Sunday, June 21, 2009

Nasi ikan kering..

Rasa nak cerita pasal zaman kanak-kanak plak rasanya...

Satu hari tu, mok(panggilan untuk arwak nenek) tak ada duit(mungkin tak ada duit kecik) nak bagi aku duit poket untuk ke sekolah. Biasanya dia akan memberikan RM 0.30 setiap hari. Lalu dia membekalkan aku dengan sebekas nasi berlaukkan ikan kering dan sebotol air kosong. Sebelum rehat kawan aku ada mengadu yang dia pun tak di beri duit poket. Lalu aku mengajaknya untuk makan bersama bila tiba waktu rehat nanti, dan dia bersetuju untuk makan bersamaku.

Bila tiba waktu rehat....

Aku mengajak kawanku tadi untuk makan bersamaku. Oleh kerana aku malu untuk makan di hadapan pelajar lain (kerana berlaukkan ikan kering), lalu aku dan kawan ku tadi pergi ke belakang bengunan untuk makan.

Bila sampai di tempat yang sesuai kami duduk mengadap bekas nasi yang di bawa. Lalu aku selaku tuan punya bekal pun buka la bekas yang berisi nasi tadi. Pada mulanya aku buka tutup bekas itu perlahan-lahan, tapi oleh kerana terlalu ketat, aku mengangkat bekas itu dan cuba membukanya...

Aku berjaya membukanya namun...malangnya nasi itu semua bertaburan di atas tanah bersama dengan lauk ikan kering yang rangup itu. Aku dan kawanku saling berpandangan antara satu sama lain..

Sudahnya.. kami berdua hanya minum air kosong sahaja pada hari itu..


3 comments:

Nafastari said...

Saya rasa kesusahan adalah sekolah yang terbaik. Terima kasih kerana berkongsi cerita yang menarik. Hampir menitis air mata saya membaca catatan anda.

wanahaf said...

huhu, nanti boleh la praktik kat anak2 pulak.jangan manjakan sangat budak2. hehe

~::PermatA::~ said...

Nafastari >> pengalaman dan kesusahan lalu merupakan penyuntik semangat kita untuk lebih berusaha n berjaya..

Wanahaf >> akak tak nak manjakan anak sangat2, tp xder la sampai x bagi duit belanja sekolah..kesian..dulu lain..sekarang lain..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...