Tuhan berikan saya rezeki untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Seperti yang kita tahu..memang payah nak dapat kerja ni. Saya pon bukan sekali dua mintak...berkali2..exam..interview. Memang sangat susah. Bertuah sangat siapa yang dapat kerja dengan kerajaan ni. Sebab, ramai sangat yang apply tuk satu2 kekosongan jawatan tu, dan yang terpilih...1%...sampai ke tak?? Saya pon x pasti. Macam jawatan yang saya sandang sekarang ni..yang apply 300k++, tapi yang berjaya? 50 ORANG sahaja. Alhamdulillah. Syukur sangat2.
Tapi...
Saya dihantar bertugas ke negeri lain..jauh dari suami. Dan saya TIDAK BOLEH memohon untuk bertukar dalam masa 3 TAHUN. Katanya: "Sebab..kita perlu kenal negeri lain. Bukan berada di negeri sendiri sahaja. Lagi satu sebab...KITA KAN 1 MALAYSIA. Kalau duduk negeri sendiri, tak jadi 1 MALAYSIA lah."
Contoh kes:
Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 anak yang masih kecil (yang berusia 6 bulan dan 2 tahun setengah) dan kena posting jauh dari suami. Nak pakai bibik, memang tak mampu walaupon dua2 kerja. Dan..kalau dah jauh dengan suami tu..anak2 mesti ikot Ibu. Bila anak2 ikot Ibu, Ibu akan penat sebab malam tidur tak cukup sebab anak nangis. Pagi bagun awal, terkejar2 siapkan anak2 nak hantar nursery dan boleh menyebabkan datang kerja lambat. Kalau anak2 sakit demam, Ibu tak boleh kerja. Tidur tak cukup + lain2 masalah = produktiviti kerja kurang memuaskan. Maka terjadilah masalah datang lambat, mengantuk kat tempat kerja, selalu EL/MC/cuti. So, kalau macam ni, macam mana kita nak kerja kita bermutu, berkualiti, maju etc?
Pada pendapat saya...
Lagi elok kalau dah ada kekosongan tu..kita bagi tukar je..sebab...
1. Boleh jimatkan kos pekerja (tak perlu sewa 2 buah rumah, minyak keta balik hujung minggu, bil elektrik, bil air etc)
2. Saya (Isteri) tak penat sangat jaga anak2 kecik sebab boleh gilir2 dengan suami.
3. Keselamatan lebih terjamin sebab tak perlu ulang alik bawak kereta (risiko kemalangan rendah)
4. Pergi kerja awal kerana suami isteri boleh tolong menolong siapkan anak2 untuk hantar nursery pagi2.
5. Balik kerja isteri boleh masak, dan suami boleh tolong tengokkan anak2.
6. Malam2 kalau anak2 demam, nak susu, etc..boleh gilir2 dengan suami.
7. Mutu kerja bertambah.
8. Disiplin kerja boleh dijaga InsyaAllah..
9. Kes datang lambat, tidur kat tempat kerja, dlln dapat dikurangkan.
10. Hidup mereka lebih gembira bila dekat dengan keluarga dan seterusnya akan melahirkan pekerja yang berkualiti.
Jadinya..pada saya..elok pekerja2 ni di tempatkan di tempat yang mereka suka (bila ada kekosongan) dengan harapan mereka akan gembira bekerja dan seterusnya dapat mehirkan pekerja yang berkualiti dan berguna kepada jabatan. InsyaAllah.
6 comments:
Assalamualaikum Puan Siti Zahrah.Mohon maaf jika ada kata yang tidak menyedapkan hati.Puan harus bersyukur..itu yang penting..jadikan ini satu pengalaman..belajar di negeri orang..belajar hidup begini.bukankah puan selalu mengingatkan agar orang lain bersykur dan sentiasa menuturkan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..saya sentiasa mengikuti perkembangan puan.dan tak salah kalau saya katakan bahawa saya sangat mengagumi puan dan akan sentiasa update tulisan puan..tahniah.puan sudah dapat apa yang puan impikan.keluarga, kerjaya.tapi Allah baru beri sedikit perpisahan tidak kekal tapi puan sudah tidak betah.Puan harus bersyukur terlebih dahulu; doa untuk puan berkerja dimakbulkan Allah.Memang tidak salah untuk kita memohon berapa banyak doa pun pada Dia tapi bersyukurlah dahulu dengan apa yang kita dapat tika ini.Ujian Tuhan ada di mana-mana.Mungkin secara prinsipnya puan boleh bertukar selepas 3 tahun, tapi mungkin atas kesabaran Puan melalui perpisahan ini, pertukaran Puan akan dipercepatkan.Dan mungkin Puan lupa Allah memberi kebaikan pada orang-orang yang sabar.Bukankah Puan selalu berkata setiap yang berlaku ada hikmahnya?Jadi bagaimana dengan saya yang sentiasa mengagumi puan membaca post yang seperti ini. Seolah-olah puan pernah terlupa bahawa puan pernah mengungkapkan kata-kata hikmah tersebut.Dan seolah-olah puan masih tidak bersyukur atas apa yang Allah beri.
Pada pendapat saya, penulis hanya ingin meluahkan isi hatinya dgn harapan beban yg ditanggung sedikit berkurangan dan moga mendapat sedikit kekuatan jiwa. Kerja dimana2 pun ada kekurangan n kelebihannya. Cuma kita perlu pilih apa yg diri kita mahukan. Antara :-
-jawatan besar/kecik @
-gaji besar/kecik @
-company yg besar/kecik @
-benefit yg byk/sikit @
-kena stayback selalu / sharp pukul 5 blk boleh amik anak2, masak utk anak/husband n tgk keje sekolah anak. dan lain2 lg
Semuanya di atas pilihan kita.
Saya pernah melalui semua ini. n saya telah memilih apa yg hati saya inginkan n sya bahagia.. Alhamdullilah...
Saya doakan penulis dpt menghadapi segala rintangan yg sedang dilaluinya..
salam... hanya mampu mengatakan SABARLAH atas dugaan yg Allah beri kepada kita.. Allah dh berjanji hanya akan menurunkan ujian dan dugaan kepada hambaNya mengikut kemampuan hambaNya... sbr yer kak Zahrah... kita lebih kurang senasib cuma bezanya sy berjauhan dgn anak.. dan selalu gak d tinggalkan jauh dari suami (tentera)... kita bersabar dgn ujian insyaAllah akan ada hikmah yang indah d masa hadapan... selalu la tny kwn2 kot kot ada yg tahu saper2 nk pindah balik ke Perak... jd leh tukar suka sama suka... sy rasa ramai cuma kita kena pandai mencari... semoga Allah permudahkan segalanya
"sesungguhnya bersama2 kesusahan itu ada kesenangan"
Doa sy sentiasa untuk anda, suami dan anak2. Semoga dipermudahkan segala urusan :)
Terima kasih dgn komen yg d beri. Bukan sy x bersyukur. Alhamdulillah...syukur sgt2.. Sy cuma berkongsi pendapat sy. Sy redho duk jauh dgn suami sbb mmg da lm sy nk kja. Cuma pendapat sy ni kalau ada kekosongan..harap faham. Dan sy cuma mnerangkn pro n cont sj...bkn x bersyukur...maafkn sy kalau tulisan ini x bgus...
emm..kesian jugak yer
tapi dah nak keje redha jelah
dah biasa nanti,okeylah
Post a Comment