Sunday, March 17, 2013

Cepatnya Masa Berlalu

Terasa cepat sungguh masa berlalu. Kesukaan aku sedikit pudar. Orang yang aku harapkan kembali jauh...sejauh beratus kilometer. 6 bulan..mengapa terlalu pantas? En Abg sudah habis belajar di Ipoh. Dan dia perlu kembali bertugas. Cepatnya...cepat sungguh rasanya.

Mungkinkah Allah mahu berikan aku yang lebih baik? Aku harap sangat permohonan aku diterima.

Menurut khabar angin yang aku terima mungkin bulan 4@5 ni. Kalau betul..Alhamdulillah. Tapi kalau tak betul..aku harus tabah untuk berada di sini lagi. Aku perlu berdikari seperti awal tahun lepas.

Aku tahu..segala-galanya ada hikmah. Allah akan bagi apa yang aku perlu. Aku percaya. Kerana Dia maha mengetahui kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu.

Setahun berada di sini banyak mengajar aku erti berdikari. Banyak perkara yang aku perlu lakukan sendiri.

Sungguh aku terasa penat kerana jauh dari keluarga dan suami.

Jika ini takdirku..aku terima kerana aku tahu, masih ramai orang yang lebih payah hidupnya berbanding aku.

5 comments:

Anonymous said...

saya suka suami awak... sangat hensem..x sesuai ngan awak..

Puan Eka said...

tak sangka kan.. dah 6 bulan..

betul tu.. mmg berdikari sungguh duduk jauh2 ni..

eka nanti pun cmni..
huhu

~::PermatA::~ said...

Eka...kalau macam ni eka kne banyak sabar tau. xde anak ok lagi..bile dah ada anak nanti..lagi mencabar..

~::PermatA::~ said...

Tq Anonymous..

Suami saya memang hensem:)

Puan Eka said...

tulah. haraplah ada rezeki lain.

perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...