Tuesday, January 22, 2013

Assignment

Setelah sekian lama meninggalkan zaman kegemilangan itu, hari ini aku kembali melakukan tugasan yang beberapa tahun yang lalu boleh kata hampir setiap hari aku buat.

Hari ni aku perlu buat tugasan berbentuk kajian kes. Kalau tengok formatnya lebih kurang macam tesis yang aku buat dulu. Jadi..tesis tu aku ada simpan dan boleh la ceduk maklumat yang berkaitan untuk digunapakai balik.

Alhamdulillah..masih reti nak cari maklumat macam dulu-dulu..hihii..

Nak kata senang tak de lah senang sangat. Tapi..nak kata susah sangat pon tak adalah susah sangat. Buat je la mana yang rasa sesuai.

Bila sekali sekala buat ni macam teruja gak nak buat. Jarang-jarang kan..tapi kalu hari-hari tu macam terlebih jemu la pulak. Sambil-sambil buat tu boleh la jugak aku tambah ilmu pengetahuan yang tak berapa nak banyak ni.

Elok jugak untuk perkembangan otak aku ni. Tak adalah tepu sangat. Otak ni..kalau tak pakai..tak boleh jugak. Kalau boleh..hari-hari kena polish baru tajam berkilat. Tapi.malas terlebih..tu yang jarang di polish tu. Tambah pulak dengan kerja sekarang, balik kerja layan anak pulak..masa dah makin sikit rasanya. Tak sempat nak polish memolish.

Jadi..hari cuti ni..daripada duk ngadap fb je manjang..baik cari ilmu sikit...boleh la isi dalam otak yang tak berapa nak penuh ni :)


UPDATE 20.04.2013
Dapat markah 80% untuk assignment ni. Alhamdulillah..antara yang tertinggi jugak:)

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...