Friday, August 24, 2012

En Abg Sambung Belajar Di Perak

Sudah hampir setengah tahun aku hidup berdikari di Teluk Anson ni. Alhamdulillah..semua urusan berjalan lancar. Segala-galanya Tuhan permudahkan. Walaupon kena uruskan anak-anak sendiri, beli barang sendiri, pergi kerja sendiri...dan apa-apa urusan pon buat sendiri..semuanya dapat aku lalui dengan baik. Alhamdulillah.

Cumanya...pada awal bulan Ogos hari tu...aku ter'eksiden' sikit. Terlanggar bontot kereta orang. Sebabnya...???  hmmmm..biasala..memandu dengan 2 hero aku yang agak cergas dan tak de copilot yang boleh bantu jagakan anak-anak time bawak kereta. Sampai bila kita nak bernasib baik kan? Dah hati-hati pon kena jugak.

Lepas tu..aku jadi takut sikit nak bawak kereta..ketaq lutut...tapi Alhamdulillah..hari ni untuk pergi kerja tu dah ok. Cumanya...aku da jadi takut nak balik KL lagi...takut nak drive jauh dengan anak-anak. Bimbang perkara yang lebih teruk akan berlaku. Kalau ade yang tolong jagakan anak-anak boleh la..tapi kalau tak ade? Tak balik KL lah jawabnya...tunggu je En Abg yang datang sini.

Tapi Tuhan tu Maha Mengetahui..En Abg dapat sambung belajar di Perak bermula 18/9/2012. Post Basic bidaang Dylisis (Buah Pinggang). Alhamdulillah sekali lagi. Maknanya aku tak perlu la nak drive balik KL lagi. Sebab dia dah boleh duduk sini dengan aku. 

Tapi....kesian pulak kat budak-budak rumah..Cik Eka dan Cik Era...kena cari rumah baru. Dah puas fikir..bincang dengan En Abg...tanya kawan-kawan...semua bagi pendapat sama. Agak tak sesuai la kita suami isteri duduk dengan orang bujang. Dengan keadaan rumah yang agak kecik dan satu bilik air ni. Anak dara pulak tu. Kalau dulu En Abg datang kadang-kadang je...tapi ni...dia akan selalu balik sini. Terpaksa la buat keputusan. Macam tak sampai hati nak bagitahu...tapi...urmm..

Diorang ni baik..rajin tengokkan anak-anak aku, rajin tolong lipat baju, sidai baju, masak...tapi....tu la...terpaksa jugak buat keputusan. 

Maafkan akak deq..kamu berdua memang best...tapi akak terpaksa buat keputusan ni. Akak berdoa agar kamu berdua akan dapat housemate yang jauh lebih baik dari akak InsyaAllah. Semoga Tuhan permudahkan urusan kita semua. Aminn..

3 comments:

Cik Eka said...

kita okey akak...

skang tengah cari rumah ni...
mahirah dah dapat,eka ade la dua tiga,tapi tengah pilih the best

Irfa said...

eh..kamu dan cik eka serumah ke?
keciknya dunia..

Anonymous said...

Kenal ke? Ah..ah..serumah. Tp jodoh xpanjang..huhu..kesian cik eka terpaksa pindah. Klu kat ats tu ada bilik air ok la..ni bilik airnya satu je. Lg pon..klu ada org ni nk gurau2 manja malu ckit..terbatas..ye dak? Hihi...

Permata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...