Friday, October 14, 2011

Semoga Allah Merahmatimu Ayahku..

Hari ini merupakan hari lahir Ayah aku yang ke-62 tahun. Hari ni aku nak ceritakan kenangan aku dengan Ayah tersayang.
Apa yang aku ingat pasal Ayah..

Masa aku kecik-kecik dulu..aku selalu tengok tv rumah Ayah sebab kat rumah Che (atuk) x de tv (aku di besarkan oleh atuk & nenek). Masa tu letrik xde lagi kat kampung kami...ayah beli bateri buat tengok tv. Malam-malam pakai pelita la. Aku pon da lupa sejak bila kampung kami ade letrik. Iron baju pon pakai iron besi yang berat tu. Antik punya..kena letak arang. Kenangan btol.

Urmm..masa tengok tv tu..ayah selalu geletek aku..dan aku gelak la..geli..(sambil mengenang kisah itu)..hihihi..lepas tu dia suka gosok2 janggut dia kat muka aku..hahaha..memang geli. Rindunya saat itu.

Ape lagi yang aku ingat ye...

Satu hari..Ayah xbalik..kami sekeluarga bimbang sebab biasanya kalau dia ke mana-mana, dia bagi tau Mek (Ibu) kami. Tengok kunci motor ade, barang-barang dia ada. Masa tu last kami nampak dia, masa dia kat belakang rumah..tengah cangkul tanah nak menanam. Lepas tu dia hilang, dan semua orang x tahu dia pergi mana...tunggu..punya tunggu..sampai malam x balik. Kami bimbang. Masa tu aku menangis..semua menangis sebab Ayah hilang. Kerah orang kampung cari dalam hutan semua (sebab kat rumah kami banyak hutan). Tapi x jumpa..malam2 pon orang kampung masih cari jugak.

Tiba2 Ayah balik dengan kereta.Huh...memang lega rasanya..semua terkejut masa Ayah balik tu. Dia pon tanya, "Kenapa orang ramai kat rumah ni?" Kami semua cakap la, "Cari Ayah lah..Ayah gi mana? semua bimbangkan Ayah.."

Rupa-rupanya..dia pegi mancing ngan kawan2 dia..dan kami semua tak tahu..sampai menangis-nangis semua ingatkan Ayah hilang. Sayangnya kami kat Ayah..huhu..sdey tau bila Ayah hilang ni...

Apa yang aku ingat pasal Ayah lagi...

Suatu hari aku dapat tawaran masuk U. Dan aku dapat wang pendahuluan dari PTPTN . Pastu, nak amik duit tu kena pergi dekat Kota Bharu. Aku tak tahu tempat tu. Aku tanya Ayah, dan ayah tahu. Lalu aku minta Ayah hantarkan aku. 

Hari itu..aku naik motor ngan Ayah ke Kota Bharu untuk ambik wang pendahuluan tu. Sejam jugak baru sampai sana. Terharu sangat dengan pengorbanan Ayah. Rasa bahagia je ble naik motor ngan Ayah pegi Kota Bharu masa tu. Bangga rasanya..hahaha..

Lagi kenangan dengan Ayah yang aku ingat...

Masa aku dapat masuk U tu, ade kawan cadangkan aku supaya mintak pinjaman dengan Kerajaan Negeri sebab PTPTN interest dia tinggi. Aku nak pergi sendiri aku tak tahu, jadi sekali lagi aku suruh Ayah hantarkan.  Ayah pon bawak aku ke tempat itu untuk memohon pinjaman. Dan sekali lagi kami ke Kota Bharu naik motor. Masa tu, Ayah tunggu kat bawah dan aku naik sendiri amik borang kat atas. Lepas tu aku pon isi kat situ jugak sebab malas nak datang lagi sekali. Aku ajak ayah pergi fotostat sijil dan pegi amik cop pengesahan kat sekolah di bandar KB tu.Lama betul tunggu nak dapatkan cop pengesahan tu. Tp Ayah sabar je. Seharian Ayah ikot aku ke sana dan ke sini sampai la borang tu siap dengan salinan sijil yang telah di sahkan dan selamat di hantar.Terima kasih Ayah..

Itu la kenangan best yang aku ingat tentang Ayah aku. Aku doakan, semoga Allah murahkan rezeki Ayah, panjangkan umur Ayah, dan semoga Allah meredhai Ayah selalu. Terima kasih aku ucapkan pada Ayah sebab sedia bantu aku di kala aku memerlukan pertolongan. Saaaaaaayang Ayah sepenuh jiwa raga. Terima kasih yang tidak terhingga kepada satu-satunya Ayahku dunia dan akhirat.

2 comments:

HappyIrfa said...

TERINGAT KENANGAN NAIK MOTO PAGI2 GI PEKAN BUAT IC..SEJUK GILE NAIK MOTO.TAPI SERONOK SEBAB DAH LAYAK ADA IC ..HAHAHA

TERINGAT AYAH :-(

oya said...

huhuu..tinggat kat abah jugak..sbb dulu dia pon suke sgt dok gosokkan janggut dia kat oya..skang nie kalo oya blk kg ckp je nak ape dia mesti belikan..sampai naik segan di buatnye..paling terharu setiap kali oya nak blk smula kat klang mesti air mata dia mengalir..skang nie dia sgt teruja nak dpt cucu baru lak..huhuhu..rindunyeee kat abh..:(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...