Melangkah aku ke lantai itu..
Dengan semangatmu..
Semangat yang datang dari dalam jiwa mu..
Aku tahu..kau kecewa dengan yang terdahulu..
Kerana itu aku bangkit untukmu..
Mencapai impianmu juga cita-citaku..
Yang sentiasa mengharapkan sesuatu..
Sesuatu yang dapat membanggakan dirimu..
Kerana apa yang aku tahu..
Perubahan untuk kita semua adalah perlu...
Untuk keluar dari simpulan itu..
Kini titiknya telah ku tuju..namun tanpa dirimu..
Hanya yang ada hanyalah semangatmu..
Yang sentiasa membara dalam sanubariku..
Menitis air mataku..
Tatkala melangkah ke lantai itu..
Pabila aku teringatkan dirimu..
Yang tidak jemu berdoa untukku..
Terima kasih untukmu ibu..
Kerana melahirkan aku..
Tiada apa balasan dariku..
Hanya kejayaan ini..kuhadiahkan untukmu..
(AL-FATIHAH)
1 comment:
Terharu baca entri ni.. Rass mcm nk menangis je.. Takpe.. Kak tie kuat.. Semoga dimurahkan razeki lagi.. InshaAllah.. :)
Post a Comment