Wednesday, June 26, 2013

Kabur

Kekaburan mata akibat jerebu ni sangat merbahaya..hampir saja aku merempuh sebuah kancil dek kerana tak nampak kereta tu sewaktu nak melintas. Memang tak nampak langsung sebab dia pon tak bukak lampu.

Nasib baik sempat tekan brek. Dia pon terkejut jugak. Dan nasib baik jugak Tuhan nak tolong aku. Alhamdulillah.

Teluk Intan mula di landa jerebu pada hari Ahad lepas. Hari kedua..bertambah teruk. Hari ketiga sedikit kurang. Dan hari ni.. Alhamdulillah..dah makin kurang.

Terima Kasih Allah sebab turunkan hujan disaat kami sekalian hambamu amat memerlukannya. Alhamdulillah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...