Monday, December 19, 2011

Buat Permata Sulung Ummi Yang Di Sayangi (Ke-2thn)


Anakku..
Hari ini genap 2 tahun umur kamu mengikut tahun Masihi-19/12/2011. Alhamdulillah. Hari ini kamu sihat. Bagun awal pagi seperti biasa, keluar dari bilik tidur..terus mengadap TV. Kebiasaannya Ummi akan buatkan kamu susu sebelum mandikan kamu. Tapi hari ini, Ummi mandikan kamu, pakaikan kamu baju yang cantik, bedakkan kamu supaya wangi dan barulah Ummi buatkan susu. Habis susu sebotol, kamu terlelap lagi di sebelah Ummi.

Puteraku sayang..
Hari ini, Ummi x nak marah2 kamu. Ummi mahu sayang kamu saja..bermanja2 dengan kamu, melayan kerenah kamu dan bermain bersama kamu. Seperti tahun lepas, tiada apa2 majlis untuk meraikan hari lahirmu. Maafkan Ummi dan Ayah sayang. Bukan tidak mahu mengadakannya untuk kamu, teringin juga Ummi. Namun, ada perkara2 yang menyebabkan Ummi dan Ayah tidak menyambutnya. InsyaAllah, kalau Tuhan izinkan, Ummi akan membuatnya untuk kamu pada tahun2 akan datang. Ummi mahu kamu gembira di harimu sayang. Kesian kamu..sejak adik Muaz lahir, Masa Ummi sedikit kurang untuk kamu. Ummi terpaksa bahagikan masa dengan baik. Tidak seperti sebelumnya..Ummi hanya melayan kamu sahaja. Maafkan Ummi sayang. Walaupun masa untuk kamu sedikit kurang, namun kasih sayang Ummi pada kamu sentiasa bertambah dan bertambah dari hari ke hari.

Wahai sayangku Umar..
Ummi sentiasa mendoakanmu. Agar kamu menjadi anak yang soleh. Taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan taat kepada ibu bapa. Kamu jadilah orang yang tahu menghormati orang tua, sahabat dan saudara2mu. Jangan sesekali kamu lupakan suruhan Allah. Setelah cukup umur, maka sembahyanglah kamu..sembahyanglah kamu..sembahyanglah kamu. Walau sesibuk mana pon kamu, sembahyanglah kamu. Mengaji Quran selalu, dengar kuliah, pergi ke masjid. Jadilah orang yang baik sayang.

Permata Ummi..
Belajarlah kamu bersungguh2 supaya kamu menjadi orang yang berilmu. Supaya kamu bisa menjadi contoh kepada adik2mu. Sesungguhnya, ilmu itu sangat berguna di dunia mahupun akhirat. Jadilah insan yg berjaya sayang. Jangan sesekali kamu berputus asa. Jadikan cabaran dan dugaan sebagai motivasi untukmu berjaya. Berusahalah..sehingga kamu berjaya.

Sayang Ummi..
Kasih sayang Ummi sentiasa mengiringimu...Ummi sayang kamu.
Selamat Hari Lahir yang ke-2 tahun sayang.




.

3 comments:

Haruman Syurgawi said...

Selamat Hari Ulangtahun ke 2, Umar..anak2 selalunya mengharapkan hadiah yang lebih bermakna dari ibu bapa...Perhatian dan Kasih Sayang..

cik ah / fatihah said...

selamat hari lahir yg ke-2 YA UMAR...semoga mnjadi anak yg soleh,baik dgn ummi dan ayah,dan diredhoi ALLAH SWT dunia wal akhirat..

acixazie said...

samat hari lahir umar comellll...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...