Tuesday, July 16, 2013

5 Hari Bercuti

Alhamdulillah..Ramadhan tiba lagi. Syukur pada Allah kerana masih memberi kesempatan dan peluang.

Awal Ramadhan..
Aku mengambil cuti selama 5 hari. Tujuan asalnya sebab ada temujanji mata Umar di Hospital Serdang pada 16 Julai 2013. Belek kalendar..hari Selasa. Aku pon mula berbincang dengan En Abg untuk balik kampung. 

Hari kedua puasa, aku mintak balik awal sikit sebab nak balik Serdang. Jam 3 petang, aku bertolak dari Teluk Intan bersama anak2. Setelah 3 jam memandu, aku selamat sampai di Serdang. 

12 Julai 2013 
En Abg balik kerja jam 9 malam. Selesai solat terawih.. kami bersiap2 untuk pulang ke kampung. Lebih kurang jam 11 malam kami bertolak ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Setelah 5 jam ++  kami selamat sampai di Setiu jam 4.27 pagi. Alhamdulillah..sempat masak simple2 dan bersahur bersama bapa mertua dan suami. Selepas solat.. aku tidur sepuas-puasnya. Maklum saja la..tak ada sesiapa kat rumah tu. Suami n bapa mertua pergi ke Besut. 

Petang tu..3 orang ipar balik jugak.Untuk berbuka aku masak daging goreng, kakak ipar masak lemak Ikan Klah (Empurau), kerabu etc. Memang special. Hari pertama berbuka dengan makanan yang best sangat2. Adik ipar pulak kait 5 bijik kelapa muda. Yang sorang lagi beli kuih seri kaya, murtabak, tembikai etc. Banyaknya lauk. Memang sedap!

13 Julai 2013 
Hari kedua, kami sekeluarga balik ke Machang. Petang tu kakak buat sup tulang, kerabu, ikan goreng etc. Memang berada di kampung tersangatlah best rasanya. Makan sedap2. Sampaikan aku rasa..aku sangat gemuk sebab makan banyak.

14 Julai 2013
Hari ketiga pun sama..makan ketam masak lemak, ayam panggang, akok yang sangat sedap, air tebu, etc. Mewahnya makanan di kampung. Alhamdulillah.

15 Julai 2013
Hari keempat..jam 10 pagi, kami bertolak pulang ke Serdang. Jam 6 petang kami selamat sampai.

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Walaupun perjalanan kami agak jauh (Perak-Selangor-Terengganu-Kelantan-Selangor-Perak) namun, percutian kali ini sangat best dan sangat puas hati. Masa pun tak terkejar2. Berjalan dalam keadaan relax je. Sempat berbuka dan bersahur bersama ayah, atuk, adik beradik, dan keluarga mertua di awal Ramadhan. TQ Allah. 

2 comments:

Cik Eka said...

bestnya, baca menu2 tu pun buat eka teriur dah.. adehhhh..

ritu pegi kelantan, tak sempat merasa kuih akok, cuma eka sempat rasa tapai ubi goreng. Itu yg ika ngidam sgt2. hihihi

sedapppp

Anonymous said...

Jemput la dtg ke Kelantan lg:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...