Sunday, June 23, 2013

Persediaan PAC

Setelah sekian lama menunggu..(sejak bulan 10 tahun lepas) akhirnya aku dipanggil untuk menghadiri PAC. Dapat email 3 minggu sebelum menghadiri PAC.di Institut Latihan KEMAS KL.

Minggu 1
Setelah dapat email tu..aku pon mula la google mencari maklumat berkaitan PAC ni. Tapi malangnya..maklumat yang aku dapat sangatlah terhad. Aku ke portal JKM untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat di sana.

Minggu 2
Aku ke JKM untuk mendapatkan sedikit maklumat berkenaan dengan jawatan yang aku mohon. Aku berjumpa dengan staf JKM yang bernama Rabiatul. Banyak maklumat yang bagi. Katanya kawan dia ada mohon juga tapi kekosongan tu di KEMAS. Dalam hati tertanya2..aku tersalah tengok ke? Selepas mendapat beberapa helai pamplet dan senarai tugas aku balik ke ofis. Sesampai je di ofis..aku terus bukak laman SPA. Memang tepat sekali...aku dah salah tengok...

KEMAS rupanya...

Minggu 3
Aku pergi ke pejabat KEMAS dengan ofismate Pn Lala sebab abang dia kerja kat Kemas untuk dapatkn maklumat berkaitan KEMAS pulak. Tapi..xbanyak maklumat yang aku dapat. Sebabnya misi..visi..objektif etc yang diberi tu yang lama. Tak update.

1 hari sebelum PAC...
Aku ambil cuti untuk study dan prepare ape yang patut. Tengok.borang..sijil...etc. Dan yang xbestnya..xsempat nak study pon. Macam2 nak kne buat. Mlm tu kami pergi survey tempat supaya esok pagi tak sesat. Sebabnya..kne lapor diri kul 7 pagi.

Hari lapor diri...
Bangun seawal jam 5 pagi..google..search..baru jumpa..misi..visi..objektif..sejarah..falsafah..etc. Nasib ade printer. Lepas tu google plak nama2 menteri..agong..KP Kemas etc. Lepas tu cari isu semasa plak..tengok2 jam dah kul 6. Mandi..siapkan brg2 anak2. Suami balik surau jam 6.30pagi..kami pon turun. Sampai Institut Latihan Kemas kul 7.29 pagi dan menjadi peserta ke 17 mendaftar. Alhamdulillah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...