Monday, March 7, 2011

'Dia' Wan Ahmad Fadzil bin W. Mohd

Terhasilnya blog ini adalah kerana 'dia' yang sering memberi kata-kata semangat untukku menulis. Walaupun karangan yang aku buat tidaklah sehebat 'dia', namun bermulanya aku dalam dunia blogging ini adalah kerananya. Bukan sahaja menulis di blog, malah Facebook yang aku ada hari ini juga adalah bermula darinya yang tak jemu-jemu menberi tunjuk ajar kepadaku. Di kesempatan yang ada di sini, biarlah aku menulis sedikit sebanyak berkaitan dengan kebaikan 'dia.

'Dia' umpama guru semasa aku berada di Universiti. Apa-apa yang aku tidak tahu terutama berkaitan dengan Bahasa Inggeris akan aku tanyakan pada 'dia'. 'Dia' sedikit pun tak pernah mengeluh jika aku mengganggunya dengan SMS atau pangilan untuk bertanyakan sesuatu. Tanpa rasa jemu dan tanpa mengira masa dia akan membantuku.

'Dia' juga kekuatan aku di kala aku sedih. Aku selalu berkongsi masalah tentang keluarga dan lain-lain perkara dengannya. Aku percayakan 'dia' dan langsung tak berasa kekok untuk berkongsi masalah dengannya. 'Dia' seorang pendengar yang baik. Apabila aku mengadu hal kepadanya, dia selalu memberi kata-kata semangat dan nasihat kepadaku agar aku tabah menghadapi ujian hidup ini. Sekiranya aku menghadapi masalah dengan suamiku juga aku akan bercerita kepadanya. Kerana mereka sangat rapat dan aku rasa tiada orang lain yang lebih sesuai untukku mengadu mengenai suamiku selain 'dia'. Kerana pada pendapatku mereka adalah sebahagian dari diri masing-masing.

'Dia' juga x pernah lupa untuk menghadiahkan sesuatu kepadaku, anakku dan suamiku jika dia pergi ke mana-mana. Malah setiap kali dia pulang bercuti, dia akan membelikan ole-ole untukku dan keluarga. Walaupun aku hanyalah sekadar iparnya, namun dia tak pernah lupa menghadiahkan sesuatu kepada ku. 'Dia' seorang yang sangat pemurah. Tak pernah berkira dengan adik beradiknya. Hadiah terakhir yang diberi kepadaku pada percutian kali ini ialah sepasang kain cotton yang sangat cantik. Anakku Umar pula mendapat baju dan beberapa pasang kasut. Hadiah kali ini adalah antara hadiah yang terpenting dalam hidupku.

Walaupun 'dia ' berada jauh di negara lain, namun keluarganya dan keluarga kami sangat dekat. Setaip kali bercuti, mereka sekeluarga tak pernah lupa untuk ke rumah kami. Dan setiap kali mereka pulang, ramai yang sentiasa menantikan kepulangan mereka sekeluarga ke tanah air. 

Aini Nurbaya, kamu sangat bertuah kerana menjadi isteri yang sangat dicintainya. Beruntungnya kamu mendapat seorang suami yang sangat baik, penyayang dan pemurah. Wan Nadaa dan Wan Marwa, berbanggalah kamu kerana menjadi anak-anaknya. Percayalah, Ayahmu  seorang yang sangat baik hati dan lembut hatinya. Jadilah anak-anak yang baik seperti yang ayah kamu maksudkan. Sayangi 'dia' seperti dia menyayangi kamu walaupun 'dia' telah tiada lagi di muka bumi ini. Dia terlalu menyayangi kamu semua. Kamu bertigalah jantung hatinya.

Dan berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada 'dia' Wan Ahmad Fadzil bin W. Mohd di atas segala kebaikan 'dia' dan keluarganya lakukan. Kami semua menyayangimu. Pemergianmu sangat dirasai oleh semua yang mengenalimu. Tiada apa yang dapat aku hadiahkan padamu lagi selain mendoakan kebahagianmu di sana. AL-FATIHAH.

1 comment:

Ahmad Kahn said...

thank u very much sir..............to wrote about Mr Wan Ahmad .........


yessssssssss i also veru miss.....

MAY GOD BLESS THEM.....AMIN SUMMA AMEEN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...