Sunday, June 23, 2013

Institut Latihan KEMAS - PAC

Alhamdulillah..sampai jugak di ILK Kuala Lumpur. Menjadi peserta ke 17 mendaftar daripada 82 peserta tu..ok lah. Sebab aku boleh dikira antara peserta yang terawal.

Masa mula2 sampai tu..semua dikehendaki beratur untuk dapatkan nombor badan. Lepas tu pihak Kemas dan SPA semak sijil dan borang. Kemudian timbang berat dan akhir sekali ambik gambar.Setelah itu..kami diarahkan untuk berkumpul di dewan. Sebagai langkah permulaan taklimat diberi berkenaan dengan perjalanan program.

Aktiviti 1
Aktiviti ni ialah menjawab soalan berkenaan dgn diri sendiri. Obkektif. 97 soalan. Masa yang diberi ialah selama 30 minit.

Kemudian kami dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk aktiviti 2. Aku termasuk dalam kumpulan 2. Selesai pembahagian kumpulan...semua peserta pergi ke kelas yang telah ditetapkan. Satu kumpulan tu ada 16 orang.

Aktiviti 2
Sedikit taklimat diberi oleh panel. Aktiviti ni adalah Pengucapan Awam. Selesai taklimat ringkas..no badan aku dipanggil sebagai peserta pertama untuk berucap selama 5 minit. Terkejut tak terkira. Baca doa ckit..bangun dengan tenang menuju tempat duduk panel. Aku meraba tajuk dalam sampul surat dengan harapan biarla aku dapat tajuk yang senang. Alhamdulillah. Cabutan tajuk yg aku pilih ialah "Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Malaysia".

Aktiviti 3
Berpindah ke kelas lain pulak. Aktiviti ni secara berkumpulan. Tajuk "Kampungku". Kita perlu berfikir untuk memajukan kampung tersebut berdasarkan kriteria kampung yang di beri. Habis bincang..kne buat presentation.

Aktiviti 4
Lebih kurang macam game. Perlu meletakkan jumlah tertentu pada Diri/Keluarga, Masyarakat, Budaya & Negara. Dan bahaskan kenapa.

Aktiviti 5
Berdebat. Kne berlakon macam dalam dewan parlimen tu. Ada senator sekali. Separuh berada di pihak kerajaan dan separuh lagi di pihak pembangkang. Tajuk yang dipilih ialah "Pengangguran".

Habis Aktiviti 5 kami diberi bilik. Aku duduk di kuarters Kemas. Satu rumah 5 org. Aku berkongsi bilik dengan Ati.

Aktiviti 6
Selesai makan malam..mandi..kami dikehendaki solat di surau. Maghrib berjemaah. Seusai solat Maghrib kami naik ke dewan dan ada Tazkirah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kemas Negeri Selangor.

Aktiviti 7
Cabutan tajuk untuk Public Speaking. Aku dapat tajuk "Public Transport".

Jam 10 malam..kami di benarkan pulang.

HARI KE-2

Aktiviti 8
Jam 6.30 kami berkumpul di hadapan dewan untuk Aktiviti kecergasan. Selesai senamrobik..kami di kehendaki berlari sejauh 1.5 KM.

Aktiviti 9
Public Speaking Presentation. Tak dibenarkan tengok kertas. Giliran aku lambat pulak kali ni. 4 yang terakhir. Berdebar lebih dari jadi peserta yang pertama. huhu..

Aktiviti 10
Aktiviti berkumpulan sekali lagi. kne sattlekan 3 masalah dalam masa 1 jam. Masalah pekerja..masalah latihan pekerja dan nak buat program besar melibatkan TPM.

Jam 11 pagi..selesai lah semua aktiviti. Alhamdulillah. Bersedia untuk interview pulak.

TAMAT PAC.

2 comments:

Anonymous said...

knp 2 hri je huhu. .yg smpai 3 bulan tu lain ae

~::PermatA::~ said...

Enatahlah...ni pengalaman saya la..ada yang 3 bulan ke?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...