx...!!!

Sabar Dulu Ye Sayang...:-)

Sudah 2,3 hari perutku rasa sakit. Tapi sakit sikit-sikit je la. Asyik mengeras je. Dah nak bersalin ke aku ni? Masa nak melahirkan Umar dulu tak ade sakit-sakit macam ni pon. Sakit belakang usah kata la..tak boleh nak duduk lama sikit..mesti sakit belakang sebelah kiri tu datang.

Baby Ummi ni dah nak keluar melihat dunia ke? Sabar dulu ye sayang..tunggu dekat-dekat raya sikit. Hari ni baru 5 Ramadhan. Seminggu nak raya ke, sayang keluar lah..ye sayang. Kalau tak, kesian ayah kena ulang alik balik Terengganu nak hantar kita, lepas tu nak kena datang kerja balik. Lepas tu nak balik kampung lagi..Raya.

Ummi ni dah rasa tak larat sangat dah. Asyik sakit kat situ, sakit kat sini. Duduk tak selesa, baring tak selesa. Rasa nak suruh sayang keluar awal. Tapi bila fikirkan Ayah..kesian pulak. Dah la bulan puasa ni. Mesti susah sikit dia nak sahur dan berbuka kalau Ummi bersalin awal.

Sayang sabar dulu ye sayang...:-)

Wednesday, August 3, 2011

Menunggu Kelahiran Anak Ummi Yang Ke-2

Bermacam-macam perkara berlegar dalam kepala Ummi ni. Anak Ummi yang ke-2 ni rasa macam surprise sangat-sangat. Berkali-kali scan pon x nampak jantina dia. Pemalu sungguh anak Ummi ni. Tak ape..sayang nak bagi kejutan tuk Ummi dan Ayah ye?Hihihii...tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anak Ummi ni.

Perasaan Ummi kata baby ni perempuan sebab pengalaman mengandung kali ni berbeza dengan masa mengandungkan Abang Umar dulu. Tapi tak confirm sangat sebab lain anak, lain pengalaman mengandungnya. Ape yang Ummi harapkan agar anak Ummi dilahirkan sihat walafiat, cukup sifat dan sempurna seperti Abang Umar, Ummi dan Ayah. Tak kisah lah lelaki ke perempuan..Ummi tetap sayang anak-anak Ummi.

Ummi tak ade buat persiapan ape-ape pon untuk baby Ummi ni. Harap sayang Ummi ni tak berkecil hati. Sebab banyak barang-barang Abang Umar yang masih boleh digunakan, barang pemberian Mak Long Oleen & Pak Long Sabri, Cik Nur dan lain-lain. Mungkin bila sayang Ummi ni lahir, banyak lagi hadiah yang sayang dapat dari kawan-kawan Ayah, Ummi dan saudara-mara kita. Ummi bukan tak nak beli..tapi semua barang-barang tu masih elok. Lagipun Ummi tak nak menyusahkan Ayah kamu. Kesian dia bertungkus lumus bekerja keras untuk kita sekeluarga. Ummi kena berjimat cermat dan beli keperluan yang diperlukan sahaja.

Bila dah sampai masa sayang nak keluar nanti, sayang keluar elok-elok ye. Ikut jalan yang betul. Ummi harap Allah permudahkan Ummi untuk melahirkan anak Ummi ni. Semoga sayang Ummi keluar dengan selamat, sihat walafiat dan sempurna. Aminn..

(Nuuuunnn.Walqolami wama yashturuuun. Maa anta binikmati robbika bimajnuuuunnn.)
Berkat ayat suci-Mu ini Ya Allah, aku harap Kau permudahkan aku untuk melahirkan zuriatku bersama suami tercinta ini. Aminnn...Allahuakbar.

Monday, August 1, 2011

Hari Pertama Berpuasa

Alhamdulillah..hari ni aku dapat bangun awal tuk menyediakan juadah sahur untuk kami suami isteri. Semalam bimbang jugak..takot2 tak tersedar pagi ni. Bagun seawal 4.30am bukanlah kebiasaanku, namun..dengan mudah aku tersedar bila kita dah niat dalam hati nak bangun tu..Tuhan permudahkan kita. Alhamdulillah sekali lagi.

Hari ni aku masak simple2 je..nasi bersama ayam goreng kunyit, sayur tumis+bihun, ikan masin, tembikai, teh o' dan kurma. Alhamdulillah kenyang. En Abg pon siap tambah lagi walaupun lauknya biasa2 sahaja. Nasib baik En Abg tu jenis makan ala kadar je. So, tak ada lah susah sangat bagi aku yang agak malas ni.

Tengah-tengah makan tiba2 aku teringatkan adik2, atuk, dan ayah kat kg. Ape lah yang mereka makan tuk santapan sahur ni? Ape la yang adik aku masak ni? Kesian pulak bila terfikirkan adik aku Nurul yang masih bersekolah tu. Terpaksa menguruskan makan minum untuk ayah, abang dan adik lain. Besar sungguh jasanya kepada keluarga. Atuk (Cik) pula bersahur dengan ape la agakanya pagi ni. Sudah 17 tahun hidup tanpa seorang isteri. Menyediakan sendiri keperluan diri. Kesian jugak. Tapi atuk aku ni jenis tak kisah sangat pasal makan. Nasi, budu dan ulam pon da Alhamdulillah bagi dia. Yang pastinya kena ada kopi pekat. Itulah minuman kegemarannya dari dulu sampai sekarang. Tiap2 hari mesti pekena kopi pekat.

Harapan aku pula..semoga aku kuat untuk berpuasa sehinggalah hari aku melahirkan anak ke-2 aku ni. Semoga Allah permudahkan dan beri aku kekuatan. Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat menuanaikan ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semangat untuk kita beribadah kekal sehingga ke hari terakhir Ramadhan. Aminnnn...

Friday, July 29, 2011

Alhamdulillah..

Gembira membaca berita mengenai seorang kawan yang dikenali melalui Facebook dan Blog. Belum pernah bertemu dengannya secara bersemuka. Namun kami saling berkongsi kisah hati masing-masing. Dan hari ini, saya mendapat khabar gembira setelah membaca blog kepunyaannya. Alhamdulillah..Syukur padamu Ya Robbi.

Ikatan yang telah putus kini kembali terjalin. Tersenyum sendiri saya tatkala membaca entrynya kali ini. Rasa bersyukur yang teramat. Walaupon kami hanya sebagai kawan, namun saya dapat menyelami rasa yang teramat gembira yang lahir dari lubuk hatinya setelah kekasih hatinya kembali ke pangkuannya demi anak-anak tercinta.

Allah itu maha adil lagi bijaksana. Segala perancangannya adalah yang terbaik. Setiap ujian yang ditimpakan keatas seseorang itu tentu ada hikmah disebaliknya. Alhamdulillah. Semoga kalian kekal hingga ke Syurga. ALLAHUAKBAR!!

Thursday, July 28, 2011

~::Bola>>Harimau vs Singa::~

Menunggu perlawanan bola Harimau vs Singa dari siang tadi. Tak sabar2 rasanya nak tgk. Sampaikan budak2 mengaji pon aku suh balik awal...semangat punya pasal nak sokong pasukan Harimau Malaya..hihihi..terutama sekali Khairul Fahmi..suka tgk dia jadi penyelamat.

Walaupon hari ni kita tak menang, tapi pasukan negara tetap menunjukkan perlawanan yang baik dan memuaskan hati. Mungkin bukan rezeki tuk pasukan negara kali ini. Tak mengapa, lain kali kita lawan lagi. :-)

Malaysia Boleh!!!


Monday, July 25, 2011

Impian ke Cameron Highlands tercapai sudah..

Salah satu dari keinginanku adalah menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Keinginanku hampir tercapai apabila En Abg mengajak aku pergi ke rumah kakakku di Kuala Lipis untuk 'menyalin baju' kereta Toyota kesayangannya itu. Pada malam sabtu lepas (23 Julai 2011-Sabtu) kami bertolak ke Kuala Lipis lebih kurang jam 10pm dan sampai di Kuala Lipis pada jam 1.30am. Sesampai je di sana, kami terus tidur sebab dah lewat malam.

Keesokan paginya (24 Julai 2011-Ahad), kakak mengajak aku pergi mencari 'etok'. Tapi aku kata, aku nak ke Cameron Highlands. En Abg macam keberatan sedikit, tapi setelah dia nampak aku begitu beria-ia nak ke sana, dia pon bersetuju. Setelah kakakku selesai melakukan kerja di klinik dan melawat (oncoll), kami pon bertolak ke Cameron Highlands lebih kurang jam 11am ++. Singgah makan tengah hari dalam perjalanan dan kami sampai disana lebih kurang jam 1pm++.


Tercapai jugak satu dari impianku pada 24 Julai 2011. Gembira sangat-sangat. Walaupun kata kakakku kat sana tak ade ape-ape, tapi aku tetap gembira. Keinginan aku untuk bergambar di lorong ladang teh juga terlaksana. Walaupun penat, namun aku gagahkan diri untuk turun ke cerun untuk mengambil gambar. Terima kasih kepada En Abang yang sudi mengikutku dan mengambil gambar aku. 


Ini adalah kali pertama bagi kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Kami juga tak melepaskan peluang untuk minum teh di puncak Cameron. Suasana yang dingin..memang menenangkan jiwa.  Setelah minum teh, kami berjalan ke pekan Cameron yang menjual bermacam-macam hasil tanaman bumi segar Cameron. Kami membeli sedikit hasil bumi segar ini dan cenderahati sebagai kenangan kami sekeluarga pernah ke sana.

Pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang cantik-cantik sangat menarik perhatianku. Teringin rasanya membeli sepasu bunga, namun En Abg kata : "Tak payah lah, 2 hari duk rumah kita nanti mati pokok tu". Terus tak jadi nak beli. Teringin pula nak beli buah strawberi. Sebab orang kata kalau makan kat sana manis. Tapi En Abg kata : "Tak payah lah, buah tu nampak je sedap..tapi tak sedap mana pon". Dan tak jadi jugak beli. Tapi aku ok je..dah dapat peluang ke Cameron Highland pon da kira Alhamdulillah sangat-sangat. Tetap gembira.Walaupon tak beli bunga dan buah strawberi, tapi kami beli benda lain seperti teh, jagung, ubi keledek dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.






'Cramp'

Tidurku tiba-tiba terganggu bila aku mengalami kesakitan yang teramat pada bahagian labu betis. Ya Allah..sakitnya. Sebelum itu aku bermimpi aku menggeliat. Dengan serta merta aku tersedar selepas menggeliat dalam mimpi tu apabila aku mengalami kesakitan yang teramat. Ini adalah kali kedua aku 'cramp' kaki semasa mengandungkan adik kepada Umar. Kali pertama sakit sikit je sebab aku tersedar masa aku menggeliat tu. Jadi boleh la tahankan diri supaya x menggeliat. Tapi kali ni memang x sedar dan ianya berlaku semasa aku sedang nyenyak tidur.

Semasa aku mengalami kesakitan itu juga, aku terasa nak buang air kecil. Memang tak boleh nak tahan. En Abg bangun setelah aku menangis kesakitan. Dia juga memapah aku kebilik air dengan sabarnya. Terima kasih Abang sebab tolong urut betis dan papah Tie ke bilik air. Kesian Abang..tidur yang nyenyak Abg tu terganggu bila kaki Tie 'cramp' dengan tiba-tiba.

Masa mengandungkan Umar dulu, pernah juga aku mengalami perkara ini. Namun sekali sahaja. Mengandung kali ni sudah dua kali aku mengalaminya. Kalau boleh tak mahu terkena lagi..sakit sangat2. Walaupun jam da menunjukkan 4.10 pm, namun labu betisku masih lagi sakit pada waktu dan saat ini. Ini bermakna sudah 12 jam berlalu. Walaupun kesakitannya sudah berkurangan dan aku sudah boleh berjalan, namun sisa2 kesakitannya masih ada. Ya Allah..tolonglah jauhkanlah aku dari perkara ini lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...