Tuesday, August 16, 2011

Hari ke 5 Kelahiran.

Kali ni nak cerita pasal anakanda aku yang dua orang ni dan kami suami isteri menyambut kelahiran zuriat yang ke 2. Hmmm..cepatnya masa berlalu...dan aku sudah mempunyai 2 orang hero. Alhamdulillah.

Menurut perkiraanku (masa baby belum keluar), Umar ni akan selalu usik adik dia, akan pukul, dan macam-macam lagi tanggapan lain memandangkan dia seorang yang tidak reti nak duk diam. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Umar tidaklah begitu nakal. Dia baik dengan adik dia. Tapi usik sikit-sikit tu ada la, bukannya tak ada langsung. Namun masih dalam keadaan terkawal.:-)

Umar ni nampak baik dengan adik dia. Nampak dia nak bermain-main, berkawan, dan bercakap-cakap dengan adik dia (walaupun dia cakap entah apa-apa). Tapi Alhamdulillah..dia ok. Masa mula-mula bawak adik dia balik tu, dia macam sedikit terkejut. Hmmm..mungkin dia pelik sebab sebelum ni tak ada orang lain melainkan kami bertiga dalam rumah ni.

Pe'el Umar juga sedikit berubah. Dia jadi seorang yang mengada-ngada, mahukan perhatian, cepat merajuk dan macam-macam lagi. Mungkin dia rasa tergugat sebab Ummi dah tak layan dia sangat. Baby pula..ok..ok saja. Alhamdulillah tak ada kuning dan tak banyak ragam. Dia akan menangis kalau lapar dan tidak selesa (sebab berak etc) sahaja.

En Abg pula..jadi 'Mr Mama'. Kena kemas rumah, masak, basuh baju, uruskan Umar etc. Aku tolong la sikit-sikit yang termampu tu. Alhamdulillah, dia dapat uruskan. Walaupun tiada sesiapa yang menjaga aku, namun aku dan suami ok saja. Banyak benda yang dia tak pernah buat sebelum ni dia buat. Kalau macam ni sampai bila-bila kan best. Harap-harap lepas ni dia takkan berubah dan terus macam ni. Sukaaaa... hati Ummi. Cuti En Abg hanya tinggal dua hari saja lagi. Bila dia kembali bekerja nanti, tak tahu la macam mana pula jadinya.:-)

Ummi hari ni agak sihat. Cuma sakit sikit-sikit tempat jahit tu masih ada. Sakit dalam perut dan sakit-sakit badan. Untuk 5 hari ni masih berpantang dengan jayanya. Bertungku sekurang-kurangnya sekali sehari, mandi serum, pantang makan dan makan sedikit ubat-ubatan. Ermm..ok la. Masih dalam keadaan terkawal. Dan semakin hari semakin ok. Harap-harap lepas ni akan semakin ok walaupun En Abg sudah kembali bekerja.


Sunday, August 14, 2011

Lahirnya Permata Hati Yang Ke-2

Ketika menulis entri tentang Sakit Perut pada 11 Ogos tu..memang sakit perut nak bersalin rupanya. Dari pagi sakit perut di sertai dengan keluar sedikit darah dan lendir. Kemudian, sakit menjadi lebih kerap dan semakin sakit menjelang jam 3pm. Terus aku call En Abg tanya dia balik kerja pukul berapa. Katanya jam 9pm. Namun aku memintanya balik lebih awal kerana perutku sudah semakin sakit. Lalu, dia mengatakan akan pulang jam 7pm++.

Selepas berbuka, solat Maghrib, En Abg bersihkan diri dan mandikan Umar, kami pergi ke Dewan Bersalin. Masa tu lebih kurang jam 8pm++. Setelah di periksa, jalan sudah pun terbuka sebanyak 3cm. Lalu aku terus di daftarkan untuk masuk wad. Namun, setelah Dr mendapati sakitku semakin kerap, aku ditahan di situ juga kerana bimbang aku akan bersalin lebih awal dari jangkaan mereka. Aku diletakkan di bawah pengawasan dan beberapa orang jururawat serta Dr sentiasa mengawasi aku. Pada jam 2am++, bukaan di periksa lagi dan kali ini sudah meningkat ke 4 cm.

Aku meminta kepada jururawat supaya membenarkan suamiku masuk menemaniku, namun permintaan aku tidak dipenuhi. Katanya, sekiranya mahu suami masuk, suami perlu memakai pakaian seragam. (Takkanlah malam-malam buta nak pakai seragam kan?). Disebabkan tidak berpakaian seragam, suami aku tidak dibenarkan masuk. Maka, terpaksalah aku menahan kesakitan seorang diri tanpa ada kata-kata semangat dari En Abg seperti kelahiran pertama dulu. (Sedih jugak menahan sakit seorang diri). Mulutku tak henti2 menyebut Allah, mengucap syahadah, berdoa dan baca apa-apa ayat yang aku ingat.

Lebih kurang sejam kemudian, seorang jururawat datang kepadaku dan mengatakan "lamanya kamu sakit...mari saya periksa jalan." Setelah diperiksa, bukaan sudah meningkat ke 6cm. Lalu dia memberitahu aku dia akan menolong aku supaya bukaan berlaku lebih cepat dan dia pun mengorek-ngorek dengan kuat (pada pendapat aku) menyebabkan aku menjerit dek kerana kesakitan yang teramat. (Tambah dengan sakit perut dan pinggang). Lalu hasil korekan itu, jalan terbuka kepada 7cm. Namun aku dimarahi kerana berbuat bising di situ (Menyebut "Allah..Allah.." ketika contraction sedang berlaku). Setelah itu jururawat terus menelefon ke Labor Room dan menyatakan bukaan sudah 7cm. Namun tiada bilik kosong ketika itu dan aku terus ditahan disitu.

Lebih kurang jam 4am, sakitku menjadi lebih kuat dan terasa ingin meneran. Dr datang kepadaku dan memeriksa bukaan. Lalu dia berkata kepada jururawat :"Bukaan sudah 'full', cepat call Labor Room". Maka bertungkus lumuslah para jururawat dan Dr menyiapkan aku dengan segera kerana bimbang aku akan terberanak kat situ. Dalam kesakitan itu, aku masih lagi sempat pesan kepada jururawat supaya memanggil suami yang setia menunggu di luar untuk menemani aku di Labor Room.

Setelah semua barang-barang sudah siap, Dr memecahkan air ketuban, dan para jururawat terus menolak aku ke Labor Room secepat mungkin. Dalam pada itu, aku terasa baby dah nak keluar sangat-sangat. Jururawat memberitahu kepada aku supaya jangan meneran, namun, proses itu terjadi dengan sendiri. Secara automatik perasaan mahu meneran itu datang dan sukar sekali untuk menahannya. Sehinggakan salah seorang daripada jururawat itu terpaksa mengepit kedua paha aku supaya baby tak keluar semasa dalam perjalanan. Sampai je di Labor Room, belum pon bertukar katil aku sudah 'ter'teran. Nasib baik baby tak keluar.

Dengan sakit dan tersiksanya rasa aku terpaksa beralih ke katil sebelah (dibantu jururawat) sambil menahan kesakitan yang sangat perit itu. Setelah beralih katil, terus aku meneran tanpa menghiraukan sesiapa. Namun sempat jururawat berpesan supaya jangan mengangkat punggung untuk mengelakkan dari berlakunya koyakan yang banyak. Tengah-tengah meneran tu aku ternampak kelibat si suami. Lega seketika..lalu dengan serta merta aku menyebut : "abang...". Dengan kata-kata semangat dari suami tercinta dan para jururawat, maka pada hari Jumaat yang mulia, 12 Ogos 2011 bersamaan dengan 12 Ramadhan 1432 H jam 4.46am, lahirlah seorang lagi umat Muhammad ke dunia ini. Alhamdulillah.


Sangatlah lega rasanya apabila baby dah keluar. Hilang segala rasa sakit dengan serta merta. Aku terus bertanya bayi itu lelaki atau perempuan. Namun tak ada seorang pun yang memberitahu kepada aku. Sebaliknya jururawat menunjukkan bayi aku dengan bertanya kepada aku, samada bayi aku itu lelaki atau perempuan. Lalu jawabku dengan perasaan bangga : "Lelaki".

Sementara bayi dibersihkan dan suami mengazankan, luka aku di jahit. Aduh..dek kerana luka yang banyak dan lukanya pada bahagian sensitif pula, teramatlah sakit rasanya bila dijahit hidup-hidup tanpa bius. Berbelas-belas jahitan kerana lukanya di kiri dan kanan. Namun kesakitan itu tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan sakit contraction sebelum bayi keluar. Setelah siap dijahit, sekali lagi dugaan datang. Kaki aku tiba-tiba cramp. Ya Allah..dugaan sungguh. Namun dengan bantuan jururawat, sekejap sahaja kesakitan kaki aku beransur menjadi berkurangan.

Semasa dalam kesakitan (semasa contaction), aku teringat..dan terfikir, bagaimanalah ibuku melahirkan 13 orang anak. Ya Allah..sesungguhnya, terlalu besar pengorbanan seorang ibu. Semoga segala dosa ibuku diampunkan Tuhan yang Esa.

Di ruangan ini juga, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami, Dr, jururawat dan semua kakitangan Hospital Serdang yang membantu aku melahirkan bayi ini. Semoga bayi ini membesar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan soleh. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah kerana membantu aku melahirkan hambamu ini. Jadikanlah dia seorang yang taat pada perintahmu Ya Allah..Aminn..






Thursday, August 11, 2011

Sakit Perut

Huhu..seperti tajuk di atas..aku sedang mengalami sakit perut. Sakit kejap..berenti..sakit kejap..berenti..huhu. Tapi aku tak dapat nak pastikan sakit perut ni sebab ape..dah tak boleh nak beza. Sakit perut sebab lapar (puasa) ke? Ataupun sakit perut nak buang ayaq besaq ke? Ataupon sakit perut sebab baby dalam perut ni dah tak sabar2 nak kluar? Yang mana satu ni??

Hari ni gi checkup kat klinik pakar Hos Serdang. Masa buang air kecik tu aku nampak ada sedikit lendir dan darah. Aku pun cuba call kakak aku (nurse). Bagi tahu dia..dia kata kalau macam tu jalan da terbukak. So kena bagitau Dr. Masa Dr checkup tu aku bagitau la..dia kata mungkin aku sakit perut sebab kencing kotor. Suruh aku gi kencing sekali lagi sebab nak hantar makmal. Perut aku dah sakit-sakit ni. Dia kata..kalau kencing kotor biasa la..perut akan sakit. huhu..Lepas tu, dia suruh datang 27/8 + 9 hari. Maknanya lagi 25 hari.

Da selesai berurusan dgn Dr tu, aku pergi lah dekat En Abg yang setia menunggu kat HDU. Urrmmm...perut dak asyik sakit-sakit nih. Masa gi buang air tadi nampak ada sedikit darah. Aku puasa ni..macam mana ni? batal ke? Isssshhhhh..nak bersalin dah ke??huhu..


Wednesday, August 10, 2011

Tak Masak

Yay!!! Senang hati sekali sekala tak masak ni. Bosan gak tiap2 hari masak..hihihi. Hari ni En Abg balik awal. So aku ajak2 ayam je pergi bazar..alih2 dia setuju..ngeh..ngeh..ngeh...:-) senyum sampai ke telinga. Selama 10 hari berpuasa ni hari ni la kali pertama aku tak masak. Beshhh sesangat rasa... tak payah duk pk nak masak ape.

Hari ni gi bazar kat UNITEN. Rasa nak makan kuey yg manis-manis da banyak hari dah. Tercapai gak hari ni. Alhamdulillah. Tadi aku ingat nak buat cek mek molek. Dah rebus ubi keledek dah pon. Tetiba En Abg balik..hihihi. Senang la hati tak payah buat kuey. Beli je siap-siap.

 Lompat tikam

Seri muka

Aku beli seri muka, lompat tikam, laksa, dan bihun sup. Pas tu ade kawan En Abg yang bukak gerai kat situ bagi nasi air. Pastu ade kawan kat hospital bagi nasi beriani gam. Urmm..da banyak..tak payah susah-susah nak masak. Balik rumah, kacau air teh o' je. Senang kerja aku. Alhamdulillah..kenyang jugak.

Madu & Kurma

Sudah 10 Ramadhan 1432 Hijrah (bersamaan 10 Ogos 2011) hari ini. Masuk hari ke 10 berpuasa. Alhamdulillah, berkat makanan sunnah Nabi iaitu Madu dan Kurma dan dengan izin-Nya, aku masih diberi kekuatan untuk berpuasa.

Madu dan Kurma menjadi makanan wajib untuk aku setiap hari di bulan puasa kali ini. Walaupun sebelum ini aku tak berapa menyukainya (sebab terlalu manis), namun di bulan Ramadhan ini ia menjadi makananku setiap hari. Banyak khasiat dari kedua-dua makanan ini di nyatakan dalam Hadis dan Al Quran. Di sebabkan itulah aku memakannya. Tambahan pula ianya baik untuk aku dan juga bayi dalam kandunganku. Semoga aku terus kuat InsyaAllah. Aminn.
                                                                                       

Antara Khasiat Madu Lebah:

~IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

~ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

~BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

~ BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


Antara Khasiat Buah Kurma :

~"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

~Khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

~ Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.

~Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

~ Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

~Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

~Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Tuesday, August 9, 2011

"Abang,tunggu mak di syurga ya"


"Abang,tunggu mak di syurga ya"Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya."Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang."Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu."Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital."Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang."Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah. 7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi."Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia Abang pada tahun 2007.9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan."Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak."Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap."Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang."Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang."Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis."Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum."Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.



Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)

SUMBER: Majalah Mastika (Koleksi Kisah Benar)

Tak Boleh Tidur Nyenyak Lagi..huhu..

Urmmm..seperti biasa, bila jam menunjukkan pukul 12am, aku akan masuk tidur. Tapi seperti biasa juga..masalah yang sama datang..susahnya nak lelapkan mata. Tak pasti kenapa sejak akhir-akhir ni aku susah sangat nak tidur malam. Entah ape yang mengganggu, aku sendiri pon tak faham..hmmmm..

Baru je rasanya terlelap, aku terdengar mcm bunyi pelik. Bunyi datang dari arah anak kesayangan. Macam orang sesak nafas. Jenguk Umar dekat-dekat. Memang sah..bunyi tu datang darinya..memang dia sesak nafas. Terus aku amik dia dari katilnya dan aku meribanya sambil memeluknya. Opppsss.....dia termuntah..kena la baju aku, baju dia, cadar, sarung bantal, selimut dan yang seangkatan dengannya.

Aku terus bawak ke bilik air dengan pantas. Masuk je bilik air, dia dah sedar dari tidur. Di ambiknya pulak tab mandi dia. Nak main air malam-malam buta. Bila aku melarang, dia menagis..so aku layankan aje. Selesai aku lap badan dia yang terkena muntah dan bukak baju dia, aku biarkan dia main air dalam tab mandi sampai dia puas. Sementara aku menunggu di bucu katil. Lepas tu, bila dia dah puas, dia datang pada aku. Aku lap badan dia, salin baju, cadar katil dia etc dan baringkan dia. Aku sapu minyak Mestika kat perut, kaki, belakang dan betis. Setelah berpuas hati..nampak dia macam ok sikit, aku matikan lampu dan baring tuk tidur balik.

Tapi, tak sampai 15 minit, dia muntah lagi..bukak lampu dan angkat lagi pergi bilik air sekali lagi..tukar baju lagi, main air lagi..huhu..jam da pukul 3am. Walaupun tengah-tengah sakit perut (sikit2) dan sakit belakang, aku gagahkan diri tuk uruskan semua tu. Takkan nak biarkan dia tidur dalam muntah dia tu kan? Mesti dia tak selesa. Tambahan pulak, bau muntah itu agak kurang menyenangkan. Setelah selesai uruskan katil si kecik, lap badan dia, tukar baju dia..aku baringkan dia sekali lagi.

En Abg pulak tidur dengan nyenyaknya. Dua kali aku bangun, langsung dia tak sedar. Penangan main fb sampai lewat malam. Kalau sakit2 sampai meraung2 baru dia sedar. Anak menangis sesak nafas pun boleh tak sedar..huhu..nasib badan. Kalau aku tak ade, macam mana la dia nak uruskan anak sorang2 agaknya?

Jam 3am++ baru boleh tidur..dan bila tidur lambat ni..sahur pon terbagun lambat jugak..sekali lagi jam 5.19am baru aku terkejut. Dalam keadaan kelam kabut aku siapkan juadah sahur. Alhamdulillah sekali lagi..sempat jugak sahur walaupun dalam kelam dan kabut. Alhamdulillah.

Monday, August 8, 2011

Bangun Lambat

Hmm..semalam (Ahad) En Abg cuti. Biasa la..bila hari cuti, dia akan ajak aku pergi ke mana-mana..jalan-jalan la. Kali ini dia mengajak aku ke rumah Mak Cik nya (Che De) di Ukay Perdana untuk menghantar ubat yang dikirim oleh Ayah mertuaku beberapa minggu lepas. Lebih kurang jam 4pm++, kami bertolak ke sana. Singgah membeli sedikit juadah untuk berbuka sebelum meneruskan perjalanan ke rumahnya.

Sampai je kat sana, Che De sedang memasak. Macam-macam masakan yang dia masak. Sampai penuh meja dengan makanan je. So, kami pon amik keputusan untuk makan kat bawah kerana lauk pauk dan kuih muihnya terlalu banyak.

Selesai solat terawih, En Abg tgk bola pulak. Man U vs Man City. Berbaloi la tunggu sampai lewat malam sebab Man U kegemarannya tu menang 3-2. Habis je menonton perlawanan bola tu, baru kami balik. Dalam perjalanan pulang, kami singgah mengambil lauk pauk di The Mines. Sepupu En Abg (tukang masak) memberikan kami lauk pauk, kuih dan nasi beriani. Alhamdulillah..rezeki.

Sampai rumah je, terus simpan makanan dalam peti ais, pastu gi tidur. Masa tu jam sudah menunjukkan angka 1 am ++. Erm..dalam hati aku "Esok mesti lewat bagun sahur ni sebab tidur lambat". Alih-alih..memang betul sangkaan aku malam tadi. Aku terbangun lambat. Jam 5.19am..huhu..Nasib baik semalam sepupu En Abg bagi nasi beriani. So, aku panaskan aje. Buat teh o' + tembikai + kurma. Alhamdulillah..sempat bersahur lagi walaupon sedikit terkejar-kejar. Kalau tak sempat sahur..mesti hari ni aku penat. Maklumlah..tunggu masa nak bersalin je. Ketika sahur pon penat, apalagi kalau tak sahur.

Semoga aku tak bagun lambat lagi lepas ni..huhu...

Friday, August 5, 2011

Ya Allah..Jumpa Juga Akhirnya..

Tersenyum sendiri..:-) Alhamdulillah..

Sudah lama aku cari, di setiap ceruk, stor, dalam bilik, almari..tapi tak jumpa. Alhamdulillah, hari ni 5 Ramadhan bersamaan dengan 5 Ogos 2011, Tuhan telah menemukan aku dengan barang itu. Urmmm..aku sangat gembira. Dan yang pastinya, ia adalah satu kejutan untuk Si Suami.

Sedang aku asyik ber'facebook' dan meng'update' blog kesayangan ni, aku tiba2 ternampak Umar bermain dengan barang itu. Sungguh terkejut aku. Dengan serta merta aku mengambilnya. Hhihihi...terus aku fikirkan untuk buat kejutan pada Suami tercinta. Aku bungkus dan letakkannya dalam kotak. Nanti Suami balik dari solat Jumaat akan aku berikan padanya sebagai hadiah.

Mesti dia gembira sebab dah lama kami cari dan hari ni Umar yang jumpa. Terima kasih sayang. Ummuaaaxxxx...!!!

Sabar Dulu Ye Sayang...:-)

Sudah 2,3 hari perutku rasa sakit. Tapi sakit sikit-sikit je la. Asyik mengeras je. Dah nak bersalin ke aku ni? Masa nak melahirkan Umar dulu tak ade sakit-sakit macam ni pon. Sakit belakang usah kata la..tak boleh nak duduk lama sikit..mesti sakit belakang sebelah kiri tu datang.

Baby Ummi ni dah nak keluar melihat dunia ke? Sabar dulu ye sayang..tunggu dekat-dekat raya sikit. Hari ni baru 5 Ramadhan. Seminggu nak raya ke, sayang keluar lah..ye sayang. Kalau tak, kesian ayah kena ulang alik balik Terengganu nak hantar kita, lepas tu nak kena datang kerja balik. Lepas tu nak balik kampung lagi..Raya.

Ummi ni dah rasa tak larat sangat dah. Asyik sakit kat situ, sakit kat sini. Duduk tak selesa, baring tak selesa. Rasa nak suruh sayang keluar awal. Tapi bila fikirkan Ayah..kesian pulak. Dah la bulan puasa ni. Mesti susah sikit dia nak sahur dan berbuka kalau Ummi bersalin awal.

Sayang sabar dulu ye sayang...:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...