Tuesday, December 1, 2009

Hari ini dalam sejarah..

Hari ni dalam sejarah..dua tahun lepas pada hari ni (1 Dec 2007) merupakan hari yang menyatukan aku dan suami terchenta. Pk punya pk terdetik la nak masak 'Laksa Kelantan' (kononnya nak buat kejutan buat suami nak hantar laksa kat hospital sebab dia kerja shif pagi n petang). Belek2 bahan nak buat kuah laksa n sambal kat dapur.. cukup (malas nak turun naik tangga n tak perlu gi kedai). Aku pon masak la kuah laksa n buat sambalnya. Kebetulan suami telefon, so aku bagitau la dia aku nak hantar laksa. Setelah lebih kurang sejam duk kat dapur, terhasil la kuah laksa n sambalnya.

Setelah bersiap..aku gi kedai beli sayur (ulam tuk laksa) dan laksa segera (2kg) then aku pon bertolak ke Hospital Serdang untuk menghantarnya kepada suami. Sesampai je kat pintu unit dialysis aku nampak suami da sedia menunggu aku (lapar agaknya). Rupanya dia da bagi tau kawan2 dia aku nak bawak laksa..

Suami agak kehairanan kenapa aku tetiba je masak laksa (biasanya klu aku nak masak hantar makanan kat dia aku bagitau dlu @ dia yang mintak). Bila dia tanya kenapa aku hanya menjawab "hari ni dalam sejarah"..

Kepada sesiapa yang rasa nak makan "Laksa Kelantan", saya sertakan resepi untuk membuatnya di bawah ni. Selamat mencuba.




Bahan-bahan tuk buat Laksa Kelantan

Laksa segera (1 paket)
  • Bahan kuah: -Ikan (direbus,dibuang tulang) (5 ekor-klu kecik), halia (1/2 inci), bwg putih (4 ulas), bwg merah (6 ulas), lada hitam (15 bijik), santan (1 bijik kelapa), asam keping (2 keping), belacan (ckit je), sdkt garam, gula, dan aji 
  • Bahan ulam -timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
  • Sambal: -cili merah, tomato, lada besar, belacan , garam, gula , limau nipis 

Cara-cara:
  1. Rebus laksa segera sampai masak (kembang). Toskan. 
  2. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam (guna air rebusan ikan @ santan). Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan, asam keping, dan belacan. Masak sehingga mendidih. 
  3. Untuk sambal: Semua bahan ditumbuk. 
  4. Hiris sayur macam kerabu (kecik2 n halus). 
  5. Sedia untuk di makan.

6 comments:

Nafastari said...

Suami mu mmg blurr macam aku jugak.. Hari itu hari pernikahan kalian, bukan? Selamat ulang tahun pernikahan, semoga bahagia selalu.

Anonymous said...

hehe.. rupanya Pa n Pi sama aja blur bab2 nak ingat tarikh bersejarah ni.. opss jangan marah.. hehehe

Hanie..

Permata SoffHas said...

Nafastari>> Terima kasih..nanti awak jangan lupe lak..da dekat tu. Mesti istri awak suke klu awak ingat..hi..hi..

Hanie>> Diorang memang macam tu..da dilahirkan macam tu..redha jela..namun banyak kebaikan lain yang diorang miliki yang susah nak cari kat orang lain..

wan storm said...

Salam sis, anda sgt baik dan perihatin, moga mendapat keberkatan dan rahmat berpanjangan, take care ur family.

Permata SoffHas said...

Wan Storm >>

terima kasih atas pujian tu. tp sebenarnya tie ni x der la baik sangat..klu x percaya tanya pi..hi..hi..mengada je lebih..

Amin..n insyaallah..ct akan jaga family ni baik2..(semampu yang boleh)

Anonymous said...

Tapi saya sangat suka dengan entri awak yang ni.. Kelihatan sangat ikhlas dan redha. Tidak pula marah2 atau berkecil hati apabila suami tidak mengingati hari bersejarah. Suami saya pun sama.. kadang-kadang dia lupa jugak.. Tapi seperti yang awak katakan.. banyak lagi kebaikan suami yang boleh diingati..

Hanie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...