Keesokan paginya (24 Julai 2011-Ahad), kakak mengajak aku pergi mencari 'etok'. Tapi aku kata, aku nak ke Cameron Highlands. En Abg macam keberatan sedikit, tapi setelah dia nampak aku begitu beria-ia nak ke sana, dia pon bersetuju. Setelah kakakku selesai melakukan kerja di klinik dan melawat (oncoll), kami pon bertolak ke Cameron Highlands lebih kurang jam 11am ++. Singgah makan tengah hari dalam perjalanan dan kami sampai disana lebih kurang jam 1pm++.
Tercapai jugak satu dari impianku pada 24 Julai 2011. Gembira sangat-sangat. Walaupun kata kakakku kat sana tak ade ape-ape, tapi aku tetap gembira. Keinginan aku untuk bergambar di lorong ladang teh juga terlaksana. Walaupun penat, namun aku gagahkan diri untuk turun ke cerun untuk mengambil gambar. Terima kasih kepada En Abang yang sudi mengikutku dan mengambil gambar aku.
Ini adalah kali pertama bagi kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Cameron Highlands. Kami juga tak melepaskan peluang untuk minum teh di puncak Cameron. Suasana yang dingin..memang menenangkan jiwa. Setelah minum teh, kami berjalan ke pekan Cameron yang menjual bermacam-macam hasil tanaman bumi segar Cameron. Kami membeli sedikit hasil bumi segar ini dan cenderahati sebagai kenangan kami sekeluarga pernah ke sana.
Pelbagai jenis tumbuhan dan bunga yang cantik-cantik sangat menarik perhatianku. Teringin rasanya membeli sepasu bunga, namun En Abg kata : "Tak payah lah, 2 hari duk rumah kita nanti mati pokok tu". Terus tak jadi nak beli. Teringin pula nak beli buah strawberi. Sebab orang kata kalau makan kat sana manis. Tapi En Abg kata : "Tak payah lah, buah tu nampak je sedap..tapi tak sedap mana pon". Dan tak jadi jugak beli. Tapi aku ok je..dah dapat peluang ke Cameron Highland pon da kira Alhamdulillah sangat-sangat. Tetap gembira.Walaupon tak beli bunga dan buah strawberi, tapi kami beli benda lain seperti teh, jagung, ubi keledek dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment