Thursday, January 10, 2013

Bapa Borek Anak Rintik

Umar da beberapa hari tengok anak jiran sebelah main kereta kontrol. Semalam pagi2 lagi dah start mengamuk nak jugak. Ceritanya di blog Diari Umar (diariumarlutfi.blogspot.com) tajuk Kereta Control. (Tak boleh nak letak link sbb update pakai tpon. Tak berapa nak pandai.)

Jadinya..petang semalam En Abg balik. Kami pergi lah cari kereta kontrol tuk Umar. Cari kat Giant, Billion..tapi..jumpa kat The Store. Banyak pilihan.

Pilih punya pilih..jumpa la yang sesuai.

Sampai je rumah..terus nak main. Tp..kereta tu kena cas dulu. Cas skejap...main..cas skejap main. Orang lain memang tak boleh nk sentuh. Adik Muaz pon tgk je.

Malam tadi tertdo sambil peluk keta tu. Tak lepas2...sampai pagi ni.

Tiba-tiba En Abg bersuara:

"Umar mcm abg kan? Dapat je barang baru..mesti tdo ngan barang tu."

Aku senyum je..dalam hati ke mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi..hihi..

Benar sekali pepatah ni..

"Bapa borek, anak rintik."

2 comments:

Cik Eka said...

huyoo cntiknya kete umar...

~::PermatA::~ said...

Ayahnya yang pilih..citarasa lelaki. Tapi x sampai sebulan da lebur..hahha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...