Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru di Kampung

Pulang ke kampung tanpa disangka-sangka. Aku menumpang abang yang ingin balik menjenguk Ayah. Jam 3am bertolak balik, singgah di rumah kakak di K.Lipis sekejap untuk solat subuh. Lebih kurang jam 11am baru sampai kampung.

Masa nak masuk cabang rumah, jumpa dengan atuk tersayang..dia terperangkap dalam hujan..dan tak boleh balik sebab dia naik motor. Tapi bila nampak Umar balik..terus dia ikut kami balik walaupun dalam hujan. Setibanya dirumah..Cik (atuk) terus mendapatkan Umar..Sungguh gembira dia dengan kepulangan yang tak disangka-sangka ini.

Sampai saat aku menulis coretan ni pon dia masih tak puas-puas bermain dengan Umar. Urmm..gembira aku bila sampai di kampung. Dapat melupakan segala ketegangan perasaan seketika. Nyaman, sejuk, damai, tenang, da macam-macam perasaan lagi. Walaupon rumah Cik aku ni buruk, aku tetap gembira berada di sini dan sangat berbangga kerana aku dilahirkan dan di besarkan di kampung ini.

Mungkin rumah ini tidak selesa kepada sesetengah orang, tapi rumah inilah yang mengajar aku untuk hidup susah dan tabah. Duit itu memang perlu, tapi kasih sayang lebih penting dari segalanya. Aku sangat gembira mempunyai atuk yang sangat sayang pada aku. Rumah ini tiada peti ais, tiada mesin basuh, tiada tv, dan banyak lagi benda asas yang tidak mencukupi. Namun aku tetap selesa di sini kerana kasih sayang yang ada dalam rumah ini...

Akhir kata, Selamat Tahun Baru kepada semua...

2 comments:

HaNie said...

Kasih sayang itu sebenarnya lebih penting dari wang ringgit dan kesusahan itulah yang banyak mengajar kita agar lebih menghargai sesuatu itu.. Tidak mengapalah andai ada yang tidak suka asal sahaja Allah s.w.t sentiasa redha.. Kesusahan itu adalah dugaan tetapi kesenangan itu juga dugaan. Tetapi dugaan apabila diberi kesenangan, manusia mula bongkak tetapi apabila susah, manusia akan tetap tunduk..

Anonymous said...

Betul tu hanie...kesusahan ni kadang2 mendekatkan kita pada-Nya.

Dan kasih sayang itu x ternilai harganya jika dibanding dengan wang ringgit..tapi, wang juga penting untuk meneruskan kehidupan zaman sekarang ni.

Maka bersederhanalah kita dengannya.

Permatasoffhas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...