Friday, July 20, 2012

4/7-Cik

Lebih kurang jam 9.00 pagi, pada 3 April 2012 (Selasa) yang lalu, aku menerima mesej dari En Abg mengatakan ibunya dalam keadaan yang agak tenat. Terus sejuk kaki dan tangan...dan apa yang aku fikir..aku kena balik jugak. Call sana..col sini...akhirnya aku mengambil keputusan untuk memandu sendiri pulang ke Terengganu bersama kakak iparku (Kak Zilah). Aku perlu mencari pembantu untuk menjaga anak-anak kesayangan dalam kereta. Memang tak mampu nak menjaga mereka sambil memandu sejauh beratus-ratus kilometer itu sendirian. Alhamdulillah..setelah 8 jam memandu...aku selamat tiba di Setiu Terengganu pada jam 7.00 malam. Ternampak kelibat En Abg...dia tiba tengah hari pada hari yang sama dari KL bersama abang-abangnya.

Melihat keadaan Cik (Ibu mertua) yang lemah..hati sudah menjadi tidak keruan. Dia demam...dan hanya membuka matanya sekejap-sekejap saja bila ada yang bertandang. Mungkin sudah terlalu lemah sehingga tak mampu untuk membuka mata lama-lama. Malam itu, Yasin dibacakan beramai-ramai untuk Cik.

Pagi 4 Julai 2012 aku membantu Ayah (Bapa mertua) menyuap susu dan menumbuk Panadol untuk diletakkan dalam susunya. Dengan harapan demamnya akan berkurangan. Namun...dia kelihatan semakin lemah. Anak-anak mengelilinginya diiringi bacaan Yasin. 

Tiba-tiba, Si Muaz pula merengek mahu tidur menyebabkan aku mengundurkan diri ke belakang untuk mendodoikannya..sejurus itu...terdengar suara bacaan En Abg tiba-tiba berubah. Teresak-esak...lalu air mata yang ku tahan itu laju menuruni pipi...Ya Allah...

Lebih kurang jam 11.00 pagi, ibu mertuaku kembali ke pangkuan Pencipta yang Maha Esa. 

Ya Allah...Semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Tempatkanlah dia di Syurga Mu Ya Allah. Al-Fatihah. Aminnnn...


1 comment:

Puan Eka said...

Al Fatihah untuk Cik....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...