Wednesday, July 22, 2009

Al-kisah ku..

Setelah tamat latihan industri, maka sesi baru bermula. Aku kembali menjadi seperti pelajar lain di UTM…ini adalah pilihanku..(hadiah buat arwah ibu tercinta). Bila hati rasa malas je..aku teringat pada ibu. Maklumla.. dia la orang yang paling penting dalam memberi semangat dan kekuatan kepadaku untuk terus belajar sehingga sekarang. Aku cuba untuk merealisasikan impiannya yang teringin melihat anaknya menjejakkan kaki ke menara gading.

Masuk je semester baru bermakna aku akan berjauhan dengan suamiku yang tersayang juga. Kami hanya akan berjumpa sekali sekala (2 minggu sekali). Tapi dah tak lama..hujung tahun nanti aku da habis belajar. Bila difikirkan balik ada juga hikmahnya berjauhan ni..rindu je.. Tapi aku lebih gembira jika bersama suami..tengok dia pergi kerja..balik kerja..makan sama-sama..seronok sangat. Hidup rasa lengkap je..

Tak lama lagi aku dan suami akan bergelar ibu dan ayah .Suamiku nampak sangat gembira. Bila aku tanya dia:

Aku : Bang, gembira tak nak dapat baby?

Suamiku : Gembira sangat. Pa (kembar suamiku) pun dah ada anak. Abang pun nak jugak..

Itu jawapan yang dia berikan kepadaku..bunyinya macam cemburu je dengan kembarnya yang dah ada anak. Tak pula disebut adik beradiknya yang lain..maklum la kembar..sayangnya terlebih sikit..

2 comments:

baginda® said...

salam ziarah... tapi kengkadang laki2 yg bini die mengandung pun byk karenah kan... hehehehe

Permata SoffHas said...

saudara baginda..
Alhamdulillah..saya berterima kasih pada Allah sebab saya di kurniakan seorang suami yang baik dan sangat sayang pada saya walaupun saya mengandung.saya harap anda pon akan sayang isteri anda walaupon anak dah ramai..hatta dah jadi nenek..moyang..dan seterusnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...