Thursday, July 2, 2015

Kelahiran Anakanda yang Ketiga Part 1

Jam menunjukkan angka 12.15 tengah malam. Tiba-tiba..aku terasa panas di paha.. aku pegang kain batik yang aku pakai. Sah!! Basah.. Oh..air ketuban da pecah kot. Rungut hati aku. Terus rasa gelisah, gelabah, takut, bimbang dan macam-macam perasaan datang. Aku nak bersalin dah ke?

Teringat kakak ku yang kerja Misi tu. Cepat-cepat aku telefon dia untuk bertanyakan pasal ni. Aku bagitau kakak bahawa air ketuban dah turun. Dia tanya suami aku ada tak. Lantas aku menjawab..ada..tapi dah tidur. Kakak suruh kejut dia dan pergi hospital. Aku bagitau kakak yang aku takde rsa sakit pon. Dan aku cakap jugak..kalau pergi siapa nak jagakan anak2 aku yang lain. Aku tanya..boleh tak kalau tunggu pagi esok? Kakak kata..kalau tak sakit dan air tak turun banyak, boleh la tunggu. Kalau air keluar banyak..takut baby lemas nanti.

Aku pon baring balik. Kononnya nak tidur lah. Tapi..hati runsing..bimbang...tak boleh nak lelap mata. Jam 2 pagi aku bangun dan terus ke ruang tamu. Air ketuban keluar lagi..dan kali ni banyak. Lepas tu..rasa perut memulas sedikit demi sedikit. Eh...nak bersalin dah ke? Urmm..fikir..punya fikir..aku pon kejut suami.

Dia terus bangun..hantar anak-anak rumah jiran dan terus memecut ke Hospital Teluk Intan. Dalam perjalanan tu..aku bersuara, "Abg..jom kita balik kampung (Kelantan). Syg rasa nak bersalin kat kampung lah" ...

Dengan muka terkejut suami berpaling pada aku...
"Betul ke ni?"

2 comments:

Mohd Zulkefli said...

Oh, Puan duduk di Teluk Intan ya? Ikut suami bekerja?

Saya terdampar di sini (blog Puan) kerana legasi Tuan Nafastari.

Puan Eka said...

akak, sambung lagi ye kalau free hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...