Monday, June 24, 2013

Institut Latihan KEMAS - Temuduga

Selesai PAC jam 11.00 pagi. Kami diminta untuk ke dewan bagi sesi temuduga. Sedikit taklimat ringkas berkaitan dengan persediaan sijil dan resume diberikan oleh wakil SPA. Setelah itu pembahagian bilik temuduga juga di jalankan.

**Masa ni..aku baru nak bukak nota. Sebab sebelum ni memang tak sempat. Sibuk ngan kerja dan anak2.

Temuduga kali ni di jalankan secara berkumpulan. Satu sesi 3 orang dan 3 bilik di sediakan. Ni lah pertama kali aku di temuduga secara berkumpulan.

**Tengah2 sedap membelek nota..nama aku dipanggil untuk di interview pada sesi ke-2 di bilik no 2. Berdebar tak terkata..maklum sajalah..maklumat tak bayak lagi dalam kepala otak aku ni.

Sebelum ke bilik temuduga..kami kne beratur untuk serahkan resume dan sijil berkaitan pada pihak SPA terlebih dahulu. Selesai di bilik SPA..kami di arahkan untuk menunggu di hadapan bilik temuduga.

**Belek lagi..sejarah..falsafah..visi..misi..objektif.. menteri..Agong..KP Kemas.. ebook..etc. Da berdebar sangat dah masa ni. Tak masuk ape pon dah. Baca..sekadar baca. Macam..tengooook je..xmasuk ape pon dah.

Setengah jam berlalu..3 peserta dari bilik 1 keluar. Terus kami tanya. Mereka kata soalan biasa2 saja. Pasal KEMAS. Sejurus itu..3 peserta dari bilik 2 keluar.

**Hati aku dah tak keruan..dup..dap..dup..dap..Baca doa..baca doa..mintak tenangkan hati.

Tiba2...loceng berbunyi menandakan giliran kami bertiga untuk masuk dah sampai.  Memulakan dengan Bismillahirrahmanirahim..aku kemudiannya mengetuk pintu dan melangkah dengan kaki kanan sambil memberi salam.

Kami diarahkan untuk duduk berdasarkan kedudukan nama dan Alhamdulillah..nama aku last sekali.

**Mulut terkumat kamit..baca doa lagi..semoga Allah tenangkan hati dan lancarkan lidahku semasa menjawab nanti.

Soalan:
1. Apakah kerja anda sekarang?
2. Bagaimana pekerjaan sekarang ni membantu anda untuk berkhidmat di KEMAS?
3. Apakah NBOS dalam bahasa inggeris?
4. Macam mana kita nak gunakan strategi NBOS dalam KEMAS?
5. Apakah objektif, visi dan misi KEMAS?
6. Bilakah KEMAS di tubuhkan?
7. Siapakah KP KEMAS?
8. Apa beza antara KEMAS dengan JKM?
9. Apa persediaan yang di buat sebelum temuduga?

(Itu je yang aku ingat. Mungkin ada lagi kot soalan2 lain..tp xingat dah.)

Alhamdulillah..aku seringkali menjadi peserta ke-3 menjawab sebab nama aku last sekali. Sedikit sebanyak membantu sebab aku boleh fikir lama sikit dan mencedok maklumat peserta lain jugak. 35-45 minit berlalu. Kami di benarkan keluar.

Alhamdulillah..sebab semuanya berjalan lancar. Balik bilik..tidur sebab penat dan letih. Bangun..mandi..makan...solat..kemas bilik..dalam pukul 3 suami datang ambik.

Ya Allah..semoga aku berjaya... Aminn..

7 comments:

Puan Eka said...

akak, eka doakan semoga akak berjaya.. inshaAllah..

ika dulu dapat cikgu tadika kemas, tapi tak pegi pun.

Rasa macam takut pulak nak jadi cikgu hikhikhik.

akak doakan eka gak tauuu....

Irfa said...

smoga berjaya ye
akak mmg serik dah gi intebiu
tu psl tabah je dgn apa yg ada skrg

excellentfocusa said...

Nak dpt interview ni mmg kn pointer 3.8 ke ats ke?sy x dpt pun mgkn pointer sy 3.41 je..

excellentfocusa said...

Nak dpt interview ni mmg kn pointer 3.8 ke ats ke?sy x dpt pun mgkn pointer sy 3.41 je..

anna said...

maaf akak tumpang tya.....NBOS tu apa?mcm mana nk gunakan strategi NBOS dlm KEMAS....mohon penerangan....

~::PermatA::~ said...

Eka>> Tq..smg Eka berjaya dalam apa yg Eka ceburi.
Irfa>> Tq..tu la...hari ni macam dah redha je dgn apa yang ada. Alhamdulillah...
excellentfocusa>> Tak semestinya 3.8. Saya pon x sampai. Biasa SPA tapis dari result SPM lagi. Dan mungkin belum rezeki. Cuba Lagi..Go..go chaiyyok!!
Anna>> NBOS tu National Blue Ocean Strategy @ Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Cuba search google, banyak maklumat.

Unknown said...

maaf sis tnye; ap beza kemas n jkm?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...