Monday, September 7, 2009

Terung masak pedas...


Lebih kurang jam 6.30 petang aku, Alifa, Sarah dan Ainun pergi ke 'cafe' untuk beli makanan berbuka. Sampai kat satu kedai tu aku dan nampak sayur terung masak pedas yang sangat sedap..lalu tanpa berfikir panjang aku pun mengambil satu plastik untuk isi sayur tersebut. Tanpa aku sedari Alifa pun mengambil sayur yang sama dan diletakkan bersama nasi dan lauk dalam 'polystyrene'. Aku tak suka letak lauk & kuah bersama nasi sebab tak nak nasi jadi kembang time buke pose.

Bila dengar azan..kami pun berbuke ramai-ramai kat bilik Ainun. Bla duk kat hostel ni tak der la kuih muihnya..lagi pula Maizura balik umah dia. Kalau tak kami gi bazar ngan kereta dia kat FAB atau luar UTM. Jadi nasi tu je la yang jadi juadah kami masa berbuke tu.

'Sedapnya sayur terung ni..Ainun, Sarah..amik la, rasa terung ni..' aku mempelawa kawan-kawanku. Lepas tu Alifa pulak yang pelawa mereka. Tapi Ainun tak seke terung..katanya berangin. Lalu aku dan Alifa je yang makan sayur tu.

Kami borak-borak la sambil makan tu..pelik dengan sorang kawan yang nama Sarah tu. Dia makan Nasi Minyak dengan KICAP. Malah katanya, disebabkan terlalu suke makan kicap dia akan makan kicap tu dengan ape-ape makanan sekali pun. Bukan setakat dengan nasi, laksa pinang pun dia letak kicap..sedap katanya..Satu botol kicap tu dia boleh habis dalam seminggu (bayangkan...).

Setelah nasi aku berbaki lebik kurang satu dua suap lagi..aku ternampak seekor lipas di dalam plastik sayur terung yang sedap tadi..Terkejut sangat2..nasi da nak habis baru perasan sebab dia duk kat bawah. riuh la bilik Ainun masa tu. Aku dengan Alifa tersengih sama-sama..

Tak habis setakat tu..lepas makan tu aku pon muntah...(di sebabkan geli dengan lipas + alahan mengandung). Di tambah pulak ngan cerita Ainun yang lipas tu datang dari lubang air tandas..longkang dan sebagainya...

Sampai hari ni aku tak beli nasi dan lauk pauk kat kedai tu lagi..takut.. mungkin tuan punya kedai tu tak perasan kot..(sedapkan hati). Ye la..sebelum ni tak de pon..sekali tu je.. (sedapkan hati lagi)...redha je la...tapi masih takut nak beli makan kat kedai tu...

6 comments:

Ibu n Abah said...

Assalamualaikum...
Kesiannya pengalaman jumpa lipas waktu berbuka. Insya'Allah, tahun depan dah dapat masak sendiri takkan jumpa lipas.
Akak.
Dialysis, Hospital Serdang.

Nafastari said...

Yuck!! Hahaa... nasib tak baik, kan?

Anonymous said...

huhu.. gelinye lipas.. yeck, kalu nor pun nor muntah trus.. patut komplen je kat kantin tu.. bgtau hal sbnr, biar diorg berjaga2 skit buat keje.


mawar

KopiahPuteh said...

Sabarlah,Allah nk uji tie ni. Peniaga 2 pn bkn sengaja abg rasa..

wan storm said...

hati hati..... food poisoning lagi teruk, sampai hari ni sangat cerewet dgn foods bazar ramadhon.

Puan Eka said...

adoiyaii gelinya tekak. jumpa tahi cicak pun geli. inikan lpas...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...