Monday, January 9, 2012

901

Bgun pagi...terus ngadap pc. Hari ni 9/01...keputusan mahkamah kes Anwar. Pagi2 bukak pc ni..tujuan dia nak tengok live keputusan perbicaraan Anwar nanti. Baca status Jkkk Fan Club ,  Kami Boikot Buletin Utama TV3 etc..macam da ramai yang menunggu depan mahkamah. Dan ade jugak yang bersolat subuh di Masjid berhampiran. Apa pon keputusan yang kita bakal dengar sekejap lagi, sudah tentu ada hikmah di sebaliknya. Tuhan itu maha adil lagi bijaksana.

Teringat pulak tarikh keputusan perbicaraan aku kat SPA pada 23/1 ni. Urmm..lagi 2 minggu..menunggu keputusan dengan penuh debaran. Harap2 aku menang. InsyaAllah. Ya Allah..kau murahkanlah rezekiku, suamiku, dan anak2ku Ya Allah..hanya kepadamu tempat ku mengadu dan meminta pertolongan. Makin dekat, makin berdebar pulak. Urmm..harap2 ade berita baik untuk aku nanti.

Temujanji untuk mata Umar juga bulan ni. 20/1/2012. Macam mana la nanti. Bimbang jugak Ummi. Harap2 Tuhan tunjukkan jalan yang terbaik untuk permata sulung Ummi yang sangat Ummi sayangi ni. Berdebar...sebab, anak x sakit..kita nak sakitkan dia. Tapi, semua tu untuk masa depan dia jugak. Ummi x nak nanti Umar kne ejek ngan kawan2. Ummi x nak Umar rendah diri. Kalau boleh, Ummi nak usahakan yang terbaik untuk anak2 Ummi. Semoga Tuhan membantu kamu sayang. InsyaAllah.

Harap2, awal tahun 2012 ni.....Tuhan kurniakan aku berita2 gembira dan rezeki yang melimpah ruah seperti akhir tahun 2011 yang lepas. InsyaAllah. Allahuakbar(3x).

UPDATE: 9.55am

Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah hari ini selepas didapati tidak bersalah.

2 comments:

Qaseh said...

aminnn..insha Allah.. ^_^

~::PermatA::~ said...

Tq Qaseh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...